* A E Y J A Y ]

Monday, January 31, 2005



|
10.00 a.m.
ego sangat ke aku ni? konflik yg melanda aku dgn salah sorang rakan sekerja hari jumaat lalu still memberi kesan pada diri aku.aku jadi seorang yg pendendam dan sukar memaafkan,sedangkan sblm ni aku tak pernah ragu² utk memaafkan org lain.aku sendiri tak suka bermasam muka terlalu lama.tp entah knp kali ini aku terlalu ego utk memaafkan dia hanya krn kesalahan kecil yg dia lakukan.setiap kali dia dtg dan memohon maaf padaku,aku hanya membisu seribu bahasa.mengangguk pun tidak ... menggeleng pun tidak bila dia beria² meminta kemaafan dariku.

aku sedar yg diri aku tak layak utk memarahi apatah lagi menghukum dia.tp setiap kali aku pandang wajahnya serta merta hati aku jd sakit yg teramat.sampaikan pada satu tahap aku rasa nak menjerit kat dia dan kata kat "mmg aku marah sgt ngan kau!".biar dia tahu apa yg aku rasa terhadap dia.tp aku takkan sampai hati utk melakukan semua tu,krn aku tahu impak yg bakal aku terima mungkin lebih memudaratkan emosi & diri aku sdri.

hari ni dia dtg lagi pada aku,tp bukan dgn kata² maaf yg lahir dari bibirnya.dia hanya tersenyum dan berlagak spt biasa.spt tak pernah ada apa² konflik yg berlaku antara aku dan dia.aku jd tambah bengang dgn tingkah lakunya.dia tanpa segan silu meminta pertolongan dari ku.aku spt biasa hanya membisu dan terus membisu.stlh dia menyedari yg aku tak berminat utk menolong,pantas dia berlalu dari meja ku dgn mukanya yg masam mencuka.aku spt patung bernyawa hanya diam dan terus diam ... tapi sampai bila?

12.30 p.m.

"assalammualaikum ... kak ader surat!" tetiba pulak si bellman muncul dg segenggam surat ditangan nya.aku rasa nak marah je,tp bila tengok muka budak bellman yg tersenyum simpul kat aku buatkan aku tersenyum jugak.aku capai surat dari tangan nya .aku ingat semua surat² tu utk company aku.tp hampes,cuma sepucuk surat yg dia hulurkan.aku ambil dan terpinga² sekejap.aik! bukan formal letter utk company,tp mcm surat cinta pulak.yg aku terlebih heran,nama kat depan sampul tu nama aku! ish sape lah pulak tetiba hantar surat kat aku.takkan surat layang kot.

sblm aku bukak surat tu,aku amati tulisan nya.mcm pernah ku tengok tulisan ni tapi kat mana ye? otak aku ligat berfikir ... erm sape ni? lepas memori aku aku dah berjaya mengimbas kembali siapakah gerangan yg empunya tulisan tu serta merta aku terjerit gembira.nasib baik masa tu aku sorang je kat office.kalau org lain nampak soheh diorang akan kata aku ni 'mental'! hehehe... dgn tergesa² aku koyakkan sampul dan terus membaca isi kandungannya.ternyata mmg benar telahan ku.best friend yg dah lama tak kirim khabar berita dah muncul depan mata.tp hanya surat mewakili dirinya.

aku ulang membaca utk kali kedua! rasa mcm tak puas menatap warkah darinya.spt biasa isi kandungan surat nya buat aku tersenyum malah kekadang ketawa mcm tak ingat dunia.tengah syok² ulang baca kali kedua,dia muncul lagi depan mata aku.ape lah yg dia ni nak lagi.hati kecil aku tertanya².tp kali ni aku dah nekad,tak nak lagi buat dia rasa tersiksa dgn kebisuan aku.belum sempat aku minta maaf pada dia,terus dia berkata pd aku ... "boleh mintak tolong tak? buat kan saya surat perletakan jawatan"! saya nak resign hari ni and boss pun kata ok"! aku tercengang.takkan pasal aku marah kat dia terus dia nak resign kot? dia yg semacam faham terus explain kat aku citer sebenarnya tanpa aku pinta.

