* A E Y J A Y ]

Thursday, April 28, 2005



|
Versi Bahasa Melayu
Tersebutlah kisah di suatu pulau kecil tinggal berbagai² benda abstrak.ada Cinta,Kekayaan,Kesedihan,Kegembiraan dan sebagainya.mereka hidup dalam suasana yang aman dan baik.Hinggalah pada suatu hari datang badai menghempas dan air laut tiba² naik dan menyebabkan pulau itu tenggelam.semua penghuni pulau cepat²berusaha menyelamatkan diri masing².

Cinta sangat kebingungan kerana dia tidak pandai berenang dan tidak mempunyai perahu.ia berdiri ditepi pantai sambil cuba mendapatkan pertolongan.sementara itu air pula makin naik membasahi kaki cinta.Tak lama kemudian Cinta melihat Kekayaan mengayuh perahunya."Kekayaan .. Kekayaan tolong aku!" jerit si Cinta

"Maaflah Cinta,perahu ku sudah penuh berisi harta bendaku.maka aku tidak dapat membawa mu bersama,nanti perahu ku tenggelam.lagipula tiada tempat untuk mu diperahu ku ini" balas si Kekayaan.

Lalu Kekayaan pun cepat² berlalu pergi.sedih sekali si Cinta.lalu dia ternampak Kegembiraan datang dengan perahunya."Kegembiraan tolong aku!" teriak si Cinta.namun Kegembiraan terlalu gembira kerana telah menjumpai perahu sehingga tidak mendengar teriakan si Cinta.sekali lagi si Cinta berasa hampa dan sedih.

Air semakin meninggi sehingga ke paras pinggang.Cinta makin panik.tak lama kemudian muncul pula Kecantikan."Wahai kecantikan sudi apalah kiranya kau membawa aku!" pinta si Cinta."Maaflah Cinta,kamu basah dan kotor.aku tak boleh membawa mu sekali.nanti kamu akan mengotorkan perahu ku yang cantik dan bersih ini!" jawab si Kecantikan dengan penuh keangkuhan.

Cinta berasa sedih sekali dan terus menangis terisak².pada masa yang sama tibalah pula si Kesedihan."Wahai Kesedihan bawalah aku bersama mu!" rayu si Cinta."Maaf Cinta,aku sedang bersedih dan ingin bersendirian waktu ini!" kata Kesedihan seraya mengayuh perahu dan berlalu meninggalkan Cinta.

Cinta putus asa dan air pula semakin meninggi dan akan menenggelamkannya.pada saat² Cinta kehilangan harapannya kedengaran satu suara berteriak memanggil Cinta.

"Cinta lekas naik perahu ku!" Cinta menoleh dan melihat seorang tua dengan perahunya.cepat² Cinta naik ke atas perahu sebelum air menenggelamkannya.sesampainya di pulau yang terdekat orang tua tersebut menurunkan Cinta dan terus berlalu pergi.pada saat itu barulah Cinta tersedar yang dia tidak mengenali siapakan gerangan orang tua yang sungguh baik hati itu.Cinta segera menanyakan pada penduduk di pulau tersebut siapakah sebenarnya orang tua itu.

"Orang tua tadi? dia ialah Waktu!" jawab penduduk pulau itu.

"Tapi mengapa dia menyelamatkan ku? aku langsung tidak mengenali nya.bahkan teman² yang mengenali ku pun tidak sudi untuk menolong ku!" tanya si Cinta dengan penuh kehairanan.

Jawab penduduk pulau "Sebabnya hanya WAKTU yang mengetahui akan nilai CINTA ...



English Version
Once upon a time, there was an island where all the feelings lived: Happiness, Sadness, and all of the others, including Love.One day it was announced to the feelings that the island would sink, so all repaired their boats and left. Love was the only one who stayed. Love wanted to persevere until the last possible moment.


When the island was almost sinking, Love decided to ask for help.Richness was passing by Love in a grand boat.

Love said, "Richness, can you take me with you?" Richness answered, "No I can't..There is a lot of gold and silver in my boat. There is no place for you here.

"Love decided to ask Vanity, who was also passing by in a beautiful vessel, "Vanity, please help me!" "I can't help you Love. You are all wet and might damage my boat," Vanity answered.

Sadness was close by so Love asked for help, "Sadness let me go with you." "Oh...Love, I am so sad that I need to be by myself!"

Happiness passed by Love too, but she was so happy that she did not even hear when Love called her!Suddenly, there was a voice, "Come Love, I will take you." It was an elder. Love felt so blessed and overjoyed that he even forgot to ask the elder her name.

When they arrived at dry land, the elder went her own way. Love, realizing how much he owed the elder, asked Knowledge, another elder, "Who helped me?""It was Time", Knowledge answered."Time?" asked Love. "But why did Time help me?Knowledge smiled with deep wisdom and answered, "Because only Time is capable of understanding how great Love is."


* A E Y J A Y bisikan & nukilan isi hati seorang insan 3:44 PM

Tuesday, April 26, 2005



|
Batalkan Konsert Dangdut Inul Daratista!

Saudara Pengarang,

SAYA sebagai rakyat Malaysia yang prihatin meminta agar Konsert Fenomena Dangdut Inul Daratista yang akan berlangsung 1 Mei ini di Stadium Merdeka dibatalkan.

