* A E Y J A Y ]

Monday, July 25, 2005



|
24 Julai 2005
Ahad yg blues!


hari ni hari Ahad atau lebih familiar org sebut hari minggu.hari cuti! hari yg sepatutnya menggembirakan menjadi hari yg seindah biasa aje bg aku,atau mungkin tak indah langsung! sbb nya cuaca masih mendung;sama spt 3-4 hari lepas.cuma yg bezanya hari ni hujan turun renyai².so takde outdoor activity yg boleh aku buat.hari ni aku cuma kemas rumah,tgk tv,terperuk dlm bilik sambil baca mag,bla bla bla (dah tak tau nak buat apa lg!) urgh! bosan betul! oopss baru teringat .. hari ni kan 24/7? birthday Kak Lee! hmm .. aku belek² diari lama,cari number yg membolehkan aku berhubung dgn dia.alhamdulillah .. pencarian aku berhasil .. tp argh! credit pulak dah nyawa² ikan!! camne aku boleh terlupa nak topup ni? dapat pulak no rumah,alamatnyer baru je aku bg salam gerenti terus kiok! jumpa no hp pulak bila aku dail keluar la suara lemak merdu sorang pompuan dia kata camni "nombor yg anda dail tiada dlm perkhidmatan..the number that u call is not in service!" hehehe .. suara operator la tu.entah kenapa sejak akhir² aku selalu teringatkan Kak Lee.sampaikan terbawa dlm mimpi.niat nak call dia aku terpaksa postpone dulu.tunggu bila credit aku dah bertimbun² & tak habis pakai (pernah ke credit aku tak habis pakai?setahu aku tak cukup pakai ader la!) baru call dia.call ke Sabah beb! kalau semenanjung boleh la tahan lagi.ini jauh nun di sana.sabar ajelah!

ok lah aku nak stop citer pasal Kak Lee.insyaAllah satu hari nanti aku yakin episod 'jejak kasih' antara aku dan dia akan tiba jua.bila aku tgk anak²buah aku tgh syok bermain,terfikir alangkah indahnya andai masa dpt diputar kembali.nak aje aku jadi mcm diorang.kanak² yg setiap hari dunianya penuh dgn kegembiraan dan keseronokan sepanjang hari.tak spt org dewasa mcm aku yg hidup sentiasa penuh dgn cabaran,dugaan,tension,geram,marah,sedih dan mcm² masalah lg.tiap hari ader je problem.lepas satu .. satu! entah bila hidup aku ni nak aman drp masalah aku pun tak tau.nak kata aku ni suka cari pasal takde la pulak.tp masalah je yg suka cari aku,aku tak suka cari masalah.

baru aku perasan yg hari ni hp aku senyap giler.tak berbunyi langsung.dari subuh sampailah ke tgh mlm takde 1 new message & missed call pun tertera kat skrin hp.suka? ntah.boring la pulak bila takde member kacau.tp bila hp tu asyik dok menjerit je,aku tension la pulak.ni lah dinamakan manusia.akulah manusia itu dan manusia itu aku.ada saja yg tak kena.serba tak kena bila diri dilanda kebosanan.minda aku mula menerawang.jauh melamun .. melayang dan akhirnya aku terus zZzZZzzZZzzz ...






* A E Y J A Y bisikan & nukilan isi hati seorang insan 1:00 PM

Friday, July 22, 2005



|
petang yg kalut
aku sakit apa sebenarnya ni? ntah la aku sdri tak pasti apa sakit aku yg sebenarnya.dari ptg smlm kepala aku rasa mcm kene hempap lori tanah.sakit nyer mencucuk² sampaikan aku jadi letih .. tak bermaya .. rasa nak menjerit je khabarkan pada satu dunia yg kepala aku ni betul² sakit giler! tp suara tersekat kat kerongkong.bukan kata nak menjerit,nak bercakap sepatah perkataan pun rasa tak bermaya.makan ubat? alahai akulah manusia yg paling tak suka telan ubat.tak percaya tanyalah mak aku.dia cukup paham dgn perangai anak dia yg sorang ni."penakut nak mampus kalu bab mkn ubat".(itu ayat standard kak long aku!) erks ... sakitnyer!

malam yg syahdu
hp tak henti² berbunyi bagi signal 1 new message .alahai time aku tgh bertarung melawan kesakitan la korang sibuk nak ber sms! (tp bukan salah korang pun,manalah korang tau aku tgh sakit kepala kan!) tambah pening aku dgr deringan hp tu. cuma 1-2 je yg aku reply.yg lain tu aku reply dlm mimpi ajelah.masa² tgh sakit ni ubat terbaik utk aku adalah tidur! nikmatnyer bila dpt tidur atas tilam empuk .. peluk bantal busyuk! moga² lega lah sakit kepala aku ni.hp off! no more incoming calls .. no more sms.senyap.sunyi.tenang.terasa aman sekejap dunia aku yg sebelum ni aku rasa mcm globe yg diputar²