"saya nak resign bukan pasal awak! tapi saya dah dpt keje baru.gaji pun ok"! dia menerangkan kat aku sambil tersenyum.amboi bukan main suka lagi dia nak berenti keje! tetiba je mood aku terus berubah.rasa bersalah pulak kat dia.sesuka hati aku je nak marah² kat dia gini punya lama.argh! tension nyer! kalau lah aku tak berdegil ikutkan ego aku tu,mungkin dia takkan berenti kerja kot! tapi dia dah explain kat aku yg dia berenti pun bukan pasal aku,in fact dah lama dia war²kan kat aku yg dia mmg bercadang nak cari new job.so mmg bukan pasal aku lah dia berenti.tp dlm hati ... aku ttp rasa bersalah jugak.macam sebabkan aku dia resign.


aku tak tahu apa yg aku rasa skrg ni.kekadang terfikir jugak betapa kejam nya tindakan aku terhadap dia.bila dia masuk office nanti aku nak minta maaf kat dia.aku nak luahkan segala² yg aku rasa.mungkin disebabkan masalah yg aku hadapi, dia yg jadi mangsa ... mangsa emosi aku yg tak menentu."Ya ALLAH .. Kau berikanlah aku kekuatan utk berterus terang dan meminta maaf dgn dia! Kau bukakanlah pintu hatinya utk menerima kata² maaf dari ku.amin"!







* A E Y J A Y bisikan & nukilan isi hati seorang insan 3:00 PM

Saturday, January 29, 2005



|
selasa 21 January 2003! satu tarikh yg tak mungkin dpt aku lupakan.hari dimana aku dan bebudak tourism management secara tidak rasmi dilantik menjadi tour guide tak bergaji utk budak jepun! aku punyalah syok giler bila lecturer beritau yg selected student aje yg akan dipilih utk program tu.tanpa menaruh apa² harapan aku mendaftarkan namaku ... tp sebenarnya mmg harap sgt dpt join program ni!

2 hari selepas 21 January berlalu ... Mr Sha masuk ke kelas dgn muka nyer yg tersengih² bak kerang busuk! (hehehehehe ... jahat nyer aku ngata lecturer sdri) sorry mr Sha! sblm english lesson kami bermula dia kata ader surprise nak beritau kat kitorang.surprise mende lak ni? dlm hati aku berkata lecturer aku ni dah buang tebiat ke? tak pernah² ader surprise tetibe je.ke dia ni sakit? hahahahahaha ... sekali lagi aku mendajalkan dia.(tp dia tak tahu tau! ckp sensorang dlm hati je!). ooo rupa²nyer dia nak beritau student² yg berjaya ikuti program budak Jepun.satu persatu nama dia umumkan.aku yg berdebar² menanti bila agaknyer nama aku nak disebut ni? padahal masa daftar nama dulu bukannyer 'teringin sgt' pun nak join.disebabkan namaku bermula dgn huruf S maka dgn sabarnya aku menanti ... tup tup mr Sha panggil siti ***** (hehehe .. tak payah la advertise real name aku ek! sape yg dah tau tu diam² je laa.yg tak tahu tu buat² tahu dah ler!)

yihaa!!! happy nyer aku bila nama aku tercalon jugak.bukan senang nak join tau! kan "aku dah kata"(ikut tune zahid af2) selected student je yg buleh join.uish ... bangga beb dpt jd tour guide tak bergaji.lepas pengumuman nama tu kitorang diberi briefing ttg ape yg patut kitorang pakai,cara layan bebudak jepun tu,kat mane nak bawak diorang,apa yg kitorang buleh & tak buleh buat pendek kata semua mende lecturer tu nak kasi tau.

hari yg dinanti dah pun tiba! dup dap dup dap jantung aku time nak tunggu bebudak ni.ku pikir² ape mende yg aku nak ckp nanti ek? dahle bhs jepun sepatah haram pun aku tak reti! yg aku tau cuma arigatogozaimasu & sayonara aje! yg lain hampes!.meeting point kitorang kat Hotel Istana.(amboi tak koman bebudak jepun ni,dok kat hotel 5 star,jeles lak aku!) setiap seorang drp kami dipertanggungjawabkan utk manage 5 -6 org sudent jepun.memula aku ingatkan student yg lecturer aku maksudkan tu "setaraf" (maksud aku budak kolej) la ngan kitorang.rupa²nyer bebudak sekolah menengah! hahahahahaha ... tp kalau tengok size badan diorang esp yg lelaki nyer mmg tak layak dipanggil student high school.dah buleh jd bapak budak pun.