Ini kerana Inul merupakan artis kontroversi di negaranya menerusi gelek gerudinya. Geleknya yang mengundang pelbagai kontroversi itu telah difatwakan haram oleh Majlis Ulama Indonesia (MUI) kerana persembahan artis itu amat lucah dan memualkan.

Tidak perlulah mengadakan konsert seperti ini di sini hanya berselindung di sebalik mengumpul dana mangsa tsunami di Acheh kerana ada pelbagai cara lain lagi bagi mengumpul dana tersebut.
- PUTERA UMNO, Kota Bharu, Kelantan.


Sokong Konsert Dangdut Inul Daratista dibatalkan

Saudara Pengarang,

SAYA menyokong penuh supaya Konsert Fenomena Dangdut Inul Daratista tidak diteruskan dan dibatalkan.

Penganjuran konsert ini tidak lebih seperti lain-lain konsert hiburan. Sudah terlalu banyak konsert dianjurkan atas nama membantu mangsa tsunami, sedangkan bencana itu sudah lama berlalu.
Gelek-gerudi yang lucah dan memualkan bukanlah cara yang terbaik untuk `mengutip sumbangan bagi membantu mangsa tsunami'. Janganlah mengambil kesempatan.

Insaflah dan ambillah iktibar daripada segala petunjuk yang Allah telah turunkan. Janganlah atas nama membantu tsunami, akhirnya kita ditimpa bencana lain pula kerana melakukan perkara yang tidak betul. - TAKUT BENCANA, Machang, Kelantan
.


Lagi sokong Konsert Dangdut Inul dibatalkan

Saudara Pengarang,

SAYA amat menyokong penuh saranan Takut Bencana, Machang yang meminta konsert Inul dibatalkan.

Jika ulama negara asal Inul (Indonesia) mengharamkan gelek gerudinya, fasal apa kita Malaysia memberikan tempat kepadanya? Wajarkah Malaysia menganjurkan sesuatu yang diharamkan oleh Indonesia? Saya percaya bukan seorang dua sahaja yang berpendapat seperti saya, malah ramai kalangan rakyat Malaysia tidak setuju penyertaan Inul dalam konsert tersebut. - ANTIGERUDI, Kuantan, Pahang.

Petikan akhbar Utusan Malaysia 26,27 & 28 April 2005.my first impression bila aku baca heading artikel² ni .. YES! AKU SOKONG 100%.mmg wajar sangat konsert inul dibatalkan.bukan sbb aku tak minat genre dangdut or it's not because she's from indonesian, but it's all about 'women behaviour'.bila sebut ttg 'gelek gerudi' inul yg dilabelkan (malahan di fatwakan!) ada terselit unsur porno,mmg tak sepatutnyalah konsert yg mempunyai unsur² maksiat spt itu diteruskan.minta maaf lah pd sesiapa yg rasakan kenyataan aku ni agak keterlaluan (especially to inul's fan).ini bukan kenyataan yg bersifat provokasi.bukan jugak aku nak katakan yg konsert artis² lain tu semua nya elok & tak menjurus ke arah maksiat,tp jika difikirkan secara logik akal dan umumnya semua tahu apa itu 'gelek gerudi' inul yg mmg kontroversi sampaikan Majlis Ulama Indonesia sdri dah fatwa kan bhw ianya HARAM. so apa releven nya konsert tu diteruskan???.walaupun aku sdri tak pernah menyaksikan persembahan inul, tp aku ader lah tengok preview konsert dia yg sblm ni kat melodi.masyaAllah .. what else can i say about the way she dance??? gelekkan dia yg mmg menyakitkan mata dan sungguh 'extreme',and i do agree that she's too much!.mana perginya maruah dia sbg seorg muslimat??? dia tak rasa malu ke bergelek mcm tu depan org ramai yg majoriti penonton nya adalah kaum adam???! apa dia dah lupa ke asal usul & adat budaya org timur yg penuh dgn kesopanan??? dunia dah nak akhir zaman agaknya.maksiat & hiburan berleluasa.aku takdelah nak kata yg aku ni baik & alim sgt.aku pun mengikuti perkembangan muzik semasa.aku juga peminat beberapa org artis tempatan & luar dari m'sia termasuklah penyanyi dari seberang (indonesia).tp bak kata org kalau nak buat sesuatu tu biarlah berpada² & ader limit.tp yg aku musykil kan,knp baru skrg ada pihak yg menyuarakan bantahan terhadap konsert inul??? knp dah disaat akhir baru nak 'bersuara'??? aku rasa konsert ni takkan dibatalkan! sebabnya??? takkan ada pihak yg benar² berani tampil ke depan dan berkata konsert ni harus dibatalkan! what ever it is just wait & see.tp kalau betul konsert ni dibatalkan akulah manusia yg paling gembira & bersyukur.amin ...





* A E Y J A Y bisikan & nukilan isi hati seorang insan 10:05 AM

Monday, April 25, 2005



|
23 April 2005 sabtu {flashback version story}

9.00 a.m. - ngadap pc -
hari ni keje mcm biasa.half day.so bored! keje pun serupa mcm tak keje.today i'm totally free.cuma sblm nak balik tu boss aderlah bg keje skit.tu pun tak sampai 10 minutes buat paperwork dah siap.tensen btol ngan boss aku ni.tiapkali bila aku dah nak 'angkat kaki' dari office baru le dia terhegeh² nak suruh aku buat itu buat ini.erm .. tp aku bukan nak citer pasal keje.bosan betul asyik keje .. keje .. keje!!! hari ni aku spend time berchatting & baca e paper je.huh! sepatutnya aku rasa best le bila x de keje.tp ari ni rasa bosan yg teramat sgt.pelik betul la!

