* A E Y J A Y ]

Thursday, July 20, 2006



|
CORAT CORET PENGHUJUNG JULAI

17 Julai 2006
maka hari ini terlerailah sudah semua teka teki yg berlegar² dikepala otak para wartawan,peminat fanatik,peminat separa fanatik & anti Siti.segala spekulasi dah terjawab.takde istilah Biarlah Rahsia lagi.Sah DK lah org yg tlh berjaya mencuri hati Siti.aku tau pun dari siaran radio Panas.fm.nasib baik dpt dgr siaran radio Panas.fm sbb collegue aku tak dtg. maka aku boleh la sesuka hati menukar channel yg aku suka.kalu tidak hari² dgr siaran Terbang.fm

sms
aku terima sms dari seorg teman yg juga minat Siti.tapi aku tak pasti dia masuk dlm kategori mana.samada fanatik @ separa fanatik.kata dia biarlah Siti nak kawen dgn sapa pun.dia restu (ulangan: dia restu) siapa dia yg nak bagi restu kat Siti??? majistret? lawyer? apa?ahli muzik??? pantang keturunan ku bermenantukan ahli muzik! eh..teremosional & tersasar dari topik pulak.aku tertawa semahu²nya bila baca sms dia.sebabkan aku ada masalah lain yg masih tertunggak maka otakku secara automatik pada hari itu tak dpt berfikir secara rasional dgn sepenuhnya.bengang pun ada,meluat pun tumpang sekaki.(baca sms gelak lepas tu meluat pulak) mcm dah takde anak teruna lagi dlm M'sia ni.knp DK jugak yg Siti pilih??? (dgn nada sedikit kecewa) dimasa itu.tapi semua rasa tu tak lama bertakhta diminda.bila difikir² semula apa kejadahnya aku nak rasa semua tu.Siti bukan sesiapa dlm hidup aku.dia cuma seorg penyanyi no 1 negara (bukan aku kata tp itulah yg selalu akhbar war²kan)dan aku pula cuma seorg peminat biasa sahaja.aku langsung tak punya apa² hak utk mengatakan sesuai @ tidak ttg siapa pilihan hati Siti.cuma sbg seorg warganegara M'sia yg mengamalkan dasar demokrasi aku masih punya hak utk memberi komen.sekadar komen ok.tak labih tak kurang.apa² pun all da best 2 u Siti.moga u bahagia.

P/S: kepada 'kwn aku yg bagi restu' tu sorry sebab aku mmg tak dpt menahan rasa kelakar dgn ayat mu.hahahahaha ...(maafkan aku skli lg kerna masih bersisa rasa lucu itu lantas buat aku kembali tertawa)

19 Julai 2006
bosan tahap dewa betul dgn persekitaran kerja aku sejak akhir² ni.semuanya rasa serba tak kena.keje kurang bosan pulak tak tau nak buat apa.keje bnyk tension jugak bila tak ter'organize' segala perancangan.apa lagi yg tak kena dgn aku ni? hari ni lunch time aku pegi MP.tak kisah dgn cuaca yg panas terik.janji hajat aku nak dptkan novel baru tercapai.budget dah disusun atur awal².kali ni aku kene jadi manusia yg lebih berdisiplin dan membeli cuma apa yg termasuk dlm senarai shj.bila tertengok benda² yg menarik dimata cepat² aku alihkan pandangan.takut nnt 'rabak poket' bila dah 'terkenan'.spt mana biasa kedai buku Thai Kuang yg sememangnya luas,selesa & cantik susun aturnya jadi tempat singgahan pertama.niat asal aku pun cuma nak membeli novel.setelah puas membelek² buku² lain aku akhirnya capai Cinta Tiada Akhirnya karya Fauziah Ashari dan terus tuju kaunter utk bayar dan kemudian blah! ada sorg dua yg heran dgn gelagat aku.buku yg dibelek² agak lama tak dibeli tapi buku yg tak dibelek langsung sinopsisnya pulak yg memikat hati.hehehe .. dah 'aim' dari mula & dah tau sedikit sebanyak apa ceritanya so tak payah la buang masa lagi.terus capai dan bayar ajelah.

20 Julai 2006
teman tapi mesra menyepi lagi.huh! BENGANG GILER!!

21 Julai 2006
Jumaat yg mulia.penghulu segala hari.esok ada Karnival Kerjaya kat Dewan Hang Tuah.info tu pun aku dpt dari si Din.mungkin dia dah letih dgr cerita aku yg hampir saban hari cakap pasal tajuk yg sama yakni cari keje baru.bukan takat aku saja yg berura² nak 'tukar angin' malah budak yg baru sebulan keje pun dah sibuk cerita pasal topik yg sama.alasan dia tak minat pulak utk aku tau.skrg aku cuma memikirkan ttg diri aku sendiri.ttg masa depan aku.yg lain tolak tepi.esok jadi ke??? tunggu & lihat.

