* A E Y J A Y ]

Wednesday, May 31, 2006



|
~dia~
ku harap panas hingga ke petang rupanya mmg panas terik pun smpi petang.uiks! apa punya peribahasa daaa .. jgn pulak kata aku ni perosak peribahasa Melayu.cuma sesekali nak menjadikan sesuatu yg 'tradisional' tu moden skit.apa ke hey nya citer bab panas? mana tak panas.pagi² lagi kesabaran aku dah diuji.fax machine buat hal.telefon yg asyik menjerit² mintak diangkat.boss pulak dtg keje ari ni.waaaaaa .. masak aku! baru 2 hari lepas aku rasa cukup seronok & teruja bila masuk office.hari ni semua kenikmatan tu dirampas dari aku.aku ingatkan boss cuti sampai 2hb.rupa²nya hari ni tgk² dia dah terjongol kat office.napa lah dia tak cuti sampai hujung minggu ni??? erks...

~insane guy~
entah dimana silapnya.entah siapa puncanya aku tak tahu.terima panggilan dari HQ pasal credit card yg masih undel.ikut kata si cardholder tu dia tak dpt² smpi skrg.tapi bila aku tgk dalam delivery route sheet ternyata gsa dah pun buat 1st delivery attempt.siap tinggalkan sorry note spt kelaziman bila customer takde kat rumah.dgn rasa penuh tanggungjawab aku ikut arahan dari HQ yg suruh aku follow up pasal kes ni.laju je tangan aku mendail nombor telefon dan tak sampai 5 kali deringan panggilan aku dijawab ssorg yg ternyata tuan yg empunya kad tersebut.malang sungguh nasib aku.pagi² lagi dah kene dgr dia berleter aka mengamuk.aku rasa cuping telinga aku makin lama makin menipis.darah pulak makin mendidih.hati makin membara.hampir² aku nak jeritkan kat dia yg aku berada dipihak yg benar.malangnya dia tak ingin langsung nak dgr penjelasan aku.dia kata sorry note copy mmg takde langsung dlm post box dia.mana lah aku tau kemana melayangnya sorry note copy utk dia.entah dah diterbangkan dek angin ke,entah ada manusia² yg tak bertanggungjawab dah buang ke,entah argh! mcm² kemungkinan boleh berlaku.tapi yg buat aku cukup bengang dan panas hati dia tak mahu terima explanation aku.dia aje yg betul.ckp dia aje yg aku kene dgr.pergh!!!!

~dtg office~
lepas sejam berlalu, customer yg sengal tu dtg ke office.tak lengah lepas dia masuk,mulut dia terus mengeluarkan kata² "this is very bad service!" aku cuma terkelu dan senyum.(dlm hati ALLAH aje yg tahu betapa marahnya aku) tapi aku tetap sabar! tak menjawab walau sepatah kata.karang kalau aku menjawab lebih² dikatanya aku ni kurang ajar & tak reti hormatkan customer.aku tak nak nnt kes ni dipanjangkan.dah cukup la masalah yg dia bagi kat aku pagi² ni."how come you said u already delivered to my house? i didn't received any sorry note ok.this is very bad service.i'm gonna complaint to **** bank" mangkuk ayun betul dia ni.sekali lagi dia ulang ayat yg cukup sakit telinga aku dgr.ggrrrr!!!! tangan aku dah menggigil.bukan sbb kesejukan aircond @ takutkan dgn 'ugutan' dia nak buat aduan ke bank.tapi gigil sbb menahan rasa marah yg teramat sgt.

~cool down bebeh~
tak habis lagi! sambil tangan dia menadatangan borang tanda terima sambil tu jugak la dia teruskan rungutan dia pasal bad service.siap dia mintak no telefon customer service bank dan buat aduan depan² aku.argh! bila dia nak blah ni.aku dah tak tahan dgr rungutan dan bebelan dia.AKU TAK SALAH! BUKAN SALAH AKU! kenapa aku yg kene??? last skli sblm dia get the h*** out dari office dia kata "i'm not scolding u.i know it's not your fault.but this kind of service is really bad u know" hek eleh! punyalah hampeh giler! abis tadi tu yg dia dok bebel² kat aku tu apa kes??? mcm ni punya org pun ada kat dunia.dlm hati aku berdoa supaya dia cepat² hilang dari pandangan mata aku sebelum kesabaran aku hilang.