1.00 p.m. - tak habeh² ngadap pc -
uiks! terasa lambat pulak masa berlalu.biasanya kalau ader 'peneman setia' setengah hari pun rasa mcm setengah minit je.tp disebabkan 'peneman setia' takde hari ni,so setengah hari tu rasa mcm setengah abad! tak ingin aku nak berlama² kat office ni.time nak balik pulak ader jer yg menggangu program aku.pak cik yg buat akaun tu pulak dtg terkedek² kat meja aku citerkan perihal boss aku yg *$&!*%$#*tak sedap halwa telinga aku mendengar.nak tak nak tadah telinga je la.bak kata aku sdri 'masuk telinga kanan keluar telinga kiri'! biasalah adat manusia ni,ader je yg tak puas hati.komplen sana,komplen sini.agak nye bila aku buat 'body language' yg mengisyaratkan bahawasanya aku tak sabar nak balik, pak cik tu pun yg mmg paham tp ader riak kecewa dimukanya pasal aku tak interested nak citer selanjutnya dari dia, terus kata "eh dah pukul 1,tak balik ke? jom le kita balik" huk alo hai! camne aku nak balik klu ngko dok bergebang dari tadi.tp takdelah ckp depan² dia.dlm hati jek.uish! senakal² aku pun still respect kat org tua."hmm .. nak balik la ni.jap nak off pc" itulah ayat skema yg terkeluar dari mulut aku.lepas je pak cik tu 'angkat kaki' aku pun ape lagi terus cabut la.

1.30 p.m. - melaka sentral -
aku turun je dari bas terus pegi ke tmpt parking TOWN BUS.bus kaler ijau yg mmg tiap² ari sabtu menjadi pengangkutan utama & setia aku bila pulang dari kerja.alhamdulillah .. nasib aku baik,dtg je bas pun dah nak bertolak.so tak payah ler aku jadi 'penunggu' kat melaka sentral tu.uncle driver berketurunan india yg mmg murah ngan senyuman tu, bila nampak je muka aku terus tersengih.regular customer la katakan.eh silap la.bukan regular customer,tp regular passenger! aku yg mmg prihatin (hehe .. ye ke prihatin?? yelah tu!) terus melemparkan senyuman pada uncle tu.bila aku sebut jek destinasi yg nak aku tuju musti uncle tu tersengih lagi.ai takdelah pelik sgt.pelik ke bila aku sebut "mahkamah".dah mmg itu landmark yg paling senang nak ingat.ok lah stop citer pasal uncle tu.tengah dok dlm bas tu, terfikir pulak nak ke tak nak singgah JJ ni?? dah mmg jd habit aku menyinggah kat JJ tiapkali lepas balik keje,ari sabtu.lama jugak aku dok memikir nak buat keputusan.smpi kat traffic light 'air terjun bukit sebukor' tu "ah! cancell je la.malas pulak nak jenjalan ari ni.balik umah tengok tv lagi best!" dah nak dekat dgn mahkamah aku pun apelagi tak reti² nak picit loceng.karang buatnyer uncle tu terlajak kan ke dah penat jalan jauh."thanks uncle!" aku ckp kat uncle tu sambil tersenyum ala² tak baper nak ikhlas pasal sedih 'peneman setia' takde."ok bye" ayat skema uncle tu sambil tersengih lagi dan lagi.

2.10 p.m - kat umah tengok tv citer hindustan -
adui! tensen pulak aku tengok citer hindustan ni.dahle bukan hero idaman bollywood aku yg berlakon.citer pun ntah apa² ntah.tak membuka minda langsung.tak sampai setengah jam aku nengok citer tu mata pulak dah rasa kuyu semacam jek.soheh! tido time!! letak je kepala atas bantal trus ZzZzZzZzZzZZ.

6.00 p.m. - dah bangun tido nak tolong kak long aku masak la pulak -
alahai ciannyer kak long aku yg sorang ni.bila aku masuk dapur je dia dah 'separuh jalan' memasak.hehehe .. yg aku pulak sesedap mata je membuta.sorry ek long! takpe meh sini adik tolong.kak long aku ni mmg rajin.dia lah yg bnyk tolong mak aku buat keje² umah sejak mak aku pegang jawatan jd babysitter anak kak ngah aku.nasib baik abg aku lepas kawin dok sini.boleh gak akak ipar aku tu tolong² apa yg patut.ari ni menu ringkas je.so sblm pukul 7 dah siap segala²nya.beres!

