* A E Y J A Y ]

Monday, February 27, 2006



|
semalam kene 'brainwash' dgn insan tercinta yang berstatus ibu kepada ku.hujahan² (kerana aku benci menggunakan ungkapan bebelan @ leteran) yang lebih berupa nasihat.aku akur dgn setiap kata² emak.tapi ... (kenapa mesti ada TAPI???)

ada yang tahu
tapi sengaja buat² tak tahu
ada yang tak tahu
lagi tak mau nak ambil tahu
ada yang tahu
tapi tak nak mengajar yang tak tahu
ada yang tak tahu
tapi segan nak ambil tahu
apa perlunya kau tahu
apa dan siapa yang perlu diambil tahu?

p/s: aku bercakap soal TAHU dan bukannya TAUHU yang boleh dimakan.sila semak kamus dewan andainya anda kurang arif tentang makna perkataan TAHU.

sekian.terima kasih daun keladi.InsyaAllah lain kali aku tulis lagi.


* A E Y J A Y bisikan & nukilan isi hati seorang insan 3:28 PM

Saturday, February 25, 2006



|
dia kata:
"cukuplah saja berteman denganku
janganlah kau meminta lebih
ku tak mungkin mencintai mu
kita berteman saja
teman tapi mesra"



aku kata:
"zahir kau lihat
bukan segala gala
bibir tersenyum
menutup jiwa nan luka"

org lain kata:
"tapi mengapa kau tak berubah
ada apa dengan mu??"


* A E Y J A Y bisikan & nukilan isi hati seorang insan 1:25 PM

Wednesday, February 22, 2006



|
Hari ini akhirnya aku beranikan diri utk menuntut hak aku.itupun bukan aku sendiri yg melakukannya,tetapi melalui bantuan si abah yg prihatin akan nasib yg menimpa anak gadisnya.aku harap segala²nya berjalan lancar tanpa sebarang aral melintang."Ya ALLAH Ya Tuhanku..KAU permudahkanlah segala urusanku" Amin!... tak sabar tunngu berita dari abah.gembira @ sebaliknya aku redha.harapanku cuma satu;moga abah khabarkan utusan ceria bukan yg bisa buat aku gundah gulana.

Semalam surat maya singgah lagi dipeti masuk.aku teruja bila mendapat tahu peluang keje yg aku nantikan (selain dari apa yg ada skrg) masih bnyk kekosongan.tanpa ragu² aku terus menghubungi syarikat berkenaan.argh! tapi kehampaan jua yg kedengaran dicuping telingaku.akibat syarat² yg agak mustahil utk aku penuhi membuatkan peluang terlepas begitu sahaja.Ah!! alangkah ruginya..hati aku berbisik.kalaulah dari dulu aku sedari akan kepentingan ...... mungkin jawatan tu akan jadi milik aku.pasrah! dah bukan rezeki aku.tapi Alhamdulillah sekurang²nya aku masih mempunyai pekerjaan dan bukan lagi si 'penanam anggur terhormat'

aku harus pergi ... si pendengki sudah kemari!!


* A E Y J A Y bisikan & nukilan isi hati seorang insan 11:09 AM

Saturday, February 18, 2006



|
mungkin sekarang ini aku sudah sedikit tenang.beberapa hari yg lalu aku rasa cukup tertekan.seolah² tiada sesiapa yg mempedulikan aku didunia ini.beberapa hari yg lalu juga aku menjadi seorang yg amat sibuk dgn tugasan² di pejabat ditambah hal² (atau lebih tepat lagi) masalah peribadi yg memaksa kepala ku menanggung kesakitan yg tak terungkapkan.juga yg lebih parah bila jiwa aku turut sama merasa tempias kesakitan yg pada masa itu aku rasakan amat dahsyat!

malangnya sehari sebelum kesakitan aku reda,datang pula ribut sehebat tsunami membuat jiwa aku kembali sakit dan tertekan.aku keliru bila sesuatu yg seharusnya buat aku gembira bertukar menjadi duka.ataukah ini cuma mainan emosi dek kecelaruan fikiran yg entah darimana punca penyebabnya yg aku sdri masih tercari² dimana ia berakar umbi.

aku tak mampu menipu diri sdri bahawasanya aku masih menanti,sepi,sendiri dan entah bagaimana harus aku jelaskan dgn perkataan.hanya DIA yg Maha Mengetahui segala yg tersurat dan tersirat dlm minda dan hati aku.

.............................................................................................


