* A E Y J A Y ]

Monday, April 24, 2006



|
24 April 2006
monday blues! argh!!! ... lekit betul nak pegi keje ari ni.keje yang bertimbun² kat office!!! oh busy nya aku hari ini

24 April 2006
album baru ct dah kuar.TRANSKRIPSI ingat ptg nnt nak jenguk kat kedai CD.kalau ader nak beli..erks! lari la budget aku bulan ni.uiks! dah hujung bulan ... sabar lah wahai aku.seminggu lagi kau akan kaya semula. :)

24 April 2006
Biar Betul Betul tak habis baca lagi.entah bila nak habis aku pun tak pasti.

23 April 2006
Tun Abdul Ghafar Baba telah kembali ke rahmatullah.Innalillahiwainailahirajiun .. semoga roh beliau di cucuri rahmat.Al Fatihah

23 April 2006
teman tapi mesra cuti minggu depan.dia sms beritau kat aku.ada apa² ke??? entah.tunggu dan lihat

22 April 2006
takde family gathering hari ni.semuanya gara² mogok.argh! sedihnya

21 April 2006
A Walk To Remember filem favourite aku ditayang kat tv3.teman tapi mesra sms suruh aku tonton cerita ni.tak sangka dia ingat lagi kisah disebalik cerita ni.ah! aku dah mula diserang penyakit 'angau dalam angan' ..

*napa entry aku begini? kerana aku busy & letih utk menaip panjang lebar*


* A E Y J A Y bisikan & nukilan isi hati seorang insan 1:50 PM

Thursday, April 13, 2006



|
dah lama aku tak jumpa si Lye..kak Lee..Felly..kak syira..mar.. bla bla bla.kalau nak di 'listing' kan nama² mereka memang ramai.semuanya rakan masa aku masih menuntut kat ITTAR dulu.kali terakhir aku jumpa si Lye masa aku settle kan masalah antara aku dan pihak bendahari kolej.(6 bulan lepas) itupun cuma sekejap.3 jam!.tak berbaloi rasanya duduk dalam bas 2 jam dari Melaka ke KL dan jumpa dia cuma 3 jam. lepas dia temankan ke kolej kami berpisah ikut haluan masing².dia terpaksa bekerja hari tu.ingatkan nak lepak² dengan dia sampai petang..rupa²nya hajat tak kesampaian.takkan aku nak suruh dia ponteng kerja pulak.kesian! jadi rancangan aku untuk bermalam di rumah sewa yang meninggalkan seribu satu kenangan pahit manis buat kami terpaksa aku batalkan. oh sedihnya!

yang paling lama tak ku dengar khabar beritanya adalah Kak Lee! entah apa yang dibuatnya sekarang.malam semalam aku belek² gambar lama masa kat Cherating.gambar Kak Lee & Fareed berposing sakan dengan patung kayu yang cukup antik & menarik.rindunya aku pada Kak Lee hanya DIA sahaja yang tahu.entah nombor apa yang perlu aku dail untuk bercakap dengan dia aku pun kurang pasti.entah alamat mana yang hendak aku tuliskan supaya dapat aku utuskan surat,aku sendiri tak tahu! mungkin ada yang akan kata "kawan apa namanya alamat pun takkan tak tahu?" itulah silapnya kami.mungkin tak terfikir yang salah seorang dari kami akan terputus hubungan tanpa dapat dihubungi.nah sekarang .. aku jugak yang menyesal!"Ya ALLAH Ya Tuhanku kau berkatilah kehidupan sahabat ku walau dimana mereka berada Ya ALLAH".Amin..

aku rindu korang!!!

mungkin aku patu buat rancangan Jejak Kasih supaya aku dipertemukan dengan mereka! mungkin ke?

P/S: untuk mendapatkan impak maksima ketika membaca posting ini sebaik²nya diiringi muzik latar lagu Teman Sejati - Brothers

'selama ini ku mencari² teman yang sejati
buat menemani perjuangan suci
bersyukur kini padamu Ilahi
teman yang dicari selama ini telah ku temui ...


