* A E Y J A Y ]

Tuesday, May 03, 2005



|
30 April 2005 Sabtu

1st scenario {dari rumah ke office}

hari ni sabtu kelima! alamak mcm mana aku boleh tak ingat yg sabtu kelima kene keje??? hampes betul! nasib baik pakcik akaun tu ingatkan aku semlm.kalau tak mmg sah aku ponteng keje hari ni.pukul 9.00 pagi aku dah tercongok kat office.punctual sungguh! biasa nya aku lah pekerja yg paling tak menepati masa.selalu sgt lambat 5 minit.hahaha ..bukan nyer sengaja,ooppss tp yg sebenar & sejujurnya mmg aku sengaja dtg lambat pasal takde keje nak dibuat pepagi buta.boss aku pun sama jugak, jenis yg suka masuk lambat,so takde masalah le kalau aku pun tumpang sekaki lambat.masyaAllah .. apa nak jadi ngan aku ni.tobat lah wahai cik siti (uiks! bukan siti nurhaliza tu.tp aku sendiri la.jgn tak tahu yg nama sebenar aku pun ader siti jugak!)

2nd scenario {office}
sampai di office mcm biasa on pc,pastu habiskan masa baca e paper.takyah la nak kuar duit poket sendiri beli paper kat kedai mamak.bosan nyer! dah le takde keje.nak chatting pon cam takde mood.ramai yg offline hari ni.almaklumlah diorang tu sume cuti,aku je yg kene keje.tp yg paling hampeh skli boss aku la! dah time aku nak blah baru dia nak kasi keje.ish! tensen btul aku ngan dia.nasib baik ari ni keje yg dia bg tu tak sampai 15 minit dah boleh siap.kalau tak ... (kalau tak aku nak buat ape ek??? ntah la aku pun tak tahu!) tepat jam 1.00 p.m. tak lengah lagi terus tutup kedai! balik umah.yuhuu!! best nye.tp sblm tu menyinggah kat shopping sebelah.ingatkan nak beli vcd c***k r****k! tp hampes btul kedai tu pulak tutup ari ni.aku pun musykil gak,camne kedai tu leh bertahan??? knp takde pihak berkuasa yg amik tindakan??? agaknya pasal kedai tu beroperasi dlm shopping complex kot??? ntah la.aku pun tak paham!pelik betul.oopss! aku dah btau ke yg aku nak beli vcd pirate??? hehehe .. takpelah kot,pasalnyer vcd yg aku nak beli tu bukan local,tp international.buat pe nak kaya kan omputeh yg dah mmg kaya tu??? lantak diorang la kalau entertainment industries diorang tu nak telingkup ke .. nak bungkus ke.aku pedulik hape! kedai vcd pun tutup,apelagi balik umah je la.

