* A E Y J A Y ]

Friday, May 20, 2005



|
mlm semalam aku nengok citer Sembilu 2005.tu pun nengok vcd h***m yg abg aku pinjam dari kawan dia.erks! meloyakan sungguh aku nengok citer yusuf haslam ni.cerita cinta stereotype! tipikal sungguh!takde kemajuan langsung.dari zaman sembilu time² awie & erra jd teraju utama sampailah ke sembilu 2005 yg menampilkan vince & hetty sarlene ni langsung tak best.nasib baik aku tak pegi tengok kat wayang.kalu tak mmg buat rugi duit RM 10 hengget je semata² nak tgk citer ni.duit tu aku guna buat beli prepaid lagi ader pekdah.buleh jugak ber sms ngan org² tersayang.hehehehe ..

plot citer dari mula sampai ke akhir mmg tak exciting langsung.pada aku filem yg ader 'kualiti' mesti mempunyai unsur² yg membuatkan penonton rasa teruja utk tahu jalan cerita selanjutnya.tp mcm biasalah filem arahan yusuf haslam ni mmg penonton dah boleh agak apa berlaku seterusnya sampailah ke akhir cerita.yg peliknya tiap kali filem dia ni mesti ader adegan kereta berlumba tgh² mlm buta,adegan bertumbuk & lempang melempang muka org,ader adegan dlm hujan,
lagi satu yg aku tak puashati pasal filem ni,ape dah takde lokasi lain ke nak berlakon.asyik² kat umah dia sdri jugak.ni mesti kes nak jimat budget.lepas tu pulak muka pelakon drama sembilu yg tiap² hari selasa kat tv2 tu pun ader.ape kes ni??? muka Mak Jah si pembantu rumah ader,muka mak si Zetty yg jd pengetua lah pulak pun ader.muka Azza si penyanyi berlagak dlm drama sembilu pun ader (dlm filem ni jd cikgu la pulak!) boleh dikatakan asyik muka 'pelakon cop Skop Production' sume ada.ayat pun skema je.aduhai sedih betul aku tgk perkembangan filem melayu skrg ni.

kenapa bnyk sgt halangan & rintangan dlm perhubungan antara Vince & Salina??? segala konflik yg berlaku nampak tak natural langsung.mcm sengaja di ada²kan.mmg lah ceritanya berkisar ttg percintaan antara 2 kaum,agama & bangsa berlainan.tp kenapa harus semua watak dlm cerita tu menentang percintaan mereka.cuma watak Cikgu Erra shj yg digambarkan seakan menyokong percintaan Vince & Salina.pada aku cuma watak Cikgu Salleh yg dilakonkan oleh Salleh Yaakob menjadi 'penyelamat' dan penguat semangat aku utk terus nengok citer ni.unsur humour sedikit sebanyak buatkan aku bertahan utk tengok smpi ke akhir cerita.yg jelasnya citer ni mmg hampeh! nasib baik tak tgk kat wayang.kalu tak mmg nyesal tak habis.hehehehe .. jgn marah ek pd peminat setia Sembilu yg tak terpilu! heheheh ...



* A E Y J A Y bisikan & nukilan isi hati seorang insan 4:00 PM