~lunch time~
jarum pendek angka 1.jarum panjang angka 3.tapi boss aku tak balik² dari tadi.baik tak payah masuk office kalau setakat letak briefcase lepas tu blah.konon² ada appointment kat luar.aku lapar tapi nampaknya terpaksa 'puasa' utk beberapa jam lagi.erks!

hari yg penuh rasa marah + sedih + lapar = ??? (tak tau apa perkataan yg sesuai utk gambarkan apa yg aku rasa)


* A E Y J A Y bisikan & nukilan isi hati seorang insan 11:41 AM

Monday, May 29, 2006



|
MyTeam ...
memula rasa teruja bila tgk perlawanan bola sepak MyTeam vs Malaysia.almaklum dlm separuh masa pertama shj MyTeam dah berjaya jaringkan 1 gol.tapi rasa teruja tu tak tahan lama bila Malaysia pulak berjaya membolosi gawang gol MyTeam.hampeh!! harapan aku jadi hancur berkecai berderai bersepai bilamana Malaysia jaringkan gol kemenangan kedua.maka keputusannya MyTeam kalah 2-1 dgn pasukan Malaysia.urgh! panas beb!!! hajat aku nak tgk pasukan MyTeam kalahkan Malaysia tak tercapai.

Pelik
ada sedikit rasa tu sebab selama ni kalau diajak tgk bola aku lebih rela 'buat taik mata' @ berkurung dlm bilik drp tgk football match yg bg aku ntah apa².(jgn tanya apa yg ntah apa² sbb aku sdri tak tau nak describe) aku sebenarnya bengang dgn kata² org kuat yg kuar kat tv33 tu.belum apa² dah kutuk.tapi aku puashati la jugak dgn persembahan MyTeam mlm td.bak kata si pengulas tu pun Malaysia cuma menang tipis je.lagipun bg pasukan segera yg cuma training 3 bulan je kira ok la tu.dpt gak score 1 gol.go MyTeam go!!!

Gol & Gincu
lepas abis tgk bola,tgk citer pasal bola jugak.eh bukan bola la.tp futsal.erm.. tp futsal pun ada bola gak.so tak salah la kalau aku panggil bola kan.ah lantak pi la.citer Gol & Gincu tayang kat tv8 pukul 1030 pm.first time tgk kat tv coz masa tayang kat panggung aku takde kesempatan nak pegi tgk.sebenarnya bukan takde kesempatan,tp poket tgh kering masa tu.suka dgn watak Putri walaupun hakikatnya aku tak minat langsung dgn si fazura (bnyk sgt kontroversi) si Pierre Andre pun ok.tp sayangnya watak dia tak bnyk dlm filem ni sbb terlalu fokus pada watak Putri.jalan citer bg aku ok ok aje.takde la best giler².boleh la layan klu dah takde cite lain nak tgk.mungkin sbb ada si Pierre Andre kot aku suka tgk movie ni.hehehe...

Smallville
terlepas tgk season finale sbb gol & gincu.apa jadi dgn Clark Kent ek?? si Lana Lang tu apa citer?

Teringin
nak main futsal.tapi kat Land of History ni aku tak tau ada ke idak futsal centre.sepengetahuan aku takde kot.kalau kat Kelumpo tu tau ler aku.argh! nape tetiba jiwa ni meronta² nak try main futsal? erks! aku main futsal? hahaha..kalau aku citer pada si teman tapi mesra gerenti dia gelakkan aku smpi tak hengat dunia.sebab kata dia aku ni sensitif & ala² perempuan melayu terakhir (dia yg ckp ek.aku cuma quote je) so tak sesuai nak main bola.eh silap lagi.bukan bola.tapi futsal.harap² satu hari nnt aku dpt chance walaupun cuma sekejap.

