* A E Y J A Y ]

Monday, October 31, 2005



|
...:::bila mau jadi:::...
memang ya,aku dah cuba 2 kali nak bubuh menatang Haloscan - Weblog Commenting & Trackback kat sini.tapi malangnya sampai skrg tak nampak hasil pun.adakah aku silap baca instruction? entah.tidak! kata hati aku.dah 2 kali pun takkan silap baca lagi.hati yg mula berbagi 2 rasa mula berdialog:-
hati panas :'apa ingat aku tak sekolah ke?' ingat aku tak reti bahasa omputih?'
hati sejuk :'manalah tau kot² kau terlepas pandang.cuba buat sekali lagi'
hati panas :'argh! ni mesti pc yg ader problem @ menatang tu tak bagus bla bla bla'
hati sejuk :'sabar! cubalah lagi sekali.mana tau lepas ni berjaya'
hati panas :'baper kali nak cuba? go to h**l la!'
hati sejuk :'astagafirullahalazim! tak baik ckp mcm tu.cuba la lagi ek.insyaAllah boleh nyer!'

dialog hati panas dibaca dgn nada marah manakala utk hati sejuk dibaca dgn nada selembut mungkin.sampai skrg aku masih belum boleh buat perkara itu.hati yg terbagi 2 rasa dah kembali menjadi 1.yg panas dah lesap ntah kemana.yg tinggal si hati sejuk yg tak putus² memujuk aku supaya bersabar dan terus mencuba (walaupun mungkin gagal utk kali ke 3) aku tetap akan mencuba.

mulakan dgn Bismillahirrahmannirrahim (mungkin kali pertama dulu aku lupa menyebut kalimah suci ni) tu pasal tak jadi².

dasar manusia pelupa!

...:::mengapa aku laksanakan keje itu:::...
bos bagi paperwork pagi ni.sebab aku bagi msg yg client tinggalkan utk dia.dia suruh taip itinerary & 'fax'kan pada client itu.aku akur.jauh disudut hati aku terdetik @ mungkin tertanya;kenapa aku serahkan msg tu pada dia sedangkan dia dah buat aku menci kan (bukan benci! cuma menci aje) dia.tak keterlaluan jugak andai aku buat kesimpulan yg dia dah buat hidup aku jadi serba tak kena kebelakangan ni (itulah realitinya) bukan cerita rekaan dari aku.idea jahat yg tetiba terlintas di kepala otak aku 'ala tak payah la bg msg tu! biar padan muka dia tak dpt business.lagipun kau dah nak berenti pun'

aku tak ikut idea jahat.sebab aku tak nak jadi manusia yg tak amanah.aku takut kene soal 'dikemudian hari'


* A E Y J A Y bisikan & nukilan isi hati seorang insan 4:31 PM

Sunday, October 30, 2005



|
buat kuih raya.start lepas sahur.5 jenis kuih.non stop.penat giler tak tau nak cakap.pukul 3.30 p.m tido kejap.kejap² pun lepas asar jugak baru bangun.mandi dan lepas tu buat apa yg patut aku buat.sementara tunggu waktu berbuka aku duduk sembang² dgn mak.mak suruh cuti esok.kak long pun suruh cuti.aku kata tak nak (tapi tak bagitau mak & kak long sebab napa aku tak nak cuti) aku tinggalkan sesi sembang dgn mak.aku masuk bilik.baca buku & aku berjaya habiskan baca Wilayah Persekutuan malam ni.bila dah habis baca aku rasa boring sebab dah takde buku baru yg boleh buat mata tak tidur sebab kene ngadap dia yg aku panggil buku

aku nak buat apa lagi?

baru aku teringat sesuatu.mungkin ini yg perlu aku buat.ya buat sekarang! aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kat korang (kengkawan @ yg baru nak jadi kawan) yg sudi menjenguk @ singgah & baca @ tersinggah & terbaca @ apa² sahaja yg seerti kata dgn nya mengikut pemahaman Bahasa Melayu korang.aku nak memohon JUTAAN AMPUN & MAAF seandainya korang berasa 'terasa' @ marah @ sedih @ geram @ teruja @ apa² sahaja yg membuatkan emosi korang terusik atau lebih parah tergugat mcm rasa nak hempuk je pc kat depan mata bila baca catatan aku.sesungguhnya aku hanyalah insan biasa yakni hamba ALLAH yg selalu khilaf dan bila salah aku harus minta maaf.dan itulah yg sedang aku lakukan skrg.minta maaf.dan korang patut bagi kemaafan tu pada aku.sebab bila org buat salah kat aku,aku buleh maafkan.so kenapa tidak korang kan?


pada yg nak balik kampung BERHATI² DI JALANRAYA (iklan tak perlu bayar dari aku)

pada yg kene keje time raya BERSABARLAH SAYANG! (sebab keje pun dikira sbg ibadat)

pada yg kene bg duit raya BAGILAH SEIKHLAS HATI! (tak nak bagi kat aku ke?)

pada yg takde baju raya PAKAI AJE YG LAMA! (jimat budget)

pada yg shopping raya JIMAT MEMBAWA BERKAT! (jgn nnt lepas raya makan meggi je)


RAYA oh RAYA !!


* A E Y J A Y bisikan & nukilan isi hati seorang insan 10:15 PM

Friday, October 28, 2005



|
...:::luahkan:::...
aku benci!

aku tension!

aku bengang!

aku sedih!

aku geram!

aku rasa nak cekik² je manusia² durjana tu!

aku rasa .. aku rasa .. aku rasa ..

aku tak boleh rasa ..

perit .. sakit .. jenuh

tunggu .. tunggu .. tunggu ..

aku .. aku .. aku .. habis kata

p/s: luahan tu adalah bersempena kejadian yg menimpa aku hari ni.boss mengong.aku menci dia.aku menci dgn kroni² dia sekali.walau apa pun aku kene sabar.bulan Ramadhan.bulan yg penuh berkat.sabar .. sabar .. sabar


* A E Y J A Y bisikan & nukilan isi hati seorang insan 3:13 PM

Thursday, October 27, 2005



|
...:::param kat Peringgit:::...
masuk hari ni dah 3 hari berturut² aku ikut abah pegi Param (pasar Ramadhan) dan gerai yg kami tak missed tiapkali ke sini adalah 'Gerai Karipap Kentang Abg Senyum'.kuih yg menjadi favourite aku dari dulu kini dan selamanya.dari jauh aku nampak abg tukang goreng karipap tu dah senyum simpul.aku pulak malu² kucing.bila dia pandang,aku cuma tertunduk malu (bukannyer abg tu nak ngorat aku pun) mmg mcm tulah habit aku.bila org yg tak dikenali senyum² kat aku,automatically aku jadi gelabah + malu giler.nak tak nak abah lah yg jadi tukang beli.aku cuma hulur fulus kat abah.kuih dia mmg sedap.kalau korang tak caya buleh try.tak rugi nyer :)

...:::bilik tido @ tmpt berangan:::...
yahoo!! kad raya sampai lagi.mcm biasa,kad raya tu terletak kemas² atas meja solek aku.aku amati tulisan pada sampul kad.aku dpt agak sape pengirimnya.aku bukak-baca-senyum.mmg soheh si ash yg hantar.uiks! ader 1 lagi.mcm kad raya,tapi aku rasa bukan sebab tebal semacam je.aku agak mesti buku.dgn rakus (pergh! ayat tak tahan!) aku koyakkan sampul.bila bukak tengok 'Wilayah Persekutuan'.yesza! buku yg aku tunggu² dah tiba.aku belek².takde masa nak baca sebab kene tolong mak aku masak utk berbuka puasa.aku tinggalkan buku tu dgn rasa tak sabar² tunggu malam sebab nak tahu apa cerita dlm cerita.