tetiba mcm ku terdengar² nama aku dipanggil.eh apehal pulak ni tetiba je dok sebut nama aku??? dgn muka terkejut & blur aku melangkah ke depan.lepas tu dtg pulak 4 org budak jepun yg kesemuanya lelaki.salah sorang drp nya ala² muka takeshi (pelakon lelaki jepun yg cute tu!) tercegat kat sebelah aku.erm ... ni ke bebudak yg aku kene bawak gi jenjalan tu? hati kecil aku bermonolog sdri.erks ... erm ... "hello! i'm me siti & bla bla bla ... dgn tonasi suara yg mmg sah tergagap akibat blur aku perkenalkan diri aku pada bebudak jepun tu.diorang pun aku tengok cam blur² aje nak menjawab.sesi diorang nak introduce kan diri pulak bermula dgn si Tatsuya Ichikawa (muka ala² takeshi!) lepas tu Yohei Awata(selamba & giler²) pastu ... pulak Seiji Yoshitami & Soichi Nakamura (2 org yg paling pendiam).sepatah ku tanya tak sampai setengah patah diorang jwb! pemalu kot.baru ku ingat satu perkara! lecturer aku kata bebudak ni tak fasih bhs inggeris! alamak mati ler aku kalau camni! camne nak communicate kalau diorang tak reti speaking london ni.takkan la ni jugak aku nak kene cari kamus jepun.hampes!

sesi suai kenal yg mmg kelakar giler kalau aku kenangkan semula.nasib baik dlm 4 org tu si pria yg ala² muka takeshi tu pandai jugak bhs inggeris.(even kdg² aku pun tak paham cara dia speaking london!) tp kekadang nak bg clear apa yg aku cuba nak beritau kat diorang terpaksa ler aku guna bhs isyarat.cam org pekak & bisu pulak! padahal semua normal.hehehehe ... first place yg aku bawak diorang of course la tmpt yg paling dekat (pasal semua diwajibkan jln kaki! jgn nak ngengada naik public transport kata lecturer aku) yakni KLCC.shopping kompleks yg mmg tersohor kat kl ni.dari satu kedai ke satu kedai aku bawak bebudak tu masuk.hehehehe ... kesian pulak aku tengok diorang.muka masing² dah mmg nampak sgt letih! si Yohei,budak jepun yg selamba & giler² ajak kitorang pi minum kat Gloria Jean's Coffee.yg best nyer segala makan minum kitorang bebudak jepun tu yg kene support.(ooppss ... bukan kitorang yg demand ek! tp cikgu cikgi budak jepun tu yg buat rules & regulation tu) save budget aku! tp segan pulak nak order mkn.minum je dah la! tu pun dah kira syukur alhamdulillah.

lepas minum & lepak² kurang lebih 20 minit kitorang terus lagi jelajah shop lot yg ader kat klcc tu.kedai cenderamata,kedai baju,kedai kasut semua kitorang masuk.lastly aku bawak diorang kat kedai perfume.si Yohei beria² suruh aku pilih perfume.erm ... dia nak beli utk awek dia ke mak dia ni? argh ... lantak le.dia nak beli utk sape pun aku pedulik hape kan.dah dia suruh pilih so aku pilih je la.mak oi wangi nyer perfume ni (aku ckp sensorang & dlm hati le! takkan nak ckp ngan dia pulak,bukan dia paham pun) botol nyer pun cute aje.so aku tunjuk le kat dia."so u like this one ... "? dia tanya kat aku.aku pun kata lah "yes! ... it's smell so sweet & i like it" aku hulur botol perfume tu & tanpa bnyk soal jawab dia terus bayar kat cashier.pastu dia hulur balik plastik yg ader perfume tu.aku pun terpinga² seketika.dgn muka blur aku bertanya pakai bhs isyarat aku tunjuk plastik beg tu & tunjuk diri aku.dia angguk kepala "yes! for u"! erks ... aku buat lagi muka blur.dia yg mcm paham gelodakan hati & pikiran aku terus angguk lagi dan lagi.mmg soheh dia belikan utk aku! thanks ... tu je yg mampu aku ucapkan.aku ingatkan dia suruh pilih utk mak dia ke ... awek dia ke ... rupa²nyer utk aku.hehehehe ...

time nak keluar drp klcc plak hujan lebat giler.terpaksa ler kitorang tunggu sampai hujan teduh.tunggu punya tunggu hujan bukan makin teduh,tp makin lebat ader la.teksi kat kl plak satu hal.time hujan camni bukan nak amik penumpang.ntah apesal aku pun tak tahu.satu demi satu teksi ku tahan,tp semua geleng kepala tak nak amik penumpang.konon jln jammed.hampes betul! nak tak nak terpaksa la kitorang redah hujan yg dah agak teduh tu balik ke hotel.ingatkan nak bawak la bebudak ni pegi Bintang Walk tp dah hujan nak buat lagu mana.cancell la jawabnye! on the way balik ke hotel tu aku terserempak ngan kawan aku si mr bean! dia pulak bawak 5 org anak dara jepun yg tak kurang cunnya! tersengih² mcm mr bean jugak.