9.00 p.m. - nengok tv -
hmm .. ader citer apa yg menarik kat tv ari ni ek??? memula nengok majalah 3.erks! seram pulak bila tengok slot 'eksport mayat'! pastu pulak slot 'palestin'.syahdu + syukur.syahdu kenangkan nasib penduduk² bumi Palestin yg tak sudah² dirundung malang akibat kekejaman puak yahudi.perang .. perang .. dan perang lagi.sampai bila agaknya dunia ni nak aman dan bebas perang??? syukur sbb aku berada di bumi Malaysia yg aman,damai,makmur & yg paling penting takde peperangan mcm bumi Palestin.betapa aku harus bersyukur dgn nikmat kurniaan dari Nya yg Maha Kuasa atas segala² yg ada dilangit & dibumi dan di mana² shj.walaupun kadang² aku rasa nasib aku ni malang,tp sebenarnya ada insan yg lebih malang nasibnya drp aku.oopss lupa la pulak! mlm ni kan ader concert muzika extravaganza live from s'pore kat tv1."Eh long tukar jap tv1,ader ct la" dgn penuh excited aku suruh kak long aku tukar siaran.bila channel dah beralih maka konsentrasi aku pun terganggu seketika.hp yg berdering² isyarat sms tu pun aku buat tak dengor je.dok tunggu punya tunggu ct tak kuar² pun (bukan kuar dari tv ler! maksud aku bila turn ct nak perform ni??) sambil nak nunggu turn ct, aku balas kiriman² 'sistem pesanan ringkas' yg sampai.hampes betul dia ni.dari siang td aku tunggu tak pulak nak sms.dah mlm camni baru nak ingat kat aku?? hehehe .. marah tp rindu.ahaksz! mak aku pulak dok membebel apsal asyik dok tukar² channel.kejap tv1,pastu tv3.lepas tu tukar lagi tv1.hehehe .. ampun mak! ampun! ni kes ct punya hal la ni.remote control tv pun dah naik 'semput'.battery weak! semua gara² nak tengok ct & dlm masa yg sama nak tengok majalah 3! ct nyanyi lagu dialah di hati and followed by seindah biasa.jerit pekik peminat fanatik ct mmg jelas kedengaran.banner 'datang berlindung waktu susah & senang,tumpang berlindung waktu susah & senang' pun glamer hari tu.mmg fantastik betul fans ct ni.aku je yg kureng fantastik & fanatik.knp??? biarlah aku sdri yg tahu jawapan tu.



* A E Y J A Y bisikan & nukilan isi hati seorang insan 1:53 PM

Friday, April 22, 2005



|
22 April 2005 -kat office ngadap pc- 12.06 p.m.

ntah kenapa tetiba hati ni terpanggil nak mencoret kat blog aku yg tak seberapa & ntah apa² ni.rasanya kalu ader yg sudi nak luangkan masa baca apa yg aku coret,dah gerenti bosan giler.blog ni dah mcm 'tmpt mencurah masalah' pulak.tp ni blog aku yg punya,so sukati aku la nak tulis ape pun! erks .. kasarnya bahasa aku! ni semua pasal otak aku yg kureng stabil diakibatkan drp beberapa masalah yg melanda hidup aku baru² ni.secara formula nya lebih kurang mcm gini:

prob smlm + prob kelmarin x sakit hati skit + kene lecture ngan mak = otak hampir² jammed + emosi terganggu = terkeluar bhs kasar td! (sesape yg tak paham formula aku ni buat² paham udah ler!)


21 April 2005 (flashback) -kat beranda blkg umah- 7.30 p.m.

aku yg tengah leka menikmati keindahan senja yg dah nak berlari ke mlm didatangi mak aku.dia yg kepenatan sbb baru abis membelek pokok² bunga kesayangan dia terus duduk depan aku seraya berkata "kat dlm termos tu ader air panas tak? klu takde pi tuang, air baru masak tu! klu dpt teh pun bagus gak" dgn nada ala² nak suruh aku buatkan utk dia la tu.mcm le aku baru kenal mak aku.dgn langkah penuh malas aku pegi lah jugak buat apa yg mak aku suruh.(malas sbb aku penat seh! hari ni aku jd 'pembantu rumah tak bergaji'.dah mmg rutin aku klu hari cuti.)

lepas jek penuhkan termos dgn air panas mendidih aku duduk balik.terpikir kejap apa lagi yg belum aku buat ek?? sesambil tu mulut aku mengunyah 'biskut merry + milo' home made yg akak ipar aku buat mlm smlm."ngko ni takde mkn lain ek? asyik mkn yg manis² jek" suara sape lagi tu kalu bukan sore mak aku yg dah kurang lemak merdu nyer semenjak dua menjak ni.aku buat tak reti je! malas nak ckp bnyk.penat le katakan.ntah ombak tsunami dari mana yg dah masuk dlm kepala mak aku tetiba dia kata "................" erm tak payah la kot aku btau kat korang apa yg mak aku ckp sbb tak manis mcm coklat cadbury kegemaran aku,pahit bak sayur peria versi belum dimasak ader la.tp yg pasti kata² mak aku tu takde versi censored.cuma kurang enak telinga manusia² yg sensitif tahap maksim cam aku mendengar.

nak kata mak aku membebel tak tahu hujung pangkal tak jugak.mmg ader benarnya kata² dia tu. aku sokong 200%.cuma ntah la aku pun tak tahu knp,mengapa,bgaimana,dimana,siapa dan ape² jelah kata soal yg boleh membuatkan aku jd syahdu dlm masa yg sama 'panas telinga' bila dengar leteran berunsur nasihat mak aku tu.aku agak adalah dlm 15 minit dia bg nasihat kat aku.nada nya takdelah marah,cool aje! tp aku yg tak se'cool' mak aku bila dengar dia bercerita bab yg sungguh menyayat hati & jantung tu.mmg 'terasa' yg teramat sgt bila mak aku bercerita bab tu.lomah jantung den!korang yg baca ni mesti excited nak tau apelah nasihat yg mak aku bg smpi tak tergamak aku nak nulis kat sini.hehehe .. mana leh bg tau.manalah tau kot satu hari nanti kalu aku terjumpa korang kan ke malu aku! biarlah aku & mak & DIA je yg tau.