Expired
credit aku expired hari ni.argh! bengang betul.cheque belum clear.duit poket plak cukup² je utk makan & simpanan masa kecemasan.adoi! kalau dia transfer credit kat aku kan best.ahaks! tak malu betul aku ni.wahai si Rabu cepat² la menjelma.


* A E Y J A Y bisikan & nukilan isi hati seorang insan 11:30 AM

Friday, May 26, 2006



|
Assalamualaikum Warahmatullah
entah kenapa tangan ni gatal nak ber blog hari ini.nak kata ada cerita menarik takde la pulak.hari ini sama mcm semalam.eh silap! bukan sama.tapi hampir sama.penyakit keletihan terlampau aku dah semakin pulih.kalau yg bersisa pun bukan penyakit tu,tapi penyakit malas kot! ah malas lagi.malas betul aku nak bercerita bab malas ni.rasa tak produktif & proaktif langsung kalau penyakit malas ni menyerang.

sms
si 'teman tapi mesra' send sms lagi.erks! mesti ada yg kata "hek eleh asyik² citer pasal si 'teman tapi mesra' dia tu.dah takde citer lain gamaknya dia ni".well aku tak kisah la apa yg org nak kata.blog ini aku yg punya so suka hati jantung limpa pankreas usus aku la nak citer pasal apa pun.muahahaha (gelak kejam ala² penyangak dlm filem) yg menariknya pasal sms kali ni,dia suruh aku berfikir.(apa dia ingat selama ni aku tak fikir apa² ke?) tersentuh la jugak hati aku bila baca.ada pengajaran sebalik kata.ada maksud tersirat sebalik tersurat.mmg betul pun kata² dia (sebenarnya dia cuma 'quote' kata² ntah dari siapa sang penulisnya aku sdri belum tahu) cuma kdg² sbg manusia yg tak lekang dari sifat pelupa @ sengaja buat² lupa aku buat endah tak endah pasal perkara tu.oh rupanya aku selalu bermimpi .... terima kasih wahai 'teman tapi mesra' kerana mengingatkan aku yg sering tak ingat tapi bukan lupa.

prinsip (takde kene mengena dgn cerita di atas)
bila kita tersepit antara kehendak org tersayang dan prinsip diri,maka akan terjadilah konflik bila yg berkehendak cuba utk mendapatkan apa yg diminta dan sorang lagi yg cuba mempertahankan prinsip nya akan terus²an mencuba utk tidak memenuhi kemahuan org tersayang itu.

salah ke kalau aku cuba utk jadi manusia yg ada pendirian?

salah ke andai aku tak menurut kata org yg selama ini bny berbakti pada aku?

patut ke aku hanya menurut semata² utk menjaga hati dia sedangkan hati aku sdri tak merelakannya?

ikhlas ke namanya andai sesuatu tu dibuat atas dasar 'menjaga hati'?

oh susahnya bila harus memilih ...

aku dgn prinsip @ ikut kata insan yg banyak berbakti pada aku???

errrmmm..........


* A E Y J A Y bisikan & nukilan isi hati seorang insan 12:55 PM

Wednesday, May 24, 2006



|
ALHAMDULILLAH akhirnya niat aku utk tukar 'kulit blog' aku jadi kenyataan.takde lagi gambar sepasang couple merenung matahari terbenam.yang ada skrg cuma blog yg berlatarbelakangkan warna hitam & putih.kenapa hitam putih? bagi aku warna ni cukup klasik.teringat pulak lagu Sheila Majid yg tajuknya hitam putih kehidupan.mcm tulah hidup aku.hidup kamu.hidup dia.dan hidup semua manusia.ada hitam dan putih (baca dgn tafsiran 'hitam & putih')

aku terlalu letih semenjak seminggu dua ni.entah kenapa,sebab apa,dan bagaimana sindrom keletihan terlampau tu menjangkiti diri aku,aku sdri tak pasti.cuma skrg ni aku masih dlm proses mengubati penyakit tersebut.argh! jari jemari pun dah letih.kerja masih bertimbun.biar aku sudahkan dulu kerja² yg sememangnya sudah menjadi tanggungjawab aku.jumpa lagi nanti.wassalam.