alahai menyesal nyer aku tak bawak payung.tulah org kata sediakan payung sblm hujan! tp aku ni mmg tak suka kalau nak berjalan sambil bawak payung.cam last malay women jek! leceh laa ... tp nasib baik bebudak jepun tu ader bawak payung sdri! aku je lah yg kebasahan dek hujan.diorang tu mmg ader attitude "sediakan payung sblm hujan" ! hahahahaha ... nasib baik si mr bean sudi nak kongsi payung dia ngan aku.mekacih la bean yek! jasamu ttp ku kenang! bukan aku tak nak tumpang sepayung ngan bebudak jepun tu.si Yohei siap offer lagi.tp dek krn aku ni malu nak berpayung bersama dia, maka padahnya terpaksa ler aku berjalan dlm hujan!

on the way nak balik hotel tu berlaku lah satu insiden yg memalukan.bukan aku tau! tp si Yohei tu ... entah mcm mana dia buleh tergelincir kat tepi jalan.punyalah jahat kengkawan dia bukan nak tolong ke hapa ... siap buleh gelak giler² kat si Yohei ni.kesian dia! aku yg konon² nyer prihatin tanya kat dia ok ke tidak.(tp mmg dah diorang tu bawah jagaan aku kenelah b'tanggungjawab) kang ape² hal aku jugak yg kene menjwab ngan lecturer. merah padam muka dia masa tu! kulit putih katakan ... so nampak sgt le muka dia yg malu tahap gaban tu.kesian!

sampai kat hotel dah kul 7.30 mlm.lecturer aku suruh kitorang siap² tukar baju utk dinner.yg lelaki dgn baju melayu yg pompuan lak ngan baju kurung @ baju kebaya.ish ... bila la nak start mkn ni? aku dah lapar giler ni!sblm mkn ader la ucapan skit drp pengetua bebudak jepun (aku rasa² lah! tak tahu le kalau silap) pastu wakil dari kolej aku pulak nak berucap.dlm hati aku kata alahai ckp sepatah dua je dah le.tak tau ke aku dah lapar giler ni!.time mkm tu aku yg ala² pemalu terus jd tak berapa nak malu dah.dah le tak lunch pastu tambah pulak hujan.mana tak berkeroncong perut aku.lepas aje dinner persembahan kebudayaan pun bermula.ader la majlis tari menari lagu tradisional.tp aku tak amik bahagian pun.ah malas aku nak tergelek² ngan budak jepun tu.dahtu bukan sorang dua yg tengok.ramai tu! segan beb.

habis je diorang perform ader sesi amik gambar.aku yg mmg tak suka bergambar ni dipaksa jugak! hampes! tp sebab nak hormati tetamu (ye ke hormat or takut kene lecture nanti?) hehehehehe ... aku pun posing la sikit lebih kurang.pastu kitorang bertukar² address.ala² nak keep in touch la kononnyer! tup tap tup tap aku tengok jam dah pukul 11.40 mlm.mak oi tak sedar dah nak tengah mlm.patut le biji mata ni mcm nak tertutup je.bas kitorang dah tunggu kat luar hotel tepat kul 11.30! rasa cam tak nak balik pun ader.hehehehe ... bukan ape aku ni belum puas nak tengok keletah bebudak jepun ni esp si Yohei yg giler² tu ngan si Tatsuya (takeshi celup!) yg 2 org lagi tu takyah la aku nak citer.rasanyer diorang tu mmg patut jd bisu.bukan takat ngan aku je.ngan memember diorang pun kureng bercakap! alahai lantak ngkorang la.maka masa yg ditunggu² pun tiba.abg drebar bas pun dah menjerit² suruh naik bas.alahai bang drebar! sabar lah kitorang nak ckp sayonara dulu ni kat bebudak jepun tu.lepas ni tak jumpa lagi dah. shake hand ... sayonara ... bye bye semua! maka bas pun bertolak ke kolej kitorang semula.

dah sampai kat umah pun aku still terbayang² lagi gelagat diorang tu.rasanyer kalau kene jd tour guide diorang sehari suntuk pun takpe! hehehehe .... tamat lah al kisah ku dan budak jepun!