...:::bukak pose time:::...
ari ni mak masak kari ayam.favourite aku gak tu.ari ni buleh kata hidangan berbuka semua yg aku suka.tapi takleh makan bnyk².kene control nafsu makan.kalau tak sesia je la aku pose.pasal mkn bnyk² ni tak bagus.bila perut terlebih kenyang,nak buat apa pun malas.so bersederhanalah! macam aku.cewah (masuk lift tekan sdri)

...:::tengok Buletin Utama::...
ada 1 berita yg buat aku tergelak version kurang sopan (gelak tak hengat² la kiranya ni).kisah perompak yg kantoi sebab diari! kalau korang tgk buletin utama,mesti tau apa citer.yg tak tengok lak,meh sini aku bagi tau.alkisahnya (bukan rekaan tau tp betul²) ader sorang perompak ni dia tak puashati pasal gaji dia (perompak pun ader gaji ek?) tak dibayar secara adil oleh bossnya (ketua perompak) maka atas rasa ketidakpuashatian nyer itu,dia telah meluahkan dlm dia punya diari.siap dgn itinerary rompakan skli.bila pak polisi dah jumpa diari tu maka tertangkaplah geng² perompak yg 'bijaksana tahap pak pandir' tu.1 lagi berita pasal selebriti kene tangkap isap dadah.aduhai! apa nak jadi ngan selebriti kat Malaysia ni? tu pasal la dulu cikgu sekolah aku kata artis ni takleh jadi role model.aku setuju.cuma ada sorang je yg aku minat dari dulu sampai skrg.sebab rekod dia bersih.orgnya cantik + berbakat besar + masih kekalkan ciri² gadis timur (cuba teka kalau pandai)


...:::reading time:::...
bukak Wilayah Persekutuan.baca.habis 3 cerita.aku tak faham apa yg cuba si penulis sampaikan.kadang² aku rasa aku faham.tapi apa yg aku faham tu sama ke dgn apa yg dimaksudkan si penulis? entah lah.aku teruskan membaca.tiba² aku terdengar sayup² suara bidadari memanggil aku (bidadari mana lak ni?) rupanya² bila aku bukak mata,mak dah terjengul kat muka pintu kejut aku utk sahur.adeh! konon nak habiskan separuh buku,tapi baru 3 cerita habis aku pun habis ZzzzzzZZzzzzZzzzz


* A E Y J A Y bisikan & nukilan isi hati seorang insan 10:55 PM

Wednesday, October 26, 2005



|
ku sangka panas hingga ke petang rupanya gerimis mengundang ditengahari.niat nak pegi post office ari ni terpaksa aku batalkan disebabkan keadaan cuaca yg tak mengizinkan.ikut ramalan tok nujum .. oopss silap! bukan tok nujum,tapi Ramalan Kaji Cuaca Malaysia hari ni Melaka dijangka panas pada sebelah pagi dan mendung disebelah petang.but unfortunately ramalan para petugas jabatan kaji cuaca tu meleset sama sekali.belum sempat petang hujan renyai² dah turun membasahi bumi ALLAH

...:::Music Valley:::...
postponed lagi la jawabnyer.aku cuma sempat beli vcd yg nak aku kirimkan pada teman aku kat sana.Alhamdulillah.nasib aku mmg baik hari ni.sebabnya vcd tu dah tinggal 1 je.aku tanya amoi yg keje kat situ takde lagi ke stok vcd.dia kata dah sold out.tinggal 1 je.kalau aku nak beli lagi dia akan order.siap tanya baper banyak aku nak.hampeh punya amoi.dia ingat aku ni anak tokei balak ke nak beli sampai 10 keping.bak kata Wan Kamarudin "apa kejadahnya!" lepas bayar vcd ORIGINAL diulang ORIGINAL yg berharga RM29.90 aku terus menapak keluar dari situ


...:::A & A Gift Centre:::...
lepas beli vcd mestilah beli kertas pembalut.takkan nak antor gitu je.memula aku ingatkan nak beli pembalut hadiah yg sememangnya cantik tahap maksim pada pandangan mata ku,tapi bila pikir balik terus tak jadi.sebabnya post office takkan terima parcel yg berbalut dgn kertas berwarna warni walau secantik mana sekalipun.yg diiktiraf utk digunapakai adalah kertas minyak (kertas balut buku colour coklat perang masa zaman primary school).mak aih! punyalah besar.aku nak guna sikit je.
Aku:"kak takde yg kecik sikit ke? saya nak balut benda alah ni aje"(sambil tayangkan vcd yg baru ku beli)
Salesgirl:"takde dik.mmg ni standard nye saiz."(dia jelaskan sambil belek² vcd kat tangan aku) "vcd apa tu dik?"
Aku:"Siti! erm .. kat sini leh balut sekali ke kak?"
Salesgirl:"oo Siti Nurhaliza!.buleh.kalau nak balut kita charge 2 ringgit.kat tempat dia takde jual ke dik"?
Aku:"2 ringgit? erm .. takpe la kak.saya balut sdri aa.takde.tu pasal la saya nak kirim kat dia"(aku jawab sambil senyum tak baper ikhlas.pasal takde la aku kirim.kalau ade buat apa aku susah payah hantar)
aku hulur duit kat cashier.sebelum nak keluar tu sempat aku lemparkan senyuman utk akak salesgirl yg peramah tu.aku rasa kalau ada award utk pekerja paling berbudi bahasa & pandai melayan pelanggan,akak tu mmg layak menang.

...:::Kedai Lin:::...
sebelum masuk office singgah kat kedai si Lin (bukan kedai dia ek.dia cuma keje je kat situ) amik handbag yg aku tinggalkan (konon nak pi post office,tu pasal bawak handbag) ader la 2-3 org customer.aku malas nak berlama kat situ.nanti kacau pulak dia nak bekerja,even waktu itu dah termaktub adalah lunch time.

...:::Office:::...
masuk² je terus bukak web ni www.pos.com.my aku nak dapatkan info ttg kiriman parcel.Alhamdulillah.info yg aku cari & dapat serba lengkap.maka mudahlah urusan aku nanti.info dah dapat.skrg tibalah sesi balut membalut.nilah part yg paling aku menyampah.leceh nak potong sana..nak tampal sini.aduhai! makanya hasil balutan vcd tu mmg hampeh! tapi kira ok la jugak.

insyaAllah kalau keadaan cuaca mengizinkan esok aku akan post.mintak² tengahari esok tak hujan.Amin!!!


