* A E Y J A Y ]

Wednesday, August 24, 2005



|
24 August 2005
Rabu yang kelabu!!

Alhamdulillah! akhirnya internet kat office aku dah disambung semula.rindu sangat dengan dunia siber yang aku tinggalkan lebih kurang sebulan lamanya.and of course aku sangat lah teruja nak update blog & berchatting dengan member siber aku.rindu serindu rindunya!! tapi diorang rindu ke kat aku?
hari ni aku rasa takde mood langsung nak pegi keje.rasa malas sangat! nak kata monday blues tak pulak.sebabnya hari ni kan dah Wednesday.mana ader org sebut Wednesday blues.lepas tu pulak lambat.abah aku sakit,so nak kene tunggu abang ipar aku.dialah yang jadi driver tiapkali hari hujan @ abah aku ader hal yang tak boleh dielakkan.sampai office pukul 9.15.dah 2 hari berturut² aku lambat.apa nak jadi dengan aku ni.nasib baik masa aku sampai boss aku belum datang lagi.selamat!


11.00 a.m ~office yg sepi~
boss panggil aku.dia serahkan check suruh aku bank in sekarang jugak! dengan perasaan malas yang masih bersarang dalam minda,aku pegi lah jugak.dah keje nak buat macam mana.malas ke rajin ke keje tetap keje!tak sampai 5 minit kat bank,urusan aku dah pun selesai.balik office.boring tahap maksim! apa lagi yang aku nak buat ni? nak kemas office,office aku memang sentiasa clean & clear.takde benda yang perlu aku susun atur.lagipun bila² masa aje office aku akan berpindah.customer pun tak ramai.bosan .. bosan ..


1.00 p.m
~Patisfrance Cafe yg menyenangkan aku~
lunch time! nak kata lapar sangat tak la jugak.tp daripada aku terperuk kat office lagi baik aku pegi cuci mata kat luar.kene matahari sikit.asyik duduk dlm bilik ber'aircond' je.kulit pun jd tak sihat.aku pegi Patisfrance Cafe.port lepak aku bila tension & takde mood.aku just minum milo & makan cheese tart kegemaran aku.sambil makan sambil tu aku dok melayan sms 'member' aku.nasib baik la dia pun pakai Celcom,kalau tak mau pokai jugak aku asyik nak kene topup credit aje.tau² je lah dah hujung bulan mcm ni.gaji pun belum keluar lagi.nasib baik ada dia nak layan aku.kalau tak mati kutu aku dibuatnyer.tepat jam 2.00 baru aku beredar dari cafe.biarlah masuk lambat sikit.bukan ader banyak keje pun.



3.30 p.m ~kedai TM lepas tu balik office yg dah kurang kadar kesepian~
boss suruh pegi TM settle kan bil telefon & internet.padan muka dia! sampaikan org TM dah call kata nak matikan line baru dia sibuk² nak suruh aku pegi bayar.tp bagus jugak dia bayar skrg.takdelah aku mati kutu kat office kalau takde keje.yg sebenornya aku suka pasal dpt chat ngan member siber & most important thing dpt update blog aku ni.receptionist tu kata after 2 hours dah boleh activate balik internet,tp tak ku sangka cempedak jd nangka sampi je kat office tangan ni gatal pulak nak try connect internet walaupun aku dah diberitau oleh cik receptionist yg cantik molek tu bahwa internet hanya boleh diguna selepas 2 jam.Yihaa!!! internet dah ok!! tp tak bnyk yg boleh aku buat dlm masa sejam.just browse SZ lepas tu jam dah tunjuk 5.00 p.m. masa utk balik rumah.home sweet home!!


cerita internet office ku yg bermasalah dah settle,apa lg yg tak selesai ek??? jap aku fikir² kan!


* A E Y J A Y bisikan & nukilan isi hati seorang insan 4:13 PM

Tuesday, August 09, 2005



|
08 August 2005
Monday Blues?? oh tidak!

hari ni birthday bonda aku yg ke 52 tahun! HaPpY BiRtHdaY tO YoU mUm!!.mcm biasa tiapkali celebrate b'day ahli keluarga,akan ada acara wajib yakni acara makan²!! nampaknya tergodalah iman selera mkn aku hari ni.mana taknya hidangan mestilah a bit more special than hari² biasa.2 hari sebelum hari bahagia mak aku tiba,aku dan kakak² aku (tak ramai 2 org je!) plan nak buat apa.yg paling penting satu family dpt gathering & makan bersama².pasalnye kalau hari² biasa ni family aku kureng sikit nak makan sama².masa makan selalu clash.bila time aku lapar mak aku kenyang.so aku makan dulu.lepas tu baru turn mak ngan abah pulak mkn.rumah aku dah mcm kantin.sape nak mkn pandai²lah cari sdri.