* A E Y J A Y bisikan & nukilan isi hati seorang insan 1:10 PM

Friday, January 28, 2005



|
argh! bosannyer sungguh!.ape lah nasib aku hari ni.malang betul.dah la masuk office lambat! lepas tu pulak masuk² je kat office pc aku kene "sabo" ngan mat despatch.entah ape yg dia dah godeh kat pc ni!.hampes betul.dia betul² dah merosakkan mood aku pagi ni.terpaksa la aku dgn muka tak malu nyer berYM dgn member siber ku menyatakan alkisah nya masalah ku ini.terima kasih daun keladi la kat dia yg ngabiskan masa tolong aku! lain kali gerenti aku mintak tolong ngan dia lagi (even masalah aku tu aku sdri yg selesaikan akhirnya!) tapi aku tetap hargai kesudian dia menolong aku! thank you so much my friend!

kekadang aku rasa aku ni mcm dah keterlaluan pulak kat mat despatch tu.aku marah kat dia semata² pasal masalah yg sekecil tu.entah kenapa aku rasa bengang giler kat dia.dah la penat kene menapak ke office tak hilang lagi,pastu bila aku baru je nak duduk rehatkan diri sekejap dia dah tanya soalan bertalu² mcm polis tak bergaji.ish! rimas betullah.

tapi aku betul² nyesal pasal marah dia krn masalah yg sekecil ni.ingatkan nak mintak maaf kat dia,tp ego aku yg menggunung tinggi menghalang niat murni aku tu.so sampai sekarang ni aku still mendiamkan diri.tak bercakap sepatah haram pun ngan dia.konon marah tahap maksim la tu.padahal aku dah tak marah kat dia,tp rasa bersalah yg menghantui fikiran aku.so aku decide utk diam! kalau bercakap ngan dia mesti ader je yg tak kene.mesti aku angin satu badan bila dia tanya itu ini.dia ingat aku ni kaunter pertanyaan ke? sampai bila aku nak perang dingin dgn dia? entah le ... tp rasa nyer esok mood aku dah ok kot.insyaallah ... amin!


* A E Y J A Y bisikan & nukilan isi hati seorang insan 3:00 PM



|
The more you know about your partner, the better you can relate:

*Favorite color
*Fvorite tv programme
*Favorite flower
*Favorite saying/proverb
*Favorite kind of music, musical band, singer, song
*Favorite food, meal, vegetable, fruit, ice cream, kind of chocolate
*Favorite restaurant, fast food joint
*Favorite magazine
*Favorite actor, actress
*Favorite animal, breed of cat
*Favorite sport, sports team, athlete
*Favorite hobby Dream vacation spot
*Favorite woman's perfume, men's cologne
*Favorite way to relax
*Favorite fictional/historical character
*Favorite brand of make-up
*Favorite aroma


* A E Y J A Y bisikan & nukilan isi hati seorang insan 2:50 PM



|
We learn best by making mistakes, but too many mistakes can have negative effects on your relationship. Here are some tips to avoid mistakes:

*Don't wait, express your love right now!
*Don't worry, be happy
*Don't gloat when you are right
*Don't sulk when you don't get your way
*Don't make the same mistake twice
*Don't spend your prime time watching TV
*Don't interrupt when she/he is talking
*Don't take one another for granted
*Don't hold grudges
*Don't let your mind wander during conversations
*Don't wait for your partner to read your mind
*Don't be judgemental
*Don't be afraid to share your feelings
*Don't try to change your partner


