* A E Y J A Y ]

Wednesday, November 30, 2005



|
aku lepak kat CC.aku check e mail sesambil chat dgn member siber yg dah lama 'tak ketemu'.argh! semakin ***** aku dgn hidup.aku makin ***** dgn hidup.kenapa *****? sebab aku dah ***** dgn perkataan tu sdri lalu aku tak ingin nak melihat perkataan tu terpampang dihadapan skrin PC yg cantik ni (cantik bagi aku sbb ianya 'PC versi slim' bukan PC yg besar gedabak.) kalau betul la apa yg aku tafsirkan ini.kerananya aku bukanlah pakar ttg hal² teknologi terkini.tidak juga buta IT.tapi ntah la.korang faham ke apa yg sebenarnya nak aku katakan? bukan masalah aku kalau korang tak faham @ faham sekalipun.

skrg ni aku masih dlm proses mencari keje yg ntah dimana ku pun tak pasti sbb semua tempat yg aku pegi utk mencari sesuatu yg dipanggil KERJA @ JAWATAN KOSONG semuanya menghampakan perasaan aku.yg aku lakukan sepanjang proses pencarian hanyalah mengisi borang² yg bagi aku tak ubah seperti mengisi borang memperkenalkan aku pada si syarikat² tersebut bahawa aku adalah seorang pengganggur yg mengharapkan tuah dtg bergolek pada aku & moga terbuka lah hati si pembaca borang tersebut supaya memilih aku utk menjadi salah seorang drp pekerja² mereka.dan satu lagi adalah menunggu panggilan² rezekji dari mereka.tapi sampai skrg tak 1 pun panggilan rezeki yg aku terima.


PC kat cyber cafe ni ni buat hal.HANG!! aku menyampah.lebih baik aku balik rumah aje.perabihkan duit (yg tinggal ntah bape hengget je lagi dlm wallet aku) pun bukan menyenangkan hati.buat sakit hati lagi ader la.

p/s: disebalik kata² aku yg beraura negatif tetap terselit sejuta pengharapan semoga suatu hari nnt 'panggilan rezeki' tu akan sampai jua.TERUS USAHA ... TERUS DOA .. dan TAWAKKAL ..


* A E Y J A Y bisikan & nukilan isi hati seorang insan 3:25 PM

Thursday, November 10, 2005



|
sob .. sob .. sob .. airmata mengalir laju mengenangkan hari ni hari terakhir aku berada di office ni.sebak didada yg tak mampu aku tahan.titisan demi titisan airmata berjuraian membasahi pipi.aku menangis semahu²nya.pujukan dari boss,pakcik akaun dan Murni (budak praktikal yg gantikan aku utk sementara) tak berjaya menenangkan aku.

...:::intro versi memperdaya:::...
korang jgn terpedaya pulak dgn ayat sedih kat atas tu.itu cuma intro jek.sesaje nak bg 'feel'.sebenarnya tak setitik pun airmata mengalir sebab keputusan aku utk berenti keje.nak kata tak sedih tu nampak sgt penipu.mmg la aku sedih.cuma airmata aku degil tak nak keluar.lagipun bukan nyer apa sgt.cuma berenti keje aje.aku sampai office 20 minit lebih awal hari ni.memula ingatkan nak sampai sejam lebih awal,tapi mata aku tak mengizinkan (kes terlambat bangun) setengah jam lepas tu Murni pulak sampai.aku terangkan kat dia apa yg patut dia buat sbg menggantikan tempat aku.tugas² aku yg perlu dia ambil alih.boss aku pulak lagaknya macam biasa aje.cuma yg aku perasan hari ni dia lebih senyum (entah kenapa aku tak tahu) mungkin sebab dia fikir lepas ni takkan dpt senyum depan aku lagi kot.kot je la!