lepas kene 'ceramah' ngan mak,mulalah aku terfikir atau dlm erti kata yg lebih jujur mmg sengaja aku fikir apa yg mak aku katakan.mmg sah² betul apa yg mak aku ckp.takde yg tak betul melainkan yg betul² belaka.tp hakikatnya aku sdri tak tahu bila perubahan yg drastik & menggembirakan diri aku sdri & mak bakal aku lakukan.yg pastinya perubahan ke arah kebaikan.ke arah yg lebih positif.mungkin lepas tu aku dah boleh jd anak yg cemerlang, gemilang & terbilang dimata mak aku.insyaAllah! amin ...

---dimana saja kau berada ku kan tetap bersamamu..walaupun jasadku jauh namun hatiku dekat selalu---





* A E Y J A Y bisikan & nukilan isi hati seorang insan 12:05 PM

Wednesday, April 20, 2005



|
20 April 2005 -Rabu- -kat office ngadap pc -1.55 p.m.

erks! hidup kalau takde masalah bukanlah hidup namanya kan?? hari ni entah knp aku rasa mcm ada batu yg beratnya 10 tan terletak atas kepala aku.semuanya berpunca drp boss aku.boss aku?? ape kene mengena dia dgn batu & kepala aku?? ni ape kes ni??? (tiru ayat nasha!) mana taknya sampai hari ni aku belum dapat gaji bulan march! diulangi bulan march! hampes sehampes hampesnya!! dah lah kes belum dpt gaji satu hal,kes mak aku lagi satu hal,abah aku pun satu hal lagi.argh! boleh masuk hosp sakit jiwa aku rasanya kalu dok fikir pasal mende² ni.sebabkan satu masalah timbul pulak masalah lain.tp punca kpd semua masalah tu ttp satu.pasal gaji!

8.23 a.m. (edisi flashback) - kat dapur umah aku -

"smpi bila ngko nak keje kat situ? pegilah cari keje lain!knp la ngko ni degil sgt.apa yg ngko sayang sgt nak tinggalkan tmpt tu??" itulah kata² yg keluar dari mulut mak aku pepagi buta time aku tengah bersemangat nak b'fast.erks! she's spoil my mood.oh my God what am i suppose to tell her?? aku diam.aku membisu.aku jd kelu,tak tahu ape lagi alasan nak aku bg kat mak aku ni.kang kalu ckp bnyk dia kata aku ni derhaka lah pulak.tp kalau tak menjawab,lagilah aku tension dan itu buatkan mak aku lebih bnyk peluang utk terus bertanya itu dan ini.terbantut selera aku pagi ni bila mak asyik dok ungkit pasal keje aku.

tengah² mak aku berceloteh,tetiba kak long aku pulak dtg dgn segulung kertas kat tangan dia."nah dik! amik borang ni,abg shareen bwk balik utk ngko.fotostat pastu isi.mana tau leh dpt ke.keje government"! alahai knp la semua org men'tension'kan aku pepagi ni.nak tak nak aku amik la jugak borang keje tu dgn muka ala² blur + tension + geram! ape kene la hari ni.semua rasa serba tak kena.buat itu salah,ini pun salah.dah la tu abah aku pulak tetiba muncul "bila le boss ngko nak kasi gaji ni? kalu keje estet pun dah boleh mintak advance utk bulan depan tau.ni lah company melayu!" masyaAllah .. mcm cerekarama lah pulak.plot ceritanya mcm dah dirancang & ader dlm skrip.cuma bezanya cerita aku ni bukan rekaan.tp mmg betul² terjadi.

3.27 p.m. - ngadap pc kat office -
pening! pening! otak pun dah ala² blur.dah nak jammed rasanya.tak tahu apa aku nak buat skrg ni.mak asyik desak aku cari keje lain.abah asyik tanya bila aku nak dpt gaji.kak long pulak beria² sokong tindakan mak smpi sanggup suruh hubby dia bwk balik borang keje utk aku.nak nangis rasanya! tp airmata pulak degil tak nak keluar! huhuhu .. sempat buat lawak lagi tu.tp aku sdri tak ketawa pasal mmg tak lawak langsung! tengah tension giler ni takde maknanya nak melawak dgn aku.dlm pada aku kata otak aku dah jammed,tp masih lagi sebenarnya aku berfikir ttg hasrat mak aku yg nak aku berenti keje & cari keje lain.ikut kata mak @ ikut kata hati aku??? mana satu ni???


borang keje tu aku dah fotostat.salah guna reta company lagi.ah! lantak lah.dah ler gaji tak dpt lagi,so ape salahnyer kalau aku salah gunakan reta company.huh! buleh tahan gak tahap ke 'nates'an aku ari ni.tp bukan berpuluh² helai A4 pun aku pakai.5 keping jek.apa lah sgt 5 keping A4 paper kalau nak bandingkan dgn gaji aku.gaji aku lagi mahal drp 1 bungkus A4 paper double A tu.uish! camne ni?? apa yg harus aku lakukan skrg?? otak aku masih ligat berfikir.kondisi aku skrg ni dah boleh ditakrifkan spt kata pepatah melayu "diluah mati mak..ditelan mati bapak" habis tu kalau aku tak luah & telan sape pulak yg mati?? aku lah yg mati! tp aku belum nak mati ler.amalan pun tak cukup lagi.tp org kata klu dah ajal amal cukup ke tak cukup ke mati ttp mati.takkan cepat @ lambat barang sesaat pun.tp aku bukan ler nak mintak² lekas mati.dosa tu!