* A E Y J A Y bisikan & nukilan isi hati seorang insan 2:45 PM



|
Setiap orang adalah unik. Setiap orang ada kelebihan dan kekekurangannya yang tertentu. Tidak ada manusia yang sempurna kecuali Rasululluh s.a.w kerana baginda telah ditentukan maksum. Selebihnya tidak terkecuali daripada sifat lemah, buruk, hina, sakit dan bermacam-macam perkara lagi. Anda tidak perlu berasa susah hati lantaran gemuk, tidak menarik, terlalu rendah malah cacat. Biar bagaimana keadaan anda, anda tetap unik dan tanpa anda alam ini tidak sempurna.
Memang ALLAH menjadikan manusia pelbagai rupa dan gaya. Disitulah berkuasanya ALLAH. Dia berhak dan mampu berbuat apa saja mengikut kehendak-Nya. Kita memang tidak ada pilihan untuk mempersoal itu ini, mempertikai itu ini. Anda mungkin berasa rendah hati melihat kekurangan-kekurangan yang ada pada diri anda. Nah, anggap ia satu kelebihan. Jika anda sangka anda buruk, ia satu kelebihan yang tiada pada orang cantik. Anda sangka kecantikan sentiasa membawa untung? Tidak, tidak selalunya begitu. Kadang-kadang kecantikan memusnahkan. Setelah anda dikenali sebagai cantik, ketakutan anda terhadap keburukan lebih besar daripada jika anda semulajadinya buruk.
Orang cantik fobia menjadi buruk. Setiap kedutan di wajah akan dirawat dan setiap kedutan begitu menyusahkan dirinya. Saat menjadi buruk pasti tiba, bagaimanakah perasan si cantik meghadapi hari tua mereka. Bukankah rasa susah yang tiada kesudahan? Kadang-kadang seekor semut diberikan sayap oleh ALLAH supaya dia boleh terbang dan menerjah api. Samalah halnya, kadang-kadang seseorang manusia itu diberikan kecantikan supaya dengan kecantikan itu dia boleh berbuat sebanyak-banyak mungkar untuk diberikan balasan setimpal di Akhirat. Tontonlah filem atau drama-drama di TV. Kisah hidup orang cantik selalunya penuh duri. Jika anda buruk setidak-tidaknya anda bebas rasa riak dan takbur. Penghuni neraka kebanyakkannya wanita sebagaimana disabdakan Rasullah s.a.w wanita itu tentu yang cantik tapi gagal memahami untuk apa kecantikan itu diberikan ALLAH kepadanya. Dan wanita itu tidak terkecuali juga yang buruk sebab dia berterus-terusan saja mempertikaikan kerja TUHAN.
Siapakah wanita penghuni syurga itu, barangkali yang cantik dan dia sentiasa faham kecantikan itu ukuran manusia . Cantik pada pandangan ALLAH adalah ketaatannya terhadap semua perintah dan laragan ALLAH. Barangkali juga yang buruk tapi dia faham ALLAH tidak memandang rupa paras tapi apa yang ada di dalam hatinya. Wahai orang cantik, orang buruk, orang rendah, orang cacat, semuanya itu hanyalah ukuran manusia dan ukuran manuisa selalunya sasar. Hargai diri anda sebab kewujudan anda mambuktikan kekuasaan ALLAH!

Petikan karya Motivasi: Dr HM Tuah Iskandar Al-Haj (siri:160) " Orang yang bijaksana membuat lebih banyak kesempatan drp yang dijumpainya"





* A E Y J A Y bisikan & nukilan isi hati seorang insan 3:45 AM



|

*PENGENALAN*

Tekanan mental adalah sebahagian daripada kehidupan harian. Ia merujuk kepada kaedah yang menybabkan ketenangan individu terasa diancam oleh peristiwa persekitaran dan menyebabkan individu tersebut bertindak balas. Anda boleh mengalami tekanan ketika memenuhi tuntutan kerja, menyesuaikan diri dengan persekitaran baru, atau melalui interaksi sosial. Tekanan mental yang sederhana boleh menjadi pendorong kepada satu-satu tindakan dan pencapaian tetapi kalau tekanan mental anda itu terlalu tinggi, ia boleh menimbulkan masalah sosial dan menggangu kesihatan anda.

*APAKAH DIA TEKANAN MENTAL?*

Tekanan mental adalah hasil interaksi antara peristiwa-peristiwa persekitaran dengan individu. Paras tekanan yang dihasilkan akan bergantung kepada sumber tekanan dan cara individu tersebut bertindak balas. Persepsi individu terhadap sesuatu peristiwa sebagai menekan atau tidak juga berbeza dan begitu jugalah respons mereka terhadap tekanan. Misalnya, kehilangan wang RM 100 tentunya amat menekankan bagi individu berpendapatan rendah tetapi tidaklah bagi seorang jutawan.

*GEJALA TEKANAN*

Ada beberapa gejala yang menandakan mental anda tertekan. Antara gejala tekanan mental adalah:

*PERASAN*

Merasa bimbang Merasa cepat marah Merasa lemah semangat Merasa tidak tenteram dan gelisah

*FIKIRAN*

Bimbang terhadap masa depan Kurang daya tumpuan Menjadi mudah lupa Fikiran tertumpu pada masalah tempat kerja Takut gagal Rendah harga diri

*TINGKAH LAKU*

Tabiat merokok yang meningkat Penggunaan alkohol dan dadah sebagai cara mendapat mengurangkan masalah Hilang selera makan atau makan berlebihan Mudah cuai dan sering terbabit dalam kemalangan Mudah terkejut Bertindak secara impulsif dan agresif

*PERUBAHAN FIZIKAL*

Berpeluh pada tangan dan badan Sering rasa dada berdebar Menggeletar Kering mulut dan kerongkong Mudah merasa letih Kerap membuang air kecil Sukar untuk tidur Masalah penghadaman e.g. loya, muntah, cirit-birit, sembelit. Sakit kepala dan leher Sakit-sakit sendi dan badan Mudah diserang penyakit

*PUNCA TEKANAN*

Perubahan-perubahan besar dalam kehidupan seseorang adalah punca tekanan mental yang paling biasa. Peristiwa-peristiwa yang boleh mendatangkan tekanan mental bukan sahaja peristiwa yang negatif seperti kematian, dibuang kerja tetapi peristiwa positif seperti berkahwin, mendapat cahayamata ataupun kenaikan pangkat.