* A E Y J A Y bisikan & nukilan isi hati seorang insan 3:35 PM

Thursday, April 06, 2006



|
peluang
kata org peluang cuma dtg sekali aje dlm hidup.bagi aku pulak tak semestinya sekali.mungkin 2 kali.itu angka maksima.bertuahlah badan kalau peluang tu dtg berkali².baru² ini aku dpt peluang utk merubah hidup aku (mungkin) kalau kau bertanya kenapa mungkin;sebabnya aku sendiri tak pasti peluang yg ada ni bakal menjadikan hidup aku lebih 'hidup' atau sebaliknya.

kasihan
aku tak beritahu sesiapa ttg peluang tu.cuma org yg memberi dan aku shj yg tahu.fikir..fikir..fikir..entah berapa kali aku memikirkan ttg tawaran dia.semakin aku fikir semakin aku takut utk buat keputusan.kasihan! argh aku tak suka rasa kasihan tu timbul bila aku perlu memutuskan sesuatu perkara.apatah lagi yg melibatkan masa depan aku sdri.mungkin juga atas dasar kasihan pada org lain buatkan aku terlepas peluang tu.tapi aku tak boleh sewenang²nya menunding jari pada org lain.aku sdri yg sepatutnya bertegas menentukan apa yg aku mahu! sepatutnya itulah yg aku mesti lakukan .. tetapi tidak.hmmm .. betapa lemahnya aku!

kadang kala keputusan yg kita sangkakan senang untuk diambil menjadi terlalu sukar.terlalu banyak rintangan.hidup biasalah! tapi yang jadi luarbiasa nya bila aku tak mampu menahan rasa kesal.

kalau aku tak rasa kasihan orang akan kata aku pentingkan diri sendiri.tapi bila terlalu kasihan kat orang,diri sendiri yang rasa tak tentu arah.menyesal! aku harap peristiwa ni jadi pengajaran buat aku.jangan lepaskan peluang yang terbentang depan mata.jangan kerana nak menjaga kepentingan orang lain, diri sendiri merana.

mak aku selalu cakap "jangan menyesal nanti sudah la"


* A E Y J A Y bisikan & nukilan isi hati seorang insan 1:18 PM

Saturday, April 01, 2006



|
Happy Birthday to You!
Happy Birthday to You!
Happy Birthday to Siti *****!
Happy Birthday to You! :)

itu bukan aku yg nyanyi ek! tapi seorg 'teman tapi mesra' yg nyanyikan utk aku tepat jam 12.00 tgh mlm tadi.alangkah gembiranya aku tak terkata! ingatkan dia lupa hari bahagia aku,mana taknya sepanjang hari aku tak terima sms dari dia.ingatkan dia busy giler @ credit abis ... rupa²nya surprise!!

dia dan aku bertelagah pasal nak ucap Selamat Hari Lahir @ Selamat Hari Jadi.sbb kata dia aku lahir pada 1 April bukan aku 'jadi' pada 1 April.hahahaha .. korang jgn pikir lain pulak! ada betul jugak apa yg dia kata.sbb kita sdri tak tau bila kita 'jadi' .. yg kita tau cuma tarikh kelahiran kita.so mesti la dipanggil Hari Lahir bukan Hari Jadi .. korang paham tak ni? hehehehe ..

takpelah jgn peningkan kepala utk paham.yg penting aku paham apa yg si 'teman tapi mesra' tu cuba sampaikan ..

TERIMA KASIH yg teramat sgt utk semua teman yg kirim sms ucapkan Selamatkan Ulangtahun Kelahiran utk aku.

*Wishlist sempena birthday aku*
--jadi anak yg baik--
--jadi hambaNya yg taat--
--jadi sahabat yg baik--
--ciuman paling hangat dari mak aku--
--buku yg aku idam²kan--
--jumpa dgn si 'teman tapi mesra'--
--baju baru--
--lepak² tepi pantai--
--sihat--
--chocolate moist cake--



* A E Y J A Y bisikan & nukilan isi hati seorang insan 12:15 PM