* A E Y J A Y ]

Thursday, September 29, 2005



|
hari ni aku berbaju kurung colour peach lembut dgn tudung yg senada.terasa aura kelembutan & kesopanan seorang wanita terserlah dlm diri aku.bukan maksud aku selama ni aku tak cukup bersopan @ lembut tapi entah kenapa hari ni terasa feminin sgt.ada suatu perasaan halus yg sukar utk aku gambarkan berlegar² di mindaku.(apa kene dgn aku ni? ayat syahdu syahdan semacam jek?! masih 'sakit'kah aku?) jawapan standard aku:- ntah!

hari ni jugak aku tak nak bercerita ttg apa yg berlaku semalam.sbb mesti korang yg baca blog aku ni naik muak,jemu & jelak asyik² citer pasal idup aku yg selalu je ada citer mendung.jarang ada kisah pelangi.ikut suka aku lah nak tulis apa pun.blog aku!.(oopss mcm dah terkeluar dari aura feminin je aku ni) kat sinilah aku bebas menulis apa shj yg aku nak.bebas luahkan perasaan aku.bebas dlm ertikata yg sebenarnya masih ada tembok yg menghalang aku drp menulis ikut sekehendak hati aku.takkan 100% aku nak luahkan kat sini.tinggalkan sikit utk pengetahuan diri aku sdri.bukan 100% utk tatapan umum.

so what am i gonna talk about if not bout myself? huh! suddenly i feel like blank.just now so many things cross in mind.but now,everything disappear just like that.gone by the wind.erm .. i do have something to tell actually,but as i told before i'm not gonna talk bout me;but in this case it's all bout me! so how? it's not an interesting story at all.just another 'mega mendung' type of story.so i better keep it myself.(apehal tetiba aku speaking London ni?!)

that's why i put no title as a title.coz i don't know what the $*&* am i talking about.is this what we call mumbling? don't know la.

now i'm listening to Bersabarlah Sayang - Sanisah Huri.it's a hari raya song.ler .. pose pun tak lagi dh dgr lagu raya.(mesti korang ingat aku ni teruja nk celebrate raya) it's not like what u think.i'm not excited at all (i mean celebrate raya).i just love this song.love the lyrics & the melody.so mellow! and not to forget,for me it's not a fully raya mood song.it's more to sentimental & i love it so much.it's mean a lot to me.and another thing i need to tell u people that i also love the cover version by anuar zain.take a 'deep look' at this lyrics.nice huh?


~bersabarlah sayang~
semua insan sedang gembira
dihari ini sayang
hari yg mulia marilah bersama
berhari raya
hilangkan duka
lupakan saja kisah yg lalu
gantikan cerita baru
agar hatimu waspada selalu
jgn kau kesalkan
jgn engkau tangiskan
pada mereka yang tak mengerti
menuduh dirimu
dijurang kesalahan saja
ku tak sampai hati
biarkan engkau begini
tetapi diriku dan juga temanmu
yg tahu kisah derita
dan luka didada
hanya ku harapkan
kau harus bersabar
dan bertenang selalu




* A E Y J A Y bisikan & nukilan isi hati seorang insan 2:55 PM

Wednesday, September 28, 2005



|
fanatik
apa tu fanatik? pada aku ia adalah rasa minat yg terlampau sampaikan apa² shj yg berkaitan dgn org yg menjadi bahan ke'fanatik'an org lain tak boleh disentuh.tak boleh diusik.pantang tercuit sikit.mula lah nak bukak citer panjang lebar layaknya spt org berpidato @ khutbah pak imam masa solat Jumaat (verbally) atau penulisan pjg berjela yg boleh diibaratkan bak rencana dlm koran² perdana atau paling koman pun karangan 350 patah perkataan (ye ke ni? ingat² lupa dah aku) standard masa aku amik PMR dulu (manuscript)

aku meluat tgk gelagat manusia² yg fanatik.terlalu taksub dgn ssorg.(kalaulah korang tau disebalik makna tulisan aku) manusia mana ada yg perfect.sebalik kesempurnaan yg dikatakan oleh kaum² fanatik itu ttp ada kepincangan yg mungkin belum terserlah dimata kaum² fanatik ini.lantas yg dilihat hanyalah 'kesempurnaan palsu' yg entah bila diorang ni akan sedar bahwa ttp ada yg jelek walaupun sekuman

aku fanatik? takde.aku tetap aku.aku tetap seindah biasa.

