* A E Y J A Y ]

Wednesday, November 29, 2006



|
-apa cite baru awk tgk?
+mana ada.dah dkt 2 tahun saya tak masuk panggung
-ye ke? baru 2 tahun.saya seumur hidup pun tak pernah
+biar betul awak ni? kita tgk Cinta nak?
-oh cite yg 10 bintang tu ke?
+ha ah.tgk iklan cam best je
-boleh la.nnt saya balik kita gi ek
+laa..nk tggu awak balik nanti ntah² Cinta pun dah abis
-ala dia start 30hb kan?
+mmg la 30hb..tapi bulan November la wak.bukan Disember
-ooo...takpelah kita tgk cite lain ek
+hmmmm......


aku pun sebenarnya teruja bila tgk promo filem Cinta.macam best.tapi tak tau samada betul² best atau cuma indah promo dari cite sebenar.ingatkan nak ajak 'teman tapi mesra' pegi nonton.tapi ntah jadi ntah tidak.harap² perancangan dia utk outstation tak jadi.kalau jadi pun biarlah lepas impian aku tonton cinta dgn dia jadi nyata.

dlm seminggu dua ni kesibukan aku Alhamdulillah makin berkurang.tapi itu tak bermakna aku bebas bertenet sepanjang hari.si boss bukan boleh tgk aku rileks skit.ada² aje keje yg nak di suruh aku buat.perancangan interview minggu lepas pun tergendala.bukan siaran tergendala sebentar.tapi terus menerus.sia² aje aku amik cuti.tapi sekurang²nya bleh bermalas²an kat rumah.ngadap kotak berwarna.kenapa tergendala?panjang kot ceritanya.aku pun dah malas nak ingat.pendek citer sbb tak dpt restu ayah bonda.eh silap! bukan tak dpt restu sang ayah tapi bonda.mak kata tak payah pegi interview tu.keje shift.hujung minggu pun jgn harap boleh dpt cuti.kata mak sabar dulu.cari keje lain yg tak payah ikut shift.yg boleh rehat² hujung minggu.aku akur dlm keterpaksaan...redha dlm pasrah.maka aku masih disini

apa pun impian aku skrg cuma nak menonton Cinta dgn 'teman tapi mesra'.yg lain² tolak tepi dulu


* A E Y J A Y bisikan & nukilan isi hati seorang insan 2:43 PM

Tuesday, November 28, 2006



|
Lama bebenor tak update.busy! konon!

hari raya tahun ni aku tak rasa apa² pun.entah.susah aku nak terangkan perasaan aku sambut Syawal tahun ni.cuti raya yg cuma 2 hari buatkan sambutan Aidilfitri aku rasakan makin tak meriah.sehari sebelum raya kene kerja pulak tu.ish! sabar aje la.kalau ikut kata hati mmg aku nak ponteng aje.tapi bila fikirkan tindakan aku nanti bakal menyusahkan org lain terus terbantut segala perancangan.

2-3 Hari sebelum raya
bengang dgn boss.kata dia cuti raya cuma 2 hari.tak sesiapa pun dibenarkan bercuti pada hari Khamis & Jumaat yakni pada raya ketiga dan keempat.aku cuba utk merayu tapi tak berjaya.alasan dia takde sesiapa yg boleh take over kerja² aku.munasabah ke tu? itulah alasan paling sengal pernah aku dgr.takkan la si Janet tak boleh cover kerja aku utk 2 hari tu aje.bukan dia tak biasa...argh!bengong! oleh kerana kadar ke'hampeh'an yg teramat² sgt merasuk diri,maka hari tu jadi hari paling serba tak kena.

sebelum habis waktu kerja boss panggil aku.dia tanya knp mood aku sekejap mcm ribut petir sekejap pulak berkabus dan adakala nampak la sedikit pelangi.ah! dah tau knp lagi mau tanya ka? aku cuma diam.cuma kepala aku yg angguk² geleng² bila perlu.namun nak bersuara cukup payah aku rasa.mcm ada seketul batu tersekat celah kerongkong.dia cuba nasihatkan aku ttg tanggungjawab yg perlu aku bereskan.kata dia 'work is work'.itu aku pun tau

Raya Pertama
bangun pagi.buat apa yg sepatutnya aku buat.sesi mintak ampun maaf dgn mak & abah berlaku selepas sesi sembahyang raya.rasa syahdu bila cium tangan mereka.lebih² abah.airmata yg hampir menitik aku tahan.aku kalau dah start menangis bukan boleh sikit².takut nnt terkeluar air hidung sekali.yucks! hahaha ... tetamu & sedara mara agak ramai yg dtg berziarah pd raya pertama.aku lah yg jadi 'neng' utk sepanjang hari.nasib baik angah dtg tolong.

Raya Kedua
jawatan sbg 'neng' masih jadi milik aku.takde sesiapa yg take over.argh! terperuk lagi kt rumah tunggu tetamu.ntah bila aku boleh keluar beraya agaknya? aktiviti sepanjang hari cuma tgk tv..dgr lagu raya..layan tetamu..basuh pinggan..tido.boring kan raya versi aku?

