* A E Y J A Y ]

Monday, September 19, 2005



|
19 September 2005
Isnin yg terpilu

~ptg ahad yg meriah~
mak sedara aku berkunjung ke rumah.aku mcm biasalah hujung² minggu dok lepak kat rumah.malas nak keluar.lebih² lagi tgh hujung bulan ni.takde fulus nak kesana kemari.kalau ader pun dah mmg tabiat aku suka dok rumah.tak bazir duit.kalau keluar tu ade je brg yg nak dibeli.skrg ni kene jimat cermat.almaklum lah umur pun dah meningkat.mana tau esok lusa ada jodoh,so menyimpan la dari skrg.hehehe .. ni apsal aku merepek smpi bab kawin ni? ntah aku pun tak tau! seronok aku tgk family aku berborak sakan dgn mak sedara aku.tugas aku cuma menyiapkan minum ptg utk family & tetamu.nak menyampuk citer² diorang tu,tak minat la pulak.pasal topiknya utk org yg dah berumur aje.(bab² rumahtangga,anak²,jiran sebelah) alahai gossip² biasa je.klu diorang tu bercerita pasal siti nak jugak aku nyampuk!!

~tgk 3R~
tepat jam 7.30 aku on tv.mana leh missed tgk favourite program aku ni.isu hari ni ttg kes seorng remaja yg pernah terlanjur bunuh diri sbb tak tahan dgn tekanan dari org sekeliling.aku pun pelik dgn mentaliti masyrakat sekeliling yg kononnya 'prihatin' dgn masalah si polan,padahal 'prihatin' diorang tu bukannya menolong meringankan beban si mangsa,tp lebih kpd menambahkan beban yg sedia ada.pengajaran yg aku dpt dari citer ni ialah "bunuh diri bukan jln penyelesaian sesuatu masalah!".bila iman semakin menipis .. dan bila syaitan beraja di minda & hati itulah jadinya.mati dlm keadaan terkutuk.nauzubillah!!

~tgk drama Usia pulak~
tgh dok layan citer ni tetiba hp bunyi.sms!! dari sape ek? aku berlari² anak masuk bilik capai hp.dari dia.mcm biasa msg dia penuh dgn kata² hikmah yg kdg kala buat aku tersenyum,takut,pilu & kdg tu mendebarkan.aku reply.dia balas.aku reply lagi.dia balas lagi.sampailah dia beritau aku 1 perkara.ttg niat dia.hajat dia.aku terpaku.aku kata dlm hati "betul ke dia ni? ke dia saja² nak buat lawak mlm minggu?" ternyata dia serius.aku makin kalut.terkejut pun ader.terkedu.tak tau apa harus aku buat.kebetulan yg tak menyenangkan credit aku pulak dah ... asyik ber sms smpi lupa nak check balance.akibatnya dia mula terasa.dia mula syak aku marah @ merajuk.padahal situasi sebenar aku dia tak tau & mungkin tak nak amik tau.bertalu² incoming sms yg aku terima.dari dia,dari teman sz tp tak 1 pun ku balas sbb credit ...:(

~pagi yg kusangka indah bak pelangi rupanya mendung~
lepas subuh aku dpt 1 lagi kiriman sms dari dia.dia tanya samada aku marah @ merajuk dgn dia.mcm mana nak reply kalau credit dah ... tgh aku sibuk² bersiap nak ke office hp bunyi lagi.dia kirim sms lagi.kali ni aku betul² terkejut dgn isi kandungan sms dia.blur,sedih,geram,tension.knp dia buat mcm ni kat aku? apa salah aku pada dia? knp dia tak bg peluang utk aku explain perkara sebenar? kenapa .. kenapa .. kenapa??? semua persoalan tu aku tak mampu jawab.hanya dia yg tahu kenapa dia bertindak mcm tu.maka bermulalah episod pagi yg suram utk aku.sbb dia merubah segalanya.kdg² aku terfikir alangkah kejam nya manusia yg tak mahu beri peluang pd org lain.yg lebih menyedihkan bila setan meracun fikiran dan manusia amik tindakan bodoh tanpa fikirkan perasaan org lain.akhirnya ...

~office~
dari pagi smpi ke tengahari aku dok sensorang buat keje sambil layan perasaan.sayu.pilu.boss entah ke mana.sorang lagi collegue aku bercuti 2 hari pegi holiday ngan anak bini dia.bosan nyer! aku surf site favourite aku,baca e paper,check e mail.keje tak bnyk.makin bosan dlm suram.boss masuk office after lunch hour.makin sebal hati aku bila tgk muka selamba dia.aku rasa mcm nak menjerit je kat dia dan kata "bila ngko nak bayar gaji aku ni? ngko ingat aku ni mkn pasir?" tp aku sabarkan hati aku sdri.aku istighfar bnyk².aku tak nak ikut kata setan.kalau aku luahkan betul² kata² tu kat boss aku maka akan bersorak kegembiraan la setan² tu sbb dah berjaya pengaruhi aku.sesatkan aku.alhamdulillah aku masih mampu bersabar.aku senyum tawar pd boss.dia buat muka selamba jugak.aku malas nak senyum lagi.hati aku dah luka.sbb dia,sbb boss tak bayar gaji bla bla...

salah aku ke @ salah dia @ dia tersalah faham @ argh! pedulik la siapa pun yg salah...



* A E Y J A Y bisikan & nukilan isi hati seorang insan 1:41 PM