* A E Y J A Y ]

Friday, June 30, 2006



|
hari ni rasa bersemangat nak ke office (ye ke???) kerana kelmarin 'teman tapi mesra' dah merealisasikan apa yang aku angan²kan.beserta dgn kata² nasihat & sokongan moral yg diberi pada aku,buatkan aku tambah sayang pada dia. :-) Thank you so much my dear friend!!!


12.00 tghari
Interview tapi mcm hampes! mcm biasa ayat skema 'we will give you a call if your selected' menyampahnya aku dgr ayat tu.naik sebal telinga aku asyik dengar ayat yg serupa.

tiba² semangat aku hilang mcm lagu XPDC Semangat Yang Hilang ...

teman tapi mesra dimanakah dikau??? i need you!!!



* A E Y J A Y bisikan & nukilan isi hati seorang insan 2:00 PM

Tuesday, June 27, 2006



|
selepas 15 hari teman tapi mesra muncul jua ..

bukan muncul depan mata, hanya sms jadi wakil

tapi aku belum bersedia nak menjelma

kenapa?

sebab ..

merajuk?

marah?

sedih?

entahla ..

tapi yg pasti

aku 'benci'

peter pan!



GUESTBOOK IS CLOSED TILL FURTHER NOTICE.Please be patient. Thank you.Team SitiZone
itu result yg aku dpt bila cuba nak baca komen² fans & anti ct di laman web http://www.sitizone.com

apa lagi lepas ni? aku pun tak pasti benarkah kabar² angin yg bertiup kencang ttg hubungan dia dgn datuk itu.siti oh siti !!

NO KOMEN !!


* A E Y J A Y bisikan & nukilan isi hati seorang insan 3:57 PM

Wednesday, June 21, 2006



|
NIPS punya pasal
jam 12.20 tghari tadi aku pergi jalan² cari makan (sebetulnya tidak) jalan² tanpa tujuan agaknya.sebenarnya niat aku ke MP cuma nak beli coklat NIPS.kerja gila! nak beli sebungkus NIPS sampai ke MP? bukan ke coklat tu berlambak² (sebetulnya bungkusan coklat NIPS itu disusun rapi atas rak) kat kedai runcit, 7 Eleven bahkan dekat Guardian Pharmacy pun ada.tapi kenapa smpi ke MP? (mini market, 7 eleven & Guardian Pharmacy yg aku maksudkan lebih dekat dgn pejabat) kalau nak dibandingkan dgn MP yg jaraknya mmg lebih jauh dari tmpt² yg aku sebutkan tadi.

kerana apa?
mungkin kerana kecewa, sedih, marah, terkilan & bermacam² rasa yg bergelodak dlm jiwa & hati aku buatkan aku tak kisah mengharung panas mentari berjalan kaki dari office ke MP! (eh mcm pantun la pulak bunyinya) *sigh* perasan! teman tapi mesra merajuk lagi (aku agak la) dah seminggu dia menyepi.takde sistem pesanan ringkas yg bertalu² menerjah peti inbox hp aku seperti hari² seminggu yg lalu.sepertimana aku terpisah dgn teman tapi mesra seperti itu juga charger & hp aku terpisah.kalau seminggu yg lalu tak sempat 2 hari bateri aku mesti 'kong'.tapi masuk hari ni (5 hari) penunjuk aras bateri masih bersisa 2 bar.(magik bagi aku) hahaha ...

nak shopping ke tak nak?
perempuan kalau dah ke shopping mall mmg tak sah kalau tak membeli.niat awalnya yg cuma nak tengok² bertukar jadi beli².itu yg selalu terjadi pada aku.iman tak kuat.nafsu nak beli itu dan ini sentiasa membuak².tu pasal la kekadang aku lagi suka terperuk kat rumah (duit tak habis & hujung bulan pun buleh senyum sikit lagi) sebab duit poket masih berbaki & masih cukup pakai.jalan punya jalan kat MP tadi,mata aku tertancap pada 1 beg yg argh lawa giler wa cakap lu!not RM100 masih wangi dlm wallet aku.almaklum baru di'beranak'kan dari mesin ATM.nak beli ke tidak?

hati:beli la skrg
akal:tunggu dulu
hati:nak tunggu apa lagi.duit ada dlm tangan.beli je la
akal:nanti! sabar dulu.budget dulu.esok² kalau ader emergency mcm mana?

mcm gitulah sang hati dan si akal berlawan kata.akhirnya si akal yg menang.(buat pertama kali mungkin) dlm keadaan aku tak berapa 'waras' si akal berjaya mematahkan nafsu beli si hati.bravo! hahahaha ..

aku benci World Cup
sebab World Cup kwn² aku lebih cenderung mengadap tv tak kira malam pagi melihat aksi² Ronaldinho,David Beckham,Nakata bla bla bla .. (sekadar menyebut beberapa nama supaya aku tak dikatakan 'out').takde lagi masa berkualiti utk kami.semuanya dirampas bola.makan bola.tido bola.bola bola bola & bola (argh! bencinya!!!!) kdg² aku tertanya sdri apa syoknya tgk bola? jawab si teman tapi mesra "macam pompuan suka pakai mekap macam tu jugak la kaki² bola ni suka tgk bola"! erks! apa kene mengena mekap dgn bola? dia ingat ni mcm filem Gol & Gincu ke??? argh lantak dia la nak kata apa sahaja.tapi aku tetap aku.apa yg aku tak suka aku tetap kata tak suka.(iya ke?) bila World Cup nak habis??? akulah manusia yg paling gembira dimuka bumi ni andai World Cup berlangsung selang 40 tahun sekali (bukan 4 tahun sekali spt skrg) hahahaha ...

