* A E Y J A Y ]

Wednesday, January 31, 2007



|
Si sengal: you sms dia bagitau address & dia akan dtg kat office you
Aku: i sms dia? apsal pulak nak kena sms? takde no lain ke?
Si sengal: takde la.maybe dia tak dgr ke apa ke.i dah call receiver dia kata camtu
Aku: abis tu i nak pakai handphone sapa?
Si sengal: pakai handphone you la [sambil terkekek² ketawa]
Aku: i takde handphone
Si sengal: banyak la you punya takde.ala jgn nak tipu.you sms ek.ok bye

tut..tut..tut.. [bunyi talian yg dimatikan]

Aku hempas telefon [belum rosak & pecah lagi] Selamba dia aje! dia ni tak reti bahasa agaknya?! aku dah hantar e mail mintak no telefon lain.tetiba dia call,suruh aku sms dgn customer.apa ke gila nya dia ni.prosedur mana yg dia ikut? bukan aku kedekut sgt setakat 1 sms yg harganya cuma 0.15 sen.tapi ini soal etika.soal setinggi mana tahap keprofesionalan dia bila menjalankan tugas.selama ni aku dah banyak sgt bertolak ansur dgn dia [kau boleh kata aku sedang mengungkit²]. segala apa yg dia klasifikasikan sbg URGENT rasanya belum pernah aku abaikan.semua yg dia nak aku ikut.tapi hari ni hati aku betul² panas.dia sewenang²nya ambil kesempatan atas segala kebaikan & ke'boleh'an aku.mungkin silap aku yg terlalu tunduk dgn kemahuan dia.semuanya boleh.sampaikan terlalu susah untuk telinga dia dengar perkataan tidak dari mulut aku.

Aku belum sms customer lagi.aku belum mahu tunduk dgn arahan Si sengal.siapa dia yg sesuka hati nak mengarah itu ini pada aku.level dia sama aje dgn aku.dia CSA.aku pun CSA.cuma bezanya dia di HQ sedangkan syarikat aku cuma associates shj.aku masih cuba mendail walaupun aku tahu kebarangkalian utk si empunya no tu menjawab panggilan aku sangat tipis.yg si pemilik handphone pun satu hal jugak.takkan la tido tak bangun²?entah² dia dah jadi mayat? entah² dia pekak? entah² handphone dia rosak? entah la.aku pun tak tahu.nak sms ke tidak? aku nak jadi manusia yg kejam hari ni.aku nak jadi seorang pekerja yg tak bertanggungjawab hari ni.buat macam takde apa².buat seolah² Si sengal tak pernah mintak tolong [baca: mengarah] aku utk sms customer.tapi boleh ke?!

baru semalam dapat pujian dari HQ sbb tindakan cepat aku menyelesaikan 1 masalah.hari ni pulak kesabaran aku diuji dgn kerenah si sengal.aku bukan superwoman la sengal! Arghh...!!!!!

kalau dah call pun tak berjawab ada kemungkinan ke sms aku dia baca?

P/S: semasa entri ini ditaip kondisi emosi aku sgt tidak stabil [baca: angin satu badan]


* A E Y J A Y bisikan & nukilan isi hati seorang insan 2:07 PM

Tuesday, January 30, 2007



|
HARI KELUARGA.bulan depan.itu khabar angin yg aku dengar sejak kebelakangan ni.kesahihannya belum dpt aku pastikan sebab belum ada verbal confirmation drp boss.cuma semalam aku ada terima faks dari hotel.quotation harga bilik.takkan nak buat family day kat hotel tengah² bandar tu kot? boss aku ni betul ke mereng? dah alang² nak buat hari keluarga tu buatlah kat Langkawi ke atau koman² pun kat PD.baru lah best.ni setakat kat hotel tengah bandar apa aje aktiviti yg boleh kami buat? harap² si boss tak teruskan dgn planning mengarut dia tu...