* A E Y J A Y bisikan & nukilan isi hati seorang insan 1:28 PM

Wednesday, February 15, 2006



|
aku stress! aku sakit!

aku menangis ...

airmata sudah kembali jadi teman setia aku ..


* A E Y J A Y bisikan & nukilan isi hati seorang insan 10:42 AM

Tuesday, February 14, 2006



|
seindah biasa
kalau kau tanya aku apa yg special nya pasal hari ni .. aku akan jawab "hari ni adalah hari yg buat aku sakit kepala dgn kerenah manusia² yg aku panggil boss,collegue & customer"

v day konon!!
tapi hari ni kan hari kasih sayang? "alangkah b****nya umat manusia yg mengaku Islam itu agamanya tapi masih sibuk² nak meraikan hari kasih sayang! *sigh*

nak lepas geram & berdoa!
aku cukup sibuk hari ni.kenapa dia dengki sgt dgn aku? tak boleh tengok aku ada free time sikit..mesti ada aje yg perlu aku selesaikan walaupun ianya diluar bidang tugas aku.aku argh!!! .. sakit! "Ya ALLAH Ya Tuhanku .. KAU berikanlah aku kekuatan dan kesabaran"


* A E Y J A Y bisikan & nukilan isi hati seorang insan 5:24 PM

Monday, February 13, 2006



|
monday blues!
isnin oh isnin kenapa perlu ada hari yg bernama isnin? malas nak kerja tapi takde alasan munasabah utk ponteng.kerja lah jawabnya!

sunday is a holiday!
but i don't feel like a holiday.kenapa? jawapan yg aku sdri malas nak jawab sebab akan sama spt yg pernah aku jawab suatu masa dulu.mak & abah takde kat rumah.diorang pegi rumah Mak Uteh pasal ada majlis 'merisik' si Lin.sape² yg tak tau apa tu majlis merisik cuba²lah tanya org² tua sebab diorang mmg serba tau pasal menda ni.aku tak ikut.banyak lagi kerja rumah menanti utk aku bereskan (weekend is my turn).dan sebagaimana biasa aku akan ditanya soalan cepumas oleh mak & akak² aku."kau bila lagi dik?" (aku sgt menyampah dgn soalan ni! diulang aku sgt menyampah dgn soalan ni!!!) aku tak jawab.cuma buat dek aje.bagi aku biarlah si polan tu dah ada yg dtg merisik ke .. dah nak bertunang ke .. dah nak menikah ke .. aku peduli apa.janji dia bahagia.dah sampai seru diorang tu nak berumahtangga .. so aku cuma mampu mengAminkan!!! semoga kekal ke akhir hayat.insyaAllah!

bila azan Maghrib dah hampir nak berkumandang baru mak & abah tiba kat rumah.lepas maghrib sebagaimana biasa juga (takde yg luarbiasa setakat ni) mak bercerita ttg aturcara majlis merisik tadi kepada aku walaupun pada hakikatnya aku tak berapa minat nak tahu (mungkin selepas ditanya soalan cepumas pagi sebelumnya). secara kebetulan aku berada diruang tamu utk menonton Buletin Utama jadi nak tak nak dengar lah jugak.ikut cerita mak aku bulan Jun buat majlis 'hantar belanja' and end of this year they will get married.pergh! express giler (aku rasa la) tapi biarlah kalau dia dia nak kahwin minggu depan pun bukan ada kene mengena dgn aku.

bukan setakat cerita majlis tu saja yg mak aku sampaikan,juga beserta beberapa helai kertas A4 turut dihulur pada aku.(bukan borang kursus kahwin ok!) tapi borang JAWATAN KOSONG.aku rasa teruja masa baca & belek² borang tu.apatah lagi bila disogokkan cerita ttg mata gajinya oleh mak.nak kata jauh lebih besar berbanding keje aku skrg tak la jugak.tapi keje ni prospek nya lebih cerah.atau ikut kata mak aku lebih menjamin masa depan (apa dia ingat keje aku skrg ni tak menjamin masa depan ke?) apa² pun aku tetap isi dan insyaAllah lusa aku akan postkan.harap² dapatlah.kerana aku dah takde rasa lagi keje kat office skrg ni.tak happening.aku cuma kuatkan semangatkan keje kat sini utk menjalankan tanggungjawab aku sahaja.takde 'rasa' lain.cuma atas dasar tanggunjawab semata²!

kalau sudi tolong doakan aku supaya dpt keje tu ek! aku dah rasa 'statik' kat sini.itulah rasa yg aku benci.erm ... manusia! erm ... aku lah itu!


