* A E Y J A Y ]

Monday, July 25, 2005



|
24 Julai 2005
Ahad yg blues!


hari ni hari Ahad atau lebih familiar org sebut hari minggu.hari cuti! hari yg sepatutnya menggembirakan menjadi hari yg seindah biasa aje bg aku,atau mungkin tak indah langsung! sbb nya cuaca masih mendung;sama spt 3-4 hari lepas.cuma yg bezanya hari ni hujan turun renyai².so takde outdoor activity yg boleh aku buat.hari ni aku cuma kemas rumah,tgk tv,terperuk dlm bilik sambil baca mag,bla bla bla (dah tak tau nak buat apa lg!) urgh! bosan betul! oopss baru teringat .. hari ni kan 24/7? birthday Kak Lee! hmm .. aku belek² diari lama,cari number yg membolehkan aku berhubung dgn dia.alhamdulillah .. pencarian aku berhasil .. tp argh! credit pulak dah nyawa² ikan!! camne aku boleh terlupa nak topup ni? dapat pulak no rumah,alamatnyer baru je aku bg salam gerenti terus kiok! jumpa no hp pulak bila aku dail keluar la suara lemak merdu sorang pompuan dia kata camni "nombor yg anda dail tiada dlm perkhidmatan..the number that u call is not in service!" hehehe .. suara operator la tu.entah kenapa sejak akhir² aku selalu teringatkan Kak Lee.sampaikan terbawa dlm mimpi.niat nak call dia aku terpaksa postpone dulu.tunggu bila credit aku dah bertimbun² & tak habis pakai (pernah ke credit aku tak habis pakai?setahu aku tak cukup pakai ader la!) baru call dia.call ke Sabah beb! kalau semenanjung boleh la tahan lagi.ini jauh nun di sana.sabar ajelah!

ok lah aku nak stop citer pasal Kak Lee.insyaAllah satu hari nanti aku yakin episod 'jejak kasih' antara aku dan dia akan tiba jua.bila aku tgk anak²buah aku tgh syok bermain,terfikir alangkah indahnya andai masa dpt diputar kembali.nak aje aku jadi mcm diorang.kanak² yg setiap hari dunianya penuh dgn kegembiraan dan keseronokan sepanjang hari.tak spt org dewasa mcm aku yg hidup sentiasa penuh dgn cabaran,dugaan,tension,geram,marah,sedih dan mcm² masalah lg.tiap hari ader je problem.lepas satu .. satu! entah bila hidup aku ni nak aman drp masalah aku pun tak tau.nak kata aku ni suka cari pasal takde la pulak.tp masalah je yg suka cari aku,aku tak suka cari masalah.

baru aku perasan yg hari ni hp aku senyap giler.tak berbunyi langsung.dari subuh sampailah ke tgh mlm takde 1 new message & missed call pun tertera kat skrin hp.suka? ntah.boring la pulak bila takde member kacau.tp bila hp tu asyik dok menjerit je,aku tension la pulak.ni lah dinamakan manusia.akulah manusia itu dan manusia itu aku.ada saja yg tak kena.serba tak kena bila diri dilanda kebosanan.minda aku mula menerawang.jauh melamun .. melayang dan akhirnya aku terus zZzZZzzZZzzz ...






* A E Y J A Y bisikan & nukilan isi hati seorang insan 1:00 PM