* A E Y J A Y ]

Tuesday, May 31, 2005



|
"Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual. Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina 'Aisyah menceritakan "Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga. Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang." Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda amat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, "Belum ada sarapan ya Khumaira?" (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang bererti 'Wahai yang kemerah-merahan') Aisyah menjawab dengan agak serba salah, "Belum ada apa-apa wahai Rasulullah." Rasulullah lantas berkata, "Jika begitu aku puasa saja hari ini." tanpa sedikit tergambar rasa kesal di wajahnya. Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami memukul isterinya. Rasulullah menegur, "Mengapa engkau memukul isterimu?" Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, "Isteriku sangat keras kepala. Sudah diberi nasihat dia tetap degil, jadi aku pukul dia." "Aku tidak bertanya alasanmu," sahut Nabi s. a. w. "Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?" Pernah baginda bersabda, "sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik dan lemah lembut terhadap isterinya."Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.
Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat, pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang, "Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?" "Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar." "Ya Rasulullah... mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit... " desak Umar penuh cemas. Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat menahan rasa lapar. Batu-batu kecil itulah yangmenimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda. "Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan, kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?" Lalu baginda menjawab dengan lembut, "Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?" "Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak." Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang penuh kudis, miskin dan kotor. Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu. Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ketuanan. Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan. Ketika pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak. Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi. Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, "Ya> Rasulullah, bukankah engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?" Jawab baginda dengan lunak, "Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur."


* A E Y J A Y bisikan & nukilan isi hati seorang insan 4:33 PM

Saturday, May 28, 2005



|
27 Mei 2005 ~jumaat~
semenjak 2 minggu kebelakangan ni hidup aku makin rasa tak menentu.mcm² hal yg terjadi,pelbagai masalah yg timbul.ombak masalah yg mula surut tiba² dtg pulak badai yg entah dari mana munculnya. apalah malang betul nasib aku hari ni.handphone ku hilang!!! geram,sedih,benci,marah,terkilan..pendek kata semua perasaan tu bercampur baur dlm kepala aku.sakit hati dibuatnyer! mungkin org akan kata "ala takpelah dah nasib ngko,nak buat camne;beli aje hp baru;sabarlah ek!" tulah ayat skema ala² nak menenangkan hati aku.bukan sorang dua yg kata mcm ni kat aku.ramai dah.

hp tu hilang masa aku nak turun dari bas.sebelum tu ader missed call dari member aku.nak masukkan dlm handbang dah tak sempat pasal bas dah berenti.so aku masukkan aje dlm poket seluar slack.entah mcm mana aku terlanggar awek sebelah time aku kelam kabut tu aku dpt rasakan yg poket seluar ku mcm diseluk org.tp aku buat tak reti je sbb masa tu pun aku tgh mamai giler! ntah mcm mana dah nak smpi aku boleh terlena sekejap.bukan nak menuduh,tp itulah kenyataannya.lepas turun dari bas aku raba poket seluar cari hp tp tak jumpa.tak sedap hati aku boleh ketuk balik pintu bas ekspress tu dan naik balik ke tmpt duduk aku cari hp.hampeh! langsung tak jumpa.aku suruh awek yg dok sebelah seat aku tu bangun pun dia tak nak bg kerjasama.pakcik driver pulak dah marah² kat aku.masa tu punyalah tebal muka aku ni.malu yg teramat sgt.semua penumpang dlm bas tu pandang semacam je kat aku.time tu aku dah tak peduli apa lg.niat aku cuma satu je;nak cari hp smpi jumpa!

punyalah bodoh aku time tu.mintak lah tolong sesapa dlm bas tu call hp aku.dah tentu berbunyi.tp disebabkan aku dah panik kene marah dgn pakcik driver buatkan aku tambah kalut.tak tahu nak fikir apa lg dah.ader jugak 2-3 org penumpang dah merungut disebabkan aku.malu giler!!! tak tahu mana nak sorok muka aku.nak tak nak aku turun jugak dari bas.sepanjang perjalanan balik rumah airmata aku dah meleleh.mcm air terjun! bodoh betul ..sampai kat umah mintak pinjam hp akak ipar aku.konon² nak try call hp aku.hampes skli lg.hp dia takde credit.argh! apa aku nak buat ni.mak pulak dah cuak apsal tetiba balik umah menangis mcm ader org mati!

