* A E Y J A Y ]

Wednesday, February 28, 2007



|
aku telah ditag oleh Kingbinjai.maka utk menjawab soalan berkaitan 6 perkara pelik ttg aeyjay,maka sila lah baca apa yg pelik pasal aku [kalau korang rasa 6 perkara yg aku senaraikan kat bawah ni tak cukup pelik tu bukan masalah aku! ]


1. tiap² hari pegi office pakai tudung hitam @ putih sahaja.bukan takde tudung colour lain.bukan juga peraturan office yg tetapkan pemakaian warna hitam & putih.tapi aku mmg takkan pakai tudung selain dari 2 warna tersebut bila ke office.

2. tak pernah minum kopi o @ kopi.tapi addicted sgt² dgn nescafe.bukan ke nescafe tu suku sakat si kopi.kalau tak pekena nescafe sehari rasa poyo semacam je.

3. mood yg boleh berubah² sekelip mata.tengah² naik angin bleh plak buat lawak & dlm masa yg sama bleh pulak rasa sedih

4. tak pernah telan walau sebiji panadol seumur hidup aku.kalau sakit kepala aku cuma tido dan alhamdulillah lepas bangun sakit kepala hilang terus

5. suka baca buku motivasi tp bila diri sdri bermasalah, segala macam petua & tips dlm buku yg aku baca jarang sekali aku praktikkan

6. suka pegi shopping sorang².sebab aku seorang yg agak cerewet dan suka jalan² satu shopping mall sampai penat lepas tu baru beli barang yg aku nak


tak pelik? biasa aje? ntah la.rasa aku 6 perkara kat atas tu dah cukup pelik.mungkin ada sesetengah perkara yg termasuk dlm kategori 'pelik terlampau' maka tak dapat la aku publish kat sini.biar aku je la yg tau.ikut rules & regulation permainan ni aku kena tag org lain pulak.tapi aku tak mau pening²kan kepala org lain dgn menda alah ni.so sesapa rasa nak tag diri sdri tu sila lah



* A E Y J A Y bisikan & nukilan isi hati seorang insan 1:13 PM

Thursday, February 22, 2007



|
dah berkali² aku taip,delete & taip semula entri kali ni.entah kenapa semuanya aku rasa mcm ada yg tak kena.masih berkira² samada nak luah atau simpan saja semua cerita & rasa yg ada dlm hati & minda.rasa semacam.bukan demam.headache pun bukan.pre menstrual syndrome pun tidak.abis rasa apa ek?aku rasa bersalah sebab biarkan 'rasa' itu berputik dan terus bercambah.bukan aku tak tahu siapa dia dan siapa aku.kami memang takkan boleh berganding sama.TAK BOLEH! dia bukan utk aku.

hmmm... [ya aku sedang mengeluh] mungkin aku perlukan sesuatu utk menyegarkan diri.aku belum lunch.jadi aku rasa lapar.aku perlukan sesuatu utk menghilangkan rasa lapar.aku melangkah dgn penuh rasa malas ke pantry.aku goncang² tin biskut.tak berbunyi.jadi tak payah buka & tengok pun aku dah tahu bahwa takkan ada waima sekeping biskut pun di dalamnya.nasib baik ada lagi sepaket nescafe 3 in 1 dlm laci meja aku.aku pergi buat Nescafe kejap ye..

aku hirup nescafe panas.entah kenapa bila aku minum rasanya tak senikmat seperti kebiasaannya.mungkin sebab terlampau panas.aku tiup perlahan² sambil perhatikan kepulan asap panas menerawang dan kemudian hilang.aku hirup sekali lagi.sama.macam tadi.masih tak enak.apa kena agaknya? mungkin sebab bunyi kat luar yg bising buat selera aku mati [restoran cina depan office aku buat pertunjukan tarian singa] jadi kau boleh bayangkan betapa bingitnya bunyi²an gendang menusuk² ke lubang telinga aku.oh tidak.aku takde pun menyumpah seranah mereka² yg memukul gendang dan terlompat² dgn kostum berwarna merah [aku tak lupa yg aku skrg berada di negara yg ada pelbagai kaum] walaupun dalam hati memang aku terasa benar nak merungut [baca: mungkin mencarut] dek kerana kebisingan yg terhasil dari perlakuan mereka.ah lupakan!


aku...aku...argh!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
SEDIH.jadi mood aku utk bercerita ceriti ttg apa yg ada dlm hati & minda biar aku peramkan saja.takde mood *sigh*




* A E Y J A Y bisikan & nukilan isi hati seorang insan 12:00 PM

Friday, February 16, 2007



|
Agenda sempena cuti CNY

1. pegi picnic dgn famili N [kemungkinan besar 'jin' ikut sama]