plan punya plan maka rancangan kitorang jadilah realiti.hari yg dtunggu dah pun tiba.tp sayangnyer tak semua ada.abang aku terpaksa ke KL atas urusan kerja.suami kak long aku pulak ada keje kat Kelantan.maka kureng meriahlah sambutan hari kelahiran mak aku.tp takpe janji adalah jugak anak menantu yg lain tlg memeriahkan suasana.kek? mestilah ada.aku belikan mak american chocolate cake(kek kegemaran aku!! nyum nyum sedapnyer!).jgn tanya aku apasal dia tak bubuh nama Malaysian chocolate cake pasal aku takde jawapan utk soklan tu.hehehe .. mcm biasa tmpt aku beli kek kat JJ.memula ingatkan nak tempah,tp last minute punya plan dah gerenti tak sempat kalau nak tempah.so beli yg express dan sedia dimakan aje udah le! kata aku.

lepas solat Isyak semua berkumpul.mcm biasa abah jd tukang baca doa.lepas baca doa,apa lagi acara meniup lilin pun bermula.ooppss sebelum tu mestilah ada nyanyi lagu Happy Birthday versi beramai² yg aku dengar sore masing² mmg tak layak masuk Malaysian Idol kecuali aku.hahaha perasan betul la aku ni! mak aku tengok ceria aje muka nya.lepas acara suap menyuap kek maka acara makan² pun bermula.menu nya takdelah bnyk sgt.ala kadar aje.jgn membazir kata mak aku! inilah saat² yg membahagiakan buat aku.dapat berkumpul sesama ahli keluarga.tukar² cerita & gossip (mcm artis pulak siap nak bergossip!) lepas ni giliran anak buah aku pulak celebrate birthday.itupun nak kene tunggu bulan Oktober.so next gath utk family aku akan berlangsung pada bulan 10.

UTAMAKAN KELUARGA!! pesanan khidmat masyarakat ini dibawakan oleh cik aeyjay!!



* A E Y J A Y bisikan & nukilan isi hati seorang insan 1:31 PM

Thursday, August 04, 2005



|
04 August 2005
argh! bosannyer!! dah dekat seminggu internet kat office tak berfungsi.selama itulah aku hanya keje .. keje .. keje dah selebihnya duduk ngadap pc main solitaire kalau dah takde keje.semua ni gara² boss aku yang aku rasa otak dia dah tak berapa nak betul.sebab nak pindah office dia cut line internet .. cut phone line! padahal aku kira² masih ada 2 minggu sebelum kitorang berpindah.apalah punya boss!! dahtu kalau tak menyusahkan aku takpelah jugak.ni sampaikan nak check e mail company pun terpaksa menapak ke cc (yg betulnya check private e mail aku dulu,pastu baru check e mail company!).aku taulah jarak antara office aku dgn cc tu tak jauh.tp kan ke senang kalau dia tak potong dulu line internet.argh! apalah nasib aku dpt boss semacam dia itu! dia tak belajar management agaknya.hehehehe .. laser nya ayat aku! nasib kau lah boss.

tengah aku keboringan sambil main solitaire (dah takde keje,customer pun takde!) tetiba phone office berdering mintak diangkat.aku kerling tengok jam.dah pukul 1.00 tgh.lunch time! laa .. diorang ni tak reti ke skrg ni kan lunch time.ikutkan hati mmg malas aku nak jawab,tp entah knp dtg angin rajin maka aku angkat lah jugak.it's a guy! siapa dia? nak cakap dgn aku pulak tu.erm .. suara mcm pernah ku dengar,tp di mana ya? lepas aku amati betul² suara tu baru aku sedar yang suara tu suara .. suara .. erks! dia dah balik!! matilah aku! oh my God what am i suppose to do now? dia ingat yang aku dah takde or dah lupakan dia.aku beritau pada dia yang aku kehilangan hp! bila dia mintak no baru aku,tanpa ragu² aku terus bagi kat dia.lepas tu aku rasa menyesal! knp menyesal? erks!! entahlah ... aku pun tak pasti.

perbualan antara aku dan dia berkisar ttg satu hal yang dia kata aku dah janji akan discuss bila dia balik sini.janji? bila masa pulak aku berjanji dgn dia? aku cuba lencongkan perbualan kitorang.aku tanya dia ttg keje,famili dan sikit pun aku tak sentuh ttg hal yg kononnya kitorang dah berjanji.janji? oh please! aku tak pernah janji apa² pun dgn dia.cuma dia aje yg salah faham.tp apa yg boleh aku buat?nak bertikam lidah menegakkan kata² aku pun tak guna jugak.nnt dia kata aku dah berubah la .. itulah .. inilah .. argh! malas aku nak fikir pasal dia.

bak kata melly,biar saja ini mengalir.so aku akan biarkan takdir yg menentukan hala tuju persahabatan kitorang.aku tak mengharapkan apa² dari dia.tp dia .. entahlah.susahnya bila persahabatan & kebaikan aku disalahertikan.mungkin sbb cara aku melayan dia buatkan dia terasa 'ada sesuatu' antara aku dan dia,padahal aku cuma menganggap dia sbg sahabat baik.tak lebih dari tu.

aku tunggu episod seterusnya antara aku dan dia ...


* A E Y J A Y bisikan & nukilan isi hati seorang insan 1:18 PM