22 Julai 2006
punctual.tepat jam 0815 am aku dah ader kat office.hahaha .. aku punctual??? mana ada.konon² aje tu.yg sebetul & benarnya aku lambat sampai hari ni.20 minit lewat.tapi ada excuse.bukan saja² nak masuk office lambat.hujan yg turun mencurah² sejak pagi buatkan jadual perjalanan aku sedikit tergendala.almaklumlah aku bukan seperti kamu² yg berkereta ke tempat kerja.satu²nya kenderaan yg mampu membawa aku sampai ke office adalah motosikal kepunyaan abah yg tidak berbumbung.(mmg la motosikal takde bumbung kan) suasana kat office masih sama seperti hari² yg lalu.statik & agak membosankan (sejujurnya teramat² membosankan)

23 Julai 2006
Karnival Kerjaya.aku pegi dgn mak.org lain semuanya dgn member,tapi aku sorang aje yg bertemankan mak.ingatkan ader la peluang² keemasan ke'berlian'an ataupun sekurang²nya ke'platinum'an (apa punya ayat ni?).rupa²nya hampeh jua.semua kerja yg ditawarkan tak mampu menarik minat aku (inikah @ inilah sebabnya ramai graduan menganggur?) well, bukan semua tak menepati citarasa.ada yg tak menepati qualification aku.takkan la seorang nelayan menganggur tetiba nak mintak keje jadi engineer pulak.mmg tak masuk akal langsung! (melainkan nelayan tu amik cos engineering selama dia jadi penganggur) maka dalam kehampaan aku angkat kaki dan terus blah.destinasi kami seterusnya adalah Mc D.mak kata dia teringin nak makan Grilled Chicken Foldover,jadi kerana tak mahu hampakan mak (dan aku sdri sebenarnya dah lapar gile time tu) so apalagi makannnnnnnnnnnnnnn .... burp! kenyang nya (sendawa versi control ayu)

24 Julai - 07 Ogos 2006
argh! bosan pulak rasanya bila hari² bercerita ttg hidup aku yg tak sudah² dibebani masalah kerja (mcm la aku sorang je yg keje) maka dgn itu sepanjang hari dari tarikh di atas aku mahu melupakan sekejap permasalahan kerja.

semua entry di atas dah lama aku taip.cuma tak berkesempatan utk di 'publish post' kan kerana bebanan kerja & boss yg tak sudah² terperuk dlm office buatkan aku tak berdaya mencuri masa melayari internet.ah boss kejamnya dikau!














* A E Y J A Y bisikan & nukilan isi hati seorang insan 12:01 PM

Wednesday, July 12, 2006



|
ND: "hai cik ct.skrg ni hp dah kurang bunyi ek" (sambil senyum kambing)
Aku:"apa dia"? (tetap bertanya walaupun sebenarnya aku cukup jelas dgn soalan dia)
ND: "takde.saya kata skrg ni hp cik ct dah kurang bunyi ek.kalau dulu pagi² dah tetot..tetot bunyi msg" (ketawa)
Aku: "dah takde sapa nk msg saya.so takde la hp tu berbunyi" (nada sinis + kecewa)
ND: "hehehehe ... (ketawa miang!)
Aku: .......... (tak tau nak kata apa)

hidup aku hari ni dimulakan dgn lawak separa 'sengal' & separa sinis oleh kawan se office.benci betul aku bila dia sebut bab msg.kerana mmg sejak 2-3 hari lepas hp aku paling 'diam' antara kami semua.mungkin jugak menandakan aku la antara yg paling kurang peminat yg sanggup menghantar sistem pesanan ringkas se awal jam 8 pagi.eh aku ada peminat ke??? mana ada.perasan betul aku ni.ah! takpelah.sesekali berfantasi dlm realiti apa salahnya.

OH JANET
pelik sungguh aku rasa hari ni.tak semena² seorang collegue aku yg berbangsa Tionghua asyik sgt bergossip perihal artis.mula² dikhabarkan pada perihal putus tunang si Raja SMS.lepas tu pulak gossip cik Siti dgn DK.dan seterusnya melalut hingga ke subtopik pak² menteri yg beristerikan selebriti² wanita yg popula kat Malaya ni.aduhai! dia ni dah kene sampuk jin gossip ke??? seingat aku tak pernah dia begitu beria² bercerita ttg topik yg sebegini.selalunya perbualan aku dgn dia sekadar ttg isu² semasa & yg ada kaitan dgn kerja.apa kene dia ni??? ah! pedulikan lah dia.mungkin mood dia terlebih baik hari ni sampaikan bercerita sakan menda² yg offtopic! layan!!!