pendek kan citer lebih baik aku toksah dok pikir dulu pasal mende ni.nanti kalau bebetul otak aku dah jammed tahap maksim,masuk spital sakit jiwa pulak.kan ke lagi hampeh tu.take it easy! itulah kata hati aku.tengah² tensen ni mkn coklat lagi baik.nak 'boost' kan mood! lepas tu baru sambung fikir balik apa tindakan aku seterusnya."Ya ALLAH Kau berikanlah hamba mu yg lemah ini petunjuk & hidayah,supaya aku dpt buat keputusan yg bijak dan tak menghampakan ibuku! amin"!



* A E Y J A Y bisikan & nukilan isi hati seorang insan 1:52 PM

Monday, April 11, 2005



|

aku masih di sini
mampu bernafas
mampu melangkah
mampu melihat .. mendengar .. berkata .. tertawa
nikmat DIA yg ku gunakan sepenuhnya secara percuma
terkadang merasa diri sgt hina
mendapat semua nikmat
tp masih alpa dibuai arus hidup yg melekakan
masih tercari² arah sebenar kehidupan
masih kabur dlm pencarian
khilaf yg sering aku lakukan
dosa yg tak tertanggung
dosa yg tak tergalas di bahuku
apakah masih ada sinar utk esok
adakah aku akan diberi peluang
menuju jalan yg benar² diredhai
melangkaui onak dan duri
masih mencari belum jua ku temui
aku yg kecewa ...
aku yg derita ...
aku yg sengsara ...
siapa peduli ttg itu semua
bg mereka aku cukup sempurna
tp hakikatnya tak semua yg ku alami berbunga bahagia
ceria yg ku tunjuk selama ini
hanya lakonan semata
tak sanggup ku heret mereka ke lembah derita
seperti mana yg ku rasa
peritnya kecewa ...
hati yg menangis ...
jiwa yg meronta ...
tak terzahir biarpun ingin ku luah segala



* A E Y J A Y bisikan & nukilan isi hati seorang insan 2:49 PM



|
10 April 2005
hari ni aku sepatutnya or maybe tak sepatutnya temankan sepupu aku pegi umah boyfriend dia.parents bf dia nak pegi umrah.

7.00 a.m. --- aku masih bermalas² atas tilam empuk ku.rasa malas sngt nak bangun pagi.tambahan pulak hari ni hujung minggu.masa ni lah aku nak berehat sepuas²nya lepas seminggu bekerja.(eleh mcm aku sorang je yg keje dlm dunia ni!hehehe ...) aku teringat janji dgn sepupu aku tu nak sms dia bg tau keputusan aku samada nak temankan dia @ tak.berat nyer rasa jari jemari nak tekan punat² kat hp tu.tp bila difikirkan balik kalau aku x sms dia,dah tentu la dia dtg umah cari aku.kan lagi haru! so dgn berat hati aku send jugak sms kat dia."Nor aku rasa aku tak leh temankan kau la.aku segan sesangat.sorry ek" camtulah isi sms aku pd lizah,cousin aku tu.Fuh! lega nya bila dah send.tp dlm hati ttp rasa semacam.bukan aku tak kenal si lizah tu.dah cukup masak dgn perangai dia.

10.05 a.m. --- hp berbunyi.tertera di skrin hp 1 message received.erm .. mesti si lizah ni! dlm hati aku mmg kuat mengatakan yg sms tu dtgnya dari dia.nak tengok ke tak nak??? ish tengok je la.buat nye dari sidia yg amat ku rindu giler ke (siapa tahu kan nasib baik!).agak dah! mmg soheh pengirim sms tu si lizah.kesian pulak aku bila baca sms dari dia.siap merayu pd aku supaya temankan dia.erks! sekali lagi dia buat aku rasa serba salah.kalau aku ikut samalah mcm aku mengingkari pendirian aku sdri & yg paling utama mesti aku terpaksa berhadapan dgn si Z.kalau tak ikut pulak rasa mcm dah kecewakan lizah yg mmg harap sgt² aku dpt temankan dia.apa aku nak buat ni???

1.30 p.m. --- tengah asyik tengok melodi hp menjerit lagi.kali ni bukan sms tp incoming calls.LIZAH! alamak apa aku nak jwb kat dia ni??? dah ler sms dia aku tak balas td.hmmm ... sementara dok berfikir alasan² yg munasabah (ke alasan yg sama???) yg patut aku beritau kat dia,hp senyap.aik! nak kata aku fikir lama sgt tak jugak.lagu cinta tu pun belum habis lagi.ntah² dia mmg dah boleh agak yg aku tak nak ikut dia kot??? aku tunggu & tunggu & tunggu tp lizah x call balik.dia dah give up ke nak pujuk aku??? ah lantak lah! aku dah malas nak fikir.soal dia merajuk ke .. sakit hati dgn aku ke,aku dah tak amik peduli lagi.stop citer pasal lizah.whatever happen life must goes on.i don't wanna lose my mood just bcoz of her.wether she's angry with me or not,just wait & see.dlm seminggu dua lagi i bet she must come to me and tell me the whole story.insyaallah ...