...:::farewell lunch:::...
jam 11.30 pakcik akaun ajak kitorang keluar lunch.dia nak belanja sempena hari terakhir aku kat sini.boss aku dgn si Murni ikut sekali.dlm hati aku berkata "apsal pulak pakcik ni yg belanja? patutnya boss la kene keluar duit.bukannya dia" tapi semua persoalan tu aku simpan sdri dlm hati.punyalah payah nak cari tempat makan.memula ingatkan nak pegi restoran paling best (kata si pakcik akaun) kat Melaka ni.tapi hampeh.pengusaha & pekerja restoran tu masih dlm mood hari raya.maka kedai makan tu pun 'beraya' la jugak.akhirnya lepas puas meronda² kitorang singgah kat Restoran Lot 86 (nombor bertuah kot) makan nasi beriani.perut aku yg memang sedia kelaparan sbb tak breakfast terus menyuap tanpa segan silu versi control ayu.lepas sejam habiskan masa utk lunch,on the way back to office kitorang singgah kat Mydin.ntah apa angin pakcik akaun tu ajak pegi situ.kalau nak belanja pun best gak.hehehe .. amboi (dah bagi betis nak peha!) aku saja tengok² cuci mata dgn tidak mempunyai walau sekelumit pun niat utk membeli belah walhal kalau nak diikutkan ada la 2-3 benda yg menarik pada pandangan mata aku.bosan + sayu

...:::beberapa jam lagi:::...
aku kerling jam.3.45 p.m. maknanya ada 1 jam 15 minit lagi aku kat sini.aku teruskan dgn keje² yg dibagi dek bos aku (aku dah nak berenti bnyk pulak keje yg dia bagi) online YM.aku tunggu si dia,tapi tak muncul².aku sedih sesangat.aku teringin 'berbicara' dgn dia buat kali terakhir sebelum ntah bila aku boleh online lagi.aku terus berharap moga² dlm 1 jam terakhir ni dia muncul.AMIN ...tapi sekarang jarum jam dah tunjuk 4.30 p.m. aku dah berhenti berharap.kalau ader alhamdulillah.kalau takde .. redha je la.

sayonara ...


* A E Y J A Y bisikan & nukilan isi hati seorang insan 3:45 PM

Wednesday, November 09, 2005



|
esok hari terakhir mu keje kan?

esok last day keje

esok awak nye last day ek?

esok last day keje

kau tak keje lagi ek besok?

esok last day keje

argh! bosan aku jawab soklan skema yg buat aku heart attack cum brain tumor ni.tapi suka tak suka aku kene jawab gak sbb aku nak jawab (walau dlm keterpaksaan & kepayahan) dan jawapan aku pun stereotype gak.

"kesian kat awak.harap² awak cepat² dpt keje baru ek"!

"don't worry! i'm sure u'll get better job after this.i'll pray for u"!

"nak buat camne dah nasib kau.takpelah nnt ader la keje baru utk kau.sabar je yek"!

ayat² nada memujuk & beri motivasi dari teman² aku.Thanks to all of u


...:::sesi soal jawab:::...
apa aku rasa?
1.takde rasa apa²
2.dah tentu la sedih!

lepas tak keje ni aku nak buat apa?
1.masuk rancangan Bersamamu tv3 mintak derma
2.dah tentu le cari keje lain.takkan nak harap org

lepas ni selalu tak update blog?
1.jgn risau sbb tiap² ari akan update
2.dah tak keje camne nak update.umah aku pun mana ada tenet

jawapan mana yg relevan utk aku?



* A E Y J A Y bisikan & nukilan isi hati seorang insan 12:27 AM

Tuesday, November 08, 2005



|
"pada mereka yang tak mengerti menuduh dirimu .. dijurang kesalahan saja ku tak sampai hati biarkan engkau begini"

bait lagu Sanisah Huri yg aku suka tu ada kene mengena dgn cerita hari ni.sampai office awal hari ni.jarum jam tangan aku baru tunjuk angka baru 8.30 aku dah terpegun depan pc.tak baca e paper seperti hari² sebelumnya.tak send e mail semacam biasa.nawaitu aku masuk kerja awal semata² sebab nak update dunia blog alam maya aku.aku suka berada di sini.aku puas meluahkan apa yg aku rasa tanpa dibalas sebarang komen @ kritikan (semasa meluahkan yg terbuku didada).di sini aku bebas bercerita apa yg aku rasa.

