* A E Y J A Y ]

Tuesday, October 10, 2006



|
07 Oct 2006
Boss buat majlis berbuka puasa kat Golden Legacy Hotel.kali kedua aku menjejakkan kaki ke hotel ni.kali pertama dulu cuma setakat di reception counter shj.itupun terpaksa asbab nak dptkan brochure utk projek kolej.mulanya aku rasa berat hati nak ikut serta.tapi si boss asyik remind kan aku supaya hadirkan diri.ah sengal betul dia ni! beria² suruh aku pergi tapi dia ni mcm tak faham² siapa yg nak bawak aku kesana? dlm ertikata yg mudah difahami siapa yg sanggup jadi drebar aku utk ptg tu?

si Din jugak tumpang sekaki mati² ngajak aku.kata dia bab transportation tak payah pening² kepala.dia dgn rela hatinya akan jemput aku depan pintu rumah.Ohh..terharunya! sehari sebelum majlis aku masih belum beri kata putus pada si Din.nak ikut @ tidak? cuma pada dia aku katakan insyaAllah (dlm hati mmg teringin nak join) lebih kurang jam 5 aku sms di Din

aku: "klu sya x pegi ok x"?

din: "ala tak bestlah camtu"

seminit berselang ..

aku: "awk bwk ferrari ke"? (utk makluman korang ini bukan ferrari yg real)

din: "apa kelas ferrari.sya bwk brabus"

aku: "ok.sya tggu kt umah"

akhirnya dlm rasa rela-terpaksa aku beri kata putus setuju! lepas tolong mak sediakan juadah berbuka aku bersiap.aku kenakan sepasang kebaya putih dan tudung putih (dh mcm org nak menikah lagaknya) tunggu dan tunggu dan tunggu ... jarum jam dah tunjukkan angka 6.35.tapi dia tak muncul² lagi.tetiba hp bunyi.aku baca sms.sah dia yg hantar

din: "jap lagi smpi k"

Alhamdulillah.10 minit lepas tu dia tiba.bukan seorg.tapi bertiga.dgn isteri dan 2 org anaknya.abah aku sempat kenakan dia."wah! mentang² nak mkn kat hotel smpi tak sempat turun.kau bawak anak dara org ni biar betul²". (semasa dialog ni dituturkan oleh abah, mmg si Din tak keluar dari kereta.cuma isterinya shj yg berjabat salam dgn mak dan menyapa abah) "alamak pakcik dah lambat la" (si Din cuma menjerit lantang)

Golden Legacy Hotel
kami sampai jam 7.05. dah masuk waktu berbuka pun.smpi aje terus tuju restoran erm ... (aku tak ingat namanya) sbb mata & perut dah tergoda tgk aneka juadah yg tersusun cantik atas meja.aku cuma ambil 2 senduk nasi (alahai senduk nya pun kecik bebenor) berlaukkan kari kambing (hampes! klu aku lauk tu kari kambing sure aku takkan ceduk) dan gulai nangka.aku duduk semeja dgn si Atan,Rosli & Zaidi.uiks! semuanya bwk anak bini.cuma aku dgn Zaidi aje yg single mingle.tak adil betul! knp yg dah berkeluarga boleh bawak anak isteri.tapi aku?

-oit..oit..ngko tu ader suami ke?
+mmg la takde.tapi sekurang²nya aku boleh bawak erm .. ah!malas nk ckp la

lepas nikmati main course aku beredar ke meja desert.aiskrim! walla! favourite aku.ke empat² perisa yakni vanila,keladi,strawberi & jagung aku ceduk.dlm pada tgh syok ceduk aiskrim mata terpandang potongan kek yg cantik.teruja juga nafsu mkn aku.aku capai sepotong kek lapis dan sepotong cheese cake.pergh! (besar jugak nafsu mkn aku malam tu) aku cicahkan potongan kek kecil ke dlm aiskrim sebelum ia masuk ke dlm mulut lalu ku kunyah perlahan² dgn penuh nikmat (ooppss..jgn bayangkan.nnt kureng pahala pose) mmg best cheese cake tu.rasa nak amik lagi.tapi rasa malu mematikan keinginan aku
hampir jam 9.15 baru kami beredar.itupun stlh diberitau oleh waitress kecik molek bahwa seluruh restoran tlh dibooking ukt satu majlis lain.malunya sampai kene 'halau' (dihalau dgn cara terhormat) dgn waitress tu.habis sesi ucap tq..tq dan tq masing² beredar.aku sampai rumah jam 10.00

bulan depan 04 & 05 Nov ada annual dinner anjuran company.aku masih berkira² samada nak ikut atau tak.nak..tak nak..nak..tak nak..nak..tak nak..nak..tak nak..nak ..........................................??? tak mampu buat keputusan lagi!





* A E Y J A Y bisikan & nukilan isi hati seorang insan 12:21 PM