* A E Y J A Y bisikan & nukilan isi hati seorang insan 1:50 PM

Tuesday, October 25, 2005



|
kenapa aku harus menjawab soalan yg tak aku gemari?

adakah kerana aku ingin menjaga hati mereka² yg bergelar teman?

bagaimana utk aku buktikan keikhlasan aku menjawab soalan mereka?

kenapa keikhlasan aku sering dipersoalkan?

bagaimana utk aku buktikan keikhlasan ku?

kenapa mereka terlalu cepat menilai aku?

berhak ke mereka menilai aku?

bagaimana utk membuat mereka berhenti bertanya?

bila mereka akan berhenti menanyakan soalan yg aku tak suka?

mengapa aku sukar berkata tidak?

boleh korang bagi jawapan kenapa aku bertanya semua ini?






* A E Y J A Y bisikan & nukilan isi hati seorang insan 2:04 PM

Saturday, October 22, 2005



|
~In da house~
bunyi bising kat bilik buat aku terkejut dari tidur yg tak berapa nak lena.alahai apsal la pepagi buta anak sedara aku dok memekak dlm bilik ni.nak tidur pun tak senang.aku kerling hp.patut ler,dah pukul 9.00.disebabkan konsentrasi tidur yg terganggu, buat aku batalkan niat utk sambung tidur.(lagipun bulan pose tak baik tidur lelama) mamai! kak long aku masuk bilik.
Along :"dik nak ikut kak long tak?"
Aku :"nak pi mana?"
Along :"pi cari baju raya Nabila ngan Muhammad
Aku :"ala apsal tak cakap dari semalam? tunggu jap adik mandi dulu"!
Along :"okay!"
alahai aku ni cukup pantang kalau org ajak jalan last minute.tapi sebab kesian kan along aku ikut la jugak walaupun sebenarnya aku rasa malas yg teramat nak kuar rumah.satu hal lagi yg aku tak sanggup adalah kene naik pengangkutan awam! erks! on the way nak ke bus stop aku call angah.
Aku :"ello .. adik ni"
Angah :"apsal? mak watpe?"
Aku :"adik ngan kak long nak pi cari baju raya Nabila"
Angah :"ler .. kata nak pi besok? mak ikut ke?"
Aku :"mak tak ikut.abis tu esok camne? jadi ke? adik dah tanya mak,tapi dia kata ........ so?"
Angah :"takpe la.korang tunggu akak kat Melaka Sentral.kita pi sama"

~Y&W Supermarket~
sampai je kat meeting point kitorang,aku terus tercari² kete kak ngah yg kata nya dia park kat belakang pasaraya Mydin.tapi hampeh! jangan katakan kelibat dia,bayang kete dia pun aku tak nampak.last² aku tunggu angah call.rupanya dia still cari tmpt nak park kete.parking full! oopss .. lupa lak.hari ni kan hari cuti.dah dekat nak Deepa Raya mmg la org ramai amik kesempatan bershopping,termasuklah aku dan kakak² aku.Y&W jadi sasaran pertama kitorang dlm usaha nak mengkayakan pengusaha supermarket & mengosongkan poket pengguna².berkenan dimata,kualiti brg yg nak dibeli pulak tak memuaskan.akhirnya tak jadi beli.(kak long aku tu mmg cerewet!) :)

jenuh berjalan dari Y&W ke parking lot.punyalah jauh angah aku park kete.dah ler panas terik.dugaan betul.uiks! kete sapa pulak angah aku bawak ni? lepas soal selidik barulah aku tahu yg dia dah tukar kete.pergh! tak hengat².dlm pada kata takde duit buleh pulak tukar kete.selamat tinggal kancil! welcome my wira! oopps .. not mine la.angah punya.

~Hang Tuah Mall~
destinasi membeli belah kitorang seterusnya adalah ke Hang Tuah Mall.puas jelajah dari satu kedai ke satu kedai.cari² tak jumpa gak.(kan aku dah kata kak long tu cerewet!) aduh! aku dah letih + lemah longlai dek kerana kepanasan cuaca ditambah pulak bulan pose camni.disebabkan Aiman (anak kak ngah aku) kurang sihat,maka terpaksa lah angah aku pulang awal.mulanya ingat nak balik rumah terus,tapi aku ngan kak long decide nak singgah kat Jaya Jusco.

~Jaya Jusco~
tengok sini .. belek sana pun tak berkenan jugak.Alonnnngggggg!!! rasa macam aku nak jerit je.penat seh! pergi sana sini tapi hampeh! satu hapah pun tak beli.tapi aku tetap maniskan muka.tak nak aa tunjuk muka tension.nanti spoil pulak mood membeli belah kak long aku.aku malas nak jalan lagi.
Aku :"long ngko pegi aa ngan Nabila cari baju.adik tunggu kat sini"
Along :"penat ek? yelah adik tunggu sini jap."
kak long aku punya sekejap tu bukan buleh caya.sekejap pada dia,tapi berkurun bagi aku.tengah dok tunggu dia,aku terserempak dgn kawan lama masa aku jadi casual worker kat sini.dia still keje lagi.macam biasa lah bila dah lama tak jumpa borak² .. tanya kabar .. tukar² number bla bla bla sampaikan tak sedar dekat 20 minit aku bergebang dgn member tu.dari jauh aku nampak along tertinjau² cari aku.hehehe .. cepat la pulak minah ni.biasa berjam² nak membelek.
Aku :"dapat ke?"
Along :"takde la dik.menyampah betul! colour yg kak long nak pulak takde."
Aku :"abis tu? nak balik aa ni?"
Along :"adik larat lagi tak? apa kata kita pi Mahkota cari kat Kamdar & Parkson.dah alang² ni.esok lusa kak long malas aa nak keluar lagi"
Aku :"jom la" (dlm hati kata aduh! tidak! no! tak mau!)


~Kamdar (Mahkota Parade)~
masuk² je terus cari Kamdar.akhirnya jumpa gak baju melayu colour biru gelap yg dihajatkan oleh kak long utk anak lelakinya.untuk sekian kalinya kak long yg cerewet tu ajak aku pi tgk kat Parkson dulu.(dia ingat buleh dpt yg lebih baik kot) aku tak nak ikut tp kaki melangkah jugak.on the way aku dgr cam ader sore org menyanyi.uiks! ader events ke ari ni?takkan bulan pose pun .. tertarik pulak aku nak tgk apa yg riuh sgt kat stage tu.rupanya ada si Nita & Farah (Malaysian Idol) buat charity show utk tabung Bersamamu tv3.aku bukan minat pun dgn 2 org minah kelahiran realiti tv ni.klu siti tu lain citer aa. :)

aku biarkan kak long cari sendiri.aku teruskan tengok charity show.at least buleh jugak hilangkan rasa boring dan penat berjalan aku.dekat 1/2 jam aku tercongok jadi penonton tak setia.kejap² bila aku rasa telinga aku semakin pekak dgr sore pengunjung pusat beli belah yg macam org tak puasa (sbb diorang still ader energy nak terjerit² tgk 2 artis pompuan terlalak² atas stage) aku masuk kedai² yg ada kat sekitar stage.malas nak jalan jauh².tetiba terasa belakang aku ditepuk seseorang.terkejut! ingatkan sapa,rupanya anak sedara aku.kak long aku dok tersengih² mcm kerang busuk.tau dah.aku gerenti barang² yg kak long aku idamkan dia dah dapat.mmg sah.argh... leganya! boleh balik umah! yahoo ..