Raya Ketiga
kerja! tentu kau semua sedia maklum perasaan aku yg teramat kecewa bila permohonan cuti ditolak mentah² dek boss.

4 November
annual dinner yg jadi tak jadi akhirnya jadi jugak.preparation pun last minute.nasib baik aku tak beli baju ala² Natasha lebih awal (konon nak bergaya ala² ayu gitu).kalau tak buat membazir aje.sbb tema annual dinner tahun ni adalah ROCK! rock bebeh!! jadi aku cuma beli sehelai jeans biru & kemeja berona hitam.yg tak syoknya hari tu kami masih diwajibkan utk kerja.takde cuti! tepat jam 1.00 aku terus blah dari office.hari ni naik 'ferrari' si Din.tak nak susahkan abah.sebelum balik rumah singgah Mahkota amik baju.sampai umah.bersiap.tempek bedak..calit lipstick & sembur sikit pewangi Body Shop.tada! aku dah siap.kata tema rock.kena la simple aje.tak payah nak ber blusher,maskara & eye shadow segala (yg sebetulnya mmg aku tak reti mekap.aku rasa mcm pelakon opera cina kalau mekap lebih²)

jam 3 si Din sampai.kali ni bukan dgn 'ferrari'.tapi dgn sang wira.gila apa dh pakai cantik² (cantik ke?) nak kene naik 'ferrari'.yg ada dlm kereta dia cuma si Zaidi.kata dia 'Datuk S' naik kereta si boss.jadi mem besar la aku kt belakang.mak pesan jaga diri & sms bila sampai.mcm la aku nak duduk sana setahun dua.padahal cuma bermalam sehari aje.tapi nasihat mak ttp aku ingat.on the way ke KL hujan lebat giler.kata si Din asal bawak aku jalan aje mesti hujan.hampes! kata aku hujan tu kan rahmat.so ada rahmat la bila aku ikut sama.hahaha ... (agaknye la kot) kami berhenti di R & R Seremban utk pekena nescafe.lepas 20 minit kami sambung perjalanan.jam 6.30 ptg baru kami sampai di Saloma.ingatkan kami yg lewat.rupanya si boss pun tak sampai lagi.padahal dia yg bertolak dulu.tepat jam 7 semua dijemput ke dewan utama.maka bermulalah segala²nya.alunan muzik rock buatkan aku tak senang duduk.cukup membingitkan telinga aku.mujur tak terkeluar segala makanan yg disumbat dlm mulut aku.seronok? hampes!


lepas acara makan² ada pulak sesi anugerah ala² Grammy Awards.slot ni khas utk pekerja yg berkhidmat paling lama (ada 3 kategori yakni 5,10 dan 15 tahun) tapi kami yg cuma 'anak tiri' (associates & branches) tak merasa apa² anugerah.cuma jadi tukang tepuk tangan aje malam tu.acara seterusnya adalah sesi tari menari oleh penari² yg cukup seksi meksi.dgn iringan lagu Buttons - PussyCatDolls mmg tak ingat dunia diorg tu beraksi.terlopong mulut Datuk S tgk aksi perempuan tergedik² terkinja² atas stage.dah puas tgk perempuan seksi menari kali ni tiba giliran 2 org jokers buat lawak.boleh tahan la performance diorg (walaupun slapstick) sekurang²nya boleh buat aku tersenyum lepas meluat tgk aksi perempun² gedik td.makan..minum..minum..dan minum smpi naik kembung perut aku.jam 11 semua diminta ke Espanda utk sesi kedua.tapi aku,Din,datuk S dan Zaidi tak ikut sama.tengah diorg suma layan kepala kat sana, kami cuma duduk lepak kat restoran mamak.entah apa namanya aku tak ingat.tgh syok berborak si boss call.kata dia Ella tgh perform.beria² dia ajak kami join.bila si Din tanya cuma satu je jwpn aku.TAK NAK! dah cukup² la telinga aku dipekakkan masa di Saloma tadi.skrg aku cuma nak rileks sambil menghirup nescafe tarik kegemaran aku tanpa mendegar sebarang muzik yg membingitkan.nikmatnya nescafe tarik ... lepas setengah jam kami pulang ke hotel.dah terbayang² betapa bestnya dpt melelapkan mata dlm bilik yg berhawa dingin beralaskan tilam empuk.oh cepatlah sampai! tapi aku lupa yg aku bukan di Bandaraya Bersejarah.aku skrg di Kelumpo (ikut nahu org² kg) malam siang sama aje.jammed tak sudah².kebetulan pulak hari tu Sabtu malam minggu.jadinya hampir setengah jam kami tersekat dlm kesesakan.oh aku pasrah..sesampai di hotel aku terus aku naik bilik dan tid..................ooo..........oooh tidak.tak tido.terkebil² merenung ke luar jendela.tekan punat remote control tv.cari² cerita yg best.tapi hampeh.akhirnya .................................

P/S: entri yg sebulan lebih tertangguh.


* A E Y J A Y bisikan & nukilan isi hati seorang insan 12:30 PM