Thursday, January 27, 2005
|
tips² ni aku dpt melalui sumber pembacaan ku di majalah,internet dan buku.kalau nak ikutkan bnyk skli tips² kecantikan yg aku ader.tp aku hanya ambil tips yg mudah dan senang utk diamalkan.kalau bnyk sgt tips nanti pening pulak kepala & rasa malas nak amalkan.aku sdri pun kadang² tak amik kisah pasal mende ni suma.tp bila aku fikir² kembali ada baiknya aku amalkan tips² ni.tak rugi satu sen pun.dpt menyihatkan badan & minda aderlah! so kalau korang rasa tips ni bernas utk korang, jgn lupa amalkan selalu.
1. Minum banyak air masak @ mineral water sekurang² nya 8 - 10 gelas sehari. seeloknya amalkan minum air suam.elakkan minum air yg berkarbonat & berperisa spt air berkarbonat atau teh @ kopi dsbnya.Dengan minum banyak air masak @ mineral dapat membantu membuang toksin dalam badan, menjaga kesihatan kulit dan juga membantu membakar kalori dalam badan.(ikut style siti minum mineral water!)
2. Tidur yg cukup sekurang²nya 8 jam setiap hari.sebolehnya tetapkan waktu tidur yg konsisten.Tak cukup tidur akan membuat anda kelihatan lebih tua dan bawah mata nampak lebam.
3. Bersenam ! Baik utk kesihatan fizikal dan mental. Window shopping juga merupakan satu senaman krn sewaktu anda berjalan² dari satu shop lot ke shop lot yg lain ia mampu membakar kalori.Jgn malas utk bersenam.setiap pagi selepas bangun tidur,cuba lakukan sedikit senaman regangan utk melancarkan kembali peredaran darah.
4. Makan makanan yg berkhasiat & cukup tapi jgn berlebihan. Jgn sebab nak kurus, anda sanggup menahan lapar setiap hari.Makanan memberikan tenaga dan vitamin yg diperlukan badan tetapi Pastikan ia makanan seimbang & sihat bukannya makanan yg penuh dgn lemak @ junk food aje. paling penting jgn sesekali skip breakfast! ia penting utk menjana permulaan hari anda.
5. Pada hari² tertentu (hari cuti) biarkan kulit anda tanpa sebarang alat mekap. Kulit juga perlu bernafas! Jgn tidur tanpa membersihkan alat mekap yg masih bersisa dimuka anda. Rajin-rajinlah cuci muka.Gunakan produk yg sesuai dgn kondisi kulit muka anda.
6. Luangkan masa utk memanjakan diri seperti membuat facial atau mencuci rambut di salun @ spa (ikut kemampuan).Tak semestinya di pusat kecantikan yg mahal harganya.anda juga boleh melakukan sendiri di rumah. Jika rajin cari pelbagai jenis bunga yg wangi dan lakukan sendiri mandian bunga.(bukan mandi bunga cari jodoh tau!)
7. Jgn terlalu obses ttg kecantikan @ dgn diri sdri.Anggap shj diri anda menarik dan cantik, pasti anda akan mempunyai keyakinan diri.bak kata org kecantikan dalaman itu akan mendorong menyerlahkan kecantikan luaran seseorang.
8. Ketawa pengubat duka. Jadi ketawalah apabila bergurau senda dgn teman sepejabat @ family. jika tak mampu utk ketawa sekurang² nya senyum! senyum itu satu sedekah!Jangan menarik muka masam. Anda hanya menambahkan kedutan di muka.
9.Jangan merokok. Merokok sememangnya merosakkan kulit dan juga menjejaskan kesihatan. Semua orang tahu yg merokok membahayakan kesihatan.jadi kenapa nak merokok?? Nak kuruskan badan?? Kurus sebab merokok hanya kerana badan kita dah berpenyakit, bukannya kurus yg sihat,tp kurus pasal ader penyakit.
10. Elakkan stress. Stress mempercepatkan proses penuaan.lakukan perkara2 yg menggembirakan hati anda spt dengar muzik (lagu siti laa !! ) tengok wayang ke .. atau ape2 jelah yg boleh meng'happy'kan diri anda.
* A E Y J A Y bisikan & nukilan isi hati seorang insan
12:00 PM