* A E Y J A Y ]

Tuesday, April 26, 2005



|
Batalkan Konsert Dangdut Inul Daratista!

Saudara Pengarang,

SAYA sebagai rakyat Malaysia yang prihatin meminta agar Konsert Fenomena Dangdut Inul Daratista yang akan berlangsung 1 Mei ini di Stadium Merdeka dibatalkan.

Ini kerana Inul merupakan artis kontroversi di negaranya menerusi gelek gerudinya. Geleknya yang mengundang pelbagai kontroversi itu telah difatwakan haram oleh Majlis Ulama Indonesia (MUI) kerana persembahan artis itu amat lucah dan memualkan.

Tidak perlulah mengadakan konsert seperti ini di sini hanya berselindung di sebalik mengumpul dana mangsa tsunami di Acheh kerana ada pelbagai cara lain lagi bagi mengumpul dana tersebut.
- PUTERA UMNO, Kota Bharu, Kelantan.


Sokong Konsert Dangdut Inul Daratista dibatalkan

Saudara Pengarang,

SAYA menyokong penuh supaya Konsert Fenomena Dangdut Inul Daratista tidak diteruskan dan dibatalkan.

Penganjuran konsert ini tidak lebih seperti lain-lain konsert hiburan. Sudah terlalu banyak konsert dianjurkan atas nama membantu mangsa tsunami, sedangkan bencana itu sudah lama berlalu.
Gelek-gerudi yang lucah dan memualkan bukanlah cara yang terbaik untuk `mengutip sumbangan bagi membantu mangsa tsunami'. Janganlah mengambil kesempatan.

Insaflah dan ambillah iktibar daripada segala petunjuk yang Allah telah turunkan. Janganlah atas nama membantu tsunami, akhirnya kita ditimpa bencana lain pula kerana melakukan perkara yang tidak betul. - TAKUT BENCANA, Machang, Kelantan
.


Lagi sokong Konsert Dangdut Inul dibatalkan

Saudara Pengarang,

SAYA amat menyokong penuh saranan Takut Bencana, Machang yang meminta konsert Inul dibatalkan.

Jika ulama negara asal Inul (Indonesia) mengharamkan gelek gerudinya, fasal apa kita Malaysia memberikan tempat kepadanya? Wajarkah Malaysia menganjurkan sesuatu yang diharamkan oleh Indonesia? Saya percaya bukan seorang dua sahaja yang berpendapat seperti saya, malah ramai kalangan rakyat Malaysia tidak setuju penyertaan Inul dalam konsert tersebut. - ANTIGERUDI, Kuantan, Pahang.

Petikan akhbar Utusan Malaysia 26,27 & 28 April 2005.my first impression bila aku baca heading artikel² ni .. YES! AKU SOKONG 100%.mmg wajar sangat konsert inul dibatalkan.bukan sbb aku tak minat genre dangdut or it's not because she's from indonesian, but it's all about 'women behaviour'.bila sebut ttg 'gelek gerudi' inul yg dilabelkan (malahan di fatwakan!) ada terselit unsur porno,mmg tak sepatutnyalah konsert yg mempunyai unsur² maksiat spt itu diteruskan.minta maaf lah pd sesiapa yg rasakan kenyataan aku ni agak keterlaluan (especially to inul's fan).ini bukan kenyataan yg bersifat provokasi.bukan jugak aku nak katakan yg konsert artis² lain tu semua nya elok & tak menjurus ke arah maksiat,tp jika difikirkan secara logik akal dan umumnya semua tahu apa itu 'gelek gerudi' inul yg mmg kontroversi sampaikan Majlis Ulama Indonesia sdri dah fatwa kan bhw ianya HARAM. so apa releven nya konsert tu diteruskan???.walaupun aku sdri tak pernah menyaksikan persembahan inul, tp aku ader lah tengok preview konsert dia yg sblm ni kat melodi.masyaAllah .. what else can i say about the way she dance??? gelekkan dia yg mmg menyakitkan mata dan sungguh 'extreme',and i do agree that she's too much!.mana perginya maruah dia sbg seorg muslimat??? dia tak rasa malu ke bergelek mcm tu depan org ramai yg majoriti penonton nya adalah kaum adam???! apa dia dah lupa ke asal usul & adat budaya org timur yg penuh dgn kesopanan??? dunia dah nak akhir zaman agaknya.maksiat & hiburan berleluasa.aku takdelah nak kata yg aku ni baik & alim sgt.aku pun mengikuti perkembangan muzik semasa.aku juga peminat beberapa org artis tempatan & luar dari m'sia termasuklah penyanyi dari seberang (indonesia).tp bak kata org kalau nak buat sesuatu tu biarlah berpada² & ader limit.tp yg aku musykil kan,knp baru skrg ada pihak yg menyuarakan bantahan terhadap konsert inul??? knp dah disaat akhir baru nak 'bersuara'??? aku rasa konsert ni takkan dibatalkan! sebabnya??? takkan ada pihak yg benar² berani tampil ke depan dan berkata konsert ni harus dibatalkan! what ever it is just wait & see.tp kalau betul konsert ni dibatalkan akulah manusia yg paling gembira & bersyukur.amin ...





* A E Y J A Y bisikan & nukilan isi hati seorang insan 10:05 AM