BONUS.kali pertama aku merasa bagaimana perasaan pekerja² bila dpt bonus.Alhamdulillah walaupun cuma dpt bonus sebulan gaji tapi aku ttp bersyukur.sekurang²nya ada drp takde langsung.otak aku skrg tengah ligat berfikir.mcm² nak beli.cadang nak tukar hp baru.shopping sakan.tgk wayang.atau dlm bahasa mudahnya 'joli katak' dgn duit tu.tiba² pulak teringat bab HUTANG.oh shit!.tak semena² hilang segala angan² & perancangan...

MEETING.cuma aku dgn boss.semalam.dia tanyakan kalau² aku ada masalah @ ketidakpuashatian yg nak diberitau pada dia.aku kata takde.tapi aku tipu.sebenarnya ada bnyk benda yg aku tak berapa puashati.terutama pasal gaji,cuti & masa kerja.entah kenapa mulut aku berat sgt nak luahkan apa yg aku rasa,sedangkan sebelum ni aku beria² janji pada diri sdri yg aku akan jadi seorg yg berani bercakap.HAMPEH! betul la kata si N yg aku ni kdg² cakap belakang je berapi².tapi bila tiba masa kena luahkan secara face to face jadi kelu.mcm org bisu.bengong!!!

MESIN.jarum ada kat angka 52.naik lagi.senang hati? tak lah.susah hati? yups! kalau senang turun.bila susah naik? mungkin.bila agaknya dia nak duduk tepat² dekat 50? USAHA la beb!!!


* A E Y J A Y bisikan & nukilan isi hati seorang insan 1:54 PM

Monday, January 29, 2007



|
6 hari lagi ...

kad ...

@

sms ...

@

calling² ...

@

senyap ...


* A E Y J A Y bisikan & nukilan isi hati seorang insan 5:47 PM

Saturday, January 27, 2007



|
jeans biru lusuh.blaus kelabu.tudung hitam.[aku rasa dah cukup matching & lawa.tak peduli kalau org lain kata tak match.peduli apa aku!] hari sabtu.27 Januari 2007.hari ni aku ada janji temu.err..temujanji la.erks! mana satu yg betul ni? temujanji atau janji temu? [aku lupa yg mana satu betul.mungkin juga dua² betul] ah mana²lah.asalkan ada perkataan janji & temu yg maksudnya ialah berjanji utk bertemu @ berjumpa sudahla.

oh lupa! aku tak janji.teman tapi mesra pun tak janji [selepas ini aku gelar teman tapi mesra sbg TTM] dia kata kalau tak hujan.kalau tak banjir lagi.aku kata ok.aku faham dan aku tahu banjir di selatan makin pulih sehingga entri ini ditulis [baca: rumah dia tak dilanda banjir lagi HARI INI!]

malangnya sehingga ke hari,jam,minit & saat entri ini ditulis,dia masih menyepi.takde sms,missed call apatah lagi nak dgr suara dia.seminggu dah.kenapa? sebab mulut celupar dia! oh kejamnya aku! [aku tahu & sedar diri bahawa aku pun tak sesopan mana] alkisahnya kerana 1 perkataan shj.yg dia tujukan utk aku [sekali lagi aku tahu & sedar diri bahawasanya aku mmg sensitif.dia kata bukan sensitif.tapi super sensitif] perkataan apa? ah tak nak sebut! sungguh memualkan tekak bila perkataan tu nak terpacul dari mulut aku.biar aku dgn dia aje la yg tahu.

TIBA²...telefon genggam [yg bukan dlm genggaman setiap masa & ketika] berbunyi.panggilan dari TTM
TTM: awak..saya dah ada kat Mahkota ni
Aku: ah? biar betul? awak dah ada kat Mahkota?
TTM: ha'ah.kejap lagi saya dtg office ambil awak ek
Aku: oh ok.saya tunggu [dlm nada yg cukup teruja]

10 minit berselang.ting tong [bunyi loceng pintu office] TTM dah terpacak depan pintu.aku buka dgn senyuman [konon² nak kontrol ayu seboleh mungkin] dia balas dgn senyuman juga.bertanya khabar masing².aku suruh dia tunggu sekejap.bereskan saki baki kerja sekaligus bersiap sedia ke lokasi janji temu aka temujanji kami.melangkah keluar dari office aku sempat jeling si N rakan sekerja aku [konon² nak buat dia cemburu sbb aku ada janji temu aka temujanji] sebab selama ni dia kata aku kurang bersosial.ah lupakan si N.aku lebih teruja bila dpt bertemu dgn TTM.

