* A E Y J A Y ]

Friday, October 07, 2005



|
Aku tak ingat bila kali terakhir aku mula terfikir utk berhenti keje.tinggalkan company ni & cari keje lain.sejak kebelakangan ni org² sekeliling aku dah mula balik mendesak agar aku berhenti keje.satu hal yg dulu pernah jadi isu hangat dlm hidup aku;dan lepas tu suam² kuku dan skrg makin menjadi² panasnya.amat sukar utk aku buat keputusan.sebenarnya tak susah.cuma nak dgn tak nak aje.entah apa yg aku nak sebenarnya aku pun tak pasti.aku mula termakan kata² diorang.tak guna aku terus kat sini andai hati aku tak tenang.apa kes ni? kes aku nak resign tp takde perkembangan apa² pun

isu aku nak resign jadi semakin complicated.semua gara² sikap aku sdri.betullah kata mak,abah,akak,abg & teman² aku yg aku ni degil.tp kedegilan aku bersebab.bukan sekadar suka².hari ni aku dah nekad,itupun lepas apa yg pakcik jonet tu beritau aku.perkhabaran yg sungguh tak terjangkau dek pemikiran aku.sungguh di luar dugaan & jangkaan seorang yg bernama aku iaitu aku sdri.kalau boleh digambarkan mimik muka aku sewaktu 'cerita dongeng' tu singgah dipendengaran telinga aku,takde riak muka blur,riak terkejut pun bukan,sedih tidak juga.entah apa yg aku rasa tika itu hanya DIA yg tahu.tak dpt aku gambarkan.tp yg pasti dan mmg sahih ialah cerita yg disampaikan pada aku bukan setakat dongengan.ia realiti yg aku kene terima

aku redha.aku pasrah.mungkin sampai di sini aje perjalanan 'hidup' aku.aku harus menoktahkan setakat ni.sambungan hidup aku yg sebenar mungkin ada ditempat lain.bukan lagi kat sini.kat sini adalah satu dunia yg aku tak nampak mentari.yg kelihatan cuma samar² cahaya lilin yg bakal padam bila dihembus bukan setakat angin puting beliung malah andai angin selembut bayu menderu sekalipun dah cukup buat ia padam & takkan mungkin bernyala kembali.sebab aku tak nak nyalaan tu kat sini.aku harapkan cahaya yg lebih terang disuatu daerah yg lain.daerah yg takkan sama sekali ada persamaan dgn tempat ni

perlahan² aku mula yakinkan diri aku.membuat andaian² positif semata² utk menyedapkan hati aku sdri walaupun hakikatnya aku masih kabur (bukan ke aku kata dah nekad? so knp mesti kabur lagi ek?) dgn keputusan yg bakal aku buat.apa yg boleh aku katakan separuh drpnya mmg keputusan aku sdri.selebihnya org lain yg 'bermurah hati' membantu aku dlm membuat final decision.apa yg susah sgt nak resign? rezeki ALLAH SWT yg tentukan.takkanlah boleh mati kebulur kalau tak keje kat sini lagi.itu kata hati aku.tp bukan bab mati kebulur yg jadi persoalan utama.aku nak resign.aku tetap akan resign.apa nak jadi lepas ni aku akan buat² tak peduli.aku cuma nak berhenti keje.aku dah muak dgr cakap² yg ada kebenaran tp pastinya buat aku 'terbakar' bila dengar dialog diorang.

tengah aku sibuk² kat sini,sambil tu aku mengarang surat perletakan jawatan.hahaha .. nak tergelak pun ader.apa sebab? ntah la.tetiba je rasa mcm happy sbb aku bakal tinggalkan 'dunia' yg buat hidup aku kelam kabut sejak kebelakangan ni.aku masih menunggu hari itu.menghitung hari...




* A E Y J A Y bisikan & nukilan isi hati seorang insan 3:00 PM