tetiba teringat lagu KRU yg judulnya Fanatik.lebih kurang cenggini lirik dia:-
"fanatik .. fanatik .. fanatiknya dunia ku oh .." lupa dah


* A E Y J A Y bisikan & nukilan isi hati seorang insan 2:46 PM



|
pagi yg blues.suram.pilu.kat office aku ditemani lagu² syahdu aka jiwang.jiwang ke sedih? jiwang tu cinta karats.sedih tu nangis.tp dlm situasi aku jiwang pun boleh jd sedih.takde istilah jiwang cinta karats hari ni.yg ada cuma sedih.titik.apa sebabnya? malam tadi aku menangis sbb abah.sbb mak.sbb diri aku sdri.mungkin jugak sbb lain yg aku sdri tak pasti itu ke penyebab aku menangis.nasib baik tak sampai bengkak mata.kalau tak apa aku nak jawab pd mak aku kalau dia tanya? takkan nak kata mata bengkak sbb tak cukup tido.itu dah pembohongan terbesar & paling tak logik namanya.seumur hidup aku selama 23 tahun di dunia ni tak pernah sekalipun mata aku bengkak sbb tak cukup tido.paling² pun nampak birat skit bawah mata.makanya alasan bengap tu takkan boleh diterima pakai oleh sekalian makhluk yg ada ikatan kekeluargaan dgn aku.lebih² lagi mak aku sdri.tak boleh tipu.dia yg jaga aku dari aku tak tahu apa² sampailah skrg ni yg aku rasa dh bnyk jugak yg aku tau tp aku dah tak mau ambik tau lagi.tepu.full

hari ni all black.from head to toe.tudung aje kaler cream.oh mak laparnya perut ku!.teringin nk makan kaya ball kt Melaka Sentral,tp malas pulak nk kuar.(ader saja p'kataan tapi) aircond hampes ni bukan nyer sejuk pun.suam² kuku aje tahap darjah celsius nye.dah pukul 1.20 tghari.cancell je la.anggap je ni mcm latihan puasa.hahahaha .. puasa pun nk kene latihan ke? aku tak kisah pun kalau tak lunch.dah biasa skip.ikut theory:-

bila lapar = takde mood

betul ke teori konspirasi tu? eh silap teori aje.takde konspirasi pun.ntah mana aku tau.kalau ikut mood aku ok @ tak ok takde pun bergantung pada tahap kelaparan @ kekenyangan perut aku.kalau dah sedia moody kenyang @ lapar bukan persoalan utama.yg utamanya kenapa anda moody?! jawab jgn tak jawab.jawapan aku ntah.aku ni asyik ntah + tak tahu.so apa yg aku tahu sebenarnya.atau aku tau tp saje tak mau bg tau kat korang.biar aku tau sdri la ek.itu yg lebih afdal.sama jugak mcm kita makan,lebih afdal kalau mkn sebelum lapar & berenti sblm kenyang.jgn jadi mcm ular sawa.mkn tak hengat dunia! semua dia nak telan.dasar ular!! lepas tu melengkar atau org melaka kata melengkau.pasif.pemalas.

berbalik pada knp aku moody sehingga menangis adalah krn kata² yg keluar dari bibir tak berlipstick mak aku.dia tak marah.takde langsung nada marah dlm suaranya.kalau menyanyi kira mcm nyanyi lagu yg low key punya note.(betul ke ni? sbb aku bukan ahli musik) tp melody yg keluar dari mulut mak aku lebih kpd melody yg melankolik,mellow,puitis,syahdu & penuh penghayatan atau senang citer sentimental.itu yg buat pelupuk mata aku bertakung dgn airmata,lalu tanpa dpt ku tahan..maka berjuraian lah manik² jernih membasahi bantal (masa tu dah kul 12.30 & aku dh nak tido).mata aku yg sblmnya ngantuk giler tetiba leh jadi terang benderang & aku rasa semacam angin taufan rita dtg menyahkan rasa kemengantukan aku.lenyap.