~In da Bus~
hp aku menjerit lagi.di skrin terpapar nama Umi.kak ngah aku.nak apa lagi dia ni?
Angah :"kau tak balik² lagi? kau kat ner ni?"
Aku :"dlm bas ni ha.pegi MP tadi.nak balik la ni.apsal?"
Angah :"huk alo! rajinnyer korang jalan panas² buta camni.mak dah bising bila nak balik.dah dekat nak berbuka ni"
Aku :"yelah kejap lagi sampai la.dah sampai Peringgit ni.jap agi sampai.
lepas angah aku kata ok terus aku matikan talian.aku citer dgn kak long apa yg angah beritau.dia cuma diam.

~Home Sweet Home~
5 minit sebelum azan kitorang dah sampai kat umah.berbuka dgn juadah ala kadar.penat tak hilang lagi.lepas solat terawih pegi cari baju raya mak ngan abah pulak.aduhai! sekali lagi aku terpaksa ikut sebab kene jaga anak sedara sementara mak² diorang tu sibuk² tawar menawar barang.2 pasang baju kurung utk mak & sepasang baju melayu utk abah.jam 11.30 baru selesai acara membeli belah.pergh! boleh jadikan aktiviti ari ni sbg Hari Ini Dalam Sejarah idup aku.tak pernah dari siang sampai ke malam bershopping.tapi yg tak bestnya bukan beli utk aku.utk family members je.baju raya aku tahun ni cuma sehelai blouse lengan panjang berwarna hitam berbunga merah yg sgt menarik pada pandangan mata aku.maka secara rasminya takde baju kurung utk aku tahun ni.sedih gak.tp budget kene jaga.lepas ni dah jadi penganggur terhormat.so kene berjimat.ader yg nak sponsor aku pulak jual mahal.huhuhu .. cian aku!


* A E Y J A Y bisikan & nukilan isi hati seorang insan 10:00 PM

Friday, October 21, 2005



|
semakin dekat nak raya,aku jadi tambah pening + sayu + geram + mengong!! urgh! benci nya bila sume rasa² negative ni bersarang dlm kepala otak aku.tinggal lebih kurang 18 hari (tak termasuk hari ni) je lagi aku kat sini (office) ditolak dgn hujung minggu & cuti raya maka nya takkan sampai la 18 hari tu.mungkin seminggu je kot.lepas tu JOBLESS!! dan secara automatik status aku akan bertukar menjadi PENGANGGUR TERHORMAT... aduhai sayu nyer hati aku.

aku tak tau lepas ni kat mana aku akan bergelar pekerja.register kat Jobstreet pun sudah.hari² aku dok receive e mail.mcm² peluang keje yg ada,tp masalahnya semua kat KL.hampes! if only my mum allowed me to work in KL;i'll be the most happiest person in this world.but unfortunately she won't let me go out from Malacca.i don't know why.padahal masa belajar dulu boleh pulak lepaskan aku dok KL.la ni bila aku nak keje kat sana dia tak bagi.Oh ibu .. mengapa? kenapa?

sebenarnya aku tahu kenapa dan mengapa mak aku tak izinkan aku keje kat sana.tapi bagi aku alasan yg mak hujahkan ke telinga aku tak munasabah langsung.mungkin dia takut aku kene culture shock bila dah takde depan mata dia tiap hari.mungkin jugak dia takut bila sesekali aku balik penampilan aku berubah jadi minah urban.dgn skirt paras lutut,tube sendat bak sarung nangka,rambut hitam tukar colour jadi blonde,tudung kepala jadi perhiasan dlm gobok baju bla bla bla .. that's not the point la mum.kalau anak mak ni nak bertukar jadi minah salleh dah lama dah org buat.time study dulu bukan sikit cobaan & godaan yg adik terima.but Alhamdulillah i'm still ur daughter.tp penjelasan tu tak berjaya meyakinkan mak aku tentang hasrat aku nak keje kat sana.Redha aje la ..

sekarang aku tgh sibuk ushar keje baru (ye ke sibuk?) terfikir nak mintak keje kat situ lah .. sini lah.insyaAllah lepas raya ni aku akan usaha habis²an memerah keringat (yelah tu!) cari pekerjaan utk menampung kos sara hidup aku.mungkin jugak aku akan gunakan kroni² aku utk tolong dapatkan keje.korang tolong la DOA kan utk aku ye.time ni la aku teringat perbualan telefon antara aku dgn dia

Dia "susah² sgt awak kawen je la dgn saya.habih citer!" (nada gurau ek! bukan serius tau)
Aku "amboi senangnya awak cakap.habis tu hutang saya sapa nak bayar? awak ke?"
Dia "boleh.apa salahnya.tp duit hantaran utk awak tu kira hangus la ye.dah bayar hutang belajar awak!"
Aku "loh! mana aci camni.duit hantaran lain citer.bayar hutang lain citer la"
Dia "apa pulak lain citer.ala kita buat simple² je udah le"

dan dialog seterusnya malas aku nak tulis.pasal bukan dia betul² pun nak propose aku.tapi 'bunga²' dah ader.hehehehe .. tunggu dan lihat je la ek.kalau betul aku jadi kawen ngan dia nanti aku inform.hahahaha .. (version gelak lupa dunia kejap)

AMARAN KPD KORANG (esp yg kenal aku)
citer pasal nak kawen tu hanya lawak semata².tiada kene mengena dgn yg hidup ataupun yg tgh kat dlm kubur.jgn nak mandai² buat gossip kata aku nak kawen.bak kata aku tadi baru 'bunga²' je.

keje oh keje ..







* A E Y J A Y bisikan & nukilan isi hati seorang insan 3:05 PM

Thursday, October 20, 2005



|
~senario pagi~
innalillahi wainailahi rajiun ..

Al fatihah utk allahyarham Datin Seri Endon Mahmod isteri PM Datuk Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi yg tlh kembali ke rahmatullah pada jam 7.55 pagi tadi.semoga roh beliau dicucuri rahmat.amin..
aku dapat berita ni pun dari En Jonet & web jiwang yg jadi port lepak aku tetiap hari masa keje.rasa mcm tak percaya pun ader.sebab baru 2-3 hari lepas (seingat aku la) aku baca paper yg mengatakan keadaan arwah stabil kat hospital.tup tup hari ni dpt berita arwah dah takde.

ni lah yg dinamakan ajal.ntah² aku yg sihat walafiat ni pun buleh mati kejap lagi.ish! aku belum nak mati.amal ibadat aku belum cukup banyak utk dijadikan bekal ke 'sana'.