...:::entah siapa dia:::...
bila aku online YM ader seseorang yg kurang aku kenali PM ajak sembang.sebetulnya aku pernah sembang dgn dia,cuma terlalu sedikit yg kami sembangkan waktu tu dan topiknya pun tak berapa menarik perhatian aku utk terus berbual.waktu itu semua pertanyaan dari dia aku rasakan stereotype mcm chatters² lain.tapi kali ni dia muncul dgn isu yg menarik dan buat aku berfikir.isu? (kalaulah boleh aku katakan ianya satu isu) dia tanpa segan silu menceritakan perihal peribadinya pada aku.ttg bagaimana dia mempunyai teman perempuan yg dia rindui,ttg bagaimana dia hampir² terjerat & bercinta dgn isteri org walhal dia sendiri sudah beristeri & mempunyai anak yg bakal berkahwin (korang mesti boleh agak umur dia) dan bagaimana dia cuba utk melupakan semua tu

bercerita dgn dia,aku boleh memberi pendapat dan dia boleh menerima.kami berdiskusi dan sepertimana biasa aku akan pertahankan pendirian aku yg aku rasakan benar (dan dalam hal ni mmg aku yg benar) kerana ternyata istilah open minded yg dia gunapakai dan dia aplikasikan dlm isu ni takkan dibolehkan dari segi moral & penerimaan ssorg yg bergelar insan yg bernama wanita.dah begini punya lama chat aku masih tak tau nama dia.so aku gelarkan dia 'pakcik isu' (tapi dia tak tau!)

...:::Si Lin punya cerita:::...
aku ingatkan lepas bercerita dgn 'pakcik isu' otak aku boleh la berehat dari memikirkan masalah org lain.rupanya tidak.sangkaan aku meleset sama sekali.lepas lunch hour si Lin pulak dtg mencurahkan isi hati @ lebih tepat dtg menceritkan pada aku pasal problem dgn bf dia.aku sebenarnya malas nak amik tau.bukan sekali dua aku dengar rintihan rasa dia.aku ni dah jadi macam kaunselor tak bergaji dia.soalnya skrg bukan hal aku jadi kaunselor tak bertauliah dia yg mengusutkan fikiran aku,tapi sikap dia yg tak nak berubah.dah tau bf tu jenis yg hampeh,tinggalkan aje la.jalan penyelesaian dah ader depan mata.dia sdri yg nak menyeksakan jiwa raga dia semata² kerana seorang lelaki yg bagi aku tak layak dibuat kawan sekalipun apatah lagi nak buat bakal suami

napa hari ni aku dgn sukarela jadi pendengar masalah org sedangkan masalah aku sdri belum selesai (atau aku pun mcm si Lin,jalan dah terbentang luas;cuma buat² tak nampak aje?)


* A E Y J A Y bisikan & nukilan isi hati seorang insan 4:59 PM

Monday, November 07, 2005



|
...:::Pesta Cahaya:::...
camne la aku buleh lupa hari ni adalah Pesta Cahaya.cuti umum! pagi² buta aku dah sms boss aku mintak cuti (mentang² nak berenti,apply cuti pun through sms je!) tghari tu baru aku disedarkan dari 'sindrom keterlupaan hari² perayaan bg negara Malaysia'.alamak! apsal la aku buleh tak ingat hari ni hari cuti? mesti boss aku pikir aku ni 'kureng' pasal dah mmg sah² termaktub hari cuti,tp ttp nak mintak cuti lagi.apa kes ni? ah lantakla dia nak pikir apa pun.bukan buleh tarik balik pun sms yg aku dah hantar.

...:::Sehari sebelum raya:::...
dari pagi smpi ke ptg sibuk tak sudah².ader saja kerja yg perlu aku bereskan.riuh rendah rumah aku dgn gelak tawa anak² sedara.itu belum campur lagi dgn suara² deejay diselangi lagu² raya evergreen dan lagu raya versi baru yg keluar dari corong radio.aku berpenat lelah mengemas rumah.mak dgn akak² aku pulak sibuk memasak.abah pulak jadi tukang rebus ketupat.abang aku aje yg takde sbb mungkin sibuk kat rumah mertua (org dah beristeri katakan!) macam ni lah situasi nya tiap² tahun menjelang raya @ lebih tepat lagi sehari sblm raya.masing² dah dibagikan tugas ikut tahap ke'profesional'an masing².walaupun aku terer gak bab masak memasak (masuk bakul angkat sdri!) tp aku lebih cenderung ke arah kemas mengemas & hias menghias teratak tempat berlindung aku sekeluarga

