* A E Y J A Y ]

Tuesday, March 28, 2006



|
aku terpanggil utk kembali menulis.sblm ke sini bnyk sungguh rasanya yg ingin aku perkatakan.ttg isu semasa..kisah peribadi..hal pejabat..teman sekerja..si dia.. argh! dipendekkan kata semuanya ingin aku war²kan (luahkan .. luahkan!).biar semua org tau apa yg terbuku dihati aku.atau lebih tepat utk kepuasan hati aku sdri.Ya kepuasan! itu sebenarnya yg aku inginkan.

ada org yg bertanya "kenapa perlu ada blog? kenapa mesti luahkan dlm blog? kenapa tak cerita pada teman²? KENAPA .. KENAPA dan KENAPA??? bnyk benar rasanya soalan tu,lebih berat utk aku menjawabnya.SEBAB aku tak punya alasan lebih² lagi jawapan yg konkrit @ tepat utk semua soalan tu.ini bukan medan peperiksaan yg berkehendakkan jawapan objektif yg tepat.

bukan aku tak percaya pada sang sahabat.bukan juga niat utk mencanang pada dunia ttg kisah hidup aku yg semestinya tak semenarik kisah Siti Nurhaliza dan gossip percintaannya .. kisah segelintir masyarakat pribumi di sekitar daerah Pahang yg semakin terhimpit dek kerakusan sesetengah golongan yg hanya mahu mencari untung.aku cuma manusia biasa yg tak punya apa² yg bisa membuatkan org sekeliling buka mata dan kenal siapa aku.cukup lah aku menjadi manusia yg 'biasa'.

kehadiran aku menulis di sini sekadar utk meluah rasa.aku tak pernah mengharap kedatangan si pembaca² blog tegar yg bisa dtg berkunjung setiap pagi @ tghari atau tak mengira waktu melangut mencuri waktu bekerja semata² utk membaca kisah aku.bukan itu niat aku.mcm yg aku katakan tadi cuma utk kepuasan! aku puas bila dpt menulis.

aku rasakan seolah² ada yg mendengar kisah suka duka kehidupan aku dgn setianya.biarpun kisah aku cuma terpapar di skrin pc tanpa ada tindak balas @ komunikasi yg berlangsung tapi aku rasa puas.entah! sukar utk aku ungkapkan mcm mana rasa puas itu tercetus.entah dari mana dtgnya .. entah siapa puncanya .. entah bagaimana ia terjadi .. entah lah!

lalu aku tersedar bahawasanya segala²nya adalah ketentuan DIA yg Maha Esa.jika DIA berkehendakkan aku merasa gembira .. maka gembiralah aku ketika itu.sekiranya DIA ingin mengujiku dgn kesedihan .. maka itulah sedih yg aku rasa.segalanya kerana DIA .. hidup mati ku kerana DIA .. suka duka ku kerana DIA ..aku di sini pun dgn izin DIA ..

DIA lah segala²nya ...



* A E Y J A Y bisikan & nukilan isi hati seorang insan 12:38 PM

Monday, March 27, 2006



|
aku tak suka dgn manusia yg tak reti beradab dan 'buta' ttg Budi Bahasa Budaya Kita.apa diorang ni tak ikut perkembangan semasa gamaknya! aku geram sungguh! pagi Ahad lepas aku terima sms dari seorg kawan.dia belum layak lagi dipanggil sahabat karib @ teman rapat ttp lebih kpd kawan biasa.tempoh perkenalan aku dgn dia cuma setahun lebih (yg lebih tu aku tak ingat berapa bulan)..

mulanya kami bersms mcm biasa.bertanya khabar sesama kami..kucing² peliharaan kami..cuaca tempat masing² bla bla bla .. sehingga smpi pada sms dia yg seterusnya buatkan aku terkejut! bukan sbb dia menyampaikan berita yg menyedihkan .. tapi .................... bahasanya pd yg pada aku cukup kasar dan buatkan aku geram dan rasa nak lempang muka dia smpi bercop tapak tangan aku dipipinya (aku cukup geram masa tu) entah² kalau dia ada depan mata dah lama aku cekik kasi mati!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! (ooppss .. aku pun dah terjangkit virus bhs kasar dia ek?)