3rd scenario {melaka sentral}
nasib aku kurang baik hari ni.sampai je kat melaka sentral,pengangkutan awam yg paling setia TOWN BUS belum sampai lagi.alamak! ni yg buat aku fade up & takde mood.aku ni jenis yg kurang suka menunggu apatah lagi ditunggu.kalau boleh biar sama² tak jd penunggu.tp dah nama pun bas awam.so kenelah bersabar sikit.sesambil nak menunggu bas,tetiba teringat pulak hari ni 30 April.maknanya dah 3 hari filem Tentang Dia yg aku nak sgt tengok tu ditayangkan kat pawagam.pantas aje jari jemari aku menyeluk saku seluar slack dan terfikir nak ajak sapa tengok wayang ek??? Yes! ajak si Mar pun bagus gak.untung² dia tak keje ari ni.alhamdulillah mmg tepat jangkaan & sangkaan aku.dia cuti ari ni.tp memula tu aku takdelah straight to the point btau niat sebenar aku ber sms ngan dia.konon nyer nak tanya khabar je.lepas 3-4 kali berbalas sms dia pulak kata yg dia tengah kat shopping cari hadiah utk kawan dia yg nak kahwin esok.maka secara tak rasmi nya tak dapatlah dia nak temankan aku.punah ranah impian aku nak tengok wayang hari ni.hampeh betul! dek kerana aku pun dah hilang mood nak tengok wayang,bas pulak tak sampai² lagi,so aku pun jalan² la sekitar bangunan Melaka Sentral tu.jelajah dari satu kedai ke satu kedai yg lain tanpa ada niat nak beli barang.singgah pulak kat Music Valley.tengok² kalau ader album yg aku cari².apa lagi kalau bukan ost filem Tentang Dia & album Melly Goeslow - intuisi.erks!! hampeh utk kesekian kalinya.takde jugak.so aku pun balik la semula ke ruang menunggu.bas tak sampai lagi??? uiks! pelik ni.dah pukul 2.00 pun tak sampai lagi??? biasanya time² mcm ni bas dah ader dah.aku ternampak kelibat pakcik konduktor bas kaler ijau tu melintas depan mata.eh! pakcik ni dah ader,tp bas nyer mana??? terjenguk² aku keluar cari kelibat bas yg akan membawa aku ke rumahku syurgaku.magik betul! bas takde tp konduktor ader! cari punya cari dgn kuasa Allah, ternampak aku ader 1 bas kat belakang bas town yg destinasi nya ke taman seri mangga.huk alo! padan ler tak nampak.tersorok rupanya.baru je kaki aku nak melangkah,bas pun dah jalan.sayonara le jwbnya.sekali lagi ku mengalami ke'hampeh'an!! maka dgn itu terpaksalah aku menunggu trip yg seterusnya.alkisahnya bukan takde bas lain yg boleh bawak aku balik,tp entah knp aku tak selesa naik bas lain.Town Bus jugak pilihan hati aku.mungkin pasal pakcik konduktor tu semua dah cam muka aku.nak tak nak masuk la balik ke ruang menunggu dan tunggu .. tunggu .. tunggu.aku naik bas pukul 3.00 ptg.dekat satu jam aku lepak kat melaka sentral tu.naik ngantuk mata aku dibuatnya.

4th scenario {rumahku syurgaku}
sampai je kat umah mcm biasa la,mengadap tv pulak.kat office ngadap pc.kat umah tv pulak jd sasaran biru mata hitam ku.eh! silap la.aku ni bukan anak mat salleh yg bermata biru.mata aku hitam asli ler! heheheh .. abah aku je yg bernama saleh,tp bukan mat salleh! hari sabtu camni biasalah tengok citer hindustan.nasib baik hero dia aku minat.sape lagi kalau bukan si shah rukh khan tu.kalu tak dah lama dibuai mimpi siang hari.tp citer dia takdelah menarik sgt.bak kata siti 'seindah biasa' je.habis cerita hindustan,kene tolong kak long aku masak.(kan dah kata aktiviti harian aku ni sama jek).menjelang malam nonton tv lagi! oopss .. hari ni kan ader AIM kat ntv7!!! mesti tengok ni,pasal ader cik siti penyanyi favourite aku.jam dah pukul 8.30 tp mak aku pulak beria² tak kasi tukar channel pasal dia nak tengok buletin utama sampai habis.dek kerana tak mahu 'bertekak' dgn mak aku,so aku pun diam jek laa.ikut je kehendak dia.pukul 9.00.laa dah lepas 1/2 jam AIM ni.aku pun buat la muka kesian kat mak aku suruh tukar channel.mak aku ni pulak tak habis² nak tengok drama Mahligai Gading (best ke drama tu??? sterotype je aku tgk.takde beza pun ngan drama² lain) nak tak nak terpaksa lah aku akur dgn kehendak mak aku.tak nak la pasal rancangan tv,mak aku terasa hati ngan aku.derhaka namanya tu! hehehe .. entah knp mlm ni hati aku sejuk je.padahal klu nak ikutkan kebiasaan & ke'normal'an tabiat aku,klu tak dpt apa yg aku nak mulalah tarik muka masam.tp mlm ni lain pulak.tp mungkin sbb siaran ntv7 kat umah aku tak baper clear.gambar pun ala² sorang boleh jadi 3 org! baik tak payah tengok.buat sakit mata jek! maka utk kesekian kali nya aku ketinggalan nak nengok ct perform kat AIM! sedih betul.boleh dengar kat radio ERA jek.tp x se'best' kalau dpt tengok kat tv.beginilah citer nya aku tak dpt tengok AIM,kecewa x dpt pegi tengok wayang,kene tinggal bas! huhuhuhu .. sedih betul hari ni.boleh jd Hari Ini Dalam Sejarah Kecewa!!


* A E Y J A Y bisikan & nukilan isi hati seorang insan 4:06 PM