lepas mak aku meluahkan rasa hatinya & masuk kamar utk beradu aku jadi sedih sesedihnya.nangis dan terus nangis.sensitif giler rasanya mlm td.entah jam berapa akhirnya aku tertido jugak.bangun pagi still mamai.nk pi mandi mamai.nk b'fast pun mamai lagi.sampai kt office terus blur.aku masuk jiwang download lagu.eh! ada lagu raya la.aku donlod.aku dgr.lagu sudirman dari jauh ku pohon maaf.apa kejadahnya aku dgr lagu raya ni? pose pun blum lagi.nak amik mood raya? oh tidak! belum timbul lg mood raya dlm diari hidup aku.mood puasa ader la.makin dekat Ramadhan makin sayu."Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna .. agar dpt ku lalui dgn sempurna" ... aku malas nk citer lagi.letih.capek banget!



wahai masalah nyah kau dari hidup aku!!!!!!!!!!


* A E Y J A Y bisikan & nukilan isi hati seorang insan 1:05 PM

Tuesday, September 27, 2005



|
saje nak suka² nak nulis.aku pun tak tau apsal semenjak dua menjak ni asyik nak lepak sini.maybe sbb keje tak bnyk atau keje ada tp aku buat² cam takde keje.malas ke aku? boring ke aku? apa sudah jadi dgn aku? keje ttp keje.lepak mesti punyer.chatting kalau member aku available & tak busy.abah aku masih demam.abang aku pun demam.skrg ni musim demam agaknya.musim org sakit.tapi aku tak sakit pun.zahirnya memang la aku sihat walafiat,tp dalam hati aku hanya DIA yg tahu.betapa 'sakit'nya aku ...

mungkin lepas ni aku takleh lepak sini selalu.esok lusa aku tak tau apa akan jadi.malah takde sapa boleh tau kecuali DIA yg Maha Mengetahui.DIA yg berhak ke atas diriku.entah esok lusa aku dijemput utk mengadapNya.siapa tau kan.aku bangkit dari kerusi & renung ke luar jendela.tgk gelagat manusia yg mundar mandir depan Melaka Sentral.lepas ni aku boleh lagi ke tgk gelagat manusia dari sini? atau lepas ni aku tgk dari tmpt lain.kat mana? ntah ...

seseorang yg aku kenal bg 1 harapan kat aku.niat aku yg lama aku pendamkan.dia kata nak tolong realisasikan niat aku tu jd nyata.aku harap ia bukan sekadar omong kosong dia.aku pun dah letih mengharap sesuatu yg belum pasti.tp tak bermakna aku dah berhenti berharap.cuma "tak nak daki gunung terlalu tinggi,sbb kalau jatuh sakit tak terperi" aku doa & tawakkal.keputusan yg bakal aku terima aku redha.aku pasrah.andai ada rezeki ...

seminggu lagi bulan Ramadhan Al Mubarak akan menjelma.bulan yg penuh keberkatan utk umat Islam.bulan yg penuh dgn rahmat.bulan utk memperbanyakkan amal ibadat.aku mcm mana?!


* A E Y J A Y bisikan & nukilan isi hati seorang insan 1:53 PM



|
Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak besar laut.

1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.

3. Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut di ungkapkan.

4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.

5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.

6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.

7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya, mudah-mudahan ingat,mudah-mudahan selalu.


aku rasa ramai yg dah tau pasal info ni.tp aku ttp nak sumbatkan dlm blog aku.sebabnya bila² masa aku boleh baca .. aku boleh ingat .. aku boleh praktikkan.semoga aku dpt jadikan kalimah² ni pemanis bibir.. utk aku dan korang semua.