~senario tengahari~
tahun lepas aku cuma kirim 2 keping kad raya aje.mungkin korang kata aku ni kedekut nak laburkan duit beli kad & setem.atau paling tidak pun korang akan kata aku ni bakhil nak perabihkan dakwat pen utk menulis,ayaq liur nak tempek setem (standard la kan! jgn kata kat aku korang tak pernah guna air liur kurang basi korang tu utk calitkan kat belakang setem).atau kemungkinan yg ke 3 korang musti kata aku ni pemalas nak pegi post office.atau .. erks .. dah takde kemungkinan yg boleh aku buat dah sebenarnya.

3 hari lepas aku dah beli kad raya utk member² aku yg semuanya berjumlah 3 keping.jenuh nak cari kad yg sesuai utk diorang tu sume.bukan sebab sume tak menarik,tp sebab semuanya menarik perhatian mata & nafsu membeli aku, maka aku tak tau mana 1 yg harus aku pilih.lastly aku pilih kad yg ada unsur² humour sebab aku cukup geli + menyampah giler tgk kad² raya yg berteraskan tulisan ala jiwang @ romantika d amour yg sememangnya tak sesuai utk org² yg aku panggil member.

tapi kadang² aku suka sgt kad yg beraliran semacam ni & pernah berharap akan ader insan yg bagi kad raya penuh kata bermadah bersastera jiwa lara kat aku.tak harap sgt,tp kalau ader yg bagi Alhamdulillah :)

hari ni aku nak pegi beli kad raya lagi utk beberapa org lagi member aku & utk dia sekali.entah kad mcm mana yg jadi pilihan,aku pun tak pasti lagi.dia bagi aku kad yg tak romantik tapi tak jugak kelakar.kategori utk sahabat pun bukan.pening kepala aku pikir pasal kad raya (sepatutnya aku tak perlu rasa pening) sebabnya menda ni bukan wajib seperti puasa yg diwajibkan setiap kali menjelang Ramadhan.rasa pening dah nak dtg,so aku tak buleh buat apa lagi la kecuali menghadapinya dgn senyuman :)

kali ni aku nak pegi sorang².malas nak ajak si Lin (kawan aku yg keje kat kedai sport bawah opis aku).bukan aku tak suka keluar dgn dia,tapi aku ni jenis cerewet memilih,jadi aku tak nak buat dia rasa bosan tunggu aku pilih memilih sedangkan dia memang tak minat dalam hal² yg macam ni."org tak suka la kak, kirim² kad raya ni.sms je la.sama jugak kan.leceh la nak antor kad" itu kata dia.bagi aku pulak aku akan hantar kad raya kalau aku rasa aku nak hantar.kalau tidak macam kata dia SMS je la.sama jugak.

oh kad raya ... tunggu aku nak pi cari engkau!

~senario petang~
syahdu & pilu.tambah pulak hujan gerimis kat luar.tgh dok layan lagu² raya walaupun aku tak terasa mood raya.walhal tinggal seminggu lebih je lagi umat Islam akan merayakan kemenangan berpuasa.dlm banyak² lagu raya aku rasa buat masa ni lagu Airmata Syawal {Siti Nurhaliza} & Bersabarlah Sayang {Sanisah Huri} cukup menyentuh perasaan aku.rasa sensitif bertandang tanpa perlu ku undang.emosi aku terusik lagi.sedih yg ntah apa penyebabnya aku kurang pasti.ada 1 kemungkinan yg pasti,(mungkin) namun aku cuba menidakkan rasa kemungkinan tu.

kad raya utk dia dah pun aku beli.tinggal nak nulis ucapan je.tu lah menda yg paling aku tak gemar.bab karang mengarang ucapan ni bukan aku pandai sgt.kekadang bila time blur idea tak mau dtg.tu yg buat aku geram.apsal otak tak 'jalan'.aku harap mlm nanti idea dtg mencurah utk aku kabarkan sesuatu pada dia

"Ya ALLAH Ya Tuhanku Kau permudahkanlah segala urusan ku .. amin"


* A E Y J A Y bisikan & nukilan isi hati seorang insan 8:32 AM

Tuesday, October 18, 2005



|
aku dah berjaya!

aku dah berjaya!

berjaya apa?

Alhamdulillah akhirnya aku dah berjaya serahkan notis perletakan jawatan pada boss aku hari ni.pagi tadi lepas sesi 'sembang pagi' antara boss dgn En Jonet tamat, tanpa berlengah lagi aku terus selongkar laci meja dimana tersimpannya surat 'keramat' tu dan serahkan pada dia.

dia nampak kaget.terkejut pun iya.mungkin sebab dia langsung tak menyangka aku akan letak jawatan pada saat² macam ni (org tgh happy² nak sambut raya) aku pulak nak resign.mimik muka dia cukup buat aku faham.dia keliru.dia tanya soalan yg paling payah aku nak bagi jawapan "Napa nak berenti?" itu soalan dia.aku diam dan buat² pekak badak sambil tersenyum pahit macam air kopi takde gula."Abis tu lepas ni buat apa? dok umah?" boss aku tanya lagi.(mungkin dia dpt rasa aku takkan jawab soalan pertama dia) maka dia terus beralih ke soalan ke 2."Erm .. dok umah je la.belum dapat keje baru lagi" kali ni aku terpaksa jawab.nak tak nak je aku bersuara.jawab sebab terpaksa.Ish .. dia ni udah² le bertanya tu.aku takde mood nak cerita panjang lebar sebab musabab aku resign.biar aku sdri tau.

maybe boss dah sedar aku tak berminat nak teruskan sesi perbincangan,terus dia kata dia akan bincang dgn En Jonet pasal gaji aku.desas desus yg aku dgr dari sumber² yg boleh dipercayai,gaji aku utk bulan 10 akan dibayar full walaupun aku lewat seminggu serahkan notis pada boss.Alhamdulillah :)


sayonara!!!

dlm hati aku terdetik "takde farewell party ke utk aku?" :(


* A E Y J A Y bisikan & nukilan isi hati seorang insan 2:00 PM

Monday, October 17, 2005



|
kenapa aku takde kekuatan utk serahkan surat perletakan jawatan kat boss aku? 2 hari lepas mak aku tanya samada aku dah bagi notis atau belum.inilah dialog yg terjadi antara aku & mak aku:-

mak:"adik dah bagi notis ke belum?"
aku:"belum!"
mak:"naper tak bagi lagi?"
aku:"nantilah"

aku malas nak cakap banyak² @ bagi alasan berkepuk² kenapa notis belum sampai ke tangan boss aku.tak nak cerita ni diungkit lagi atau kalau aku terus bercakap,akan lebih banyak la komentar² yg keluar dari mulut mak aku.aku tak nak menghuru hara kan mood aku lagi.aku tak nak mengomel sendiri lagi.aku tak nak sakiti hati sendiri lagi.aku tak nak semua rasa negative tu bertempek dlm hati aku.yg aku nak sekarang cuma ketenangan & kekuatan utk aku bersemuka dgn boss dan luahkan niat & hasrat hati aku.