streamyx down!
streamyx down.no e mail.hahahahahahahahahahahahahaha......(gelak jahat ditujukan khas utk boss aku)




* A E Y J A Y bisikan & nukilan isi hati seorang insan 5:31 PM

Thursday, June 15, 2006



|
bila bos takde aku akan nulis blog .. baca² blog org .. berforum .. berbalas e mail (sesambil buat keje)

bila bos ada aku hanya ada 1 benda utk dibuat KERJA .. KERJA .. KERJA (tidak sesambil berblog .. berforum & berbalas e mail)

which one do u prefer? me? u know which one i prefered the most .. ngehehehehe :)


* A E Y J A Y bisikan & nukilan isi hati seorang insan 4:58 PM

Wednesday, June 14, 2006



|
hrrrmm...
apa sudah jadi dgn hidup aku semenjak dua menjak ni? semuanya serba kelam kabut & penuh dgn cerita yg tak enak telinga mendengar.mmg la telinga mendengar.takkan pulak tangan yg mendengar kan! dah 13 hari aku tak meluah rasa kat blog.semalam tgh syok² menaip tiba² pulak dikejutkan dgn bunyi sepatu boss aku.panik sekejap! nasib baik tak kantoi.kalau tidak mmg sah aku kene lecture @ paling teruk mungkin dibagi surat amaran.surat amaran??? ye ke boss aku nak buat mcm tu? selama ni dia cool aje.ntah! jadi kesudahannya semalam draft cerita aku tak sempat nak 'diselamatkan'.semua hilang mcm angin lalu......hari ni aku mula kan penceritaan yg tak kesampaian semalam.

10 Jun
keterlaluan ke kalau aku katakan yg tarikh kat atas tu merupakan tarikh paling malang dlm hidup aku? mungkin sesetengah org akan berkata takde yg malang @ s**l dgn sesuatu tarikh.cuma kebetulan perkara² buruk nak terjadi maka jadilah ia.iyakan ajelah! dimarah .. dimarah ..dimarah & dimarah lagi.aduh tension betul! kdg² aku tak faham dgn sikap org yg hanya suka memarahi tanpa memikirkan impak pada si polan yg kene marah.

hrmm..'customer is always right' boleh blah!!! betul mendanya klu sesuka hati jerit² kat org sambil memaki hamun.ini ke pelanggan yg selalu betul? yg sebetul nya mereka² inilah yg termasuk dlm golongan manusia² yg tak bertamadun.argh! tak mahu lagi aku ingatkan peristiwa hari ni.tapi mmg takkan boleh aku lupakan sepanjang hayat aku.pada yg memarahi aku tanpa belas ehsan walaupun dia tahu kesilapan tu bukan dtg dari aku terima kasih banyak².

sepanjang hari bersms dgn si teman tapi mesra.pada dia aku ceritakan segala²nya.terima kasih utk dia yg selalu ada bila aku memerlukan.ur so sweet! :)

11 Jun
memerap kat rumah sepanjang hari.takde aktiviti menarik yg boleh aku buat melainkan dgr cd Transkripsi yg mmg setiap hari minggu jadi cd wajib putar.dari Siti Situ Sana Sini sampailah ke Bisakah.dok ulang² dgr lagu Bisakah yg terasa sungguh menyentuh hati aku.argh! minah jiwang btul (pinjam kata² si teman tapi mesra) nasib baik cd original.kalau yg pirate mmg dah lama suara ct yg merdu tu tersangkut² mcm bunyi enjin lori rosak.hahaha..(bagi aku peluang utk buat lawak & gelak sdri lepas cerita yg tak syok td) tapi dlm 13 buah lagu Hidup Penuh Bicara tak pernah aku dgr sampai habis.entah kenapa bg aku lagu ni terlalu kelam kabut.mungkin sbb arrangement music dia terlalu world.apetah lagi lagu ni ciptaan Yasin.world music? bukan taste aku!

12 Jun
dah pasang niat nak ponteng keje.sms pun dah siap didraft utk bos.tinggal tekan button send aje.tgh bersiap² nak ke office tiba² teringatkan peristiwa 10 Jun.sebak bila teringat maki hamun yg terpaksa aku dgr.tak semena² airmata aku mengalir.argh! sensitif sungguh aku ni.dua tiga kali aku bukak pakai tudung kepala.nak keje ke tak nak??? bila ingatkan balik kata² mak mlm tadi hati jadi sejuk sikit.mak kata 'jangan ponteng.tak baik susahkan org lain dgn masalah kita sdri' ada betulnya.tapi suara mak berselang seli dgn suara customer yg maki hamun aku secukup rasa tu.nangis lagi! cengeng!!! lepas bersusah payah melawan kata hati akhirnya ........... keje jugak! tapi aku sampai lewat 15 minit dari biasa.bukan tak sengaja.tapi kali ni mmg aku sengajakan.boss pulak bila aku masuk office dah tercongok dlm bilik dia.diam.hari ni aku cuma bercakap bila perlu.dan boss & collegue yg tahu apa jadi minggu lepas pun cuma bercakap dgn aku bila perlu aje.Monday Blues dari pagi smpi ke petang ... blues oh blues !!!! ...



* A E Y J A Y bisikan & nukilan isi hati seorang insan 10:51 AM