aku ckp pd mak hp aku hilang.bukan simpati yg aku dpt.kene leter lg aderlah.mak kata aku cuai.dahlah sedih;mak lg tambah kesedihan aku!tak bersimpati langsung.dgn rasa tak puashati aku kejutkan abah aku yg tgh tidur;konon nak cari awek tu kat melaka sentral.abah yg ala² mamai tak lengah terus bawak aku pg sana.masa tu aku dah tak boleh fikir apa² lg.aku pg public phone try call.ader ringing tone tp takde org jawab.skli lagi aku rasa bodoh yg teramat! kalau betul dia takde niat nak curi hp aku dah tentu lah dia jwb & pulangkan,tp sebaliknya masuk mailbox.dah mmg sah dia takkan pulangkan!! aku je yg bodoh tak terfikir hal tu.

nangis..nangis..nangis dan nangis!! sepanjang hari aku berkurung dlm bilik menangis gara² hp hilang.even hp tu harganya takdelah mencecah ribuan ringgit,tp aku ttp terkilan sbb dlm tu mcm² ada.number yg aku tak sempat copy ke dlm phone book punyalah bnyk.sedih giler!! dahtu tak smpi 4 bulan aku beli dah hilang! mak yg pd mulanya menyalahkan aku sbb cuai,rasa simpati dia ttp ada.dgn nada memujuk dia janji nak bg duit utk beli hp baru.

28 Mei 2005 ~sabtu~
pagi ni aku bangun dan masih teringatkan hp.nangis lg! poyo betul rasanya.padahal yg hilang tu cuma hp! bukan hilang sejuta hengget pun.tp rasa terkilan ttp jugak tak boleh aku hilangkan dari minda.masa bangun dari tidur aku raba bawah bantal (tmpt selalu aku letak waktu nak tidur).berdoa semoga akan ada keajaiban yg berlaku.(konon²nyer hp aku tetiba je akan ada kat bawah bantal tu!) poyo!!! ni bukan misteri nusantara ler.hati kecil aku berkata².dah hilang redha je lah.dah mmg bukan rezeki aku;jaga mcm mana baik pun;kalau benda tu dah nak hilang ttp hilang jugak!

sedikit demi sedikit aku cuba berfikiran positif.aderlah hikmahnya sebalik semua kejadian ni.mungkin lepas ni aku akan dpt (or yg lebih tepatnya BELI SDRI) hp yg more better.hehehehe .. sbb nya mak & abg ipar aku dah janji tlg tambah duit beli hp baru.alhamdulillah mak aku dah pun kotakan apa yg dia janji.pg td sebelum aku pegi keje dia hulur duit.dia kata kalau masih tak cukup dia akan tambah.thanks mum! luv u so much! menghitung hari bilalah gaji nak kuar.tak sabar nak ber sms dgn org² tersayang!!! sabar .. sabar!!


* A E Y J A Y bisikan & nukilan isi hati seorang insan 10:30 AM

Tuesday, May 24, 2005



|
Hanya diperlukan waktu seminit untuk menafsir seseorang, sejam untuk menyukai seseorang dan sehari untuk mencintai seseorang, tetapi diperlukan waktu seumur hidup untuk melupakan seseorang.

Cinta seringkali akan lari bila kita mencari, tetapi cinta jua seringkali dibiarkan pergi bila ia menghampiri

Di suatu hari kau datang dan bertanya padaku apa yang lebih penting : Dirimu atau nyawaku. Lantas aku menjawab nyawaku lebih penting dan kau pun berlalu dengan penuh kekecewaan tanpa pernah kau sedari bahawa kaulah nyawaku itu.

Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak. Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka. Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu.

Permulaan cinta adalah membiarkan sidia yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi seseorg yang kamu inginkan.

Siapapun pandai menghayati cinta tapi tiada siapa yg pandai menilai cinta kerana cinta bukan objek yg boleh di lihat oleh mata kasar. Sebaliknya cinta hanya dapat ditilik melalui hati dan perasaan

Cinta kepada harta ertinya bakhil, cinta kepada perempuan ertinya alam. Cinta kepada diri ertinya bijaksana, cinta kepada mati ertinya hidup dan cinta kepada Tuhan ertinya Takwa.

Minat bukan bermaksud cinta, bangga bukan bererti cinta, kagum juga bukan bermaksud cinta, dan suka juga tidak serasi dengan cinta, malah sayang pun bukan cinta. Tetapi, cinta itu adalah cinta.

Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan kerana perginya tanpa berpatah lagi.Jangan kerana cinta, kita gugur dari perjuangan, dan jangan kerana cinta juga, prinsip kita menjadi larut dan cair. Cinta tidak semestinya akan berakhir dengan perkahwinan dan perkahwinan juga tidak semestinya akan menoktahkan titik akhir kepada percintaan. Kesetiaan akan mengikat cinta, kecurangan akan meranapkan segala kemanisan cinta. Sesebuah perkahwinan akan menjadi indah jika cinta terus bersama.


Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat –Hamka


Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.


Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga. Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga. Tapi apabila kamu cuba menutup matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama.

Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.

Realiti kehidupan tak seindah yg dimpi,mimpi takkan bertukar realiti andai diri masih dibelenggu kehendak hati yg belum pasti tercapai spt yg dihajati.penentuan antara bahagia@derita terpulang pd yg empunya diri.redha & pasrah dgn ketentuan Ilahi.moga diri sentiasa diberkati

Mencari belun tetntu akan jumpa,mendpt belum tentu bahagia,derita belum tentu utk selamanya.redha dgn segala ketentuan Nya.pasri ada hikmah disebalik cerita.








* A E Y J A Y bisikan & nukilan isi hati seorang insan 3:08 PM

Friday, May 20, 2005



|
mlm semalam aku nengok citer Sembilu 2005.tu pun nengok vcd h***m yg abg aku pinjam dari kawan dia.erks! meloyakan sungguh aku nengok citer yusuf haslam ni.cerita cinta stereotype! tipikal sungguh!takde kemajuan langsung.dari zaman sembilu time² awie & erra jd teraju utama sampailah ke sembilu 2005 yg menampilkan vince & hetty sarlene ni langsung tak best.nasib baik aku tak pegi tengok kat wayang.kalu tak mmg buat rugi duit RM 10 hengget je semata² nak tgk citer ni.duit tu aku guna buat beli prepaid lagi ader pekdah.buleh jugak ber sms ngan org² tersayang.hehehehe ..

plot citer dari mula sampai ke akhir mmg tak exciting langsung.pada aku filem yg ader 'kualiti' mesti mempunyai unsur² yg membuatkan penonton rasa teruja utk tahu jalan cerita selanjutnya.tp mcm biasalah filem arahan yusuf haslam ni mmg penonton dah boleh agak apa berlaku seterusnya sampailah ke akhir cerita.yg peliknya tiap kali filem dia ni mesti ader adegan kereta berlumba tgh² mlm buta,adegan bertumbuk & lempang melempang muka org,ader adegan dlm hujan,
lagi satu yg aku tak puashati pasal filem ni,ape dah takde lokasi lain ke nak berlakon.asyik² kat umah dia sdri jugak.ni mesti kes nak jimat budget.lepas tu pulak muka pelakon drama sembilu yg tiap² hari selasa kat tv2 tu pun ader.ape kes ni??? muka Mak Jah si pembantu rumah ader,muka mak si Zetty yg jd pengetua lah pulak pun ader.muka Azza si penyanyi berlagak dlm drama sembilu pun ader (dlm filem ni jd cikgu la pulak!) boleh dikatakan asyik muka 'pelakon cop Skop Production' sume ada.ayat pun skema je.aduhai sedih betul aku tgk perkembangan filem melayu skrg ni.

kenapa bnyk sgt halangan & rintangan dlm perhubungan antara Vince & Salina??? segala konflik yg berlaku nampak tak natural langsung.mcm sengaja di ada²kan.mmg lah ceritanya berkisar ttg percintaan antara 2 kaum,agama & bangsa berlainan.tp kenapa harus semua watak dlm cerita tu menentang percintaan mereka.cuma watak Cikgu Erra shj yg digambarkan seakan menyokong percintaan Vince & Salina.pada aku cuma watak Cikgu Salleh yg dilakonkan oleh Salleh Yaakob menjadi 'penyelamat' dan penguat semangat aku utk terus nengok citer ni.unsur humour sedikit sebanyak buatkan aku bertahan utk tengok smpi ke akhir cerita.yg jelasnya citer ni mmg hampeh! nasib baik tak tgk kat wayang.kalu tak mmg nyesal tak habis.hehehehe .. jgn marah ek pd peminat setia Sembilu yg tak terpilu! heheheh ...