*CARA MENGURANGI TEKANAN MENTAL YANG DIALAMI*

Kebanyakan punca tekanan mental boleh diubah, dihapuskan atau dikurangkan. Bagaimanapun anda harus terlebih dahulu menyedari dan memahami reaksi anda terhadap tekanan. Cara-cara yang boleh digunakan untuk mengurangi tekanan mental anda: Makan makanan seimbang tiap-tiap hari Bersenam atau riadzah secara kerap Mempunyai hobi yang boleh mendatangkan ketenangan





* A E Y J A Y bisikan & nukilan isi hati seorang insan 3:30 AM

Thursday, January 27, 2005



|
1. Allah won't ask what kind of car you drove, but will ask how many people you drove who didn't have transportation.

2.Allah won't ask what your highest salary was, but will ask if you compromised your character or morals to obtain that salary.

3.Allah won't ask the square footage of your house, but will ask how many people you welcomed into your home.

4.Allah won't ask about the fancy clothes you had in your closet, but will ask how many of those clothes helped the needy.

5.Allah won't ask about your social status, but will ask what kind of class you displayed.

6.Allah won't ask how many material possessions you had, but will ask if they dictated your life.

7.Allah won't ask how much overtime you worked, but will ask if you worked overtime for your family and loved ones.

8.Allah won't ask how many promotions you received, but will ask how you promoted others.

9.Allah won't ask what your job title was, but will ask if you did your job to the best of your ability.

10.Allah won't ask what you did to help yourself, but will ask what you did to help others.

11.Allah won't ask how many friends you had, but will ask how many people to whom you were a true friend.

12.Allah won't ask what you did to protect your rights, but will ask what you didto protect the rights of others.

13.Allah won't ask in what neighbourhood you lived, but will ask how you treated your neighbours.

14.Allah won't ask about the color of your skin, but will ask about the content of your character.

15.Allah won't ask how many times your deeds matched your words, but will ask how many times they didn't.


* A E Y J A Y bisikan & nukilan isi hati seorang insan 3:30 PM



|
tips² ni aku dpt melalui sumber pembacaan ku di majalah,internet dan buku.kalau nak ikutkan bnyk skli tips² kecantikan yg aku ader.tp aku hanya ambil tips yg mudah dan senang utk diamalkan.kalau bnyk sgt tips nanti pening pulak kepala & rasa malas nak amalkan.aku sdri pun kadang² tak amik kisah pasal mende ni suma.tp bila aku fikir² kembali ada baiknya aku amalkan tips² ni.tak rugi satu sen pun.dpt menyihatkan badan & minda aderlah! so kalau korang rasa tips ni bernas utk korang, jgn lupa amalkan selalu.

1. Minum banyak air masak @ mineral water sekurang² nya 8 - 10 gelas sehari. seeloknya amalkan minum air suam.elakkan minum air yg berkarbonat & berperisa spt air berkarbonat atau teh @ kopi dsbnya.Dengan minum banyak air masak @ mineral dapat membantu membuang toksin dalam badan, menjaga kesihatan kulit dan juga membantu membakar kalori dalam badan.(ikut style siti minum mineral water!)

2. Tidur yg cukup sekurang²nya 8 jam setiap hari.sebolehnya tetapkan waktu tidur yg konsisten.Tak cukup tidur akan membuat anda kelihatan lebih tua dan bawah mata nampak lebam.

3. Bersenam ! Baik utk kesihatan fizikal dan mental. Window shopping juga merupakan satu senaman krn sewaktu anda berjalan² dari satu shop lot ke shop lot yg lain ia mampu membakar kalori.Jgn malas utk bersenam.setiap pagi selepas bangun tidur,cuba lakukan sedikit senaman regangan utk melancarkan kembali peredaran darah.

4. Makan makanan yg berkhasiat & cukup tapi jgn berlebihan. Jgn sebab nak kurus, anda sanggup menahan lapar setiap hari.Makanan memberikan tenaga dan vitamin yg diperlukan badan tetapi Pastikan ia makanan seimbang & sihat bukannya makanan yg penuh dgn lemak @ junk food aje. paling penting jgn sesekali skip breakfast! ia penting utk menjana permulaan hari anda.