* A E Y J A Y bisikan & nukilan isi hati seorang insan 1:33 PM

Friday, February 03, 2006



|
hot! bukan hot.fm
cuaca panas terik kat luar.Alhamdulillah hujan rahmat belum membasahi bumi ALLAH.mungkin petang nanti hujan kot? macam semalam.uiks! sejak bila aku jadi peramal kaji cuaca? tapi bukan soal cuaca yg nak aku kisahkan hari ni,tapi sesuatu yg bakal berlaku hari ni dan beberapa hari lagi.tetiba teringat yg aku belum laksanakan sesuatu yg sejak seminggu yg lalu telah aku rancangkan cuma tertangguh atas sebab² tertentu.tinggal sehari aje lagi sebelum hari bahagia dia tiba (tak termasuk hari ni) aku harap agar dia benar² bahagia pada hari bahagia dia.bnyknya bahagia! kalau dia tak bahagia jugak tak tau nak kata apa.

hoorey! lunch time dah tiba
aku rasa teruja nak tunggu lunch time.tak sabar nak beli sesuatu utk dia.dan sebagaimana biasa MP jadi pilihan aku utk dapatkan sesuatu utk dia.on the way aku singgah kat ATM machine.sekadar nak tgk baki akaun (yg sebetulnya nak tgk cheque gaji dah clear @ tak) KECEWA! belum clear.mungkin petang kot.argh! takpelah lagipun dlm wallet masih ada saki baki gaji bulan lepas.cukup la kot utk seminggu dua lagi.lepas dihampakan dek mesin ATM karat tu, aku terus ke kedai buku Thai Kuang yg aku rasa² baru sehari dua dibuka cawangan di MP.kedai yg cukup luas dan selesa utk aku habiskan masa berjam² kat situ (kalau boleh la) tapi sayangnya lunch time aku cuma sejam.ditolak masa pergi balik ada tinggal lebih kurang 40minit je.

cari pilih dah jumpa
hampir 25 minit aku habiskan membelek² birthday card yg ada kat situ.hampir semua aku capai + baca sepantas kilat & ada sesetengah kata² lucu yg mampu buat aku tersenyum .aku dah tak peduli apa reaksi org lain bila tgk aku tersengih sensorang.janji aku tak kacau org sudah! bab pilih memilih mmg aku tak berapa suka.rambang mata bila tgk bnyk sgt kad yg berkenan dimata.tak tahu nak pilih mana satu.ada kad yg kategori jiwang karats,ada yg kategori formal giler,ada pulak yg humor habis.last sekali aku pilih kad berwarna kuning yg bagi aku simple yet nice.masa nak pi kaunter pulak mata tertengok mag Cleo favourite aku.headline yg cukup buat aku tak sabar² nak beli dan baca "CAN A BLOG GET YOU FIRED?" nak tergelak pun ader time baca title tu.ooppss! takkan pasal blog pun sampai boleh kene pecat? ni mesti kes keje tak siap tapi dok perabih masa bekerja kat blog.aku termasuk ke? mungkin tidak! coz i'll make sure all my job is done then only i'll spent few hours here (yelah tu!) apsal korang tak caya ke? tak caya sudah!

prepaid card
perut yg tadinya lapar giler tetiba bertukar jadi ala² tak lalu nak makan.sebab dlm kepala otak aku ni masih lagi terfikir mcm ada sesuatu yg tak lengkap.apa dia ek? hmm...PRESENT! what should i give to him? ni lah yg paling aku tak suka.tak tau nak beli apa.yg itu pandang rasa mcm tak sesuai .. yg ini tgk mcm tak best.semua serba tak kena.Idea!!! yes!!! Alhamdulillah akhirnya sesuatu yg mungkin tak pernah dibuat dek org lain terlintas pulak dlm kepala aku.PREPAID CARD (mungkin korang pun terkejut sbb layak ke menda tu dijadikan birthday gift?ada 'sentimental value' ke?) tapi bagi aku semua tu tak penting.janji ada kelainan dan maksud sebalik sekeping prepaid card.bukan bagi korang kot tapi utk aku ade cerita sebalik prepaid card.yg pasti bukan prepaid card yg tak valid ek! tapi yg belum bergores & semestinya ada nilai dari segi ringgit & sentimental value! (berapa? ader la!)