aku rasa bersalah dgn mak aku.pagi tadi mak aku merajuk.bukan sebab notis tertangguh.tapi sebab keterlanjuran percakapan aku.masa bersahur pagi tadi aku rasa tak tentu arah.semua gara² anak sedara aku yg terlalu mengada² (betul ke dia terlalu mengada² @ aku yg sensitif sgt?) semua ni jugak gara² secawan nescafe! aku rasa cukup sebal bila tgk gelagat anak sedara aku yg terlalu dimanjakan oleh mak aku (atau aku cemburu? sebab mak lebihkan dia dari aku?) dipendekkan cerita mak suruh aku buatkan secawan nescafe utk cucunya (yakni anak sedara yg aku klasifikasikan sbg terlalu mengada²).aku rasa malas.tp dlm rasa kemalasan aku tetap tunaikan suruhan mak.ntah macam mana terkeluar perkataan "sibuk je" dgn nada yg cukup perlahan.aku rasa takkan ada sapa buleh dengar melainkan jika org tu mcm Clark Kent dlm citer Smallville yg boleh mendengar hatta berbatu² jauhnya.

yg pastinya mak boleh baca gerak bibir aku walaupun tanpa suara.sebetulnya ayat tu aku tujukan utk anak sedara aku.bukan utk mak! tapi akibat kesalahtafsiran buatkan dia terasa seolah kata² yg aku lafazkan utk dia.padahal tak terlintas langsung aku .... argh! sekali lagi aku mengambil pendekatan mendiamkan diri.tak nak buat mak lebih salah faham terhadap aku.entah kat mana habit menegakkan kebenaran yg selalu sebati dlm diri aku.mungkin sbb mengenangkan bulan Ramadhan.bermatian² bagi penjelasan pun aku tak minat lagi.biarlah mak salah anggap.biarlah .. aku dah letih

selama ni pun aku dah lali disalah anggap oleh org sekeliling & tak kurang jugak oleh org² yg jauh dari keliling aku


* A E Y J A Y bisikan & nukilan isi hati seorang insan 2:30 PM

Friday, October 14, 2005



|

Mencinta dirimu
Untuk yang terakhir kali ini
Lihat ku disini
Setia untuk dirimu
Kasih yang ku belai
Gugur selama-lamanya
Waktu yang terpisah
Menghukum luka yang lama terpendam
Kesuraman yang telah menjelma
Dihujani sedihku
Melaratkan dijiwaku ini
Diakhir pemergian mu ini
Tinggallah aku menanti
Mimpi yang semakin membakar dihati
Hanyalah dirimu yang bertakhta dihatiku kini

Tak rela meninggal sedih hatiku ini
Bersemadi cinta ku di sini
Biar mekar mengharumi
Andai ada cinta disamping mu kasih........


sebenarnya aku tak suka dgr lagu ni esp bila dinyanyikan oleh Marsha AF3.ntah kenapa bila dgr versi Siti terus aku jatuh cinta ngan lagu ni.maybe sbb lagu ni ada kene mengena dgn diri aku.ahaksz! perahsantan jiwang karatsz betul aku ari ni.what ever pun aku nak tujukan lagu ni khas utk sahabat aku yg akan pergi meninggalkan aku buat sementara waktu.semoga awak cepat pergi & cepat kembali.huhuhuhu .. sedihnya.aku harap dia tak lupa kat aku & insyaAllah aku pun takkan lupakan dia.


* A E Y J A Y bisikan & nukilan isi hati seorang insan 4:06 PM

Thursday, October 13, 2005



|
dalam bilik aku.kat atas meja solek ada sepucuk surat.UNITAR.erm .. aku pikir² bila masa pulak aku apply nak masuk UNITAR ni? oopss! lepas aku refresh memory aku yg semakin kureng baru aku teringat yg ITTAR kan dah unite ngan UNITAR.so pasti la surat ni dari ITTAR aka UNITAR.surat amende lak ni? nak kata surat mintak hutang,confirm bukan.sebabnya segala hutang piutang aku kat kolej; aku dah settle kan.cuma hutang ngan bank je tak langsai² lagi.aduh! pening paler aku pikir pasal hutang.aku koyak surat tu dgn cermat.aku baca ala kadar.almaklum penat! baru balik keje.ingatkan surat menda la tadi.rupanya offering letter utk melanjutkan pengajian peringkat ijazah.


mak aku tanya apa isi kandungan surat tu.aku cuma cakap surat offer sambung study.mak aku cuma diam.lepas tu aku pulak bukak mulut bertanya apa boleh atau tidak kalau aku nak belajar balik.nak tau apa jawapan mak aku? "hutang lama pun tak habis bayar.abis tu sape nak support yuran belajar tu?" kata mak aku dgn nada yg aku tak pasti samada sinis @ geram.lepas tu aku jadi macam org bisu.malas nak komen kenyataan berbentuk soalan mak aku.sebab aku tau takde maknanya kalau aku terus bertanya.aku biarkan topik nak sambung belajar tu abis kat situ.cakap banyak² bulan puasa ni pun tak bagus.salah cakap nanti kurang pulak pahala puasa.

malam tu aku termenung kejap.masuk bilik & aku belek² surat tu sekali lagi.kali ni aku baca betul².takde ala kadar.timbul minat nak tau pasal program yg ditawarkan.halaman yg mula² aku belek secara detail sedetail detailnya adalah kertas yg bertulis 'fees'.mak aih mahal nauzubillah! hutang lapok dulu pun tak abis lagi,ni kan pulak nak tambah hutang baru.aku garu kepala tak gatal.terbantut hasrat aku nak jadi student balik.mana taknya dgn yuran pengajian semahal tu mmg aku tak mampu nak tampung.nak harapkan abg ipar aku lagi? ish! tak payah la susahkan dia.time aku amik dip dulu dia dah tolong pun kira syukur alhamdulillah.tambah sayu hati aku.kenangkan tak lama lagi aku bakal jadi penganggur terhormat.lepas tu niat nak sambung study pun terpaksa aku buang jauh² dari minda aku.
yg aku tahu skrg ni aku kene cari keje baru secepat mungkin.aku kene mulakan lembaran baru dlm sejarah hidup & pekerjaan aku.

Wahai Tuhanku cukupkanlah aku dgn rezeki yang halal yg telah Engkau kurniakan kepadaku dan jauhkanlah drp yg haram dan jadikanlah aku dari golongan yg mendapat keutamaan MU..amin!




* A E Y J A Y bisikan & nukilan isi hati seorang insan 4:38 PM



|
kekadang aku suka layan sms.rasa teruja kalau hp aku berdering isyarat 1 new message.tp kekadang aku benci sms.pasal sms aku jd sedih,takde mood,geram bla bla bla.tp sebab sms jugak boleh buat aku gelak sakan atau paling tidak pun tersenyum manja ala² kucing parsi yg kene belai dgn tuan nyer.

bila credit bertimbun aku tak nak ber sms.bila credit tinggal RM0.00 tangan ni gatal je nak picit² hp.yg namanya manusia itulah aku.terbalik.songsang.

hari ni aku malas nak layan sms.kalau buleh pandang hp pun aku tak hingin.tp time² aku tak hingin tu la kebanjiran sms melanda.aduh letih seh! lepas baca aku buat tak reti.credit ader.just not in a mood to reply any sms even it's from my 'lovely ketenangan friend'.sorry la ek!!

itulah dia penangan SMS.aku nak berenti menaip.penat.


