* A E Y J A Y ]

Friday, August 18, 2006



|

8 Ogos 2006
"Selamat hari jadi
Selamat hari jadi
Selamat hari emak
Selamat hari jadi ........"

lagu selamat hari jadi tu di'sumbang'kan oleh akak² dan abg ku.termasuk la jugak anak² buahku yg cukup happy malam tu.aku cuma jadi penyanyi latar sahaja.ingatkan nak jadikan lagu harijadi tu versi hip hop (ala mcm lagu² Too Phat) tapi niat aku terbantut.nanti apa pulak kata mak & abah.diorang bukan suka sgt dgn genre muzik yg modern ni.hehehe...oopps lupa pulak, sebelum sesi nyanyi menyanyi abah mulakan majlis makan² seisi keluarga Pak Leh (nama glamour bapak aku la tu) dgn doa selamat.Alhamdulillah dari mula hingga habis majlis semuanya selamat.yg paling 'selamat' sekali tentulah ayam goreng KFC dan pengat pisang mak yg mmg terbukti kesedapannya hinggakan licin mangkuk hayun ooppss .. silap! mangkuk kaca sebesar globe yg ada depan mata kami sekeluarga.Alhamdulillah syukur!


hadiah?
terus terang aku katakan takde hadiah buat emak dari aku kali ini.bulan ni poket,saku,wallet & apa² aje medium yg membolehkan wang ringgit diisi kedalamnya kering.tapi bukan kontang.masih ada bersisa saki baki syiling² berwarna perak & not² biru & merah buat bekalan sehingga hujung Ogos.Oh sedihnya! ada 2 sebab kenapa aku sedih.pertamanya sbb tak dpt hadiahkan apa² buat sang ibu dan kedua sbb poket makin 'kering'.argh!namun sebalik kedukaan rasanya terselit jua sedikit kegembiraan bila dapat tunaikan hajat si ibu yg inginkan sepasang cermin mata baru.terimalah sumbangan anakmu yg tak seberapa ini wahai ibu...... dan maafkan anakmu ini kerana selalu membuatmu bersedih dgn tingkah dan sikapku.terima kasih atas kasih sayang,tunjuk ajar & perhatian yg kau berikan padaku selama ini.moga suatu hari nanti aku mampu menjadi anak yg membahagiakanmu wahai ibu.aku sayang kamu! :)

11 Ogos 2006
Din muncul di office.dengan senyum simpul dia hulurkan kad.bukan birthday card tapi wedding invitation card.20 Ogos 2006 dia bakal disandingkan dgn kekasih hatinya.sekaligus merubah statusnya dari bujang kpd suami org.entah siapa nama bakal isterinya tak pulak aku ingat (sebetulnya mmg aku tak mahu ingat) mungkin krn aku kecewa.kecewa? knp perlu kecewa sedangkan dia bakal melalui hari² yg indah dlm sejarah hidup dia.aku ni ex girlfriend dia ke? oh TIDAK sama sekali.dia dan aku tak pernah ada apa² perasaan antara satu sama lain.tapi ah malas aku nak ungkit kisah lama yg tak berapa nak lama tu.biarlah.semoga dia berbahagia.Amin ........ :)

15 Ogos 2006
teman tapi mesra semakin pulih.bukan pulih dari sakit tapi pulih dari rajuknya.kami sudah semakin kerap berbalas sms spt masa dulu yg tak berapa nak dulu (aku saja kot yg faham ayat ni.kalau korang tak faham maafkan aku) aku rasa gembira tiapkali dia melawak walaupun kdg² lawaknya mcm lawak bodoh aje (kejam ke aku gunakan ayat tu?) takpelah.sekurang²nya aku berterus terang.tapi dgn dia? oh NO.kecik pulak hati dia nanti kalau aku berkata demikian rupa.hati teman nak juga dijaga.walaupun terpaksa berpura²? hati kecil aku terdetik bertanya.entah! kdg kala terlalu jujur & 'lurus' juga mengundang masalah.apatah lagi yg asyik berpura² semata² nak menjaga hati dan perasaan org lain.apa kes ni??! ah tak kuasa aku nak menghurai ttg hal² semacam ini.oh apa kena dgn aku ni???.....

entah berapa kali aku edit entry kali ni.akhirnya entri sms yg stu lagi terpaksa aku delete atas sebab² tertentu.argh! aku bukan mcm dia lah!







* A E Y J A Y bisikan & nukilan isi hati seorang insan 3:00 PM