OH BOSS
busy sungguh hari ni.(tapi masih sempat singgah blog) busy ke namanya tu??? sebetulnya cuma 5 jam pertama selepas jam 8 sahaja yg aku betul² dilanda kesibukan tahap maksima.dengan panggilan masuk yg tak putus².e mail yg berduyun² menerjah masuk peti inbox buatkan aku hilang punca sekejap.tak tahu yg mana satu patut didulukan.semuanya kata URGENT! yg itu nak lekas.yg ini nak cepat.semuanya perlu aku selesaikan sepantas mungkin.si boss pulak tak habis² tanya itu dan ini.semuanya perlu aku jawab.yg dia mahu cuma jawapan pada setiap soalan dia.kesibukan aku dia tak nampak agaknya (ataupun dia saja² buat tak nampak) yg dia buat cuma bermalas²an di kerusi empuk sambil membelek² akhbar The Star (bestnya jadi boss)

OH AKU
sebab terlalu sibuk dgn kerja tak sedar lunch time dah terlajak 1/2 jam.aduh! laparnya.cuaca membahang.maka program utk keluar lunch terpaksa cancelled.tahan aje la rasa lapar tu.biskut kering & milo panas kat pantry room jadi mangsa.nikmat sungguh makan biskut kering cicah milo panas bila tengah lapar giler (aircond kat office aku baru diservis maka tahap kesejukannya agak melampau bagi aku.sebab tu lah aku rasa perut aku semakin senang lapar masa² sejuk melanda) soal sedap tak sedap belakang kira. yg penting perut tak berkeroncong.skrg dah jam 4.15 pm.kerja masih bersisa.tak sebanyak 5 jam selepas jam 8 tadi.dah makin kurang.Alhamdulillah lega.harap² takde insiden² yg akan membuat aku kembali sibuk.biarlah gini aje sehingga sekurang²nya lewat petang nnt kerana aku terlalu letih ........ bestnya kalau dpt zzzZZzzzZzZZzzzZZZzzz seketika

OH TEMAN TAPI MESRA
takkan la merajuk lagi kot? argghhh!!!! ....... damn it!


* A E Y J A Y bisikan & nukilan isi hati seorang insan 3:35 PM

Monday, July 10, 2006



|
baju [checked]
kasut [checked]
tudung [checked]

semuanya dah siap.tinggal tunggu hari aje nak menyarung semua senarai benda² baru kat atas tu.

REUNION
malangnya hajat tak kesampaian.pertemuan yg direncana sejak 2 minggu lalu terus cancelled.hancur! hampes! aku kecewa.dia frust.tapi aku buat² tak kisah walhal dalam hati Tuhan aje yg tau betapa sedihnya aku.dia beria² nak jumpa aku (mcm tu jugak aku) lepas hampir 2 tahun kami tak bersua muka.tapi apakan daya aku dan dia hanya mampu merancang,tapi DIA juga yg menentukan segalanya.

TAK JADI
pagi² lagi aku dah dapat kiriman sms dari dia.beria² minta maaf.aku dah dpt agak apa yg akan dia sampaikan.cuma nak sedapkan hati sdri aku cuba bersangka & membuat andaian yg positif belaka.nampaknya andaian aku jauh meleset.mmg confirmed tak jadi.ikut kata dia ada kwn dari pantai timur nak bertandang ke rumah.aku iyakan saja.

AKU
dlm setiap kiriman sms ke dia aku cuba berlagak se cool yg mungkin.malah bila bercakap dgn dia pun aku sedaya upaya akan sembunyikan perasaan sedih & kecewa aku.ternyata lakonan aku cukup mantap.aku berjaya mengawal nada suara sebagus mungkin.takde nada² sedih.semuanya ok.biasa² aje.kalau dioffer berlakon filem gerenti Erra fazira pun surrender dan takkan dipanggil primadona filem lagi.hahaha (ketawa dlm nada sedih.mcm mana tu??!)

DIA
tapi bila aku cool dia kata aku takde perasaan.kononya hanya dia yg beria² nak jumpa dgn aku sedangkan aku mcm takde apa².ah! kejam sungguh andaian dia.kalaulah dia tahu apa sebenarnya yg aku rasa ketika itu ... hmmmm ...

biarlah .. aku dah malas .. kalau umurku masih panjang InsyaAllah .. kalau tidak biarlah aku bawa rasa rindu hingga akhir hayat aku ..tapi kata dia ..







minggu depan?










mungkin kah?









atau ...









ah! aku tak mau kecewa lagi ....


* A E Y J A Y bisikan & nukilan isi hati seorang insan 2:38 PM