pagi Jumaat yg masih tersisa sakit kepala mlm td
Alhamdulillah .. rupanya aku masih hidup lagi.ingatkan dah innalillah dlm tidur.rupa²nya nyawa aku masih dibadan.malaikat Izrail belum ditugaskan utk mencabut nyawa aku.sakit kepala masih bersisa.nak keje ke tak nak? ikutkan hati mmg nak sambung tidur smpi keesokan hari,tp memandangkan ader urusan yg perlu dibereskan aku gagahkan diri (dlm keterpaksaan!) jugak pegi keje.pagi² boss dah tambahkan pening aku yg masih ader bakinya.list name trip group maxell ade yg tak kene.terpaksa aku check 1 by 1.tension! dah mmg keje aku,so suka tak suka buat la jugak.


tengahari yg bosan
arh! bosan nyer.nak keluar cuaca bukan main panas kat luar tu.kalau tak keluar lagi lah bosan.nak tidur mata tak ngantuk pulak.nak chatting pun takde mood hari ni.lastly aku decide utk keluar.panas pun panas la.janji aku tak boring lagi.pegi bank lepas tu singgah kat Patisfrance.beli muffin bawak balik mkn kat office.

on the way back to office
masa tgh jalan aku berselisih dgn org gila.dia jalan sebelah aku,tp jarak antara aku dgn dia agak jauh.aku peratikan org gila tu.pakaian dia compang camping.tak terurus langsung.aku rasa dah lebih seminggu dia tak mandi.langkah aku terhenti sekejap.leka tgk org gila.mungkin org lain ckp aku yg gila sbb dok peratikan org gila.ah lantak la apa org nak ckp.aku peduli apa.terfikir aku sejenak alangkah bertuahnya aku dilahirkan sbg manusia normal & waras.alangkah bersyukurnya aku setidak²nya aku takdelah spt org gila tu.kene maki .. kene hamun (kalau dia kacau org) atau kalau dia tak kacau org pun dia ttp dipandang sinis oleh masyarakat.

ngadap pc buat keje sambil rileks
aku masih teringat org gila tu.aku terfikir lagi dan lagi,kalau lah aku jd dia ... ish! simpang malaikat 44! tak nak aku jd gila mcm dia.biar gila² tp jgn gila betul.aku senyum! hmm .. mcm mana lah kepala aku tak sakit.24 jam asyik fikir .. fikir .. dan fikir! kdg² benda yg remeh temeh pun aku fikir kan jugak.mcm la besar sgt,padahal kalau aku take it easy pun ok apa.nilah aku.tak bg peluang otak aku utk rehat.mungkin sakit kepala aku tak reda pasal ni lah.skrg ni aku tgh cuba utk kosongkan fikiran aku.tak nak fikir apa² pun.tp tak boleh jugak.kalau tak fikir apa² pun otak aku ttp ligat berputar mcm ada aje benda yg kene aku fikirkan.suka tak suka ttp terfikir..

ada apa dgn fikiran ku skrg??? apa yg tgh aku fikirkan???


* A E Y J A Y bisikan & nukilan isi hati seorang insan 3:22 PM

Thursday, July 21, 2005



|
kala dia pergi
aku menangis
kala dia ada disisi
aku seolah tak peduli
dimana pun dia ketika ini
tak pernah lagi ku dengar khabarnya
dia yg hilang bak senja ditelan gelap malam
entah kemana .. entah dimana

aku cuba mencari
merangkak dlm sepi
berjalan .. berlari lalu tersungkur
namun hampa
tak jua ku jumpa
dimanakah dia???

aku lelah utk terus mencari
tapi hati berdegil
katanya pergilah cari lagi
mungkin usaha mu berhasil kali ini
otakku ligat berfikir
mungkin kala ini belum rezeki utk bertemu dia

aku rindukan dia
aku sayangkan dia
aku perlukan dia
aku inginkan dia disisi
dia .. dia .. dia .. dia
dimanakah dia???

usah ditanya siapa dia.aku pun tak pasti siapa dia yg sebenarnya ..


* A E Y J A Y bisikan & nukilan isi hati seorang insan 4:56 PM



|
21 Julai 2005

9.00 a.m
pagi ni cuaca mendung."cuaca mendung tp hati jgn ikut mendung" itu quote dari teman aku.pagi² smpi kat office terus terasa nak update blog dgn cerita baru.hari ni mood aku masih mcm ombak.ada pasang surut.kejap ok kejap tak.entah kenapa aku pun tak pasti.walhal petang smlm aku dpt surat rasmi dari kolej.baru je sebut pasal hari konvo dgn cik siti masa lunch time smlm,petangnyer surat dah masuk dlm peti merah depan rumah aku.aku baca isi kandungan surat tu.sah! mmg surat jemputan utk konvokesyen kolej.25 September kat Bukit Jalil.bila sebut pasal BJ teringat kali pertama & terakhir aku jejak kaki kat sana,masa konsert Aman Malaysia.itupun nasib baik ader transportation yg di sponsor oleh kengkawan aku.kalau tidak tak merasa la aku ke BJ.aku pegi tgk konsert tu pun sbb ada siti.kalau siti takde rasanye aku pun tak berapa minat nak bersesak² kat sana.