TTM bawa aku ke Pantai Klebang [dia masih ingat rupanya yg aku suka ke pantai] kami berjalan menyusur tepian pantai sambil bercerita perihal masing².dari hujung sini ke hujung sana.penat berjalan kami duduk.tengah² berborak terdengar lagu ni "mat kool..mat kool kawanku..mari ikutku.." lagu yg cukup sinonim dgn si penjual aiskrim.TTM panggil apek yg jual asikrim.dia beli aiskrim Magnolia mag-a-cone perisa coklat yg selalu iklannya keluar di tv.satu utk aku.satu utk dia.sedang aku dan dia enak menikmati kelazatan aiskrim TIBA²...

hai cik siti! saya dah balik...suara si N.aik! apsal dia ader kat sini pulak.aku tgk jam tangan.tepat 1.00 tengahari.aku bukak mata luas².BENGONG! aku bukan kat pantai Klebang dgn TTM.aku masih di pejabat rupanya.aku berfantasi tadi rupanya.SHIT!!!




SENGAL! apsal aku masih mengharap dia dtg hari ni? BODOH betul!!!!


* A E Y J A Y bisikan & nukilan isi hati seorang insan 11:30 AM

Friday, January 26, 2007



|
dia kata:
'mereka tipu anda semua.jangan percayakan mereka!

Habis kau ingat aku percayakan kau? yg sebetulnya kau pun sama dua kali lima dgn mereka yg kau katakan penipu tu.sama² penipu! sama² pembohong! lidah bercabang! hipokrit! plastik! mangkuk hayun!sengal! [atau kau lebih terer menipu drp mereka]

aku terus blah.tak nak dengar celoteh mengarut dia.aku dah muak.penipu!





* A E Y J A Y bisikan & nukilan isi hati seorang insan 2:14 PM

Wednesday, January 24, 2007



|
Salam Maal Hijrah 1428







teringin nak tukar 'wajah' blog aku.dah bosan asyik tgk template yg sama.tapi ini bukan azam maal hijrah aku.cuma teringin.sahaja.tengok lah nanti.kalau ada masa terluang.kalau ada mood.


* A E Y J A Y bisikan & nukilan isi hati seorang insan 11:57 AM

Saturday, January 13, 2007



|
RM8,888.88
bukan angka utk hantaran kahwin aku.juga bukan angka favourite aku.tapi angka yg cukup buat aku rasa pitam,gelabah,stress,marah,geram & feeling² yg sewaktu dgnnya.mana aku nak cekau duit sebanyak tu utk 'diberi' kepada abg ipar aku [baca:pemberian yg wajib] surat cinta dah sampai ke rumah.semalam.mak risau.aku berkali ganda lebih risau.abg marah.kata aku tipu.tapi aku tak pernah tipu ttg hal ini.mak tahu.aku tahu.bukan aku tak mahu.aku tak explain pada dia.mak pun mungkin dah tak kuasa pertahankan aku.biarlah dia marah semahu mahunya.biar dia tak tahu cerita sebenar.aku fed up.

fed up dgn org² yg sesuka hati menghukum org lain tanpa pertimbangan akal yg waras.oh aku lupa.mungkin dia dah tak waras agaknya!

semalam hari marah sedunia agaknya.customer marah aku.kawan sekerja pun hampir² nak melepaskan kemarahan pada aku atas alasan fed up.mak marah [baca:tak betul² marah].abg aku marah [dia tunjuk dgn jelas].kak long juga marah [tapi tak tunjuk.aku dpt rasa].pemandu bas pun marah² penumpang [penumpang itu bukan aku].aku juga turut marah dgn diri sdri.

sampai bila agaknya angka² tu akan terus menghantui minda aku.otak aku dah tepu! tak boleh fikir.