11.00 p.m. --- dpt sms dari 'teman yg ku kasih'.hari ni je dah 7 sms dari dia aku terima.itu belum kira lagi missed call dari dia.ader 6 missed call.ape hal mamat ni??? dah takde keje lain ke nak buat???sejak awal pagi dia dah sms aku.lain benar kata² dia hari ni.agak berbunga² dan berbaur romantika d amour! hehehe ... ape kenalah dgn dia hari ni??? dah ader awek baru ke??? or still tak boleh lupa memori aku dan dia??? memori ape??? hehehe .. korang sume tak payah tau la.biar memori tu jd rahsia kami berdua.ahaksz! aku pun keliru dgn perangai dia.ada masa giler² .. ada masa pulak layanan dia pada aku tak ubah mcm aku ni kekasih dia.pelik betul mamat sorang ni.kalau tak krn aku merajuk rasanya takkan ader smpi 7 sms kiriman dia.nak kata isi sms nada memujuk .. erm rasanya tak kot! itulah ke'pelik'kan dia.suka melencong ke topik lain bila aku merajuk.mungkin dia saja nak 'menduga' aku @ dia sememangnya tak nak buat aku tambah merajuk.entahlah.tp yg pasti aku senang punya 'teman yg ku kasih' spt dia.hopefully one day he know who am i.the 'true colour' of me!




* A E Y J A Y bisikan & nukilan isi hati seorang insan 11:30 AM

Saturday, April 09, 2005



|
ada apa dgn cinta?? apa definisi cinta yg sebenarnya?? adakah rindu itu cinta?? adakah sepi itu cinta?? adakah suka itu cinta?? bolehkah rasa cinta berputik atas dasar simpati?? atas dasar tak ingin mengecewakan org lain sedangkan hakikatnya kita tak merasa 'aura cinta' pada sidia?? apa itu cinta???

aku terlalu rindukan si dia.dah agak lama si dia menghilang.tanpa sebarang khabar berita.tiada sms .. tiada panggilan telefon .. tiada email .. tiada 'percakapan biasa' antara aku dan si dia.apakah sebenarnya perasaan aku terhadap si dia?? aku dah jatuh cinta ke pada si dia?? bagaimana harus aku terangkan perasaan sebenar ku pada si dia?? aku rindukan saat² manis bersama si dia.aku rindukan kiriman sms si dia.aku rindukan suara si dia.aku rindukan gelak tawa si dia.segala²nya ttg si dia tak bisa aku lupakan & sering aku rindukan.rindu .. rindu .. rindu .. dan rindu yg tak berpenghujung.

terkadang aku rasa begitu dihargai oleh si dia.tp entah kenapa aku selalu terfikir yg si dia sebenarnya sengaja ingin menguji ku.bila hal ini terjadi aku jadi benci yg teramat pada si dia.aku mula menjauhkan diri darinya.aku ingin lupakan segala²nya ttg si dia.tp hati ku tak membenarkan sama sekali.tiap kali aku cuba melupakan si dia,pasti memori² manis terbayang diruangan mata,tersemat kukuh di minda & hati.lantas membuatkan aku bukan semakin benci malahan bertambah sayang dan merasa aku sgt memerlukan si dia.

tatkala bersendirian aku sering teringatkan si dia.entah kenapa hati aku menjadi sayu dgn tiba² bila dia hilang tanpa jejak.sesekali terfikir jua utk menghubungi si dia.tp hatiku yg ego menjadi penghalang segala²nya.akukah yg perasan & hanyut dibuai angan²?? naluri kewanitaan ku sungguh kuat mengatakan yg sidia juga merasa apa yg kurasa.tp entah kenapa si dia begitu sukar utk meluahkan perasaan nya padaku.apakah si dia takut seandainya aku menolak lamaran cinta darinya?? tidakkah si dia tahu yg selama ini aku menanti kalimah cinta darinya?? dari tingkah dan segala yg terzahir dari kata² nya aku cukup yakin bahwa dia juga merasa apa yg kurasa.

benarlah kata org penantian itu suatu penyiksaan.betapa tersiksanya aku menunggu dan terus menunggu tanpa jawapan yg pasti darinya.utk siapa sebenarnya hatiku?? gilakah aku andai terus menanti si dia?? bodohkah aku andai satu hari nanti aku yg bertanya sdri padanya?? argh! buntu aku memikirkannya.

P/S: korang jgn tanya sape si dia tu.sebabnya aku pun keliru ye ke dia tu si dia yg aku maksudkan?? ye ke ini yg aku rasa?? ye ke aku tulis semua ni?? hehehe .. mmg la aku yg tulis,tp prob nyer ialah aku 'keliru'.so korang pun jgnlah tambahkan kekeliruan aku dgn bertanya sapa si dia tu.OK? DEAL?? thanks! :D

..."cinta tegarkan hatiku tak mahu sesutau merenggut engkau .. naluriku berkata tak ingin terulang lagi kehilangan cinta hati bagai raga tak bernyawa" ...