muka mak aku dah tak kelat lagi.bila aku beritau dia yg tak lama lagi anak dara dia nak dpt dip yg ditunggu² selama ni (siapa yg tertunggu²?).tp dlm hati aku berkata 'ala setakat dip kolej swasta,tak payah la nak bangga sgt!' ntah kenapa aku rasa mcm tak happy.padahal sebelum ni aku dah berangan² bila agaknya aku nak grad.maybe sbb aku tak dpt grad dgn bebudak batch aku.sebetulnya bukan mungkin,tp dah mmg betul takde mood nak grad sbb bebudak sekelas takde yg 'senasib' dgn aku.sepatutnya dah lama aku grad,tp disebabkan tangguh LI buatkan aku tak berkesempatan berkonvo ngan diorang.rindunyer kat diorang semua!! apa korang buat skrg ek???

aku keseorangan kat office.pakcik Jonet tak nampak batang hidung lagi.entah kemana aku pun tak pasti.boss aku??? pun belum sampai jugak.agaknyer tengah lena dibuai mimpi lagi.almaklumlah cuaca sejuk² camni mmg liat nak bangun pagi.aku pun hampir² tak nak pegi keje hari ni.rasa malas sgt! ni lah penyakit org melayu .. MALAS! sampaikan kat perhimpunan agung umno pun masuk bab melayu malas.tp aku takdelah hari² malas.cuma semalam,hari ni & mungkin esok aku akan malas.argh! malas la nak fikir pasal malas ni.bagus jugak diorang tak smpi lagi,at least boleh la aku melepak lama skit kat blog aku ni.

aku skrg tgh makan coklat.nak boost mood.ikut apa yg aku baca dlm mag kalau takde mood makan coklat adalah salah satu cara utk mengembalikan mood.kebetulan mmg aku ni 'hantu coklat'.tak kisah la dgn kata org yg coklat ni boleh menggemukkan.aku masih ditahap sederhana,so takpelah kalau mkn coklat bnyk² pun.hari ni kat sz semua org sibuk bercerita ttg konsert siti kat singapore.mesti happening giler diorang kat sana.tp aku takdelah frust sbb tak dpt pegi konsert tu.hmm ... naper ek??? sbb aku takde mood kot??? yelah agaknye.sorang teman siber aku siap kirim sms btau perkembangan konsert siti.anyway thanks so much! (u know who u r!) tak dpt pegi dpt bayangkan pun jadilah.

aj versi malas kata: arh! malas nye nak keje hari!

aj versi malas + separa rajin kata: come on aj! back to work or ur fired!

aj versi rajin kata : yes i'm ready to work!






* A E Y J A Y bisikan & nukilan isi hati seorang insan 2:15 PM

Wednesday, July 20, 2005



|

8.45 a.m
hari ni sampai awal kat ofis.on pc lepas tu duduk termenung kejap.belek² kertas yg tersusun rapi atas meja.mana yg patut di failing aku masukkan dlm fail,mana yg patut humban dlm tong sampah aku renyuk & campak.alamak! tong sampah pun dah nak penuh.nak menapak pi buang sampah rasa malas la pulak.ala esok je laa buang.takde mood hari ni!

9.05 a.m
"assalamualaikum .. slmt pagi!" suara pakcik Jonet kedengaran.aku sambut salam dia dgn senyum tawar.dia senyum lagi,aku terpaksa senyum lagi dan lagi.kali ni 3 kali ganda tawarnya.takde rasa langsung.dia mula bukak cerita pasal boss aku yg mmg tak enak didengar.aku dah naik muak,bosan,jelak dan apa² jelah perkataan yg boleh describe betapa aku mmg dah menyampah dgr citer tu.suka tak suka terpaksa lah aku menadah telinga.boss aku boss dia jugak.yg dia dok meluah rasa tak puas hati dgn aku apa yg boleh aku buat??? aku sdri kalau tak puashati dgn boss ngadu kat dia.pasalnyer jarak umur antara pakcik Jonet dgn boss aku tak jauh.maka nya hubungan diorang tu dah mcm kengkawan je layaknya.secara tak langsung bila aku ada masalah & tak puashati pakcik Jonet la jd perantara @ middleman antara aku dgn boss.aku teruskan aktiviti aku tanpa pedulikan pakcik Jonet.biar dia terus bercerita & biar jari jemari aku ni rancak mengetuk²papan keyboard.tp sesekali tu terpaksa mencelah & menjawab bila dia bertanya itu ini.ish! bosannyer! dia ni tak tau ke aku tgh bad mood ni.ala biasalah org perempuan tiap² bulan mmg selalu mood swinger!


aku teruskan baca paper .. update blog .. masuk szone .. online YM tp tak chatting.appear to be offline hari ni.mood tak baik so tak nak diganggu.kalau on gerenti ada sorang dua yg nak berborak dgn aku.aku pulak tgh takde mood (uiks! baper kali dah aku mention yg aku ni takde mood???) ah lantak la.emosi aku mmg tak stabil skrg ni.mana nak fikir masalah kat office,problem kat rumah,masalah kengkawan aku,masalah negara,masalah ekonomi,masalah dunia pun aku pikir gak.mana otak ni tak serabut.