* A E Y J A Y bisikan & nukilan isi hati seorang insan 4:00 PM

Thursday, May 19, 2005



|
keliru
aku makin keliru dgn kehidupan ku
hari² yg aku lalui makin terasa sukar
situasi yg memungkinkan aku berubah
ya! perubahan ..
itulah yg aku perlukan
itulah yg aku nantikan
tapi perubahan yg menuntut pengorbanan
tak mampu aku
tak daya aku

masalah
buat aku jd benak
buat aku jd pesimis
buat aku jd sedih
buat aku jd murung
buat aku makin pening
buat aku makin sensitif
buat aku rasa tak menentu
kalut..sepi..buntu..

masalah jua
mematangkan diri
mengajar aku jd lebih dewasa
membuat aku lebih memahami erti kehidupan
mengingatkan aku supaya lebih bersyukur

keputusan
itulah yg harus aku buat
tika ini masih tercari²
masih meraba dlm kegelapan
wajarkah keputusan yg bakal ku buat???
adilkah bg diriku??
adilkah bg insan disekeliling ku???
apakah itu akan membuat aku gembira
apakah itu satu tindakan yg wajar???

penyelesaian
itulah yg harus aku cari
tapi bila??? dimana???
cari .. dan terus mencari
insyaAllah pasti ketemu ..




* A E Y J A Y bisikan & nukilan isi hati seorang insan 1:40 PM

Wednesday, May 18, 2005



|
Teman
Pernah aku terluka
Kehidupan mengajar aku erti pengorbanan

Mengajar aku erti kesakitan kerinduan kepedihan kehilangan
Aku yg terdampar dipantai rindu

Dihempas ombak kasih
Masih mencari apakah masih ada sisa sayang utk diriku
Masihkah aku diperlukan dlm hidupmu???


Teman
Saat aku memerlukan dirimu
Kau hadir bak sinar mentari
Menerangi seluruh hidupku
Kita bersama menerjah onak dan liku

Kau yg banyak mengajarku erti kesabaran
Kau yg menyedarkan ku ttg erti sebuah persahabatan

Teman
Satu ketika kau khabarkan padaku
Rasa yg selama ini kau pendam jauh dilubuk hatimu
Kau luah segala kata padaku
Aku terpaku .. aku terpana
Apa ertinya semua ini teman??
Adakah ucapan yg lahir dari bibirmu sekadar mahu mengujiku
Atau kau benar merasa perasaan yg bercambah dihatimu
Tunas rindu seorg teman telah kau ubah

Menjadi benih cinta seorg kekasih
Apa yg harus aku perbuat wahai teman
Menyambut huluran cintamu???
Atau menolak segala rasa yg kau rasakan padaku


Teman
Kau buat ku merasa sesuatu yg aneh
Sesuatu yg tak mampu ku pastikan
Apa sebenarnya yg bermain difikiran & hatiku

Tatkala kau meluah segalanya
Aku jd si bisu yg tak mampu berkata
Aku jd si buta yg tak mampu melihat
Saatnya kini aku perlukan ketenangan
Merenung diri .. mencari sesuatu yg hilang
Apakah ada kata @ perbuatanku yg menyinggung dirimu
Satu yg ku pohon padamu wahai teman
Ampunilah segala khilaf ku padamu


Teman
Sesungguhnya aku tak berdaya
Menerima rasa cintamu padaku
Hatiku bukan tercipta utkmu
Biarpun terkadang kurasa kejam membuatmu terluka
Namun aku harus berterus terang padamu
Takkan sesekali ku menipu dirimu
Apatah lagi menipu hati ku sendiri
Aku mengharapkan pengertian mu
Mengertilah bahawa sayangku padamu

Takkan mungkin berubah
Biarlah kau kekal sbg teman sejati ku




* A E Y J A Y bisikan & nukilan isi hati seorang insan 12:33 PM

Tuesday, May 17, 2005



|
09 May 2005 {flashback story}

monday blues! argh malasnya nak pegi keje ari ni.rasa semacam je.tp ntah knp hari ni aku boleh tiba awal pulak.sampai kat office baru je on pc, pintu dah terbukak.terjengul la muka seorg gadis yg mcm pernah aku lihat.tapi kat mana ek??? uiks! itu bukan ke budak yg nak buat praktikal kat sini??? hati aku mula berkata².dia nak jumpa boss aku ke??? "assalamualaikum,selamat pagi kak!" begitulah mulanya dia berbicara."waalaikumussalam,pagi! adik ni yg nak buat praktikal kat sini kan? duduk la" lancar je mulut aku bertanya sambil melemparkan senyuman ala² tak cukup gula.monday blues le katakan."ha ah! saya lah.uncle tak masuk lagi ke?" dia tanya lagi."erm .. belum lagi la.tak tahu le pukul berapa dia sampai." pantas dia mengeluarkan surat dari handbag nya dan menyerahkan kat aku.dgn malasnye,tp ttp maintain senyum aku amik surat tu dan baca."oo murni mula praktikal hari ni? sampai bila ek?" huk alo,aku ni pun mcm tak suka la pulak.dia baru nak mula,aku dah tanya bila dia nak menamatkan perkhidmatannya kat sini."sampai bulan julai" ringkas je jawapan dia."oo i see" ringkas jua jawapan yg aku beri.