* A E Y J A Y bisikan & nukilan isi hati seorang insan 4:03 PM

Wednesday, May 17, 2006



|
ooppss .. terlupa pulak!

16 Mei ~Hari Guru~
itulah aku.asyik sangat fikirkan pasal si 'teman tapi mesra' sampaikan terlupa yg semalam adalah hari meraikan insan² yg dipanggil Cikgu,Teacher,Guru,Cikgu Besar,Pengetua dan apa² shj gelaran yg korang terpikirkan.rasanya aku tak pernah lupa nama² cikgu kelas aku dari darjah 1 sampailah tingkatan 5.aku senaraikan nama² cikgu peberet & cikgu yg ada kenangan tersendiri pada aku:-

Cikgu Safilah Paino
Guru kelas aku masa darjah 4.orangnya kecik molek aje.tak garang tapi tegas bila mengajar.dia mengajar subjek Muzik.yang paling buat aku tak boleh lupa tentang dia sebab dialah yg selalu bertanya pada aku bila aku nak pakai baju kurung & bertudung.sebabnya aku dulu dari darjah 1 sampailah darjah 4 aku pakai pinafore dan bukannya baju kurung seperti pelajar² Melayu yang lain.jangan tanya kenapa.sebab aku takkan beritau kenapa.

Cikgu Hamzah
Beliau pulak merupakan guru kelas masa darjah 5.aku masih ingat waktu dia perang mulut dgn Cikgu Zulkifli gara² kami semua terlewat ke kelas Kemahiran Hidup cikgu Zulkifli.al kisahnya dia terlajak waktu mengajar sehingga ter'curi' masa Cikgu Zulkifli.entah angin ribut taufan mana agaknya yg masuk ke kepala Cikgu Zulkifli dia dgn muka garangnya marah² kami setibanya kami dihadapan bilik Kemahiran Hidup.masa tu jarak kelas aku dgn bengkel Kemahiran Hidup cuma beberapa meter shj.jalan 5-6 tapak dah sampai.oleh kerana masa tu Cikgu Hamzah masih ada dikelas,maka dia ternampak la kami semua kene 'bambu' dgn Cikgu Zulkifli pasal terlewat.dipendekkan cerita Cikgu Hamzah dtg dan menerangkan kenapa kami lewat.entah mcm mana Cikgu Zulkifli pulak naik angin maka berlakulah pertengkaran antara mereka.nasib baik tak sampai ke tahap bertumbuk.kalau tak mungkin sekolah aku time tu masuk paper pasal kes cikgu bergaduh pasal murid.hehehe..satu lagi yg takkan aku lupa pasal Cikgu Hamzah dia suka nyanyi lagu 'pukul 3 pagi' entah mcm mana liriknya aku tak ingat.yg aku ingat cuma bait 'pukul 3 pagi .........

Cikgu R Kasinathan
Ini cikgu matematik aku masa darjah 6.orangnya memang garang giler! orang giler pun tak garang mcm dia kot.kenangan manis dgn dia mmg takde langsung.yang ada cuma pahit.aku pernah kene pelempang dia sebab tak dpt jawab soalan matematik yg dia bagi.bukan aku sorang je pelajar perempuan yang kene.ramai lagi.dia ni tak kira student lelaki @ perempuan.asal tak dpt jawab salan dia maka pelempang akan singgah dimuka.hampir separuh drp rakan sekelas aku pernah merasa tapak tangan dia yg kasar tu.sakit beb! sebab tu setiapkali tiba time dia masuk mengajar semua kami semua jadi pelajar paling sopan.takde sorang pun yang berani main² bila dia tengah khusyuk mengajar.sampai sekarang aku masih ingat mcm mana dia menghayunkan tangan ke pipi aku.eee.. sakitnya!