apa isi kandungan sms dia yg kasar tu? tak tergamak rasanya utk aku tempelkan kat sini.sms dia pun aku dah delete dari peti inbox.yg pastinya aku geram sgt² bila teringat balik apa yg dia 'cakapkan dlm sms' ...

malam tadi
dia call lepas 2 kali sms yg dia hantar tak aku balas.padan muka dia! org mcm dia kene ajar sikit.mulanya aku ingat nak 'basuh' dia cukup² tapi bila dgr gelak menggedik (gedik ke dia tu??) dan teringat akan kebaikan yg pernah dia lakukan semata² utk aku .. terus rasa marah beransur² hilang.tapi dlm kelembutan nada suara aku .. dia tetap terkena! aku cuba sabarkan hati sdri.teringat kata seorg kawan aku "sedangkan Nabi ampunkan umat inikan pulak kita" ... urgh! berbisa sungguh kata² dia.namun kebenaran tetap ada.

"awak jgn lupa yg saya ni tetap perempuan .." :) dia tahu!



* A E Y J A Y bisikan & nukilan isi hati seorang insan 9:48 AM

Saturday, March 11, 2006



|
hari pertama masuk Darjah 1
aku ingat betul apa yg berlaku pada hari pertama aku menjejakkan kaki ke sekolah.1 Mawar.itulah nama kelas aku.kelas yg taklah berada di 'kelas' yg pertama,tapi standard kelas ke dua.masa tu abah jadi peneman setia diluar kelas.dan aku masih ingat abah bekalkan 2 keping karipap pedas yg dibungkus dgn kertas suratkhabar (abah tau favourite aku!) aku duduk sebelah Serina Fauzi (aku tetap ingat nama dia smpi ke hari ni) sebab dialah rakan sekelas yg mula² menegur aku.bukan sebab aku sombong tak nak bertegur sapa dgn kengkawan lain, tapi dah memang jadi tabiat semulajadi aku yg pemalu dan tak reti nak mulakan langkah pertama! urgh!! smpi skrg pun rasanya aku belum mampu mengikis tabiat tu..

aku suka kawan dgn Serina Fauzi.dia baik.selalu tolong aku bila time belajar.dia anak kacukan.mak Cina dan bapak Melayu.org kata kalau kawin campur dpt anak bijak².ntah betul @ tidak teori tu aku sendiri kurang pasti.tapi mungkin ada kebenarannya.sebab si Serina Fauzi tu mmg ternyata lebih bijak dari aku dlm beberapa matapelajaran.cukuplah cerita pasal sekolah ...


next ...


hari pertama masuk Tingkatan 1
hari pertama yg kelam kabut.sebabnya sebelum aku masuk SKBB mak aku dah pilih utk masuk SMTM kat Batu Berendam.tapi sebabkan jauh makanya abah aku (abah jugak!) dgn segala susah payahnya turun naik tangga Jabatan Pendidikan minta supaya aku ditukarkan ke SKBB.Alhamdulillah!
yang tak best nya pada hari pertama aku masuk ke Sekolah Menengah macam² dugaan yg dtg.mula² kene bersoal jawab dgn Guru Penolong Kanan iaitu Cikgu Hussin.aku ingat betul insiden dia bertanya mcm² soalan sblm dia memutuskan utk menempatkan aku di kelas 1 Canggih.waktu tu semua pelajar freshie form 1 kene ambil 'test' sblm layak masuk ke kelas yg bijak bistari @ erks! .. yg corot sekali! nasib baik aku terlepas drp menduduki test tu.:)
insiden kedua pulak masa nak masuk kelas.lepas berjaya mengesan kedudukan kelas,aku dgn selambanya bagi salam dan meluru masuk.semua budak kelas tgk aku.apa diorang ingat aku salah kelas apa??? oh tidak! mmg aku masuk ke kelas yg betul.cuma yg tak berapa bestnya semua tempat duduk dah penuh.makanya terpaksalah aku buat muka kesian minta tolong kengkawan angkat meja & kerusi utk aku dari kelas sebelah.hampes betul!