* A E Y J A Y bisikan & nukilan isi hati seorang insan 11:34 AM

Monday, September 26, 2005



|
~tabligh~
petang tadi kak ngah aku dtg umah pasal hubby dia pegi main badminton.tengah aku leka melayan anak² buah aku kat laman rumah tetiba aku terpandang sekumpulan lelaki berjubah putih berjalan masuk ke arah rumah aku.cepat² aku lari masuk rumah.segan! dah ler aku cuma ber t shirt body ngan kain batik.nnt tak pasal² kene khutbah free ngan diorang tu.takkan aku pulak nak sambut diorang?lagipun mmg tak elok anak dara cam aku terhegeh² kat depan rumah padahal yg diorang nak jumpa pasti lah abah or abang aku.abah aku tak larat nak keluar jumpa diorang sbb demam.dah 2 hari tak kebah² jugak.kesian kat abah! dari dalam rumah aku perhatikan kumpulan tabligh tu.(buatkan aku teringat sorang sahabat) bersungguh² bercerita dgn abg aku.entah apa biji butir yg diorang ckp aku pun tak baper sure.yg aku terdengar pasal isu umat Islam hari ni yg nampaknya dah semakin jauh dari landasan Islam yg sebenar.surau tak semeriah shopping kompleks..ceramah² agama tak ramai pengunjung mcm konsert bla bla bla .. aku terpikir apa yg diorang cakapkan.ada kebenaran walaupun pedih telinga mendengar.

gejala sosial .. dadah .. mat rempit .. pelacuran .. ajaran sesat ..bla bla bla....kalau nak disenaraikan semua aktiviti tak sihat ni mmg sampai esok pun takkan habis.aku fikirkan diri aku.aku mmg tak terlibat langsung dgn menda² ni,tp dah cukup bagus ke tu? apa pulak tanggungjawab aku sbg seorang muslim? kenapa aku tak main peranan utk sedarkan mereka² yg dah hanyut tu? tp mcm mana? cukup ke kalau sekadar aku tahu yg aku tak terlibat;dan mereka² yg dah terjebak tu akan ada org lain yg menyedarkan mereka? knp mesti harapkan org lain? kalau semua org fikir mcm aku alamatnya ..... hmm ... pikir lagi dan lagi dan lagi sampaikan naik tepu otak aku ni.kalau aku buat² tak kisah pun tak boleh jugak.hidup bermasyarakat kene lah saling bantu membantu & nasihat menasihati.tp dari mana aku nak mula???

mungkin aku harus bermula dgn diri aku sdri.bukan mungkin lagi sebenarnya.tp mmg patut + harus + wajib! kalau aku sdri tak betul,mcm mana nak betulkan org lain? nak kata berubah jd seorang manusia yg perfect tu tidak la.(mmg takde pun manusia perfect dlm dunia ni.)tp sekurang²nya aku boleh berusaha utk jd org yg lebih baik dlm segala hal.org mungkin kata "ala setakat cakap aje tp kalau tak buat tak guna jugak.jgn hangat² tahi ayam je!" hmmm... betul lah tu.tp takkan aku nak heboh kat korang yg aku ni baik+jujur+ bla bla bla .. cukup kalau aku sdri yg tau.

apa yg aku merepek ni? merepek ke aku? betul apa aku cakap.terpulang la korang yg baca.korang nilai la sdri apa yg aku kata ni betul @ tak.yg aku tau,aku mmg tau apa yg aku tau,yg aku tak tau korang tau atau tak tau.tau² sendiri udah le! full stop!

~konvo punya cerita~
tengah aku asyik tgk Buletin Utama,tup² ada berita pasal konvokesyen ITTAR yg terakhir sblm ITTAR bergabung dgn UNITAR dan lepas ni no more ITTAR.yang ada cuma UNITAR.hampes betul!! dlm hati aku berkata "kenapalah time aku belajar dulu tak nak gabung.aku dah jd ex ITTAR baru diorang nk join venture".mak aku pulak dok menyindir sbb aku tak nak pegi konvo.alahai letihnya! tersirap darah aku bila dgr kata² mak aku tu.tp aku malas nak menjawab.aku cuma senyum tawar + rasa menyesal + sedih mengenangkan kedegilan aku yg tak nak join konvo semata² sbb rasa malu tak dpt grad ngan member se'batch' ngan aku.dan 1 sbb lagi yg aku tak pernah btau mak aku.biar aku simpan sdri sbb tu....