5. Pada hari² tertentu (hari cuti) biarkan kulit anda tanpa sebarang alat mekap. Kulit juga perlu bernafas! Jgn tidur tanpa membersihkan alat mekap yg masih bersisa dimuka anda. Rajin-rajinlah cuci muka.Gunakan produk yg sesuai dgn kondisi kulit muka anda.

6. Luangkan masa utk memanjakan diri seperti membuat facial atau mencuci rambut di salun @ spa (ikut kemampuan).Tak semestinya di pusat kecantikan yg mahal harganya.anda juga boleh melakukan sendiri di rumah. Jika rajin cari pelbagai jenis bunga yg wangi dan lakukan sendiri mandian bunga.(bukan mandi bunga cari jodoh tau!)

7. Jgn terlalu obses ttg kecantikan @ dgn diri sdri.Anggap shj diri anda menarik dan cantik, pasti anda akan mempunyai keyakinan diri.bak kata org kecantikan dalaman itu akan mendorong menyerlahkan kecantikan luaran seseorang.

8. Ketawa pengubat duka. Jadi ketawalah apabila bergurau senda dgn teman sepejabat @ family. jika tak mampu utk ketawa sekurang² nya senyum! senyum itu satu sedekah!Jangan menarik muka masam. Anda hanya menambahkan kedutan di muka.

9.Jangan merokok. Merokok sememangnya merosakkan kulit dan juga menjejaskan kesihatan. Semua orang tahu yg merokok membahayakan kesihatan.jadi kenapa nak merokok?? Nak kuruskan badan?? Kurus sebab merokok hanya kerana badan kita dah berpenyakit, bukannya kurus yg sihat,tp kurus pasal ader penyakit.

10. Elakkan stress. Stress mempercepatkan proses penuaan.lakukan perkara2 yg menggembirakan hati anda spt dengar muzik (lagu siti laa !! ) tengok wayang ke .. atau ape2 jelah yg boleh meng'happy'kan diri anda.




* A E Y J A Y bisikan & nukilan isi hati seorang insan 12:00 PM



|
* What is a tsunami?
A tsunami (pronounced “soo-nah-mee”) is a series of waves of extremely long wave length and long period generated in a body of water by an impulsive disturbance that vertically displaces the water. The term tsunami was adopted for general use in 1963 by an international scientific conference. Tsunami is a Japanese word represented by two characters: "tsu" and "nami." The character "tsu" means harbor, and the character "nami" means wave. In the past, tsunamis were often referred to as "tidal waves." The term "tidal wave" is a misnomer. Tides are the result of gravitational influences of the moon, sun, and planets. Tsunamis are not caused by the tides and are unrelated to the tides; although a tsunami striking a coastal area is influenced by the tide level at the time of impact.

* What causes a tsunami?
There are many causes of tsunamis but the most prevalent is earthquakes. In addition, landslides, volcanic eruptions, explosions, and even the impact of cosmic bodies, such as meteorites, can generate tsunamis.

* How do earthquakes generate tsunamis?
Tsunamis can be generated when the sea floor abruptly shifts and vertically displaces the overlying water from its equilibrium position. Waves are formed as the displaced water mass attempts to regain its equilibrium. The main factor which determines the initial size of a tsunami is the amount of vertical sea floor deformation. Not all earthquakes generate tsunamis. To generate tsunamis, earthquakes must occur underneath or near the ocean, be large and create movements in the sea floor. All oceanic regions of the world can experience tsunamis, but in the Pacific Ocean there is a much more frequent occurrence of large, destructive tsunamis because of the many large earthquakes along the margins of the Pacific Ocean.

* How do landslides, volcanic eruptions and cosmic collisions generate tsunamis?
Any disturbance that displaces a large water mass from its equilibrium position can generate a tsunami. Generally tsunamis caused by landslides or volcanic eruptions dissipate more quickly than Pacific-wide tsunamis caused by some earthquakes and rarely affect coastlines distant from the source.

* How do landslides, volcanic eruptions and cosmic collisions generate tsunamis?
Any disturbance that displaces a large water mass from its equilibrium position can generate a tsunami. Generally tsunamis caused by landslides or volcanic eruptions dissipate more quickly than Pacific-wide tsunamis caused by some earthquakes and rarely affect coastlines distant from the source.


* A E Y J A Y bisikan & nukilan isi hati seorang insan 10:10 AM