Cikgu Siti Hawa
Dia ngajar Bahasa Malaysia masa aku darjah 6.orangnya lembut.tak suka marah².dia ada anak kembar yg satu sekolah dan sama baya cuma tak sekelas aje dgn aku.yg si abang nama Adi.yg si adik pulak Ami.diorang berdua tu boleh dikategorikan sbg pelajar idaman malaya kat sekolah.cewah! sekolah² lagi dah pandai ek! tapi aku takdelah termasuk dlm golongan pelajar² perempuan yg syokkan diorang tu.cuma suka je tengok diorang.eh ni nak citer pasal cikgu ke anak cikgu ni??? sorry termasuk simpang lain pulak.sebab Cikgu Siti Hawa ni lembut waktu mengajar maka Bahasa Malaysia jadi salah satu favourite subjek aku.dan mungkin sebab tu jugak aku score dgn cemerlang untuk subjek ni dalam UPSR.Alhamdulillah!

Cikgu Baharom
Cikgu kelas masa aku form 1.dia jugak ngajar subjek Matematik.dalam ramai² cikgu yg pernah ngajar aku dia yg paling 'cool'.sebabnya dia tak pernah marah giler².marah pun jarang.tahap kesabaran dia mmg cukup tinggi.aku pun heran mcm mana da boleh bersabar dgn kerenah kawan² sekelas aku dulu yg mcm erks ....payah nak explain dgn kata² (aku tak termasuk sbb aku ni budak baik) time dia ngajar mesti aku ngantuk.dah la subjek matematik bukan subjek kegemaran aku.tambah² pulak aksi dia yg 'statik & cool' bila ngajar buat aku nak terlelap.

Cikgu Wong
Ngajar bahasa Malaysia masa aku form 3.kenapa tak percaya eh? mmg dia berketurunan Cina dan agak pelat bila bercakap Bahasa Melayu tapi entah kenapa dia pilih gak subjek ni aku pun tak tau.atau mungkin dia terpaksa ikut kata pengetua atau entah la.aku cukup kesian dgn cikgu Wong.selalu kene buli dgn student.mungkin sebab dia jenis yang terlalu berlembut dgn student sampaikan budak² naik tocang.setiapkali dia ngajar budak² lain buat tak reti aje.tak sampai separuh pun yg betul² tumpukan perhatian bila dia ngajar.kesian dia!

urgh!! penatnya menaip.sebenarnya ada lagi beberapa org cikgu yg aku nak imbas kembali ingatan aku pada diorang.cuma masa tak mengizinkan.aku ada kerja lain yg perlu dibereskan.apa² pun pada semua yang bergelar Cikgu aku nak ucapkan Selamat Hari Guru buat kalian.terima kasih buat semua cikgu yg pernah mengajar dan mendidik aku.jasa Cikgu² semua takkan saya lupakan.

TERIMA KASIH!


* A E Y J A Y bisikan & nukilan isi hati seorang insan 1:21 PM

Tuesday, May 16, 2006



|
aku rasa boring
urgh!!! boring giler hari ni.bukan hari je.semalam,kelmarin,hari sebelum kelmarin,hari² sebelum kelmarin dan hari hari hari sebelum kelmarin mmg hari yang paling memboringkan bagi aku.dah dekat seminggu si 'teman tapi mesra' merajuk dgn aku.merajuk ke? ntah aku pun tak tau.aku klasifikasi kan sbg merajuk sbb paling lama pun dia tak berhubung dgn aku cuma 2 hari.tapi kali ni dah hampir seminggu dan aku masih tak dapat khabar berita dari dia.jangan kan nak call, sms pun dia tak sudi nak send pada aku.erks!! ni betul² punya merajuk ni???

atau
mungkin dia tak merajuk.final exam dia tinggal sehari je dari tarikh aku berblog hari ni.ala takkan la nak send 1 msg pun amik masa berjam² sampaikan terganggu study dia? tak masuk akal langsung.aku rasa budak sekolah tadika yg baru nak belajar ber sms pun tak sampai 10 minit pun sekadar nak picit² punat hp lepas tu done! tapi dia yg dah bertahun² gunakan hp masih .... hampes!! hek eleh sengal betul aku rasa hari ni! entah apa pasal sebab dia semua yang aku buat rasa serba tak kena.aku masih rasa bersalah sebab buat dia rasa mcm tu.apa yang dia rasa? entah.aku bukan ahli nujum @ tukang tilik yang boleh tau apa yang orang lain rasa.tapi aku dapat rasa yang dia masih terasa.banyaknya rasa! tapi satu je yang aku rasa skrg ni.BORING!

