Monday, January 31, 2005
|
10.00 a.m.ego sangat ke aku ni? konflik yg melanda aku dgn salah sorang rakan sekerja hari jumaat lalu still memberi kesan pada diri aku.aku jadi seorang yg pendendam dan sukar memaafkan,sedangkan sblm ni aku tak pernah ragu² utk memaafkan org lain.aku sendiri tak suka bermasam muka terlalu lama.tp entah knp kali ini aku terlalu ego utk memaafkan dia hanya krn kesalahan kecil yg dia lakukan.setiap kali dia dtg dan memohon maaf padaku,aku hanya membisu seribu bahasa.mengangguk pun tidak ... menggeleng pun tidak bila dia beria² meminta kemaafan dariku.
aku sedar yg diri aku tak layak utk memarahi apatah lagi menghukum dia.tp setiap kali aku pandang wajahnya serta merta hati aku jd sakit yg teramat.sampaikan pada satu tahap aku rasa nak menjerit kat dia dan kata kat "mmg aku marah sgt ngan kau!".biar dia tahu apa yg aku rasa terhadap dia.tp aku takkan sampai hati utk melakukan semua tu,krn aku tahu impak yg bakal aku terima mungkin lebih memudaratkan emosi & diri aku sdri.
hari ni dia dtg lagi pada aku,tp bukan dgn kata² maaf yg lahir dari bibirnya.dia hanya tersenyum dan berlagak spt biasa.spt tak pernah ada apa² konflik yg berlaku antara aku dan dia.aku jd tambah bengang dgn tingkah lakunya.dia tanpa segan silu meminta pertolongan dari ku.aku spt biasa hanya membisu dan terus membisu.stlh dia menyedari yg aku tak berminat utk menolong,pantas dia berlalu dari meja ku dgn mukanya yg masam mencuka.aku spt patung bernyawa hanya diam dan terus diam ... tapi sampai bila?
12.30 p.m."assalammualaikum ... kak ader surat!" tetiba pulak si bellman muncul dg segenggam surat ditangan nya.aku rasa nak marah je,tp bila tengok muka budak bellman yg tersenyum simpul kat aku buatkan aku tersenyum jugak.aku capai surat dari tangan nya .aku ingat semua surat² tu utk company aku.tp hampes,cuma sepucuk surat yg dia hulurkan.aku ambil dan terpinga² sekejap.aik! bukan formal letter utk company,tp mcm surat cinta pulak.yg aku terlebih heran,nama kat depan sampul tu nama aku! ish sape lah pulak tetiba hantar surat kat aku.takkan surat layang kot.
sblm aku bukak surat tu,aku amati tulisan nya.mcm pernah ku tengok tulisan ni tapi kat mana ye? otak aku ligat berfikir ... erm sape ni? lepas memori aku aku dah berjaya mengimbas kembali siapakah gerangan yg empunya tulisan tu serta merta aku terjerit gembira.nasib baik masa tu aku sorang je kat office.kalau org lain nampak soheh diorang akan kata aku ni 'mental'! hehehe... dgn tergesa² aku koyakkan sampul dan terus membaca isi kandungannya.ternyata mmg benar telahan ku.best friend yg dah lama tak kirim khabar berita dah muncul depan mata.tp hanya surat mewakili dirinya.
aku ulang membaca utk kali kedua! rasa mcm tak puas menatap warkah darinya.spt biasa isi kandungan surat nya buat aku tersenyum malah kekadang ketawa mcm tak ingat dunia.tengah syok² ulang baca kali kedua,dia muncul lagi depan mata aku.ape lah yg dia ni nak lagi.hati kecil aku tertanya².tp kali ni aku dah nekad,tak nak lagi buat dia rasa tersiksa dgn kebisuan aku.belum sempat aku minta maaf pada dia,terus dia berkata pd aku ... "boleh mintak tolong tak? buat kan saya surat perletakan jawatan"! saya nak resign hari ni and boss pun kata ok"! aku tercengang.takkan pasal aku marah kat dia terus dia nak resign kot? dia yg semacam faham terus explain kat aku citer sebenarnya tanpa aku pinta.
"saya nak resign bukan pasal awak! tapi saya dah dpt keje baru.gaji pun ok"! dia menerangkan kat aku sambil tersenyum.amboi bukan main suka lagi dia nak berenti keje! tetiba je mood aku terus berubah.rasa bersalah pulak kat dia.sesuka hati aku je nak marah² kat dia gini punya lama.argh! tension nyer! kalau lah aku tak berdegil ikutkan ego aku tu,mungkin dia takkan berenti kerja kot! tapi dia dah explain kat aku yg dia berenti pun bukan pasal aku,in fact dah lama dia war²kan kat aku yg dia mmg bercadang nak cari new job.so mmg bukan pasal aku lah dia berenti.tp dlm hati ... aku ttp rasa bersalah jugak.macam sebabkan aku dia resign.
aku tak tahu apa yg aku rasa skrg ni.kekadang terfikir jugak betapa kejam nya tindakan aku terhadap dia.bila dia masuk office nanti aku nak minta maaf kat dia.aku nak luahkan segala² yg aku rasa.mungkin disebabkan masalah yg aku hadapi, dia yg jadi mangsa ... mangsa emosi aku yg tak menentu."Ya ALLAH .. Kau berikanlah aku kekuatan utk berterus terang dan meminta maaf dgn dia! Kau bukakanlah pintu hatinya utk menerima kata² maaf dari ku.amin"!
* A E Y J A Y bisikan & nukilan isi hati seorang insan
3:00 PM