12.16 p.m
boss suruh pegi bank & bayar KWSP.alahai boss ni nak suruh keluar office tu suruh la pagi².ni dah tengahari buta baru nak suruh aku kesana kemari.dia ingat aku ni budak pejabat ke kat sini! tu lah dulu baik² ader sorang peon dah berenti la pulak.lepas tu bukan nyer dia reti² nak cari peon lain.aku jugak yg jd mangsa.dlm keterpaksaan aku pegi jugak.dah arahan nak buat mcm mana.ikut je la.memula aku pegi bank,hampes giler! machine fast cheque deposit rosak!!! eee .. naper la time aku nak guna ditambah pulak dgn takde mood mesin tu rosak??? rosak la masa aku tak nak guna.tu lah org kata bila time mood swinger ni,semua serba tak kena.menda yg kecik pun leh jd masalah besar.tak jd bank in cheque.pegi KWSP bayar caruman.jam dah tunjuk angka 12.30.kang kalau lambat lunch time dah takde org nak entertain.abg kat kaunter tu hari ni muka pun semacam je.(ntah² dia pun takde mood kot???) ish pandai² je aku ni buat telahan sdri.on the way back to office drop by kat Maybank once again.fast cheque deposit machine still rosak.nasib baik ader sorang officer Maybank yg prihatin;bila tgk kat mesin tu dah bersesak² ngan org ramai yg mcm semut menghurung gula.pelik betul! tak pernah tgk mesin rosak ke??? nak tergelak pun ader aku masa tu.officer tu bukak mesin & tlg masukkan cheque aku.selesai! nak balik office.panas! hangat! penat!

1.10 p.m
masuk office on aircond & relaks! lunch time tp malas nak mkn sbb pagi td aku breakfast dgn sebungkus nasi lemak (yg tak terasa lemak nya!) yg bapak aku beli masa hantar anak buah aku pegi sekolah.tak sedap tp terpaksa jugak telan.dah mmg jadi tabiat kau takkan skip breakfast,sbb aku jarang lunch.so sementara nak tunggu pukul 5 tu takdelah kebulur sgt.online YM sekadar nak tgk 'dia' online @ tak.gelap! mmg sah dia ade keje kat luar.keje dia bukan mcm aku 24jam ngadap pc.kekadang dia terpaksa keluar office,jumpa org tu org ni.erks! apsal melalut smpi ke 'dia' pulak ni??? aku rindu kat dia kot??? ntah la,rasanyer ader la sikit² rasa rindu tu.(konon sikit padahal dlm hati Allah je yg tau betapa aku rindukan 'dia')

2.05 p.m
alamak terlupa sesuatu!! nasib baik aku belek² hp & tgk to do list.alamak tepon office pulak 'rosak'.nak tak nak terpaksa la aku korbankan credit yg dah nyawa² ikan tu.alhamdulillah cik siti ader."assalamualaikum! cik siti .. saya ni siti .." belum habis ayat aku cik siti dah menyampuk "waalaikumussalam .. oo siti ek.saya call tak dpt² kenapa?" amboi tajam betul ingatan dia kat suara aku yg lemak merdu ni! (ayat versi perasan!) lepas tu aku citer la pasal sejarah kehilangan hp aku pd dia.dia cuma kata "ooo patut laa" aku pun angguk² kepala mcm la aku tgh bercakap face to face dgn dia.poyo pulak rasanyer.sblm menamatkan perbualan sempat aku pesan kat cik siti suruh bg no baru aku pd si Lye.rindu pulak kat dia.berita gembira!! aku dah boleh amik Dip.cuma surat utk konvo je tak sampai² lg.ikut kata cik siti tak lama lg surat utk konvo akan menyusul ... alhamdulillah!

4.25 p.m
tgh layan lagu Hijjaz - pelita hidup.terharu & insaf! sambil tu aku terfikir² bila nak ke KL??? bila nak beli baju baru semata² sbb nak pegi KL,apa aku nak buat bila kat sana,mana aku nak ajak si Lye tu merewang, pendek kata mcm² la aku dah plan dlm kepala.cuma tunggu masa sesuai je nak realitikan plan² aku tu. erm .. tunggulah isnin depan kot.alamak! tak boleh la pulak,pasalnyer dah hujung bulan gerenti si Lye tu belum gaji.dia dah pesan kat aku kalau nak pegi sana tunggu awal bulan.kalau camtu boleh la aku 'pow' dia.mintak belanja makan kfc @ mc d pun ok gak.dia pun ader hutang ngan aku.so ini lah masa nyer nak menuntut hutang.hari ni aku takde mood,tp bila dpt berita yg aku dah boleh amik Dip kat kolej tetiba rasa baik la skit mood aku.ader peningkatan positif.sesungguhnya Allah tu Maha Berkuasa.pg td mood mmg teruk giler,berkat kekuasaanNya aku dpt berita gembira.alhamdulillah ..




