Monday, September 26, 2005
|
~tabligh~
petang tadi kak ngah aku dtg umah pasal hubby dia pegi main badminton.tengah aku leka melayan anak² buah aku kat laman rumah tetiba aku terpandang sekumpulan lelaki berjubah putih berjalan masuk ke arah rumah aku.cepat² aku lari masuk rumah.segan! dah ler aku cuma ber t shirt body ngan kain batik.nnt tak pasal² kene khutbah free ngan diorang tu.takkan aku pulak nak sambut diorang?lagipun mmg tak elok anak dara cam aku terhegeh² kat depan rumah padahal yg diorang nak jumpa pasti lah abah or abang aku.abah aku tak larat nak keluar jumpa diorang sbb demam.dah 2 hari tak kebah² jugak.kesian kat abah! dari dalam rumah aku perhatikan kumpulan tabligh tu.(buatkan aku teringat sorang sahabat) bersungguh² bercerita dgn abg aku.entah apa biji butir yg diorang ckp aku pun tak baper sure.yg aku terdengar pasal isu umat Islam hari ni yg nampaknya dah semakin jauh dari landasan Islam yg sebenar.surau tak semeriah shopping kompleks..ceramah² agama tak ramai pengunjung mcm konsert bla bla bla .. aku terpikir apa yg diorang cakapkan.ada kebenaran walaupun pedih telinga mendengar.
gejala sosial .. dadah .. mat rempit .. pelacuran .. ajaran sesat ..bla bla bla....kalau nak disenaraikan semua aktiviti tak sihat ni mmg sampai esok pun takkan habis.aku fikirkan diri aku.aku mmg tak terlibat langsung dgn menda² ni,tp dah cukup bagus ke tu? apa pulak tanggungjawab aku sbg seorang muslim? kenapa aku tak main peranan utk sedarkan mereka² yg dah hanyut tu? tp mcm mana? cukup ke kalau sekadar aku tahu yg aku tak terlibat;dan mereka² yg dah terjebak tu akan ada org lain yg menyedarkan mereka? knp mesti harapkan org lain? kalau semua org fikir mcm aku alamatnya ..... hmm ... pikir lagi dan lagi dan lagi sampaikan naik tepu otak aku ni.kalau aku buat² tak kisah pun tak boleh jugak.hidup bermasyarakat kene lah saling bantu membantu & nasihat menasihati.tp dari mana aku nak mula???
mungkin aku harus bermula dgn diri aku sdri.bukan mungkin lagi sebenarnya.tp mmg patut + harus + wajib! kalau aku sdri tak betul,mcm mana nak betulkan org lain? nak kata berubah jd seorang manusia yg perfect tu tidak la.(mmg takde pun manusia perfect dlm dunia ni.)tp sekurang²nya aku boleh berusaha utk jd org yg lebih baik dlm segala hal.org mungkin kata "ala setakat cakap aje tp kalau tak buat tak guna jugak.jgn hangat² tahi ayam je!" hmmm... betul lah tu.tp takkan aku nak heboh kat korang yg aku ni baik+jujur+ bla bla bla .. cukup kalau aku sdri yg tau.
apa yg aku merepek ni? merepek ke aku? betul apa aku cakap.terpulang la korang yg baca.korang nilai la sdri apa yg aku kata ni betul @ tak.yg aku tau,aku mmg tau apa yg aku tau,yg aku tak tau korang tau atau tak tau.tau² sendiri udah le! full stop!
~konvo punya cerita~
tengah aku asyik tgk Buletin Utama,tup² ada berita pasal konvokesyen ITTAR yg terakhir sblm ITTAR bergabung dgn UNITAR dan lepas ni no more ITTAR.yang ada cuma UNITAR.hampes betul!! dlm hati aku berkata "kenapalah time aku belajar dulu tak nak gabung.aku dah jd ex ITTAR baru diorang nk join venture".mak aku pulak dok menyindir sbb aku tak nak pegi konvo.alahai letihnya! tersirap darah aku bila dgr kata² mak aku tu.tp aku malas nak menjawab.aku cuma senyum tawar + rasa menyesal + sedih mengenangkan kedegilan aku yg tak nak join konvo semata² sbb rasa malu tak dpt grad ngan member se'batch' ngan aku.dan 1 sbb lagi yg aku tak pernah btau mak aku.biar aku simpan sdri sbb tu....
soalnya skrg bila aku nk pegi ITTAR amik dip aku? camne nak pegi padahal gaji pun tak dpt lagi.minggu depan dah nak pose.argh!! boss kau mmg kejam! what ever it is i'm trying to be cool & rileks.jgn marah².bak kata Dewa:-
Hadapi dengan senyuman
Semua yang terjadi
Biar terjadi…
Hadapi dengan tenang jiwa
Semua... kan baik baik saja
Bila ketetapan tuhan
Sudah ditetapkan
Tetaplah sudah…
Tak ada yang bisa merubah
Dan takkan bisa berubah
Relakanlah saja ini
Bahwa semua yang terbaik
Terbaik untuk kita semua
Menyerahlah untuk menang
* A E Y J A Y bisikan & nukilan isi hati seorang insan
1:56 PM