hari pertama masuk ITTAR aka UNITAR
bukan kehendak aku juga nak belajar kat sini.semuanya sbb mak yg beria² nak aku sambung study.sblm ni aku ader jugak apply Maktab Perguruan (atas arahan mak jugak!) tapi malangnya nasib tak menyebelahi aku.Alhamdulillah sesangat! sbbnya mmg bukan minat aku utk jadi pendidik.hari pertama mendaftar kat ITTAR aku terlepas lagi.makanya sesi suai kenal @ sesi 'ragging aka buli' student baru mcm aku tak dpt aku rasa.ikut kata kawan² sekolej mmg teruk diorng kene ragging dgn senior².hahaha!! padan muka korang! aku jugak yg selamat sbb daftar lewat 2 minggu.
hari pertama masuk kuliah aku rasa sedikit kelam kabut & gugup.biasalah aku ni mmg susah kalau nak disuruh perkenalkan diri pd org lain.lebih² lagi kene ke depan ala² marketing executive kene buat presentation depan client.Mr Shazeel pensyarah utk subjek Front office time tu cukup sporting.kelas dia yg pertama aku hadir.masa sesi memperkenalkan diri aku jadi tak keruan.sifat pemalu yg mmg dah sebati dlm diri aku buatkan kehadiran aku dlm bilik kuliah tu mcm tak 'wujud'.aku tak kisah.sbb kalau takde yg perhatikan aku lagi aku suka.aman! selebihnya ... biar aku simpan dlm diari shj!


hari pertama bekerja
tempat keje pertama aku adalah disebuah kilang plastik.itulah pekerjaan pertama aku setelah 2 bulan mengaggur selepas tamat SPM.disitulah aku mula merasa nikmatnya mempunyai pendapatan sendiri.waktu tu aku mendapat lebih kurang RM600 sebulan.masa tu juga aku rasa jumlah sebanyak tu dah cukup utk cover semuanya (dulu tak guna hp,tak tau beli alat solek,tak reti nak melaram)dgn duit sesedikit (istilah utk masa skrg) itu aku rasa semuanya OK.tapi sekarang ... paham² sdri udah le!
tapi aku bersyukur sekurang²nya aku ada pendapatan sdri dan tak perlu harapkan duit dari mak & abah.aku pun tak malu utk mengaku pd org lain yg aku pernah jadi 'minah kilang' suatu masa dulu.kenangan yg paling aku takkan lupa masa berkhidmat kat kilang ni adalah bos aku.nama dia aku dah lupa lah pulak.tp yg bestnya masa kerja dgn dia siap boleh attend kelas komputer.masa kerja yg flexible.lunch time dia yg hantar & dia jugak yg ambil aku dari kelas.sbg ganti masa kerja dipanjangkan.
susah betul nak dpt bos mcm dia.mana ada bos yg sanggup hantar pekerja nya pegi class then masa keje pulak ikut jadual si pekerja.bertuah! aku keje kat situ tak sampai pun setahun sbb ada tawaran keje lain yg lebih menarik.mmg terasa sedih bila nak resign,tapi demi masa depan ... aku akhirnya resign.thanks utk dia.jasa dia takkan aku lupa!

argh! penat pulak tangan ni menaip.oopss .. 'masa dah time' kerja oh kerja!





* A E Y J A Y bisikan & nukilan isi hati seorang insan 11:36 AM

Thursday, March 02, 2006



|
harga minyak naik !! (walaupun cuma 30sen)

berat badan aku pun naik !! (sekilo je)

prestasi kerja aku naik !! (i guess so)

tahap pressure + boring aku naik !! (gara² manusia yg tak reti akan BUDI BAHASA BUDAYA KITA)

collegue aku naik !! (naik angin pasal customer)

apa lagi yang naik?? takde yang turun ke??

ish! sudah² la tu ............................ :(





* A E Y J A Y bisikan & nukilan isi hati seorang insan 12:56 PM