* A E Y J A Y ]

Tuesday, July 19, 2005



|

10.40 mlm
boringnyer mlm ni.rancangan tv pun ntah apa².bosan giler! semua org dah ZzZzZZzZzZzz .. tinggal aku sensorang tercongok depan tv.aku belek² vcd yg ader.Tentang Dia.best jugak kalau layan citer ni.utk kesekian kalinya (klu tak silap kali ke 6!) aku tgk citer ni sorang² sambil layan perasaan.entah kenapa aku suka sgt dgn citer ni.mungkin sbb ada kene mengena dgn diri aku kot??? tiapkali aku tgk citer ni aku akan teringatkan ssorg.dia yg pernah jd teman baik aku masa kat kolej,skrg ntah apa cerita & perkembangan terbaru aku pun tak tahu.sejak aku extend LI & balik melaka terus lost contact dgn dia.rudi mengingatkan aku pd dia.dia seorang sahabat yg baik persis si rudi.hubungan aku dgn dia cukup akrab.dimana ada dia disitulah aku.tp skrg cuma tinggal aku .. dia entah dimana

awal perkenalan antara aku dgn dia bermula kat hostel.actually masa hari pendaftaran 1st sem aku dah nampak dia.tp aku tak tahu la pulak yg kitorang ni amik cos yg sama.aku tgk dia pun semacam je time tu.so tak berani la nak approach dia.walhal masa tu cuma ada aku,dia & kakak yg uruskan psal pendaftaran student baru.masa nak masuk hostel pun aku ternampak dia lagi,tp ttp buat tak tahu je.bukan nak menyombong tp aku ni mmg jenis yg susah nak approach org.kalau org tak kenal aku gerenti diorang akan kata yg aku ni kekwat! tp hakikatnya .. siapa yg kenal aku dia tau la.

masa kat kelas jumpa minah ni lagi.uiks! satu cos??? erm .. biarlah dia yg tegur dulu.rupa²nya dia pun sekapal dgn aku.daftar lambat! masa sesi suai kenal baru aku tau yg dia tu sabahan & something yg aku perasan fizikal dia! mcm ada yg tak kena.tp aku takdelah tanya direct dgn dia.nnt apa pulak kata dia.dlm diam aku mula 'rasa' yg dia ni boleh jd kawan aku.kebetulan bilik aku dan dia bersebelahan.dia sebilik dgn 2 org lg minah sarawak yg juga sama cos dgn kitorang.dari hari ke hari aku dan dia menjadi semakin rapat.yg untungnya bila berkawan dgn dia ni aku jd semakin bersemangat study.dia mmg rajin & antara student paling menyerlah dlm batch aku.so secara tak langsung aku boleh gak rujuk pd dia kalau ada prob.tiap kali ada grouping assignment dah tentu aku berpasangan dgn dia.dari hostel smpi lah kitorang berpindah ke rumah sewa dialah teman baik aku.

terkadang aku rasa cukup simpati dgn dia.hanya kerana fizikal nya yg kurang sempurna buatkan dia semacam disisihkan dari teman sekolej.tp dia cukup kuat.aku tak pernah dgr dia mengeluh krn fizikal nya.tp kadang² aku tgk dia selalu termenung.selalu menulis diari.walaupun aku tak tahu apa yg dia tuliskan,tp jauh disudut hati aku percaya dia tentu meluahkan isi hati pd diarinya.aku kesian kan dia.selalu menjadi mangsa kwn yg suka ambil kesempatan.bila ada assignment yg susah² diorang cari dia,tp bila assignment siap dah submit pada lecturer diorang buat tak reti je dgn dia.tiapkali lepas kelas aku dgn dia akan habiskan masa kat warung Acai (warung paling sinonim dgn bebudak kolej aku)
pd aku dia cukup istimewa.sbb dia yg bnyk memahami aku.mampu bertahan dgn kerenah aku yg kadang kala tak menentu.i miss her so much!

last time dgr khabar dari dia tahun lepas.itu pun dari lecturer yg serumah dgn aku dulu.skrg ni aku nak cuba 'jejak kasih' dia.no hp dia pun dah tak aktif.so lepas ni kena lah belek² diari & buku telefon lama cari no telefon rumah dia.semoga aku dipertemukan dgn 'rudi' yg amat ku rindui! amin ..




* A E Y J A Y bisikan & nukilan isi hati seorang insan 11:25 AM