* A E Y J A Y bisikan & nukilan isi hati seorang insan 2:58 PM

Tuesday, July 19, 2005



|

10.40 mlm
boringnyer mlm ni.rancangan tv pun ntah apa².bosan giler! semua org dah ZzZzZZzZzZzz .. tinggal aku sensorang tercongok depan tv.aku belek² vcd yg ader.Tentang Dia.best jugak kalau layan citer ni.utk kesekian kalinya (klu tak silap kali ke 6!) aku tgk citer ni sorang² sambil layan perasaan.entah kenapa aku suka sgt dgn citer ni.mungkin sbb ada kene mengena dgn diri aku kot??? tiapkali aku tgk citer ni aku akan teringatkan ssorg.dia yg pernah jd teman baik aku masa kat kolej,skrg ntah apa cerita & perkembangan terbaru aku pun tak tahu.sejak aku extend LI & balik melaka terus lost contact dgn dia.rudi mengingatkan aku pd dia.dia seorang sahabat yg baik persis si rudi.hubungan aku dgn dia cukup akrab.dimana ada dia disitulah aku.tp skrg cuma tinggal aku .. dia entah dimana

awal perkenalan antara aku dgn dia bermula kat hostel.actually masa hari pendaftaran 1st sem aku dah nampak dia.tp aku tak tahu la pulak yg kitorang ni amik cos yg sama.aku tgk dia pun semacam je time tu.so tak berani la nak approach dia.walhal masa tu cuma ada aku,dia & kakak yg uruskan psal pendaftaran student baru.masa nak masuk hostel pun aku ternampak dia lagi,tp ttp buat tak tahu je.bukan nak menyombong tp aku ni mmg jenis yg susah nak approach org.kalau org tak kenal aku gerenti diorang akan kata yg aku ni kekwat! tp hakikatnya .. siapa yg kenal aku dia tau la.

masa kat kelas jumpa minah ni lagi.uiks! satu cos??? erm .. biarlah dia yg tegur dulu.rupa²nya dia pun sekapal dgn aku.daftar lambat! masa sesi suai kenal baru aku tau yg dia tu sabahan & something yg aku perasan fizikal dia! mcm ada yg tak kena.tp aku takdelah tanya direct dgn dia.nnt apa pulak kata dia.dlm diam aku mula 'rasa' yg dia ni boleh jd kawan aku.kebetulan bilik aku dan dia bersebelahan.dia sebilik dgn 2 org lg minah sarawak yg juga sama cos dgn kitorang.dari hari ke hari aku dan dia menjadi semakin rapat.yg untungnya bila berkawan dgn dia ni aku jd semakin bersemangat study.dia mmg rajin & antara student paling menyerlah dlm batch aku.so secara tak langsung aku boleh gak rujuk pd dia kalau ada prob.tiap kali ada grouping assignment dah tentu aku berpasangan dgn dia.dari hostel smpi lah kitorang berpindah ke rumah sewa dialah teman baik aku.

terkadang aku rasa cukup simpati dgn dia.hanya kerana fizikal nya yg kurang sempurna buatkan dia semacam disisihkan dari teman sekolej.tp dia cukup kuat.aku tak pernah dgr dia mengeluh krn fizikal nya.tp kadang² aku tgk dia selalu termenung.selalu menulis diari.walaupun aku tak tahu apa yg dia tuliskan,tp jauh disudut hati aku percaya dia tentu meluahkan isi hati pd diarinya.aku kesian kan dia.selalu menjadi mangsa kwn yg suka ambil kesempatan.bila ada assignment yg susah² diorang cari dia,tp bila assignment siap dah submit pada lecturer diorang buat tak reti je dgn dia.tiapkali lepas kelas aku dgn dia akan habiskan masa kat warung Acai (warung paling sinonim dgn bebudak kolej aku)
pd aku dia cukup istimewa.sbb dia yg bnyk memahami aku.mampu bertahan dgn kerenah aku yg kadang kala tak menentu.i miss her so much!

last time dgr khabar dari dia tahun lepas.itu pun dari lecturer yg serumah dgn aku dulu.skrg ni aku nak cuba 'jejak kasih' dia.no hp dia pun dah tak aktif.so lepas ni kena lah belek² diari & buku telefon lama cari no telefon rumah dia.semoga aku dipertemukan dgn 'rudi' yg amat ku rindui! amin ..