mula dari hari tu aku dah tak keseorangan lagi.oopss .. keseorangan??? maksud aku kat office la.almaklumlah office tempat aku keje ni company kecik je.pekerja pun tak ramai.cuma ader aku,accountant & boss.dulu aderlah jugak mat despatch & sorang marketing executive.tp dua² dah berenti.masing² ader alasan tersendiri.aku jugak yg still kat sini.kadang² terdetik juga dihati nak berhenti keje.mak aku sdri pun selalu mendesak supaya aku cari je keje lain & aku juga nak 'mulakan sesuatu yg baru'.tp aku faham,zaman skrg ni bukan senang nak cari keje.bebudak U yg ader degree pun susah nak dpt keje,inikan pulak aku yg cuma ader diploma.itu pun dari kolej swasta je.so terpaksalah aku pendamkan dulu hasrat nak berenti keje tu.tunggu masa yg sesuai je!

sejak dari hari tu aku dah ader teman berborak.budak ni pun kira sekepala la jugak dgn aku.memandangkan kat office aku ni takde radio,maka tiap² hari kitorang akan dgr lagu yg sama berulang² kali.selera dia dgn aku tak jauh beza.dia pun peminat lagu² siti nurhaliza & lagu dari seberang.kadang² kesian pulak aku tgk dia.bila time takde keje,dia nampak blur sgt.siap bertanya dgn aku lagi apa dia patut buat.hehehe .. kesian betul aku tgk dia! bukan tak pernah aku 'nasihatkan' dia supaya tak buat praktikal kat sini.tp nak buat mcm mana,dah last minute kata dia.takde masa nak cari travel agent lain.so terpaksalah dia menempuh hari² yg 'menyeksakan' kat sini.

dah seminggu dia kat sini.tiap² hari aku kena sign log book dia.dah mcm supervisor la pulak.dulu aku yg kena mintak sign org,la ni aku pulak yg terpaksa sign log book org lain.mcm supervisor pulak rasanye.hehehehe .. perasan la pulak aku ni.sejak bila ntah boss naikkan pangkat aku jd supervisor! hari ni dia takde kat office.dia tolong pakcik akaun tu kemaskini data utk koperasi.ceria pulak muka dia aku tgk.maybe dia dah tak rasa bosan sbb dah ader benda yg boleh dia buat.


* A E Y J A Y bisikan & nukilan isi hati seorang insan 1:30 PM

Friday, May 13, 2005



|
Air Mata ~DEWA~

Air mata yang telah jatuh
Membasahi bumi
Takkan sanggup menghapus penyesalan
Penyesalan yang kini ada
Jadi tak berarti
Kar'na waktu yang bengis terus pergi

Menangislah bila harus menangis
Karena kita semua manusia
Manusia bisa terluka
Manusia pasti menangis
Dan manusia pun bisa mengambil hikmah

Di balik segala duka
Tersimpan hikmah
Yang bisa kita petik pelajaran
Di balik segala suka
Tersimpan hikmah
Yang kan mungkin bisa jadi cobaan

lagu airmata dari kumpulan Dewa.meskipun aku tak pernah dengar lagu ni,tp aku cukup tersentuh dgn liriknya."Menangislah bila harus menangis..kerana kita semua manusia..manusia bisa terluka..manusia pasti menangis..dan manusia pun bisa mengambil hikmah.." dah lama aku tak menangis.tp entah knp mlm smlm emosi aku benar² terusik tatkala memikirkan ttg masalah yg sdg aku hadapi skrg.aku bagaikan hilang arah dan tujuan.terkadang terfikir jua knp Allah memilih aku utk melalui semua kesukaran ini??? apakah ujian yg ditimpakan padaku krn aku sering leka & lalai mengingatiNya??? inikah balasan yg aku terima atas keasyikan ku mengecap nikmat kurniaanNya hingga terlupa utk mengingatiNya sedangkan DIA tak pernah melupakan hamba²Nya!

