*PENGENALAN*
Tekanan mental adalah sebahagian daripada kehidupan harian. Ia merujuk kepada kaedah yang menybabkan ketenangan individu terasa diancam oleh peristiwa persekitaran dan menyebabkan individu tersebut bertindak balas. Anda boleh mengalami tekanan ketika memenuhi tuntutan kerja, menyesuaikan diri dengan persekitaran baru, atau melalui interaksi sosial. Tekanan mental yang sederhana boleh menjadi pendorong kepada satu-satu tindakan dan pencapaian tetapi kalau tekanan mental anda itu terlalu tinggi, ia boleh menimbulkan masalah sosial dan menggangu kesihatan anda.
*APAKAH DIA TEKANAN MENTAL?*
Tekanan mental adalah hasil interaksi antara peristiwa-peristiwa persekitaran dengan individu. Paras tekanan yang dihasilkan akan bergantung kepada sumber tekanan dan cara individu tersebut bertindak balas. Persepsi individu terhadap sesuatu peristiwa sebagai menekan atau tidak juga berbeza dan begitu jugalah respons mereka terhadap tekanan. Misalnya, kehilangan wang RM 100 tentunya amat menekankan bagi individu berpendapatan rendah tetapi tidaklah bagi seorang jutawan.
*GEJALA TEKANAN*
Ada beberapa gejala yang menandakan mental anda tertekan. Antara gejala tekanan mental adalah:
*PERASAN*
Merasa bimbang Merasa cepat marah Merasa lemah semangat Merasa tidak tenteram dan gelisah
*FIKIRAN*
Bimbang terhadap masa depan Kurang daya tumpuan Menjadi mudah lupa Fikiran tertumpu pada masalah tempat kerja Takut gagal Rendah harga diri
*TINGKAH LAKU*
Tabiat merokok yang meningkat Penggunaan alkohol dan dadah sebagai cara mendapat mengurangkan masalah Hilang selera makan atau makan berlebihan Mudah cuai dan sering terbabit dalam kemalangan Mudah terkejut Bertindak secara impulsif dan agresif
*PERUBAHAN FIZIKAL*
Berpeluh pada tangan dan badan Sering rasa dada berdebar Menggeletar Kering mulut dan kerongkong Mudah merasa letih Kerap membuang air kecil Sukar untuk tidur Masalah penghadaman e.g. loya, muntah, cirit-birit, sembelit. Sakit kepala dan leher Sakit-sakit sendi dan badan Mudah diserang penyakit
*PUNCA TEKANAN*
Perubahan-perubahan besar dalam kehidupan seseorang adalah punca tekanan mental yang paling biasa. Peristiwa-peristiwa yang boleh mendatangkan tekanan mental bukan sahaja peristiwa yang negatif seperti kematian, dibuang kerja tetapi peristiwa positif seperti berkahwin, mendapat cahayamata ataupun kenaikan pangkat.
*CARA MENGURANGI TEKANAN MENTAL YANG DIALAMI*
Kebanyakan punca tekanan mental boleh diubah, dihapuskan atau dikurangkan. Bagaimanapun anda harus terlebih dahulu menyedari dan memahami reaksi anda terhadap tekanan. Cara-cara yang boleh digunakan untuk mengurangi tekanan mental anda: Makan makanan seimbang tiap-tiap hari Bersenam atau riadzah secara kerap Mempunyai hobi yang boleh mendatangkan ketenangan