2. duduk rumah [jadi bibik tak bergaji]


belum confirm samada yg no 1 @ no 2. ikut hati mmg aku nak ikut N tapi segan sebab mesti si 'jin' ikut sekali [bukan jin yg betul² jin] aku dah rasa kekok bila nak berjumpa dia.sebab apa? sebab dia GILER & buat aku tak tentu arah!!! argh kau memang anak jin!!!

last but not least selamat bercuti pada semua yg bercuti.yg kena kerja tu sabor je la ek! yg nak balik kampung tu BERHATI² DI JALAN RAYA... oopss baru teringat.tahun ni boss aku belum bagi angpow lagi.dia lupa ke? dah nak petang ni.3-4 jam lagi dah nak balik.ala boss jgn la lupa ek! CNY setahun sekali je.bagi la sampul merah sekeping ek??? boss kan hensem .. :-)

Labels: ,



* A E Y J A Y bisikan & nukilan isi hati seorang insan 2:16 PM

Thursday, February 15, 2007



|
Posmen hantar sepucuk surat Pos Ekspres utk si N.aku yakin bahwa si pengirim tu adalah si dia [aku namakan dia A] yg pernah N ceritakan pada aku [tanpa was² & aku sgt yakin]

Tiba² ...
datang idea nakal.aku nak kenakan N.biar dia menggelabah.biar dia diserang panic attack yg terlampau.hahaha [gelak jahat]



Selepas itu...
aku sms si N.beritau dia yg konon²nya si A dtg office cari dia.hahaha [masih tergelak jahat]

Aku: ada pompuan nama A dtg cari awk td

N: awk biar betul

Aku: btul la.saya tnya nama dia kta A.sapa tu?kksih awk yg awk cite tu ke?

N: ye kot..tp bkan kksih la.kwn je.jiwang abisla dia tu

Aku: eleh kksih la tu.malu plak nk ngaku.rugi klu awk xnk kt dia.ok apa.cntik mnis kcik molek je orgnya

N: awk x jmpa dia pndai²lak buat andaian ek..ni mlampaulah ni

Aku: kn sya kta dia dtg td cari awk.sya dah tgk.sya ckp la

N: dia tak ckp apa² pn kt sya.apa plak nnt dia hntr kt sya

Aku: ala dia nk wat surprise la tu.awk ni wat² x fham lak.psal tu dia x btau awk

Lepas tu dia terus 'diam'.mungkin tak puashati selagi tak dpt bercakap dgn aku.selang 2 3 jam lepas tu dia called aku.tanya mcm² pasal si A.samada betul² si A dtg office @ tidak.aku cuma katakan ia [sambil menahan gelak] dari nada suara dia aku tau mmg dia dah gelabah giler.hahaha [tak abis² dgn gelak jahat]

Petang nnt akan terbongkar segala rahsia.sebetulnya aku tak pernah tau pun mcm mana rupa Si A.nama sebenar dia pun aku tak tau.apatah lagi nak tau asal usul,karier,umur & segala macam ttg dia.cuma satunya² yg aku masih ingat si N pernah btau ttg si A adalah......[eh adalah! mana boleh beritau.nanti tak pasal² N marah aku] eh camne dia nak marah aku.dia bukan tau pun akan kewujudan blog aku.ah forget it

tak sabar aku tunggu kepulangan N.nak sgt tengok reaksi dia.jgn dia marah giler² kat aku sudah.InsyaAllah takkan kot [sbb selama ni dia tak pernah marah giler² kat aku]

Untuk si N .... sorry! saya mmg berniat nak kenakan awak! jgn marah ok!

Labels:



* A E Y J A Y bisikan & nukilan isi hati seorang insan 3:01 PM

Wednesday, February 14, 2007



|
26 Februari 2007
meeting dgn Mr Gerry [big boss kpd boss aku]

agenda 1
membebel
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

agenda 2
membebel
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

agenda 3
membebel
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

agenda 4 & seterusnya masih
membebel
.
.
.
.
.
.
.
.
.


agenda 5 [yg aku tunggu²]
dinner [bakal 'dipayungi' oleh Mr Gerry yg hensem]

Nota: semua staff wajib hadir.takde pengecualian kecuali kepada staff² yg sakit [bukan buat² sakit].adir.ish! boring giler! rasa mcm nak skip aje meeting tu.dah la buat meeting after office hour.hari isnin pulak tu.aku cakap pada si N harap² tarikh tu nanti aku kene demam ke PMS yg teruk ke supaya aku tak payah attend meeting.tapi 26hb rasa mcm belum masa utk aku dilanda PMS