i'm running out of time
alamak! dah pukul 1.30 p.m.nampaknya hari ni lunch time terlajak sikit la.sorry boss ek! hari ni je saya lambat skit.lenkali tak buat lagi.sampai office 1.40 p.m. pergh! penat giler.tgk muka boss mcm ok.Alhamdulillah mmg ok sbb dia tak tanya apsal aku lambat.siap senyum lagi! TQ boss! tgh dok leka prepare invoice utk customer dia muncul belakang aku.ingatkan nak bagi aku keje lagi disebabkan kelewatan aku,rupa²nya nak bagi 'ang pow' sempena CNY.tersenyum lebar la jugak aku bila sampul merah bertukar tangan.masin jugak mulut mak yg kata InsyaAllah aku akan dpt.

apa nak tulis ni?
satu lagi bab yg aku tak berapa nak suka.mengarang ucapan sempena hari bahagia seseorg.nak jiwang sgt tak sesuai,nak formal rasa pelik la pulak.rasanya mungkin sepatah dua kata dah cukup kot.masih fikir .. fikir dan fikir .. yg pentingnya hari ni mesti pos.tak boleh lengah lagi.

back to work or u'll get fired! hehehehe .. (teruja nak baca artikel dlm mag Cleo pasal blog)

sekian sahaja cerita utk hari ni.mungkin esok masih ada cerita pasal dia @ mungkin cerita lain kot.depends! well see u 2morrow.insyaAllah.wassalam :)








* A E Y J A Y bisikan & nukilan isi hati seorang insan 3:16 PM

Thursday, February 02, 2006



|
rasa-rasa
aku semakin kerap ke sini.sebab cuti CNY dan Awal Muharam maka boss aku turut cuti sakan.makanya akulah insan yg ber'maharanilela' di office ni.aku masih menanti balasan e mail dari dia.dah lebih seminggu tapi penantian aku masih hampa.entah² dia lupa password e mail dia kot? entah² dia dah ada e mail address baru kot? entah² mmg dia belum balik kot? entah² mmg dia sengaja tak nak balas e mail aku kot? terlalu banyak andaian yg entah betul @ tidak berlegar² di kotak fikiran aku.entah² semua andaian aku yg berasaskan perkataan entah salah belaka.entah la! (dlm nada yg berbaur rasa kecewa & putus asa)

pada siapa?
aku tak tahu kemana harus aku buangkan segala rasa yg terperuk & menjeruk dlm hati aku ni.semua yg aku lakukan semacam terasa ada yg tak kena.sebab apa? sebab dia? ye ke sebab dia? atau ada sebab² lain yg tak terjangkau dek pemikiran aku kerana terlalu asyik melayan perasaan terhadap dia? mungkin! sesekali terdengar bisikan² yg entah dari mana datangnya "buat apa la nak ingat kat org yg dah tak ingat kat kita!" ada betulnya.juga ada silapnya.aku tak sepatutnya menilai dan buat keputusan tanpa bukti dan alasan² kukuh.sedangkan hakim sdri takkan menjatuhkan hukuman sebelum meneliti segala fakta kes & bukti².inikan pula aku seorang insan biasa yg penuh dgn emosi sehingga pada satu ketika ke'rasional'an berfikir bagaikan dah tak wujud tatkala cuba menghuraikan sebab musabab segala yg berlaku.

jangan pernah menyesal
terkadang rasa menyesal kerana aku dipertemukan dgn dia.namun siapalah aku yg mampu menolak qada & qadar dari ALLAH yg Maha Esa.jikalau betul kesal yg aku rasa,samalah seperti aku menyalahkan DIA kerana mempertemukan kami.jadilah aku hambaNya yg tak tahu erti syukur.jadilah aku hambaNya yg jahil dlm menilai erti rahmat sebalik semua kejadian yg telah DIA tentukan utk aku."Ya ALLAH Ya Tuhanku KAU ampunkanlah segala dosaku! jadikanlah aku antara golongan hamba²MU yg tahu bersyukur dgn setiap kurniaanMU Ya ALLAH!"

biarkan saja
aku takkan mengharap lagi.aku redha jika andaian² aku jadi nyata.aku pasrah jika ini ketentuanNya.sekadar yg termampu aku lakukan hanyalah berdoa semoga dipenghujung cerita takkan berakhir dgn episod sedih.moga² ada sedikit sinar keceriaan menanti.


* A E Y J A Y bisikan & nukilan isi hati seorang insan 12:15 PM