soalnya skrg bila aku nk pegi ITTAR amik dip aku? camne nak pegi padahal gaji pun tak dpt lagi.minggu depan dah nak pose.argh!! boss kau mmg kejam! what ever it is i'm trying to be cool & rileks.jgn marah².bak kata Dewa:-



Hadapi dengan senyuman
Semua yang terjadi
Biar terjadi…
Hadapi dengan tenang jiwa
Semua... kan baik baik saja
Bila ketetapan tuhan
Sudah ditetapkan
Tetaplah sudah…
Tak ada yang bisa merubah
Dan takkan bisa berubah
Relakanlah saja ini
Bahwa semua yang terbaik
Terbaik untuk kita semua
Menyerahlah untuk menang


* A E Y J A Y bisikan & nukilan isi hati seorang insan 1:56 PM



|
Siti: Kau selalu dihati
Takku dekati
Dua dunia kita berbeza

Malique: Cinta itu buta
Dan juga boleh membutakan
Melukakan dan sukar untuk kita lupakan
Aku cinta padamu hanyalah ungkapan
Luahan yang jarang bermakna bila diucapkan
Ini pula cerita cinta sang pujangga
Bukan arjuna sita bukan cinta dan rangga
Mungkinkah khayalan akal mainan minda
Atau lamaran puitis dengan hasrat yang indah
Kau selalu dihati tidakku dekati
Sentiasa ada mata jahat yang memerhati
Tapi ku tak rungsing tidak mungkin rindu
Ku pusing lihat wajahmu di setiap penjuru
Senyuman dikaca kisahmu kubaca
Perjuangan kita sama dukamu kurasa
Aku pasrah sahaja pada Yang Esa
Kerna ku tahu dua dunia kita berbeza

Siti: Kau selalu dihati
Takku dekati
Dua dunia kita berbeza

Joe Flizzow: Duka dikala malam termimpi-mimpi
Rindu dikala siang mencari-cari
Kasih sebenar tidak bertukar tidak sebentar
Walau dipisah lautan direnangi gelora
Dan kadang kala hanyut bagaikan dua arah
Malu sering bersua tapi jarang bersuara
Kenapa bercinta jika kesudahannya pasrah
Kerna bila dilamun indahnya tidak terkata
Tersimpan hasrat tiada siapa yang mengerti
Harapan menggunung sampai penghujung dinanti
Dipegangkan janji tetap ratu dihati
Dengan izin Tuhan kan bersama kapan hari pasti
Sabar menanti kesabaran diuji
Berdoa dalam sujud sejadah ditangisi
Aku pasrah sahaja pada Yang Esa
Kerna ku tahu dua dunia kita berbeza…

Siti: Kau selalu dihati
Takku dekati
Dua dunia kita berbeza

Malique: Perjuangan seni kita tidak berpenghujung
Jangan tinggal batu bernama tak bepengunjung
Cabaran menikam kau tidak pernah bermurung
Tetap tersenyum walau kesedihan menyelubung
Bukan rupa parasmu yang jadi ukuran
Atau suaramu yang jadi bahan tuturan
Ku bukan mahu hubungan tapi kejujuran
Hadiah sepatah darimu satu kesyukuran
Tapi bila bertentang mata tidak terbentang kata
Kata apa saja…iya tapi tentang apa
Wajahmu yang cantik manis lagi
Senyuman sepasti mentari timur tiap pagi
Reality sukar diatasi tapi kesudahan indah
Harus bermula dengan fantasi
Ku rasa terhoyong-hayang antara dua dunia
Biar khayalan ku melayang…..

Siti: Kau selalu dihati
Takku dekati
Dua dunia kita berbeza…


* A E Y J A Y bisikan & nukilan isi hati seorang insan 10:57 AM

Wednesday, September 21, 2005



|


Malaikat tawaf di Baitul Makmur sampai kiamat

PADA zaman Nabi Adam, Allah memerintahkan Nabi Adam membina sebuah Kaabah yang kedudukannya menyamai kedudukan setiap Kaabah yang ada dalam setiap lapisan langit, iaitu sebanyak tujuh lapis semuanya.