mengapa aku harus mengalah dgn emosi??? knp harus aku menangis??? sedangkan sblm ini pun aku tlh melalui pelbagai kesukaran & masalah.tp hati aku cukup sayu mengenangkan nasib diri.bukannya aku nak katakan yg nasib aku sentiasa malang.manusia tak harus menyerah pada nasib & takdir.walaupun kita sememangnya sbg umat Islam harus redha pada takdir.tp apakah itu takdir namanya andai kita tak pernah mahu berusaha merubah 'takdir yg sedia ada'???.aku jd bingung! tak tahu pada siapa & bgaimana harus aku luahkan perasaan ku ini.curahkan segala masalah yg aku hadapi pada teman baikku sdri pun aku tak sanggup.tak mahu menyusahkan mereka dgn masalah ku sdri.selagi aku termampu menanggung sdri biarlah aku pendam sdri segala²nya.pada keluarga??? juga tak daya nak luahkan rasa hati.lantas pada siapa harus aku ceritakan semua masalah yg membelenggu emosi & hati??? mungkin saja aku harus menanggung semua ini sendirian.



* A E Y J A Y bisikan & nukilan isi hati seorang insan 9:56 AM

Tuesday, May 10, 2005



|


rasanya kalu nak citerkan sinopsis filem ni dah berlambak² kat blog org lain or kalau korang nak preview sinopsis @ apa² saja yg berkaitan dgn filem ni korang leh singgah kat laman web rasminya www.tentangdia.com kat sini aku cuma nak ceritakan serba sedikit ttg 3 watak utama citer ni iaitu Gadis,Randu & Rudi.Tentang dia cerita yg berkisar ttg kehidupan,pengharapan,kekecewaan,penantian,persahabatan dan seribu satu mcm persoalan kehidupan yg digarap dgn penuh emosi oleh pengarahnya Rudi Soedjarwo.cerita cinta yg bukan hanya 'cinta' semata².

Watak Gadis dimainkan oleh Sigi Wimala.seorang yg pesimis,introvert,cengeng,depression & segala mcm emosi kekecewaan tergambar melalui watak Gadis.dia yg hidup dlm lingkungan memori pahit mengenangkan bekas kekasihnya yg berlaku curang sehingga menghamilkan sahabat baik Gadis sdri.ekspresi muka & bahasa tubuh Gadis sudah cukup utk menunjukkan betapa dia seolah tidak percaya dgn cinta,lantas kehadiran si Randu yg cuba memenangi hatinya dipandang sepi.wajahnya saja sudah cukup 'menceritakan' segala yg terpendam dijiwa.perwatakannya yg sering bermain dgn emosi.

Randu lakonan Fauzi Baadila adalah seorg yg optimis & bersungguh² mendapatkan cinta si Gadis.juga merupakan watak yg sgt complex.punyai 2 karakter dlm 1 masa yg sama.meskipun Gadis hanya menganggap Randu sbg teman biasa namun sikap tidak berputus asa Randu dlm mendapatkan cinta si Gadis cukup menyentuh perasaan.sudah sedaya upaya nya si Randu 'mengejar cinta' & cuba mengembalikan kepercayaan si Gadis dan dlm usahanya itu bermacam² konflik dalaman yg dirasai oleh Randu.

Manakala watak Rudi yg dimainkan oleh Adinia Wirasti punyai sifat yg bertentangan dgn karektor Gadis.Rudi digambarkan sbg seorg tomboy berambut panjang yg kasar (tp dalamannya ttp sensitif & berjiwa seni),berani,optimis etc.pengalaman pahit yg dilaluinya @ lebih sesuai dikatakan TRAUMA masa silam akibat kehilangan seorg adik membuatkan Rudi menjadi seorg yg bersikap 'pelindung' kpd Gadis.namun akibat sikapnya yg terlalu caring membuatkan si Gadis menyangka bahwa Rudi seorang lesbian.Rudi sgt optimis dgn kehidupannya.biarpun dia menghidap penyakit dia bersikap positif dan tidak pernah memberitahu Gadis.perwatakan Rudi agak kasar namun disebaliknya dia juga insan biasa yg punyai jiwa sentimental tatkala mengenangkan arwah adiknya.

bg aku citer Tentang Dia mmg best.even jalan ceritanya agak slow,tp setiap scene memaparkan perjalanan cerita yg teratur dan ikut flow yg 'betul'.tanpa perlu menunjukkan siapakah bekas kekasih Gadis cerita ini ttp berjaya dgn acuan yg tersendiri.apa yg aku perhatikan dialog nya juga tak terlalu melankolik @ jiwang giler² meskipun ini cerita cinta.it's just a simple and nice film.