* A E Y J A Y bisikan & nukilan isi hati seorang insan 1:55 PM



|
Awak
Tatkala saya sendirian
Angin rindu meniup sayu

Awan kasih berarak pilu
Mana mungkin awak sedari
Andai kasih saya tak pernah awak hargai
Lantas saya titip warkah perpisahan
Biar jiwa tidak merintih duka

Biar hati tak berlagu sendu
Biar sengsara jauh menyisih

Awak
Inilah suara hati saya
Saya harap awak mengerti
Yang bersimpul dah saya rungkai
Percayalah kasih awak tetap dihati
Biarpun kini awak telah pergi
Bersama si dia kekasih baru awak
Namun saya tetap tabah menghadapi
Tak mungkin saya lupa

Memori indah tika bersama awak
Detik bahagia akan saya kenang
Hinggga nafas terakhir

Awak
Doa kudus saya pohon pada Ilahi
Semoga awak berbahagia
InsyaAllah

Saya kan tetap mengingati awak
Kerna rindu pasti kan hadir
Mengetuk jendela hati saya
Saat itulah airmata setia mengalir
Ia tak mungkin berakhir
Selagi diri awak masih diingatan saya


p/s: puisi jiwangs karats di atas adalah rekaan aku semata².tiada kene mengena dgn si penulis iaitu aku.kalau ader pun cuma coincidence je.bukan sengaja.ntah kenape tetiba mood sentimental bertandang walau tak pernah ku undang kehadirannya.tika jiwa di usik sayu .. saat rindu menggunung di kalbu .. woits! udah² le tu wahai si aku.asyik layan jiwang jek! udah pi keje :)
bye.let's get back to work! wassalam


* A E Y J A Y bisikan & nukilan isi hati seorang insan 1:08 PM

Friday, October 07, 2005



|
Aku tak ingat bila kali terakhir aku mula terfikir utk berhenti keje.tinggalkan company ni & cari keje lain.sejak kebelakangan ni org² sekeliling aku dah mula balik mendesak agar aku berhenti keje.satu hal yg dulu pernah jadi isu hangat dlm hidup aku;dan lepas tu suam² kuku dan skrg makin menjadi² panasnya.amat sukar utk aku buat keputusan.sebenarnya tak susah.cuma nak dgn tak nak aje.entah apa yg aku nak sebenarnya aku pun tak pasti.aku mula termakan kata² diorang.tak guna aku terus kat sini andai hati aku tak tenang.apa kes ni? kes aku nak resign tp takde perkembangan apa² pun

isu aku nak resign jadi semakin complicated.semua gara² sikap aku sdri.betullah kata mak,abah,akak,abg & teman² aku yg aku ni degil.tp kedegilan aku bersebab.bukan sekadar suka².hari ni aku dah nekad,itupun lepas apa yg pakcik jonet tu beritau aku.perkhabaran yg sungguh tak terjangkau dek pemikiran aku.sungguh di luar dugaan & jangkaan seorang yg bernama aku iaitu aku sdri.kalau boleh digambarkan mimik muka aku sewaktu 'cerita dongeng' tu singgah dipendengaran telinga aku,takde riak muka blur,riak terkejut pun bukan,sedih tidak juga.entah apa yg aku rasa tika itu hanya DIA yg tahu.tak dpt aku gambarkan.tp yg pasti dan mmg sahih ialah cerita yg disampaikan pada aku bukan setakat dongengan.ia realiti yg aku kene terima

aku redha.aku pasrah.mungkin sampai di sini aje perjalanan 'hidup' aku.aku harus menoktahkan setakat ni.sambungan hidup aku yg sebenar mungkin ada ditempat lain.bukan lagi kat sini.kat sini adalah satu dunia yg aku tak nampak mentari.yg kelihatan cuma samar² cahaya lilin yg bakal padam bila dihembus bukan setakat angin puting beliung malah andai angin selembut bayu menderu sekalipun dah cukup buat ia padam & takkan mungkin bernyala kembali.sebab aku tak nak nyalaan tu kat sini.aku harapkan cahaya yg lebih terang disuatu daerah yg lain.daerah yg takkan sama sekali ada persamaan dgn tempat ni

perlahan² aku mula yakinkan diri aku.membuat andaian² positif semata² utk menyedapkan hati aku sdri walaupun hakikatnya aku masih kabur (bukan ke aku kata dah nekad? so knp mesti kabur lagi ek?) dgn keputusan yg bakal aku buat.apa yg boleh aku katakan separuh drpnya mmg keputusan aku sdri.selebihnya org lain yg 'bermurah hati' membantu aku dlm membuat final decision.apa yg susah sgt nak resign? rezeki ALLAH SWT yg tentukan.takkanlah boleh mati kebulur kalau tak keje kat sini lagi.itu kata hati aku.tp bukan bab mati kebulur yg jadi persoalan utama.aku nak resign.aku tetap akan resign.apa nak jadi lepas ni aku akan buat² tak peduli.aku cuma nak berhenti keje.aku dah muak dgr cakap² yg ada kebenaran tp pastinya buat aku 'terbakar' bila dengar dialog diorang.

tengah aku sibuk² kat sini,sambil tu aku mengarang surat perletakan jawatan.hahaha .. nak tergelak pun ader.apa sebab? ntah la.tetiba je rasa mcm happy sbb aku bakal tinggalkan 'dunia' yg buat hidup aku kelam kabut sejak kebelakangan ni.aku masih menunggu hari itu.menghitung hari...




* A E Y J A Y bisikan & nukilan isi hati seorang insan 3:00 PM

Wednesday, October 05, 2005



|
SeLaMaT MeNyAmBuT RaMaDhAN Al MuBaRaK 1426H !!

Assalamualaikum warahmatullah ...

1st day of Ramadhan.berkobar² semangat aku utk berpuasa.bangun seawal jam 4.00 pagi.tolong mak aku.jugak tolong buat wake up call pd kengkawan aku.sahur ala kadar.tak nak perut aku terperanjat sbb tetiba hari ni makan nasi pukul 4.45 pagi.alhamdulillah sampai ke ptg aku masih tak rasa apa².cuma rasa haus yg teramat sbb cuaca panas.sekali lg aku nak cakap alhamdulillah pasal iman aku masih kuat dan tak terdorong utk minum hatta seteguk air.alhamdulillah! alhamdulillah! alhamdulillah!

aku harap Ramadhan tahun ni dpt merubah diri aku menjadi insan yg lebih baik dari sebelum²nya.

aku tak nak tulis lagi.aku nak buat keje pulak.terima kasih! wassalam

p/s: genapkanlah puasa sebulan anda! (kecuali jika anda bergelar wanita @ perempuan @ gadis dan yg sewaktu dgnnya)