* A E Y J A Y bisikan & nukilan isi hati seorang insan 11:25 AM

Tuesday, July 12, 2005



|
"Jangan fikirkan yang sedap saja, kadang-kadang kita kena juga telan yang pahit sebab kadang-kadang yang pahit itu ubat sedang yang sedap itu racun.”

“Tengok awan usah terlupa pada bumi yang dipijak.” “Berubah itu mungkin mudah, tapi kekal dengan perubahan yang dibuat itu mungkin payah.”

“Lebih baik memandai-mandai daripada langsung tak pandai.”

“Kaya itu bukan sahaja kerana wang, boleh jadi kaya hutang, kaya anak, kaya musuh atau kaya perasaan.”

“Biar tak kaya harta tapi kaya budi, biar hanya kata-kata, kadang-kadang itu lebih bererti.”

“Bercakap itu lebih baik daripada diam, tapi diam itu lebih baik daripada bercakap perkara yang merapu.”

“Cinta agung biasanya berjalan dengan penuh berliku.”

"Yang ada, yang banyaknya orang yang berkokok banyak, buatnya sikit, canangnya lebih."

“Jangan cakap je, tapi buat, jangan buat je langsung tak bercakap.”

“Baju cantik hanya sesuai untuk orang yang kemas.”

"Sesungguhnya hajat,impian,cita-cita yang diimpikan adalah doa yang panjang dan berterusan yang sentiasa dipanjatkan pada-NYA."

“Berkahwinlah kamu tatkala kamu benar-benar telah bersedia untuk digelar suami, isteri, ibu, ayah"

“Biar azab kurang makan daripada azab terlebih makan.”

“Usahkan bulan, kalau nak matahari pun sanggup didekati. Usahkan badan sendiri, kalau tak nak dibiarkan berdaki.”

“Harimau yang mengaum itu tak makan orang, tapi kalau sebulan tak makan dibahamnya juga.”

“Bertenang itu kepintaran, kelam-kabut itu kebongokan.”

Tanpa mulut lidah tak berfungsi, tanpa lidah mulut tak bererti.”

“Kalau nak tahu kita ni pendek ke tinggi, tengoklah orang yang lebih pendek, tentu kita nampak tinggi.”

"Keji itu ibarat baja, makin ditabur makin subur."

“Memuji sorang sama sorang itu ampu namanya, mengeji di khalayak ramai tu cabaran namanya, sebab itu pujian adalah racun, cacian adalah penawar.”

“Jiwa yang tenang datang dari kehidupan yang tenang."

"Orang tak hairan kita boleh buat majlis kahwin tiga hari tiga malam, tapi orang jadi hairan apa pasal tak pandai layan."

“Kalau kita tak dapat buktikan kejayaan kita dalam bentuk benda itu belumlah lagi kejayaan namanya.”

"Kuli batak yang gaji kadang-kadang tak cukup itu lebih mulia daripada tauke besar yang EPF pekerjanya pun dia sapu."

"Biar cakap sikit tapi bersama bukti; biar tak bercakap buktinya nampak."

“Biar buruk di mata orang tapi indah di mata TUHAN, tapi tentu lebih bagus kalau indah di mata TUHAN juga indah di mata orang.”

“Tak semua yang nampak rugi itu sepanjangnya rugi, kadang-kadang untung menanti di hujung.”

“Bercakap itu mudah sebab itu ramai sungguh orang melakukannya, tapi mengumpat itu lebih mudah sebab itu lebih ramai orang melakukannya.”

“Mempertajam kapak seminit itu lebih baik daripada menghayun kapak yang dempak sepanjang hari.”

"Rajin itu ubat, sedang malas itu racun."

“Sama menolong sama beruntung.”

“Hampir semua kegagalan disebabkan tersalah langkah. Salah langkah bermula daripada tersalah fikir. Tersalah fikir bermula dari gagal mengenal diri.”

“Angin selalunya membelai, jarang sekali menghempas, tetapi apabila dia mula menghempas pasti ada yang tidak akan faham lagi makna dibelai.”

“Soal bahagia letaknya di hati, justeru jadikan hati cetusan senyum.”

“Usah terlalu hairan melihat pelangi tapi terlebih hairanlah melihat bagaimana kamu berdiri."

“Biar jadi pintar benar-benar boleh digelar pintar, jangan gelaran saja pintar tapi hapah tak reti"

"Dare to be different."

"Biar papa asal bergaya, kalau dah papa macam mana nak bergaya."

"Kalau boleh ketawa senyumlah juga sebab ketawa bercampur senyum itu memang bahagia."

“Mari bekerja keras macam saya, jangan bersenang-senang walhal tak senang macam ramai daripada kita.”

“Orang baik terpancar melalui perbuatannya; orang jahat juga terpancar melalui perbuatannya.”

“Bukan cantik saja isunya, tapi kesihatan yang utama. Jaga makan, jaga badan bukan lawa dan hansem saja matlamatnya, tapi kesihatan matlamatnya.”

