Saturday, May 28, 2005
|
27 Mei 2005 ~jumaat~
semenjak 2 minggu kebelakangan ni hidup aku makin rasa tak menentu.mcm² hal yg terjadi,pelbagai masalah yg timbul.ombak masalah yg mula surut tiba² dtg pulak badai yg entah dari mana munculnya. apalah malang betul nasib aku hari ni.handphone ku hilang!!! geram,sedih,benci,marah,terkilan..pendek kata semua perasaan tu bercampur baur dlm kepala aku.sakit hati dibuatnyer! mungkin org akan kata "ala takpelah dah nasib ngko,nak buat camne;beli aje hp baru;sabarlah ek!" tulah ayat skema ala² nak menenangkan hati aku.bukan sorang dua yg kata mcm ni kat aku.ramai dah.
hp tu hilang masa aku nak turun dari bas.sebelum tu ader missed call dari member aku.nak masukkan dlm handbang dah tak sempat pasal bas dah berenti.so aku masukkan aje dlm poket seluar slack.entah mcm mana aku terlanggar awek sebelah time aku kelam kabut tu aku dpt rasakan yg poket seluar ku mcm diseluk org.tp aku buat tak reti je sbb masa tu pun aku tgh mamai giler! ntah mcm mana dah nak smpi aku boleh terlena sekejap.bukan nak menuduh,tp itulah kenyataannya.lepas turun dari bas aku raba poket seluar cari hp tp tak jumpa.tak sedap hati aku boleh ketuk balik pintu bas ekspress tu dan naik balik ke tmpt duduk aku cari hp.hampeh! langsung tak jumpa.aku suruh awek yg dok sebelah seat aku tu bangun pun dia tak nak bg kerjasama.pakcik driver pulak dah marah² kat aku.masa tu punyalah tebal muka aku ni.malu yg teramat sgt.semua penumpang dlm bas tu pandang semacam je kat aku.time tu aku dah tak peduli apa lg.niat aku cuma satu je;nak cari hp smpi jumpa!
punyalah bodoh aku time tu.mintak lah tolong sesapa dlm bas tu call hp aku.dah tentu berbunyi.tp disebabkan aku dah panik kene marah dgn pakcik driver buatkan aku tambah kalut.tak tahu nak fikir apa lg dah.ader jugak 2-3 org penumpang dah merungut disebabkan aku.malu giler!!! tak tahu mana nak sorok muka aku.nak tak nak aku turun jugak dari bas.sepanjang perjalanan balik rumah airmata aku dah meleleh.mcm air terjun! bodoh betul ..sampai kat umah mintak pinjam hp akak ipar aku.konon² nak try call hp aku.hampes skli lg.hp dia takde credit.argh! apa aku nak buat ni.mak pulak dah cuak apsal tetiba balik umah menangis mcm ader org mati!
aku ckp pd mak hp aku hilang.bukan simpati yg aku dpt.kene leter lg aderlah.mak kata aku cuai.dahlah sedih;mak lg tambah kesedihan aku!tak bersimpati langsung.dgn rasa tak puashati aku kejutkan abah aku yg tgh tidur;konon nak cari awek tu kat melaka sentral.abah yg ala² mamai tak lengah terus bawak aku pg sana.masa tu aku dah tak boleh fikir apa² lg.aku pg public phone try call.ader ringing tone tp takde org jawab.skli lagi aku rasa bodoh yg teramat! kalau betul dia takde niat nak curi hp aku dah tentu lah dia jwb & pulangkan,tp sebaliknya masuk mailbox.dah mmg sah dia takkan pulangkan!! aku je yg bodoh tak terfikir hal tu.
nangis..nangis..nangis dan nangis!! sepanjang hari aku berkurung dlm bilik menangis gara² hp hilang.even hp tu harganya takdelah mencecah ribuan ringgit,tp aku ttp terkilan sbb dlm tu mcm² ada.number yg aku tak sempat copy ke dlm phone book punyalah bnyk.sedih giler!! dahtu tak smpi 4 bulan aku beli dah hilang! mak yg pd mulanya menyalahkan aku sbb cuai,rasa simpati dia ttp ada.dgn nada memujuk dia janji nak bg duit utk beli hp baru.
28 Mei 2005 ~sabtu~
pagi ni aku bangun dan masih teringatkan hp.nangis lg! poyo betul rasanya.padahal yg hilang tu cuma hp! bukan hilang sejuta hengget pun.tp rasa terkilan ttp jugak tak boleh aku hilangkan dari minda.masa bangun dari tidur aku raba bawah bantal (tmpt selalu aku letak waktu nak tidur).berdoa semoga akan ada keajaiban yg berlaku.(konon²nyer hp aku tetiba je akan ada kat bawah bantal tu!) poyo!!! ni bukan misteri nusantara ler.hati kecil aku berkata².dah hilang redha je lah.dah mmg bukan rezeki aku;jaga mcm mana baik pun;kalau benda tu dah nak hilang ttp hilang jugak!
sedikit demi sedikit aku cuba berfikiran positif.aderlah hikmahnya sebalik semua kejadian ni.mungkin lepas ni aku akan dpt (or yg lebih tepatnya BELI SDRI) hp yg more better.hehehehe .. sbb nya mak & abg ipar aku dah janji tlg tambah duit beli hp baru.alhamdulillah mak aku dah pun kotakan apa yg dia janji.pg td sebelum aku pegi keje dia hulur duit.dia kata kalau masih tak cukup dia akan tambah.thanks mum! luv u so much! menghitung hari bilalah gaji nak kuar.tak sabar nak ber sms dgn org² tersayang!!! sabar .. sabar!! * A E Y J A Y bisikan & nukilan isi hati seorang insan
10:30 AM