berdosa
sebab apa? sebab sekarang boss aku takde kat office.so inilah masanya aku boleh berblog.mencuri masa bekerja untuk berblog.walaupun cuma untuk sejam dua.erks!! ikut aturan mmg salah.tapi ikut kata nafsu..ala sekejap aje.bukan lama pun.lg pun skrg mmg tgh takde keje.so apa salahnya kan? mana satu betul? mana yang salah? *sigh*

P/S : laparnya! boss baliklah office cepat².staff mu tgh lapar giler ni




* A E Y J A Y bisikan & nukilan isi hati seorang insan 1:18 PM

Saturday, May 13, 2006



|
rumah
Sabtu dtg lagi!!....rasa malas sesangat nak pegi keje.tido lewat semalam gara² perang dingin dgn si 'teman tapi mesra'.dia sms tapi tak aku balas.kesian kat dia.tapi ego aku melebihi rasa kasihan.jam 1230 tgh mlm dia call.ingatkan aku nak matikan aje hp,tapi tak sampai hati pulak.mula² semuanya ok sehinggalah aku mintak dia tunaikan janji yg pernah dia ucapkan pada aku.janji apa??? aku takdelah mintak benda² yg mahal² atau yg pelik² cuma sesuatu yg tak perlukan modal langsung utk dia tunaikan janji.

tapi apa yg buatkan aku sakit hati @ 'bengkek' dia boleh kata yg dia tak pernah janji apa² pun dgn aku.argh!!! geram betul aku! kalau dia ada depan mata mau aje aku cilikan mulut dia yg pandai menabur janji tapi tak reti nak tunaikan.tapi sayangnya dia jauh dari mata aku.tangan aku pun tak terjangkau nak sumbatkan cili dalam mulut dia.last² sbb tak mahu tune suara aku semakin meninggi bila bercakap dgn dia,aku segera ucapkan bye bye dan terus tekan punat merah hp aku.lepas tu dia tak call lagi.mungkin dia bengang dgn aku.mungkin dia dah mula menyampah dgn aku.mungkin dia dah tertidur.mungkin dia .. argh! bnyk sgt kemungkinan yg aku fikirkan.lantak lah apa nak jadi pun.aku dah malas.aku betul² kecik ati dgn dia.

office
suasana kat office macam biasa.tak sesibuk hari² biasa.almaklum hari ni half day.cuma yg bezanya bila Sabtu menjelma walk in customer akan lebih ramai dari biasa.dalam ramai² customer yg dtg hari ni ada seorang akak yg cukup ramah dgn aku.mulanya aku ingatkan dia sekadar nak beramah mesra macam customer yg lain².rupanya ada udang sebalik mee.dia tanya berapa lama dah aku berkhidmat kat sini..seronok @ tak bekerja kat sini? teringin ke aku nak buat part time..part time??? pergh! pucuk dicita ulam mendatang.mmg aku tengah mencari peluang keje part time.aku tanyakan pada akak tu keje apa.nak tahu apa jawapan dia.MLM! ish..nilah satu²nya keje yg aku paling tak gemar.paling menyampah kot.sbb aku bukan jenis yg pandai approach & 'bercakap bhs business' dgn org lain.apatah lagi manusia² yg tak aku kenali.kekok.segan.tapi sebabkan aku tak mahu bicara kami jadi lebih panjang lebar aku tanpa banyak soal terus bg no hp bila diminta oleh akak tu.ish! nyesal pulak bila dah bagi.