Baitul Makmur yang letaknya di bawah Arasy ialah Kaabah yang pertama.Setiap hari jutaan malaikat sentiasa mengerjakan tawaf yang diperintahkan Allah kepada mereka. Malaikat akan terus mengerjakan ibadat tawaf ini hingga hari kiamat.Kemudian selepas binaan Kaabah runtuh dan musnah kerana banjir pada zaman Nabi Nuh,Kaabah sekali lagi dibina yang diasaskan tempatnya melalui firman Allah sendiri kepada Nabi Ibrahim. Kaabah inilah yang digunakan untuk beribadat oleh umat manusia sehingga hari kiamat.

Nabi Ibrahim dikurniakan dua cahaya mata daripada Siti Hajar dan Siti Sarah iaitu Nabi Ismail dan Nabi Ishak.Ketika dilahirkan, Nabi Ismail dan ibunya, Siti Hajar ditinggalkan di Makkah dengan perintah Allah, manakala Nabi Ibrahim pulang dan tinggal bersama Siti Sarah dan anaknya, Nabi Ishak.Ketika ditinggalkan bersendirian di padang pasir yang tandus tanpa pertolongan manusia atau sebarang makanan dan minuman, Siti Hajar tidak dapat berbuat apa-apa apabila bayinya yang baru lahir menangis kehausan.Namun dengan izin Allah, Malaikat Jibril diutuskan membantu kesengsaraan dua beranak ini dengan mengeluarkan air dari tempat hentakan kaki Nabi Ismail yang tidak henti menangis kerana dahaga.Akhirnya dapatlah mereka minum air yang memancut keluar dari perut bumi itu.Perigi tempat keluarnya air itu dikenal dengan nama zamzam.Tidak lama kemudian, dua orang daripada Kabilah Amalikat sampai ke Makkah mencari unta yang hilang.Mereka terjumpa Siti Hajar dan anaknya, Nabi Ismail dan mereka juga dapat menikmati air telaga zamzam itu.Lalu mereka kembali ke kampung halaman dan menceritakan mengenai kewujudan sumber air zamzam di Makkah.

Kabilah itu berhijrah ke Makkah dan menjadi pemastautin Makkah dengan bercucuk tanam di bumi itu hingga Makkah menjadi sebuah negeri yang makmur.Beberapa tahun kemudian, Nabi Ibrahim kembali ke Makkah, tetapi tidak dapat berjumpa dengan isterinya, Siti Hajar yang sudah meninggal dunia.Anaknya, Nabi Ismail dewasa dan berumah tangga.Nabi Ibrahim kemudian bertemu dengan isteri Nabi Ismail di rumah mereka tetapi tidak dilayan oleh menantunya serta enggan memberi air minuman.Nabi Ibrahim meminta menantunya memberitahu suaminya supaya menukar tapak pintu rumah apabila Nabi Ismail pulang nanti. Perkara ini disampaikan kepada Nabi Ismail dan Baginda segera memahami maksud penukaran pintu itu iaitu menceraikan isterinya yang tidak berakhlak mulia.Beberapa tahun kemudian, Nabi Ibrahim kembali lagi dan mengunjungi rumah anaknya. Seperti sebelumnya, Nabi Ibrahim belum dapat berjumpa dengan anaknya, tetapi kali ini menantu baru menerima dan memberi penghormatan secukupnya kepada Baginda.

Perubahan ini menggembirakan Nabi Ibrahim dan berpesan kepada menantunya itu agar memberitahu suaminya, Nabi Ismail supaya mengekalkan papan pintu rumahnya yang bermaksud, Nabi Ismail kini mempunyai isteri yang salihah.Daripada isteri keduanya, Nabi Ismail memperoleh 12 anak dan menjadi asas keturunan Arab. Selepas itu Siti Sarah wafat di Sham, Allah memerintahkan Nabi Ibrahim pulang semula ke Makkah dan membina Kaabah bersama anaknya, Nabi Ismail. Mereka pun membina Kaabah dengan bantuan malaikat.Ketika Nabi Adam membina Kaabah dulu, Allah menurunkan satu batu bernama Hajarul Aswad dan ketika banjir pada zaman Nabi Nuh, batu itu diselamatkan Allah.Dengan perintah Allah, Hajarul Aswad dibawa Jibrail dan diletakkan pada hujung penjuru Kaabah. Dengan peletakan batu itu, melengkapkan pembinaan Kaabah pada zaman Nabi Ibrahim.