lepas isyak rumah aku bergema dgn laungan takbir.mmg dah menjadi tradisi dikampung aku,setiap kali malam raya kaum muslimin tak kira tua @ muda akan beramai² berkonvoi dari rumah ke rumah bertakbir.sayu aku mendengar laungan takbir.teringat pada seseorang yg tak dpt beraya dgn keluarga dia & aku sekali (aku rindu kan dia).aku rasa semua dah perkara dah beres.cuma langsir aje yg belum habis digantung sepenuhnya.ah! senang aje tu.lepas subuh esok pun boleh pasang.penat.aku tonton tv.mcm tahun lepas² jugak rancangan hiburan sampaikan raya tersiar kat setiap channel tv.baik tv1,tv2,tv3 bla bla bla .. cuma tv3 je yg menarik minat mata aku utk terus menonton (walaupun mata dah ngantuk giler) sambil tu cuba² jugak tekan² keypad hp.konon nak sms ucap slmt hari raya kat kengkawan.tp hampes giler.asyik² NETWORK BUSY! aku bengang.malas dah nak try send sms lagu.habis je rancangan aku terus masuk bilik utk ZzzzzZzzZZzzz

...:::1 Syawal:::...
ntah apa² yg aku rasa pagi² raya ni.sedih @ gembira? aku sendiri tak pasti.yg aku cukup yakin,takde istilah meriah menyambut hari raya;yg meriah cuma menyambut 1 syawal.lalu apa yg aku patut rasa?ntah la.peti simpanan memori aku tak mampu ingat apa 'rasa' aku ketika tu.kak long takkan balik pagi ni.malam semalam lepas acara takbir kat rumah selesai dia terus balik rumah mertua.yg tinggal cuma aku sorang.jam 11.00 pagi baru kak ngah aku tiba.masing² beraya kat rumah mak mertua dulu.aku aje yg takde mak mertua.hehehehe .. camne nak ader mak mertua,kawen pun idak lagi.

dari pagi sampai ke petang ader aje sedara mara yg dtg berkunjung.tugas rasmi aku sbg pembancuh air + pencuci pinggan (kesian kat aku! raya² pun kene jadi pembantu rumah tak bergaji) tapi aku tak kisah pun.dah nama pun raya.kalau tak aku yg buat siapa lagi.malam nye aku terima short messaging system drp si dia.happy! tapi dia buat aku merajuk.merajuk ke? sebenarnya aku tak berniat nak merajuk;cuma terlalu penat melayan tetamu buatkan aku cepat sensitive.bukan salah dia pun.aku jugak tak akan kata salah aku.salahkan rasa penat tu.salahkan sensitive tu (tak patut kan!) aku tak layan sms dia.tengok tv lagi baik.aku tak tau nk tgk filem channel mana.buli pun best,pontianak pun bagus.last² tv yg tgk aku.aku layan jer ZzzZZzzzzZzz

...:::2 Syawal:::...
sekejap aje rasanya dah habis 1 syawal.hari ni dah masuk hari kedua umat Islam beraya.kurang pulak tetamu hari ni.cuma 2-3 trip je.itupun ramai budak² yg dtg saje² (nak duit raya tp tak nak makan kuih raya) teringat zaman kanak² aku dulu.sama lah mcm diorang ni.bertandang sebab nak duit raya aje.pasal makan tolak tepi.janji dpt sampul hijau dah cukup best utk aku.indahnya zaman dulu kala.kalaulah masa boleh diputar kembali,aku teringin jadi kanak².tapi inilah hakikat sebenar yg perlu aku tempuh.masa lalu takkan berulang.kenangan hanya utk diingat,bukan dikenang²


si dia call masa aku tgh beraya kat rumah mak sedara.mungkin sebab dia fikir aku masih merajuk dgn dia,terus dia call;walhal sebab musabab utama kenapa msg dia tak aku balas kerana aku takde mood + penat.aku happy sesangat!


...:::3 Syawal:::...
pegi open house umah rumah mak mertua kak ngah aku.aku takde mood nak pegi tapi terpaksa ikut sbb tak nak angah kecil hati dgn aku.open house yg takde makna utk aku

...:::4 Syawal:::...
masih dlm mood raya yg boring! dan masih ada tetamu yg dtg beraya.rumah aku riuh rendah tapi aku rasa sepi.rasa tak sabar nak pegi keje.sekurang²nya aku boleh buat sesuatu.

...:::5 Syawal:::...
back to work.aku tercongok sorang² kat office.yg lain masih bercuti.keje pun tak bnyk.nasib baik Murni dtg temankan aku.sekurang²nya takdelah aku bosan.tapi aku tetap rasa kalau dia takde sekalipun aku tetap aku.macam ni.macam tu.macam dulu.macam² yg aku tak reti tak tafsirkan






* A E Y J A Y bisikan & nukilan isi hati seorang insan 11:58 PM