* A E Y J A Y bisikan & nukilan isi hati seorang insan 10:00 AM

Monday, October 03, 2005



|
Isnin yg blues ke? blues kot sbb nya bila dah bercuti hujung minggu mmg terasa malas nk pegi keje.aku jugak salah seorang drp mereka² yg mmg liat nak pegi keje bila tiba hari isnin.hari ni aku mmg betul² takde mood nak keje.dlm hati aku dah pasang niat nak ponteng.tp tak terfikir pulak idea yg patut aku btau kat boss napa aku nak cuti.takkan nak buat alasan sakit.mesti dia mintak surat MC.nak kata kucing aku sakit? lagilah kedengaran tak masuk akal alasan yg ni.pikir punya pikir,last minute tak jadi ponteng.baiknya aku.(perasan la tu!)

dek kerana aura ke'malas'an utk pegi keje semakin menjadi² aku jadi huru hara sekejap.manakan tidak sbb terlalu lama pikir sampaikan tak sempat prepare apa².aku sarung apa je yg tercapai dek tangan.nasib baik baju yg aku pakai jenis kain yg tak perlu digosok.jimat masa.breakfast pun ala kadar.cuma secawan nescafe buat alas perut.alamak! aku dah lambat ni!! jam dah tunjuk angka 8.55.tinggal 5 minit je lagi.lambat lagi la jawabnya.takpe lah boss aku pun spesies yg suka masuk lambat.so dia takkan tau pun kalau aku lewat.hehehe

sah aku lewat 10 minit.aku tgk kat car park,kereta boss aku takde.selamat lagi utk kesekian kalinya.bila dah masuk office tu mcm biasalah keje aku.ngadap pc! check mail,send mail,baca e paper, bla bla bla .. blues oh blues bila la ngko akan dipisahkan dari aku?! pagi dah pun menginjak ke tengahari tp ttp terasa blues.apa kena dgn aku ni? agaknya sbb dari kat umah tadi aku dah set kan mind aku supaya isnin ni jd hari blues utk sepanjang masa bekerja.bukan takat pagi je.hehehe .. agaknye lah kot.

"kembalilah kpd ku selamilah jiwa ini yg terluka .. ikatan kita berdua ..." ringtone yg memang aku khususkan utk si dia.teman aku yg rock! rock ke dia ni? ikut kata dia rock la,tp ikut kata aku .. ntah (sukati dia la nak rock ke jiwang ke aku tak kisah.) ape ke hal nya dia ni tetiba call? biasanya dia sms aje.klu nak call pun biasanya waktu malam.yg aku pelik kenapa hari ni tengahari buta dia call.ada emergency ke? ntah² dia sesaja nak sembang ngan aku kot.jawab je la."assalamualaikum! hai awak ... bla bla bla ...." (dialog yg lain tak censored tp aku malas nk taip) aku terkejut.menggelabah giler.dia ni biar betul.bila aku tanya balik dia beria² kata dia ada dekat² kawasan office aku.

aku jadi tak tentu arah.kejap² aku masuk bilik boss jenguk dari tingkap.alahai poyo nye aku ni.mana boleh nampak.dah tentu la dia kat dalam.aduhai! perut aku dah mula senak.tangan dah menggigil.suara aku pun dah mcm tak terkeluar bila bercakap dgn dia.walhal belum pun jumpa,baru on the phone je dah aku dah jd mcm budak baru belajar bercakap.aku kata kat dia kalau dlm masa 10 minit aku tak muncul maknanya aku takkan jumpa dia.

Ya Allah apa aku nak buat ni? ke'panik'an aku mengalahkan nak jumpa anak raja;sampaikan collegue aku yg sorang tu naik heran sbb aku kejap duduk kejap mundar mandir depan dia.agaknya dia kata aku ni dah buang tebiat kot? ah lantak lah dia nak kata apa pun.yg penting skrg ni aku masih berkira² samada nak jumpa dia @ tak.nak jumpa segan.kalau tak jumpa pulak,kesian kat dia.lepas 10 minit pun aku masih tak boleh buat keputusan.nak ke tak nak.lepas aku tanyakan pendapat collegue baru aku tu,terus aku nekad.apa nak jadi,jadilah.aku akan jumpa dia.habis citer.

aku cari restoran yg si dia maksudkan.tak jumpa pun.(hari² dok lalu situ pun still takleh cari.camni takde tokoh laa aku jd tour guide) call dia tp hampeh.ntah ceruk mana dia duduk aku pun tak tau.bising sgt.last² aku putuskan line.tunggu dia call.tak sampai seminit aku putuskan line,dia call balik.now aku dah nampak restoran yg dia maksudkan.tu dia! betapa beratnya kaki aku nak melangkah ke meja dia.dari jauh dia dah tersenyum.senyum yg aku tak pasti maksud nya.dan aku sendiri tak nak tafsirkan terlalu awal.tanpa dia pelawa aku terus duduk.mak aih! tak sopan nye aku.org belum invite dah in advance tarik kerusi & duduk berhadapan dgn dia.senyum blur aku dari aku utk dia.

jantung aku mcm nak tercabut bila dah berdepan dgn dia.tp seboleh²nya aku try control jgn bagi isyarat yg obvious kat dia bahwa aku tgh gelabah giler.aku & dia cuma duduk minum dan bercerita ttg ntah apa² aku pun tak sure.maybe sebab aku & dia masih malu².almaklum kali pertama bertentang mata.chewah! tapi bukan la bertentang mata all the time.kekadang tu aku kelu tak tau nak cakap apa.makanya mata aku ni meliar dok peratikan org yg lalu lalang tepi meja kitorang.tangan pulak dok belek² hp.(jgn dia ingat aku nak nunjuk² hp aku dah ler!) blank.

hampir sejam aku dgn dia dok berborak.lastly agaknya dia dah rasa bosan terus dia ajak aku jalan sekitar kawasan sentral.dari hujung ke pangkal.tak sampai pun 15 minit kitorang jalan² tak cari makan.dah pukul 2.55 ptg.aku cakap kat dia aku nak masuk keje balik.dia pun mengiakan saje.tu lah sape suruh dtg hari keje.hari senin pulak tu.oopss tp aku jugak pernah cakap kat dia kalau nak jumpa masa hari keje aje.so bukan la salah dia pun.maybe timing yg kureng betul kot.sampai kat office boss ader tercongok dlm bilik dia.aku buat muka selamba.dia pun tak tanya apa².so diam je la.takyah explain kalau dia pun dah buat tak reti je.(aku tau napa dia tak tanya!!)

maka dgn itu tamatlah cerita ttg pertemuan aku dan si dia.perjumpaan yg tak aku rancang.yg tak aku sangka.tp satu hal yg aku musykil,napa aku jumpa dia? bukan ke selama ni aku dah janji dgn diri aku sdri yg aku takkan semudah itu jumpa dgn dia.hmm.. menda dah berlalu pun.menyesal? tak aku tak nyesal sikit pun.cuma aku harap lepas ni aku akan lebih menepati janji yg aku sdri buat.lebih hormati kata² yg keluar dari mulut aku sdri.











* A E Y J A Y bisikan & nukilan isi hati seorang insan 4:30 PM