Wednesday, July 20, 2005
|
8.45 a.m
hari ni sampai awal kat ofis.on pc lepas tu duduk termenung kejap.belek² kertas yg tersusun rapi atas meja.mana yg patut di failing aku masukkan dlm fail,mana yg patut humban dlm tong sampah aku renyuk & campak.alamak! tong sampah pun dah nak penuh.nak menapak pi buang sampah rasa malas la pulak.ala esok je laa buang.takde mood hari ni!
9.05 a.m
"assalamualaikum .. slmt pagi!" suara pakcik Jonet kedengaran.aku sambut salam dia dgn senyum tawar.dia senyum lagi,aku terpaksa senyum lagi dan lagi.kali ni 3 kali ganda tawarnya.takde rasa langsung.dia mula bukak cerita pasal boss aku yg mmg tak enak didengar.aku dah naik muak,bosan,jelak dan apa² jelah perkataan yg boleh describe betapa aku mmg dah menyampah dgr citer tu.suka tak suka terpaksa lah aku menadah telinga.boss aku boss dia jugak.yg dia dok meluah rasa tak puas hati dgn aku apa yg boleh aku buat??? aku sdri kalau tak puashati dgn boss ngadu kat dia.pasalnyer jarak umur antara pakcik Jonet dgn boss aku tak jauh.maka nya hubungan diorang tu dah mcm kengkawan je layaknya.secara tak langsung bila aku ada masalah & tak puashati pakcik Jonet la jd perantara @ middleman antara aku dgn boss.aku teruskan aktiviti aku tanpa pedulikan pakcik Jonet.biar dia terus bercerita & biar jari jemari aku ni rancak mengetuk²papan keyboard.tp sesekali tu terpaksa mencelah & menjawab bila dia bertanya itu ini.ish! bosannyer! dia ni tak tau ke aku tgh bad mood ni.ala biasalah org perempuan tiap² bulan mmg selalu mood swinger!
aku teruskan baca paper .. update blog .. masuk szone .. online YM tp tak chatting.appear to be offline hari ni.mood tak baik so tak nak diganggu.kalau on gerenti ada sorang dua yg nak berborak dgn aku.aku pulak tgh takde mood (uiks! baper kali dah aku mention yg aku ni takde mood???) ah lantak la.emosi aku mmg tak stabil skrg ni.mana nak fikir masalah kat office,problem kat rumah,masalah kengkawan aku,masalah negara,masalah ekonomi,masalah dunia pun aku pikir gak.mana otak ni tak serabut.
12.16 p.m
boss suruh pegi bank & bayar KWSP.alahai boss ni nak suruh keluar office tu suruh la pagi².ni dah tengahari buta baru nak suruh aku kesana kemari.dia ingat aku ni budak pejabat ke kat sini! tu lah dulu baik² ader sorang peon dah berenti la pulak.lepas tu bukan nyer dia reti² nak cari peon lain.aku jugak yg jd mangsa.dlm keterpaksaan aku pegi jugak.dah arahan nak buat mcm mana.ikut je la.memula aku pegi bank,hampes giler! machine fast cheque deposit rosak!!! eee .. naper la time aku nak guna ditambah pulak dgn takde mood mesin tu rosak??? rosak la masa aku tak nak guna.tu lah org kata bila time mood swinger ni,semua serba tak kena.menda yg kecik pun leh jd masalah besar.tak jd bank in cheque.pegi KWSP bayar caruman.jam dah tunjuk angka 12.30.kang kalau lambat lunch time dah takde org nak entertain.abg kat kaunter tu hari ni muka pun semacam je.(ntah² dia pun takde mood kot???) ish pandai² je aku ni buat telahan sdri.on the way back to office drop by kat Maybank once again.fast cheque deposit machine still rosak.nasib baik ader sorang officer Maybank yg prihatin;bila tgk kat mesin tu dah bersesak² ngan org ramai yg mcm semut menghurung gula.pelik betul! tak pernah tgk mesin rosak ke??? nak tergelak pun ader aku masa tu.officer tu bukak mesin & tlg masukkan cheque aku.selesai! nak balik office.panas! hangat! penat!
1.10 p.m
masuk office on aircond & relaks! lunch time tp malas nak mkn sbb pagi td aku breakfast dgn sebungkus nasi lemak (yg tak terasa lemak nya!) yg bapak aku beli masa hantar anak buah aku pegi sekolah.tak sedap tp terpaksa jugak telan.dah mmg jadi tabiat kau takkan skip breakfast,sbb aku jarang lunch.so sementara nak tunggu pukul 5 tu takdelah kebulur sgt.online YM sekadar nak tgk 'dia' online @ tak.gelap! mmg sah dia ade keje kat luar.keje dia bukan mcm aku 24jam ngadap pc.kekadang dia terpaksa keluar office,jumpa org tu org ni.erks! apsal melalut smpi ke 'dia' pulak ni??? aku rindu kat dia kot??? ntah la,rasanyer ader la sikit² rasa rindu tu.(konon sikit padahal dlm hati Allah je yg tau betapa aku rindukan 'dia')
2.05 p.m
alamak terlupa sesuatu!! nasib baik aku belek² hp & tgk to do list.alamak tepon office pulak 'rosak'.nak tak nak terpaksa la aku korbankan credit yg dah nyawa² ikan tu.alhamdulillah cik siti ader."assalamualaikum! cik siti .. saya ni siti .." belum habis ayat aku cik siti dah menyampuk "waalaikumussalam .. oo siti ek.saya call tak dpt² kenapa?" amboi tajam betul ingatan dia kat suara aku yg lemak merdu ni! (ayat versi perasan!) lepas tu aku citer la pasal sejarah kehilangan hp aku pd dia.dia cuma kata "ooo patut laa" aku pun angguk² kepala mcm la aku tgh bercakap face to face dgn dia.poyo pulak rasanyer.sblm menamatkan perbualan sempat aku pesan kat cik siti suruh bg no baru aku pd si Lye.rindu pulak kat dia.berita gembira!! aku dah boleh amik Dip.cuma surat utk konvo je tak sampai² lg.ikut kata cik siti tak lama lg surat utk konvo akan menyusul ... alhamdulillah!
4.25 p.m
tgh layan lagu Hijjaz - pelita hidup.terharu & insaf! sambil tu aku terfikir² bila nak ke KL??? bila nak beli baju baru semata² sbb nak pegi KL,apa aku nak buat bila kat sana,mana aku nak ajak si Lye tu merewang, pendek kata mcm² la aku dah plan dlm kepala.cuma tunggu masa sesuai je nak realitikan plan² aku tu. erm .. tunggulah isnin depan kot.alamak! tak boleh la pulak,pasalnyer dah hujung bulan gerenti si Lye tu belum gaji.dia dah pesan kat aku kalau nak pegi sana tunggu awal bulan.kalau camtu boleh la aku 'pow' dia.mintak belanja makan kfc @ mc d pun ok gak.dia pun ader hutang ngan aku.so ini lah masa nyer nak menuntut hutang.hari ni aku takde mood,tp bila dpt berita yg aku dah boleh amik Dip kat kolej tetiba rasa baik la skit mood aku.ader peningkatan positif.sesungguhnya Allah tu Maha Berkuasa.pg td mood mmg teruk giler,berkat kekuasaanNya aku dpt berita gembira.alhamdulillah ..
* A E Y J A Y bisikan & nukilan isi hati seorang insan
2:58 PM