* A E Y J A Y bisikan & nukilan isi hati seorang insan 11:43 AM

Tuesday, April 05, 2005



|
aku dalam dilema! hujung minggu ni sepupu aku ajak pi umah boyfriend dia.pasal parents boyfriend dia nak pegi umrah.erks! what am i suppose to do now?? what should i tell her?? i'm still find the 'proper excuse' nak elak drp dia terus ajak aku temankan dia.why it is so hard for me to say NO!.i really don't understand myself.susah sgt nak tolak pelawaan dia,padahal selama ni akulah manusia yg selalu berkata pd teman² aku bahawa aku seorang yg 'obstinate'.so they will think that there should be no problem for me utk menolak ajakan sepupu aku tu.tp argh! ntah la.dgn dia ni aku susah nak kata tidak.mungkin sebab dia satu²nya sepupu yg paling rapat dgn aku.

knp aku tak nak pegi?? hmm ... sebenarnya aku ni mmg termasuk dlm kategori pemalu.kdg² tu aku rasa sifat pemalu aku ni agak over & tak bertempat!.pelik betul aku ni.that's why i describe myself as an EcCeNtRic kind of person.but there's one main reason knp aku tak nak ikut ialah pasal bila aku pegi umah boyfriend cousin aku tu,mesti aku jumpa ngan si Z.boyfriend cousin aku punya adik.erks! rasa sebal jek bila dengar nama dia apatah lagi bila nak tengok muka dia.alkisahnyer kitorang ni pernah keje sebumbung.aku dah anggap dia cam adik aku sdri.pasalnyer dia lebih muda drp aku.sikap dia yg suka melawak & giler² buat aku selesa bila berkawan dgn dia.sampaikan bila dia ada masalah peribadi & kewangan aku tak teragak² nak hulurkan bantuan setakat kemampuan aku.

tp yg paling aku kesalkan sikap dia yg seolah² tak kenang budi.aku ni dah boleh dikatakan mcm 'melepaskan anjing tersepit'! dia pulak dah mcm 'kacang lupakan kulit'! rasa nyer ayat aku tu tak keterlaluan memandangkan apa yg dia buat pada ku.terkilan sungguh bila aku yg selama ni sudi tolong dia,akhirnya aku dibuat mcm musuh.smpi skrg duit yg dia pinjam dgn aku pun tak berbayar.nak kata bnyk smpi beribu² ringgit tu takdelah.tp aku sungguh kesal dgn tindakan & sikap dia.bila difikir²kan balik menyesal pun ader sbb tolong dia.tp aku percaya semua ni ader hikmah disebaliknya.mungkin inilah ujian Allah utk aku.nak menguji sejauh mana tahap kesabaran aku.

smpi skrg aku masih tercari² punca dia bersikap dingin,buat selamba & tak nak bertegur sapa dgn aku.sampai ke hari ni persoalan aku masih belum terjawab.apa sbb dia sengaja menjauhkan diri dari aku?? kalau tak mampu nak bayar hutang aku pun ckp je terus terang.aku tak kisah.selama ni pun bila dia pinjam duit dari aku,aku tak pernah tanya bila dia nak bayar balik.sbb aku yakin dia tahu tanggungjawab dia bila dah berhutang.tp bukan duit tu yg aku harap sgt.kalau tak nak bayar pun takpelah.aku halal kan aje.tp sikap dia yg buat aku mcm musuh ketat dia sungguh menjengkelkan aku.

rasanya 99% aku takkan pegi.tp masih buntu aku mencari alasan nak bg kat sepupu aku tu.nak terus terang kat dia?? no way! dia tak pernah tau apa sebab aku ader konflik dgn 'bakal adik ipar' dia tu.biarlah aku je yg simpan semua persoalan ni.erks! lagi difikir lagi buat aku sakit kepala.go to h*** dgn semua ni.i must be firm this time! just say NO! & i will keep in my mind that i'm not gonna do something if i'm not comfortable with it.


* A E Y J A Y bisikan & nukilan isi hati seorang insan 1:23 PM

Friday, April 01, 2005



|
1st April 1982 the day i was born.the 1st day i saw my mum .. i saw my dad .. i saw peoples around me .. i saw everything that i couldn't understand at that time.

31 March 2005 tepat jam 12.00 tgh mlm hp ku diterjah sms dari teman².ucapan happy birthday & selamat ulang tahun kelahiran ku yg ke 23 tahun.teman siber ku jugat tak terlepas mengucapkan tahniah,biarpun kami tak pernah saling bertentang mata namun dunia siber ternyata masih mampu menjalinkan ikatan persahabatan antara kami.terima kasih pada yg sudi memberi ucap selamat meski hanya lewat sms.ingatan kalian pd diriku takkan ku lupakan selagi nyawa masih dibadan & selagi DIA mengizinkan.InsyaAllah ...

1st April 2005 i turn to 23 years old! i think that i'm matured enough but sometimes masih terserlah sikap keanak²an ku.masih belum matang sepenuhnya.tp yg paling menggembirakan ku,hari bahagia ku tahun ni dikongsi dgn penyanyi kesayangan aku Siti Nurhaliza.she will perform in Royal Albert Hall,London.impian siti yg bakal tercapai beberapa jam dari skrg.aku tumpang bahagia melihat kejayaan anak gadis melayu yg bakal menawan & memukau warga kota London.semoga saja impian ku tercapai.meski tak setinggi impian siti .. namun impian ku yg lama ku pendam moga saja akan tercapai.insyaallah.amin ..


* A E Y J A Y bisikan & nukilan isi hati seorang insan 1:00 PM