“Yang penting tindakannya bukan apa yang hanya berlegar di dalam fikirannya.”

“Kerana ada cinta orang boleh berjuang mempertahankan cintanya, tapi kerana ada cinta juga orang boleh berkorban untuk mempamerkan kebodohannya.”

“Kalau nak buat kerja buat betul-betul, kalau tak nak buat baik tak payah buat.”

“Orang baik jarang mengaku jahat, tapi orang jahat seronok mengaku baik.”

“Kalau kamu nak jahat, jahat betul-betul, biar macam Firaun, baru berbaloi masuk neraka. Kalau setakat tipu orang seratus dua lebih baik jadi baik betul-betul, sebab balasannya Syurga.”

“Bukan semua yang manis itu manis adakalanya di hujung lidah ia manis di hujung tekak menjadi pahit.”


* A E Y J A Y bisikan & nukilan isi hati seorang insan 1:00 PM

Monday, July 11, 2005



|
Sinopsis
Lando (Ricky Hanggono) seorang fotografer yang baru saja ditinggal tunangannya. Dalam kegalauannya ini dia bertemu dengan seorang gadis penjaga ticket busway yang bernama Kalin (Dian Sastrowardoyo). Lando pun kembali menemukan gairah hidupnya. Tapi hal ini tidak berlangsung lama, karena tanpa alasan yang jelas Lando meninggalkan Kalin begitu saja, yang membuat Kalin marah dan sakit hati.


Waktu terus berlalu, Lando yang tetap dengan kegalauannya mendapatkan Kalin sekarang telah menjadi seorang super model, dia melihat kehadiran kalin dimana-mana.
Timbul kerinduan dan keinginan untuk menemui Kalin kembali dan menjelaskan alasannya dulu pergi. Akhirnya kesempatan itu didapatnya, dia berhasil menemui Kalin, tapi lagi-lagi pertemuan ini berakhir dengan tragis karena Kalin mengalami kecelakaan dan mengakibatkan dia buta. Walaupun kemudian Kalin mendapatkan donor untuk kornea matanya yang membuat dia bisa melihat kembali, tetapi dia tidak melihat kehadiran seorang Lando, laki-laki yang sebenarnya sangat dia cintai.
Bisakah Kalin akhirnya bertemu dengan Lando, atau apakah kornea mata itu?? Begitu sempitnya waktu, begitu besarnya cinta !!


p/s: sinopsis ni aku copy & paste dari website rasmi filem ni.


OST Ungu Violet
Menanti Sebuah Jawaban - Padi

aku tak bisa luluhkan hatimu
Dan aku tak bisa menyentuh cintamu
seiring jejak kakiku bergetar
Aku tak terpagut oleh cintamu
Menelusup hariku dengan harapan
Namun kau masih terdiam membisu

Sepenuhnya aku ingin memelukmu
Mendekap penuh harapan tuk mencintaimu
Setulusnya aku akan terus menunggu
Menanti sebuah jawaban tuk memilikimu

Betapa pilunya rindu menusuk jiwaku
Semoga kau tau isi hatiku
Dan seiring waktu yg terus berputar
Aku masih terhanyut dalam mimpiku

aku tak bisa luluhkan hatimu
dan aku tak bisa menyentuh cintamu



tak sabar rasanyer aku nak tengok filem Ungu Violet.tgk promo kat tv3 mcm best je.tp boleh ke filem ni setanding dgn Tentang Dia & Ada Apa Dengan Cinta??? aku harap citer ni best spt yg diwar²kan kat tv.jgn mcm sesetengah filem tu 'indah promo dari citer sebenar'! apa² pun tunggu je tayangan di pawagam berhampiran anda bermula 4 Ogos 2005 (mcm iklan la pulak!)
www.ungu-violet.com



* A E Y J A Y bisikan & nukilan isi hati seorang insan 1:57 PM

Friday, July 08, 2005



|
Sesuatu yang baik, belum tentu benar. Sesuatu yang benar, belum tentu baik. Sesuatu yang bagus, belum tentu berharga. Sesuatu yang berharga/ berguna belum tentu bagus.

Pikiran yang terbuka dan mulut yang tertutup merupakan suatu kombinasi kebahagiaan.

Semakin banyak Anda berbicara tentang diri sendiri,semakin banyak pula kemungkinan untuk Anda berbohong.

Jika Anda tidak bisa menjadi orang pandai, jadilah orang yang baik.

Seorang teman sejati akan membuat Anda hangat dengan kehadirannya, mempercayai akan rahasianya dan mengingat Anda dalam doa-doanya.

Doa memberikan kekuatan pada orang yang lemah, membuat orang tidak percaya menjadi percaya dan memberikan keberanian pada orang yang ketakutan.

Jika kita berbuat baik, kebaikan pula yang akan kita terima kelak.

Senyum tidak hanya akan menampilkan wajah yang cerah,namun juga menghangatkan jiwa.