* A E Y J A Y bisikan & nukilan isi hati seorang insan 1:28 PM

Tuesday, May 03, 2005



|
30 April 2005 Sabtu

1st scenario {dari rumah ke office}

hari ni sabtu kelima! alamak mcm mana aku boleh tak ingat yg sabtu kelima kene keje??? hampes betul! nasib baik pakcik akaun tu ingatkan aku semlm.kalau tak mmg sah aku ponteng keje hari ni.pukul 9.00 pagi aku dah tercongok kat office.punctual sungguh! biasa nya aku lah pekerja yg paling tak menepati masa.selalu sgt lambat 5 minit.hahaha ..bukan nyer sengaja,ooppss tp yg sebenar & sejujurnya mmg aku sengaja dtg lambat pasal takde keje nak dibuat pepagi buta.boss aku pun sama jugak, jenis yg suka masuk lambat,so takde masalah le kalau aku pun tumpang sekaki lambat.masyaAllah .. apa nak jadi ngan aku ni.tobat lah wahai cik siti (uiks! bukan siti nurhaliza tu.tp aku sendiri la.jgn tak tahu yg nama sebenar aku pun ader siti jugak!)

2nd scenario {office}
sampai di office mcm biasa on pc,pastu habiskan masa baca e paper.takyah la nak kuar duit poket sendiri beli paper kat kedai mamak.bosan nyer! dah le takde keje.nak chatting pon cam takde mood.ramai yg offline hari ni.almaklumlah diorang tu sume cuti,aku je yg kene keje.tp yg paling hampeh skli boss aku la! dah time aku nak blah baru dia nak kasi keje.ish! tensen btul aku ngan dia.nasib baik ari ni keje yg dia bg tu tak sampai 15 minit dah boleh siap.kalau tak ... (kalau tak aku nak buat ape ek??? ntah la aku pun tak tahu!) tepat jam 1.00 p.m. tak lengah lagi terus tutup kedai! balik umah.yuhuu!! best nye.tp sblm tu menyinggah kat shopping sebelah.ingatkan nak beli vcd c***k r****k! tp hampes btul kedai tu pulak tutup ari ni.aku pun musykil gak,camne kedai tu leh bertahan??? knp takde pihak berkuasa yg amik tindakan??? agaknya pasal kedai tu beroperasi dlm shopping complex kot??? ntah la.aku pun tak paham!pelik betul.oopss! aku dah btau ke yg aku nak beli vcd pirate??? hehehe .. takpelah kot,pasalnyer vcd yg aku nak beli tu bukan local,tp international.buat pe nak kaya kan omputeh yg dah mmg kaya tu??? lantak diorang la kalau entertainment industries diorang tu nak telingkup ke .. nak bungkus ke.aku pedulik hape! kedai vcd pun tutup,apelagi balik umah je la.