panggilan
baru kejap tadi akak tu call aku.mak aih! cepatnya??? dia siap bertanya full name aku & tempat tinggal.kata dia mungkin husband dia kenal dgn abah @ ahli keluarga aku yg lain.aduh! masak aku! hangus! hancus! yg paling aku tak tahan bila dia kata "kalau senang malam nnt akak dtg umah la.kenal² dgn family adik!" oh tidak! bukan aku tak mahu menjalinkan silaturrahim sepertimana yang dianjurkan dlm Islam,tapi silaturrahim yg cuba akak tu jalinkan dgn aku lebih menjurus kepada soal business MLM dia.aku tak suka beb!!! nak kene pegi dgr ceramah² @ jamuan ala² parti tupperware.oh sungguh aku tak sanggup!!! dok rumah tolong mak aku lagi baik.

kemungkinan aku takkan jawab panggilan dari akak tu adalah amat besar sekali! ....






* A E Y J A Y bisikan & nukilan isi hati seorang insan 12:28 PM

Tuesday, May 09, 2006



|
aku geram sesangat hari ni.tak pernah aku rasa geram yang sebegini giler dalam sejarah hidup aku (pergh! dahsyat punya geram tu!) apa ke idaknya pagi² lagi aku dapat e mail dari CS HQ suruh arrange pick up dari sebuah kilang yang memang tak glamour & tak ternama langsung(biarpun kilang tu ada nama) kat Land of History ni.seperti biasa aku dengan penuh dedikasi nya menjalankan rutin yang sebagaimana biasa aku lakukan untuk mengaturkan sesi pick up.

sesi pertama
aku :"hello good morning! may i speak to Ms R***** pls?"
telefonis : "hello morning! hold on pls!"
aku :"hello is it Kak R*****?" i'm ct calling from ***
Ms R***** :"ye akak ni.
aku :"akak ader pick up ke hari ni
Ms R***** :"ha ah.ader.dah siap dah.kul baper budak tu dtg amik?
aku: "biasa area akak lepas kul 2 ptg"
Ms R***** :"oh! ok lah dtg la amik.brg sume dah ready.jgn lupa ek!"

sesi kedua
Ms R***** :"hello ct ek?"
aku :"ye kak saya ct"
Ms R***** :"dik boleh suruh org adik tu dtg esok tak? sebab customer akak ader nak order lagi la"
aku :"so tak jadi la pick up hari ni kak?"
Ms R***** :"ha ah la dik.sorry ek.pick up esok je ek
aku :"ok! (letak phone dgn rasa bengang)

sesi ketiga
Ms R****** :"hello dik akak R***** ni!"
aku :"ye kak.ada apa? (masih kontrol suara)
Ms R***** :"dik brg leh pick up la ari ni ek.tadi akak suruh hold smpi esok pasal nak tggu e mail dari customer"
aku :"ehm ... abis tu confirm la pick up jadi ari ni?
Ms R***** :"ye.confirm.betul² confirm.amik ari ni ek
aku :"ok la.(rasa nak hempas telefon tp tak jadi sbb bini bos ade kat sebelah)

sesi keempat
Ms R***** :"hello dik, kak R***** ni
aku :"ye kak napa? (dlm hati aku dah mula x sedap)
Ms R***** :"ala dik mintak maaf banyak².brg tak jadi ambik la hari ni.boss akak baru balik dari oversea suruh hold smpi esok.maaf ek dik.jgn marah ek!
aku :"laaaaaaaa .. tak jadi pulak? tadi akak kata confirm.
Ms R***** :"sorry la dik.maaf ek.esok kalau betul² jadi akak call dulu ek.minta maaf banyak².janganlah marah ek!
aku:"ok.esok kalau confirm call saya.(bayangkan bila bini bos & bos sdri takde kat office maka telefon tu jadi mangsa)

mesti korang pun bengang tahap gaban kalau dpt customer macam ni.sekejap kata jadi .. sekejap kata tak jadi.yang jadi mangsanya aku lah.masuk kali ni dah 4 kali aku e mail ke HQ memperkatakan perihal jadi tak jadi ni.argh!!! bengang giler!!!!! mesti org HQ ingat aku ni tak betul.kejap kata ok kejap tak.padahal yang bikin aku susah si Ms R***** .hampeh giler!!!

part yg aku paling bengang bila dia cakap "jangan marah dik ek!" bila dia kata jangan dgn nada suara yg lemah gemalai tu lagi la aku rasa nak meletop!!!