Labels: , ,



* A E Y J A Y bisikan & nukilan isi hati seorang insan 2:01 PM

Tuesday, February 13, 2007



|
HAPPY BIRTHDAY
6 hari yg aku tunggu² dah pun berlalu.sebetulnya dah 8 hari.akhirnya sistem pesanan ringkas jadi medium utk aku mengucap tahniah pada dia.aku hubungi dia tepat² jam 12.konon² nak jadi org pertama.tapi hampeh.suara minah kat sana cakap 'this is the voice mailbox for the number 019*******.pls leave your message after the tone'.mungkin dia off handphone @ mungkin juga dia tengah bersembang dgn awek dia [dia kata takde awek.so aku cuma buat andaian] sampai ke hari ini dia tak balas langsung message aku.kredit habis? [dia jarang² sekali kehabisan kredit.aku tau sgt²] jadi itu bukan alasan yg baik.tak baca sms? [ada ke org check sms seminggu sekali?] juga bukan alasan yg munasabah.aku tak tahu apa alasan yg bakal dia bagi [atau takkan bagi langsung] tapi aku dah rasa putus asa & kecewa dgn dia.bukan harap sgt ucapan terima kasih.tapi sekurang²nya aku nak dia ingat yang aku ni masih lagi [atau pernah] jadi teman dia.semoga dia berbahagia! kad yang dah aku beli utk dia pun masih tersimpan rapi dalam laci meja.takde 'hati' nak poskan.biar ajelah.mungkin kad tu akan jadi milik org lain.bukan utk dia.

TAHUN BARU CINA
mak & abah takkan ada dirumah utk 3 hari sempena CNY tahun ni.kata mak dia akan ke Putrajaya atas pelawaan makcik aku.sunyilah hidup aku sepanjang 3 hari tu nanti.siapa yg nak suapkan aku makan nanti? [ya mmg aku anak manja] siapa yg nak membebel bila aku bukak radio kuat²? siapa yg nak rasa masakan² aku? [anak manja tak semestinya tak pandai masak] oh mak!! jgn lah pergi lama² ye!! balik cepat² anak mu ini bakal rindu padamu!!

MAKAN FREE
hari Sabtu ni mungkin dapat makan free lagi.si N nak belanja makan sbb konon²nya nak tebus kesalahan yg dia buat pada aku 2-3 hari lepas.aku tak kisah pun.tapi org kata rezeki jangan ditolak..musuh jangan dicari.tapi tak sure jadi @ tidak.sbb mak bertolak ke Putrajaya hari yg sama.cuma lewat petang.harap² sempat pegi makan free & balik rumah ucapkan bye bye kat mak

Nota: rasa mcm ok je minggu ni.walaupun sebenarnya situasi tak berapa nak ok.apa sebab aku rasa ok ek??! ntah!


* A E Y J A Y bisikan & nukilan isi hati seorang insan 1:07 PM

Saturday, February 03, 2007



|
TONTON WAYANG
konon² nak ajak Ina pegi nonton wayang hari ni.tapi tak jadi.sebabnya minggu lepas dia ajak aku pegi rumah Zue tapi ajakan dia terpaksa aku tolak atas alasan takde mood.jadi skrg aku takut kalau² dia menolak pelawaan aku sbb alasan yg sama.takde mood.aku tak suka di reject.aku tak suka dikecewakan.oh bukan aku sahaja.dia,kamu,bahkan semua org pun tak suka kan?!

MANA DIA?
dah lama aku tak nampak budak cute yg selalu senyum² dgn aku bila lalu depan office ni.ke mana agkanya dia? dah berhenti kerja kot? atau cuti? takkan la cuti lama sgt? seingat aku dah dekat sebulan tak nampak dia.jgnkan dia,bayang dia pun takde.oh adakah aku sdg dilanda sindrom rindukan mamat-murah-senyuman tu? kalau betul dia dah berhenti kerja menyesal rasanya tak tanyakan nama dia.sekurang²nya aku tak perlu gelarkan dia mamat-murah-senyuman lagi

MERAJUK
semalam rancak berbalas sms dgn seorg kawan.mula² OK.lepas tu dia senyap.pesanan ringkas yg aku hantar tak dibalas.mungkinkah kehabisan kredit? atau sibuk? atau dia merajuk kot? ada ke kata² aku yg dah mengguris hati & perasaan dia? aku baca balik semua sms yg aku kirim ke dia.rasa aku ok je.tapi dia ntah la.betullah kata org,kadangkala kita tak sedar yg tindakan @ percakapan kita buat org lain rasa tak selesa.oh B i'm so sorry...

DATING?

nak keluar lunch dgn N lepas office hour.dia belanja aku! save budget.hehehe...


* A E Y J A Y bisikan & nukilan isi hati seorang insan 10:30 AM