dipetik dari Berita Harian Online 21 September 2005




* A E Y J A Y bisikan & nukilan isi hati seorang insan 11:34 AM

Monday, September 19, 2005



|
19 September 2005
Isnin yg terpilu

~ptg ahad yg meriah~
mak sedara aku berkunjung ke rumah.aku mcm biasalah hujung² minggu dok lepak kat rumah.malas nak keluar.lebih² lagi tgh hujung bulan ni.takde fulus nak kesana kemari.kalau ader pun dah mmg tabiat aku suka dok rumah.tak bazir duit.kalau keluar tu ade je brg yg nak dibeli.skrg ni kene jimat cermat.almaklum lah umur pun dah meningkat.mana tau esok lusa ada jodoh,so menyimpan la dari skrg.hehehe .. ni apsal aku merepek smpi bab kawin ni? ntah aku pun tak tau! seronok aku tgk family aku berborak sakan dgn mak sedara aku.tugas aku cuma menyiapkan minum ptg utk family & tetamu.nak menyampuk citer² diorang tu,tak minat la pulak.pasal topiknya utk org yg dah berumur aje.(bab² rumahtangga,anak²,jiran sebelah) alahai gossip² biasa je.klu diorang tu bercerita pasal siti nak jugak aku nyampuk!!

~tgk 3R~
tepat jam 7.30 aku on tv.mana leh missed tgk favourite program aku ni.isu hari ni ttg kes seorng remaja yg pernah terlanjur bunuh diri sbb tak tahan dgn tekanan dari org sekeliling.aku pun pelik dgn mentaliti masyrakat sekeliling yg kononnya 'prihatin' dgn masalah si polan,padahal 'prihatin' diorang tu bukannya menolong meringankan beban si mangsa,tp lebih kpd menambahkan beban yg sedia ada.pengajaran yg aku dpt dari citer ni ialah "bunuh diri bukan jln penyelesaian sesuatu masalah!".bila iman semakin menipis .. dan bila syaitan beraja di minda & hati itulah jadinya.mati dlm keadaan terkutuk.nauzubillah!!

~tgk drama Usia pulak~
tgh dok layan citer ni tetiba hp bunyi.sms!! dari sape ek? aku berlari² anak masuk bilik capai hp.dari dia.mcm biasa msg dia penuh dgn kata² hikmah yg kdg kala buat aku tersenyum,takut,pilu & kdg tu mendebarkan.aku reply.dia balas.aku reply lagi.dia balas lagi.sampailah dia beritau aku 1 perkara.ttg niat dia.hajat dia.aku terpaku.aku kata dlm hati "betul ke dia ni? ke dia saja² nak buat lawak mlm minggu?" ternyata dia serius.aku makin kalut.terkejut pun ader.terkedu.tak tau apa harus aku buat.kebetulan yg tak menyenangkan credit aku pulak dah ... asyik ber sms smpi lupa nak check balance.akibatnya dia mula terasa.dia mula syak aku marah @ merajuk.padahal situasi sebenar aku dia tak tau & mungkin tak nak amik tau.bertalu² incoming sms yg aku terima.dari dia,dari teman sz tp tak 1 pun ku balas sbb credit ...:(

~pagi yg kusangka indah bak pelangi rupanya mendung~
lepas subuh aku dpt 1 lagi kiriman sms dari dia.dia tanya samada aku marah @ merajuk dgn dia.mcm mana nak reply kalau credit dah ... tgh aku sibuk² bersiap nak ke office hp bunyi lagi.dia kirim sms lagi.kali ni aku betul² terkejut dgn isi kandungan sms dia.blur,sedih,geram,tension.knp dia buat mcm ni kat aku? apa salah aku pada dia? knp dia tak bg peluang utk aku explain perkara sebenar? kenapa .. kenapa .. kenapa??? semua persoalan tu aku tak mampu jawab.hanya dia yg tahu kenapa dia bertindak mcm tu.maka bermulalah episod pagi yg suram utk aku.sbb dia merubah segalanya.kdg² aku terfikir alangkah kejam nya manusia yg tak mahu beri peluang pd org lain.yg lebih menyedihkan bila setan meracun fikiran dan manusia amik tindakan bodoh tanpa fikirkan perasaan org lain.akhirnya ...

