Wednesday, August 24, 2005
|
24 August 2005
Rabu yang kelabu!!
Alhamdulillah! akhirnya internet kat office aku dah disambung semula.rindu sangat dengan dunia siber yang aku tinggalkan lebih kurang sebulan lamanya.and of course aku sangat lah teruja nak update blog & berchatting dengan member siber aku.rindu serindu rindunya!! tapi diorang rindu ke kat aku?
hari ni aku rasa takde mood langsung nak pegi keje.rasa malas sangat! nak kata monday blues tak pulak.sebabnya hari ni kan dah Wednesday.mana ader org sebut Wednesday blues.lepas tu pulak lambat.abah aku sakit,so nak kene tunggu abang ipar aku.dialah yang jadi driver tiapkali hari hujan @ abah aku ader hal yang tak boleh dielakkan.sampai office pukul 9.15.dah 2 hari berturut² aku lambat.apa nak jadi dengan aku ni.nasib baik masa aku sampai boss aku belum datang lagi.selamat!
11.00 a.m ~office yg sepi~
boss panggil aku.dia serahkan check suruh aku bank in sekarang jugak! dengan perasaan malas yang masih bersarang dalam minda,aku pegi lah jugak.dah keje nak buat macam mana.malas ke rajin ke keje tetap keje!tak sampai 5 minit kat bank,urusan aku dah pun selesai.balik office.boring tahap maksim! apa lagi yang aku nak buat ni? nak kemas office,office aku memang sentiasa clean & clear.takde benda yang perlu aku susun atur.lagipun bila² masa aje office aku akan berpindah.customer pun tak ramai.bosan .. bosan ..
1.00 p.m ~Patisfrance Cafe yg menyenangkan aku~
lunch time! nak kata lapar sangat tak la jugak.tp daripada aku terperuk kat office lagi baik aku pegi cuci mata kat luar.kene matahari sikit.asyik duduk dlm bilik ber'aircond' je.kulit pun jd tak sihat.aku pegi Patisfrance Cafe.port lepak aku bila tension & takde mood.aku just minum milo & makan cheese tart kegemaran aku.sambil makan sambil tu aku dok melayan sms 'member' aku.nasib baik la dia pun pakai Celcom,kalau tak mau pokai jugak aku asyik nak kene topup credit aje.tau² je lah dah hujung bulan mcm ni.gaji pun belum keluar lagi.nasib baik ada dia nak layan aku.kalau tak mati kutu aku dibuatnyer.tepat jam 2.00 baru aku beredar dari cafe.biarlah masuk lambat sikit.bukan ader banyak keje pun.
3.30 p.m ~kedai TM lepas tu balik office yg dah kurang kadar kesepian~
boss suruh pegi TM settle kan bil telefon & internet.padan muka dia! sampaikan org TM dah call kata nak matikan line baru dia sibuk² nak suruh aku pegi bayar.tp bagus jugak dia bayar skrg.takdelah aku mati kutu kat office kalau takde keje.yg sebenornya aku suka pasal dpt chat ngan member siber & most important thing dpt update blog aku ni.receptionist tu kata after 2 hours dah boleh activate balik internet,tp tak ku sangka cempedak jd nangka sampi je kat office tangan ni gatal pulak nak try connect internet walaupun aku dah diberitau oleh cik receptionist yg cantik molek tu bahwa internet hanya boleh diguna selepas 2 jam.Yihaa!!! internet dah ok!! tp tak bnyk yg boleh aku buat dlm masa sejam.just browse SZ lepas tu jam dah tunjuk 5.00 p.m. masa utk balik rumah.home sweet home!!
cerita internet office ku yg bermasalah dah settle,apa lg yg tak selesai ek??? jap aku fikir² kan!* A E Y J A Y bisikan & nukilan isi hati seorang insan
4:13 PM