Cinta itu angkuh dan lembut. Lebih baik memiliki cinta daripada memiliki semua bintang di langit.

Yang penting bukan berapa lama kita hidup, tetapi bagaimana kita hidup.

Nasihat yang baik tidak pernah datang terlambat.

Iri hati yang ditunjukan kepada seseorang akan melukai diri sendiri.

Anda cuma bisa hidup sekali saja didunia ini, tetapi jika anda hidup dengan benar, sekali saja sudah cukup.

Kenangan indah masa lalu hanya untuk dikenang, bukan untuk diingat-ingat.

Rasa takut bukanlah untuk dinikmati, tetapi untuk dihadapi.

Orang bijaksana selalu melengkapi kehidupannya dengan banyak persahabatan.

Lidah anda yang menentukan siapa anda.

Diantara isi rumah tangga, anak-anaklah yang terbaik.

Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan,itu adalah mulia dan terpuji.

Jika Anda tidak memulai hari ini dengan senyuman,belum terlambat untuk mencubanya pada hari esok.
Buka mata kita lebar-lebar sebelum menikah, dan biarkan mata kita setengah terpejam sesudahnya

Persahabatan sejati layaknya kesihatan, nilainya baru kita sedari setelah kita kehilangannya.

Seorang sahabat adalah yang dapat mendengarkan lagu didalam hatimu dan akan menyanyikan kembali tatkala kau lupa akan bait-baitnya.

Bertemanlah dengan orang yang suka membela kebenaran.Dialah hiasan dikala kita senang dan perisai diwaktu kita susah Namun kita tidak akan pernah memiliki seorang teman,jika kita mengharapkan seseorang tanpa kesalahan.Karena semua manusia itu baik kalau kita bisa melihat kebaikannya dan menyenangkan kalau kita bisa melihat keunikannya tapi semua manusia itu akan buruk dan membosankan kalau kita tidak bisa melihat keduanya.

Tak seorang pun sempurna. Mereka yang mau belajar dari kesalahan adalah bijak. Menyedihkan melihat orang berkeras bahwa mereka benar meskipun terbukti salah.

Bila kita mengisi hati kita dengan penyesalan untuk masa lalu dan kekhawatiran untuk masa depan, kita tak memiliki hari ini untuk kita syukuri.

Perlukah merasa kecil dan malu dihina? Orang yang dihina itu sebenarnya memungut pahala tanpa perlu bersusah payah.

Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab,merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat.(Khalifah Abdul MAlik bin Marwan)

Barang siapa yang selalu kekenyangan maka banyaklah dagingnya, dan siapa yang banyak dagingnya maka kuatlah nafsunya. Siapa yang kuat nafsunya maka banyaklah dosanya, siapa yang banyak dosanya maka keraslah hatinya dan siapa yang keras hatinya maka tenggelamlah dia dalam bencana dunia serta keindahannya.

Sesungguhnya sebagian perkataan itu ada yang lebih keras dari batu, lebih tajam dari tusukan jarum, lebih pahit daripada jadam dan lebih panas daripada bara.

Sesungguhnya hati adalah ladang, maka tanamlah ia dengan perkataan yang baik, kerana jika tidak tumbuh semuanya (perkataan yang tidak baik) nescaya tumbuh sebahagiannya.

Tidak ada simpanan yang lebih berguna daripada ilmu.Tidak ada sesuatu yang lebih beruntung daripada adab.Tidak ada kawan yang lebih bagus daripada akal.Tidak ada benda ghaib yang lebih dekat daripada maut.

Sekali tidak berhasil bukan berarti gagal selamanya.

Kebahagiaan takkan dapat dinilai dgn wang ringgit

Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya. Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina. Orang yang mencintai akhirat, dunia pasti menyertainya. Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga.

Sesungguhnya orang-orang yang berlaku adil di sisi Allah laksana berada di atas mimbar yang terbuat dari cahaya. Mereka itu orang-orang yang berlaku adil dalam menetapkan hukum baik kepada rakyat maupun kepada keluarga.

Tiga sifat yang menyebabkan penyandangnya tidak tenteram dalam hidupnya : iri, dengki, dan akhlak buruk.

Hiduplah Sesuka hatimu, Sesungguhnya kamu pasti mati. Cintai siapa saja yang kamu senangi, Sesungguhnya kamu pasti akan berpisah dengannya Lakukan apa saja yang kamu kehendaki, Sesungguhnya kamu akan memperoleh balasannya.

Tidak ada kebaikan bagi pembicaraan kecuali dengan amalan. Tidak ada kebaikan bagi harta kecuali dengan kedermawanan. Tidak ada kebaikan bagi sahabat kecuali dengan kesetiaan. Tidak ada kebaikan bagi sedekah kecuali niat yang ikhlas. Tidak ada kebaikan bagi kehidupan kecuali kesihatan dan keamanan.


* A E Y J A Y bisikan & nukilan isi hati seorang insan 10:58 AM