~office~
dari pagi smpi ke tengahari aku dok sensorang buat keje sambil layan perasaan.sayu.pilu.boss entah ke mana.sorang lagi collegue aku bercuti 2 hari pegi holiday ngan anak bini dia.bosan nyer! aku surf site favourite aku,baca e paper,check e mail.keje tak bnyk.makin bosan dlm suram.boss masuk office after lunch hour.makin sebal hati aku bila tgk muka selamba dia.aku rasa mcm nak menjerit je kat dia dan kata "bila ngko nak bayar gaji aku ni? ngko ingat aku ni mkn pasir?" tp aku sabarkan hati aku sdri.aku istighfar bnyk².aku tak nak ikut kata setan.kalau aku luahkan betul² kata² tu kat boss aku maka akan bersorak kegembiraan la setan² tu sbb dah berjaya pengaruhi aku.sesatkan aku.alhamdulillah aku masih mampu bersabar.aku senyum tawar pd boss.dia buat muka selamba jugak.aku malas nak senyum lagi.hati aku dah luka.sbb dia,sbb boss tak bayar gaji bla bla...

salah aku ke @ salah dia @ dia tersalah faham @ argh! pedulik la siapa pun yg salah...



* A E Y J A Y bisikan & nukilan isi hati seorang insan 1:41 PM

Thursday, September 01, 2005



|
Khamis
9.00 a.m ~pagi yg lebih indah dari seindah biasa~


Alhamdulillah aku dah ader kat office baru.betul² dekat dgn Melaka Sentral.pagi yang aku rasakan bersemangat nak ke office.(mungkin pertama kali dlm sejarah sejak aku berkhidmat kat company ni!) almaklum lah nak rasakan pengalaman & mungkin jugak 'aura' tempat baru! aku dah plan dari malam tadi apa yg aku nak buat bila smpi office.perkara pertama yg aku lakukan adalah berkemas.jd maid tak bergaji! bukannyer office ni kotor & mcm tongkang pecah lg.rasanya semua dah clean & clear.cuma mungkin sbb tabiat aku yg sukakan sesuatu yg hampir sempurna buatkan aku nak semuanya kelihatan lebih tersusun,teratur dan lebih 'disiplin'.lepas aku sdri puashati dgn tahap kebersihan & susun atur dlm office ni baru aku mulakan paper work.it's time to focus my eyes on PC.

1.00 p.m ~makan time!~
tengahari ni aku rasa lapar pulak.maybe sebab keje kuat sgt kot.(eleh baru berkemas sikit dah kata keje kuat!) hehehe ... tgh hari aku turun kedai sports kat bawah nak tumpang print out document.apa lah punya boss,dari kelmarin aku suruh dia beli ink printer asyik lupa aje.ntah apa yg dia ingat aku pun tak tau la.nasib baik tuan kedai tu kwn boss aku.klu tak mmg tak hingin aku terhegeh² kat situ.masa nak print tu adik kat situ ajak aku lunch dgn dia.cantik la tu.tak payah la aku tapau.at least ada kwn baru kat sini.tepat kul 1 Lin sms aku suruh turun.kitorang mkn kat warung depan kedai.hmm .. dia ni ok gak.kiranya aku boleh get along dgn dia.kira satu kepala jugak.masa mkn perbualan kitorang bnyk berkisar ttg diri masing².kira mcm sesi suai kenal.jam dah tunjuk 2.00 p.m Masa utk masuk office!

3.00 p.m ~bnyk keje tp ngantuk~
keje .. keje ..dan keje .. aduhai ngantuknya! bila agaknya line internet nk kembali spt sediakala? bosannye takde internet.menghitung detik utk pulang ke rumah .... home sweet home! sabar aj sabar! 2 jam aje lg.lepas tu merdeka!



* A E Y J A Y bisikan & nukilan isi hati seorang insan 4:25 PM