* A E Y J A Y bisikan & nukilan isi hati seorang insan 12:10 PM

Saturday, January 06, 2007



|
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA @ HARI RAYA HAJI @ HARI RAYA QURBAN
aku yg berkorban @ aku yg terkorban? (bukan korban yg bermakna korban)

SELAMAT TAHUN BARU 2007
Azam baru aku? hmm..apa ek? ntah ler.tiapkali tahun baru menjelma semua org sibuk tanya soalan klise 'apa azam baru kau tahun ni?'. yg sebenarnya aku pun ada juga bertanya soalan yg aku kategorikan klise pada seorang teman (bukan teman tapi mesra).itu pun secara tak sengaja (sebenarnya aku sengaja kirim sms, cuma yg tak sengaja nya tentang soalan klise itu) pada malam tahun baru.ok lupakan tentang dia.azam aku tahun ni rasanya aku nak kahwin kot.eh bukan! aku nak kaya.eh pun bukan! aku nak settle semua hutang bank.bukan! bukan! bukan!

sebetulnya tahun ni aku tak ada azam macam org lain.aku cuma nak hidup aku jadi lebih tenang & teratur & bagus & hampir sempurna & bla bla bla.... (itu bukan azam ke?) aku dah letih berharap sesuatu yg belum pasti akan jadi milik aku.biarlah org kata aku ni tak punya cita² & impian dalam hidup.biarlah apa org nak kata.aku tak kisah.yg aku kisah skrg macam mana caranya aku nak buatkan hidup aku lebih bermakna.

DI MANA DIA?
hampir sebulan.sunyi tanpa teman tapi mesra.salah aku @ salah dia? salah siapa? entah! YA ALLAH tolong aku lupakan dia.bantu aku kikiskan rasa rindu pada dia.lenyapkan dia dari memori aku.hilangkan ingatan aku terhadap dia.aku benci dia! (aku tipu! sebenarnya aku rindu dia) tapi aku tak mahu dia dtg dan akhirnya pergi tinggalkan aku lagi.


CINTA
09 Disember 2006 jam 5.10 pm di Mahkota Parade.aku beli 2 tiket.barisan kerusi F16 jadi milik aku.F15 pulak milik si teman tapi mesra.akhirnya tercapai juga impian aku nak tonton Cinta dgn dia.oh bukan dia! bukan teman tapi mesra tapi kerusi empuk F15 kepunyaan mak.ye mak aku.bukan mak dia.impian aku nak tgk Cinta dgn teman tapi mesra tak kesampaian sebab:-
a) aku tak sabar
b) teman tapi mesra masih outstation


Aku suka Cinta sebab
1. 5 kisah cinta dlm 1 cerita

2. ada dark & bright side kota metropolitan KL
3. latar warna yg tak terlampau meriah mcm sesetengah filem lain
4. ada Pierre Andre (dia nampak 'cool')
5. plot cerita yg teratur & ikut flow
6. muzik latar yg 'kena' dgn setiap babak
7. dialog yg bersahaja & tak ikut buku teks (tak mcm dialog cerita² arahan DY)
8. skop cinta yg meluas (cinta adik-kakak,atuk-cucu,etc)
9. soundtrack Perpisahan nyanyian Anuar Zain

10. dialog Dhani "bila kakak nak berhenti bercinta dgn suami org?"
11. dialog paling famous amos "isteri bukan hak milik tapi anugerah" Cikgu Elyas
12. Azlan melamar Azura dlm tren (mcm filem hindustan tapi aku suka!)
bnyk lagi yg aku suka ttg Cinta.tapi malas nak taip bnyk².....

last but not least HAPPY NEW YEAR 2007...........








* A E Y J A Y bisikan & nukilan isi hati seorang insan 11:00 AM