Ya ALLAH Ya Tuhanku..kau berikanlah aku kekuatan utk menangani manusia² yg sebegini.AMIN!!


* A E Y J A Y bisikan & nukilan isi hati seorang insan 3:30 PM



|
dia duduk berteleku.termenung memikir entah apa yang patut dibuatnya lagi.dah habis akalnya memikir tapi tak juga berhasil mencari jawapan kepada apa yang harus diperbuatnya selepas ...


situasi 1
si X :"tak keluar lunch ke? kan sekarang lunch time"
si Y :"ala malas la nak keluar.panas betul la cuaca kat luar nun!"
si X :"ala panas sikit je.apsal takut kulit awak yang putih melepak tu jadi hitam ke?"
si Y :"mana ada! pandai² je awak ni.orang kata bab cuaca panas dia bukak topik kulit jadi hitam pulak!"
si X :"ala awak kalau hitam sikit pun apa salah.hitam² si tampuk manggis walaupun hitam tetap dipandang manis"!

situasi 2
si Y :"kalau badan saya gemuk macam si polan tu awak nak lagi ke kat saya?"
si Z :"ala tak kisah la macam mana sapa pun badan awak,janji saya suka dah la!"
si Y : "ye ke ni? ntah² bila saya dah gemuk macam si polan tu awak terus tinggalkan saya cari pompuan lain"!
si Z :"kalau dah tau saya macam tu awak tak reti² ke nak kawal nafsu 'mentekedarah' awak tu?"

kalau kau siapa yang kau pilih? si X atau si Z? yang sorang suka memuji dan sorang lagi cukuplah 'jujur' bila berbicara.kalau aku? aku ada pilihan ke?


* A E Y J A Y bisikan & nukilan isi hati seorang insan 1:19 PM

Wednesday, May 03, 2006



|
Selasa 02.05.2006
'teman tapi mesra' sms bertanya khabar.aku khabarkan pada dia yang aku sedang sedih kerana kehilangan dia.dia sepertimana biasa akan cuba menenangkan aku dan berharap supaya aku tak terlalu bersedih atas pemergian dia.Ah! senangnya menutur kata sabar sedangkan yang menanggung nya adalah aku.aku sayangkan dia! kalaulah ada kuasa yang boleh membawa dia kembali pada aku .. hmmm .. redha!

Isnin 01.05.2006
Badannya lemah.asyik tidur.tak bersuara.bila aku cuba belai badanya .. respons dari dia amat perlahan.dia semakin lemah .. lemah.aku rasa badannya.sejuk.kaku.Mati.ya dia dah mati.dia tinggalkan aku disaat² aku mula sayangkan dia sepenuh hati aku.usia dia baru 2 minggu lebih.belum sempat aku berikan nama untuk dia,dia terlebih dulu pergi untuk selamanya.pergi tinggalkan aku sendiri.ah! kenapa cepat benar kau pergi? tanpa aku sedari aku menangis kerana dia.

Ahad 30.04.2006
Dia masih sihat.dia sentiasa berada disisi ibunya.badanya yang comel buatkan aku sentiasa ingin membelai dirinya.malah aku sempat merakam gambarnya dalam hp buat kenangan.entah kenapa hati aku tergerak untuk merakam gambarnya biarpun sebelum ni aku tak berapa kisah dengan makhluk yang se spesies dengan dia.mungkin jua sebab aku teruja untuk tunjukkan pada si 'teman tapi mesra' betapa comelnya dia yang aku sayangi dan sering ceritakan pada dia.aku juga sempat katakan pada si 'teman tapi mesra' yang aku teringin nak beri nama si dia pada dia.tapi apakan daya..hajat aku tak kesampaian.


* A E Y J A Y bisikan & nukilan isi hati seorang insan 1:12 PM