3rd scenario {melaka sentral}
nasib aku kurang baik hari ni.sampai je kat melaka sentral,pengangkutan awam yg paling setia TOWN BUS belum sampai lagi.alamak! ni yg buat aku fade up & takde mood.aku ni jenis yg kurang suka menunggu apatah lagi ditunggu.kalau boleh biar sama² tak jd penunggu.tp dah nama pun bas awam.so kenelah bersabar sikit.sesambil nak menunggu bas,tetiba teringat pulak hari ni 30 April.maknanya dah 3 hari filem Tentang Dia yg aku nak sgt tengok tu ditayangkan kat pawagam.pantas aje jari jemari aku menyeluk saku seluar slack dan terfikir nak ajak sapa tengok wayang ek??? Yes! ajak si Mar pun bagus gak.untung² dia tak keje ari ni.alhamdulillah mmg tepat jangkaan & sangkaan aku.dia cuti ari ni.tp memula tu aku takdelah straight to the point btau niat sebenar aku ber sms ngan dia.konon nyer nak tanya khabar je.lepas 3-4 kali berbalas sms dia pulak kata yg dia tengah kat shopping cari hadiah utk kawan dia yg nak kahwin esok.maka secara tak rasmi nya tak dapatlah dia nak temankan aku.punah ranah impian aku nak tengok wayang hari ni.hampeh betul! dek kerana aku pun dah hilang mood nak tengok wayang,bas pulak tak sampai² lagi,so aku pun jalan² la sekitar bangunan Melaka Sentral tu.jelajah dari satu kedai ke satu kedai yg lain tanpa ada niat nak beli barang.singgah pulak kat Music Valley.tengok² kalau ader album yg aku cari².apa lagi kalau bukan ost filem Tentang Dia & album Melly Goeslow - intuisi.erks!! hampeh utk kesekian kalinya.takde jugak.so aku pun balik la semula ke ruang menunggu.bas tak sampai lagi??? uiks! pelik ni.dah pukul 2.00 pun tak sampai lagi??? biasanya time² mcm ni bas dah ader dah.aku ternampak kelibat pakcik konduktor bas kaler ijau tu melintas depan mata.eh! pakcik ni dah ader,tp bas nyer mana??? terjenguk² aku keluar cari kelibat bas yg akan membawa aku ke rumahku syurgaku.magik betul! bas takde tp konduktor ader! cari punya cari dgn kuasa Allah, ternampak aku ader 1 bas kat belakang bas town yg destinasi nya ke taman seri mangga.huk alo! padan ler tak nampak.tersorok rupanya.baru je kaki aku nak melangkah,bas pun dah jalan.sayonara le jwbnya.sekali lagi ku mengalami ke'hampeh'an!! maka dgn itu terpaksalah aku menunggu trip yg seterusnya.alkisahnya bukan takde bas lain yg boleh bawak aku balik,tp entah knp aku tak selesa naik bas lain.Town Bus jugak pilihan hati aku.mungkin pasal pakcik konduktor tu semua dah cam muka aku.nak tak nak masuk la balik ke ruang menunggu dan tunggu .. tunggu .. tunggu.aku naik bas pukul 3.00 ptg.dekat satu jam aku lepak kat melaka sentral tu.naik ngantuk mata aku dibuatnya.

4th scenario {rumahku syurgaku}
sampai je kat umah mcm biasa la,mengadap tv pulak.kat office ngadap pc.kat umah tv pulak jd sasaran biru mata hitam ku.eh! silap la.aku ni bukan anak mat salleh yg bermata biru.mata aku hitam asli ler! heheheh .. abah aku je yg bernama saleh,tp bukan mat salleh! hari sabtu camni biasalah tengok citer hindustan.nasib baik hero dia aku minat.sape lagi kalau bukan si shah rukh khan tu.kalu tak dah lama dibuai mimpi siang hari.tp citer dia takdelah menarik sgt.bak kata siti 'seindah biasa' je.habis cerita hindustan,kene tolong kak long aku masak.(kan dah kata aktiviti harian aku ni sama jek).menjelang malam nonton tv lagi! oopss .. hari ni kan ader AIM kat ntv7!!! mesti tengok ni,pasal ader cik siti penyanyi favourite aku.jam dah pukul 8.30 tp mak aku pulak beria² tak kasi tukar channel pasal dia nak tengok buletin utama sampai habis.dek kerana tak mahu 'bertekak' dgn mak aku,so aku pun diam jek laa.ikut je kehendak dia.pukul 9.00.laa dah lepas 1/2 jam AIM ni.aku pun buat la muka kesian kat mak aku suruh tukar channel.mak aku ni pulak tak habis² nak tengok drama Mahligai Gading (best ke drama tu??? sterotype je aku tgk.takde beza pun ngan drama² lain) nak tak nak terpaksa lah aku akur dgn kehendak mak aku.tak nak la pasal rancangan tv,mak aku terasa hati ngan aku.derhaka namanya tu! hehehe .. entah knp mlm ni hati aku sejuk je.padahal klu nak ikutkan kebiasaan & ke'normal'an tabiat aku,klu tak dpt apa yg aku nak mulalah tarik muka masam.tp mlm ni lain pulak.tp mungkin sbb siaran ntv7 kat umah aku tak baper clear.gambar pun ala² sorang boleh jadi 3 org! baik tak payah tengok.buat sakit mata jek! maka utk kesekian kali nya aku ketinggalan nak nengok ct perform kat AIM! sedih betul.boleh dengar kat radio ERA jek.tp x se'best' kalau dpt tengok kat tv.beginilah citer nya aku tak dpt tengok AIM,kecewa x dpt pegi tengok wayang,kene tinggal bas! huhuhuhu .. sedih betul hari ni.boleh jd Hari Ini Dalam Sejarah Kecewa!!


* A E Y J A Y bisikan & nukilan isi hati seorang insan 4:06 PM