Monday, October 03, 2005
|
Isnin yg blues ke? blues kot sbb nya bila dah bercuti hujung minggu mmg terasa malas nk pegi keje.aku jugak salah seorang drp mereka² yg mmg liat nak pegi keje bila tiba hari isnin.hari ni aku mmg betul² takde mood nak keje.dlm hati aku dah pasang niat nak ponteng.tp tak terfikir pulak idea yg patut aku btau kat boss napa aku nak cuti.takkan nak buat alasan sakit.mesti dia mintak surat MC.nak kata kucing aku sakit? lagilah kedengaran tak masuk akal alasan yg ni.pikir punya pikir,last minute tak jadi ponteng.baiknya aku.(perasan la tu!)
dek kerana aura ke'malas'an utk pegi keje semakin menjadi² aku jadi huru hara sekejap.manakan tidak sbb terlalu lama pikir sampaikan tak sempat prepare apa².aku sarung apa je yg tercapai dek tangan.nasib baik baju yg aku pakai jenis kain yg tak perlu digosok.jimat masa.breakfast pun ala kadar.cuma secawan nescafe buat alas perut.alamak! aku dah lambat ni!! jam dah tunjuk angka 8.55.tinggal 5 minit je lagi.lambat lagi la jawabnya.takpe lah boss aku pun spesies yg suka masuk lambat.so dia takkan tau pun kalau aku lewat.hehehe
sah aku lewat 10 minit.aku tgk kat car park,kereta boss aku takde.selamat lagi utk kesekian kalinya.bila dah masuk office tu mcm biasalah keje aku.ngadap pc! check mail,send mail,baca e paper, bla bla bla .. blues oh blues bila la ngko akan dipisahkan dari aku?! pagi dah pun menginjak ke tengahari tp ttp terasa blues.apa kena dgn aku ni? agaknya sbb dari kat umah tadi aku dah set kan mind aku supaya isnin ni jd hari blues utk sepanjang masa bekerja.bukan takat pagi je.hehehe .. agaknye lah kot.
"kembalilah kpd ku selamilah jiwa ini yg terluka .. ikatan kita berdua ..." ringtone yg memang aku khususkan utk si dia.teman aku yg rock! rock ke dia ni? ikut kata dia rock la,tp ikut kata aku .. ntah (sukati dia la nak rock ke jiwang ke aku tak kisah.) ape ke hal nya dia ni tetiba call? biasanya dia sms aje.klu nak call pun biasanya waktu malam.yg aku pelik kenapa hari ni tengahari buta dia call.ada emergency ke? ntah² dia sesaja nak sembang ngan aku kot.jawab je la."assalamualaikum! hai awak ... bla bla bla ...." (dialog yg lain tak censored tp aku malas nk taip) aku terkejut.menggelabah giler.dia ni biar betul.bila aku tanya balik dia beria² kata dia ada dekat² kawasan office aku.
aku jadi tak tentu arah.kejap² aku masuk bilik boss jenguk dari tingkap.alahai poyo nye aku ni.mana boleh nampak.dah tentu la dia kat dalam.aduhai! perut aku dah mula senak.tangan dah menggigil.suara aku pun dah mcm tak terkeluar bila bercakap dgn dia.walhal belum pun jumpa,baru on the phone je dah aku dah jd mcm budak baru belajar bercakap.aku kata kat dia kalau dlm masa 10 minit aku tak muncul maknanya aku takkan jumpa dia.
Ya Allah apa aku nak buat ni? ke'panik'an aku mengalahkan nak jumpa anak raja;sampaikan collegue aku yg sorang tu naik heran sbb aku kejap duduk kejap mundar mandir depan dia.agaknya dia kata aku ni dah buang tebiat kot? ah lantak lah dia nak kata apa pun.yg penting skrg ni aku masih berkira² samada nak jumpa dia @ tak.nak jumpa segan.kalau tak jumpa pulak,kesian kat dia.lepas 10 minit pun aku masih tak boleh buat keputusan.nak ke tak nak.lepas aku tanyakan pendapat collegue baru aku tu,terus aku nekad.apa nak jadi,jadilah.aku akan jumpa dia.habis citer.
aku cari restoran yg si dia maksudkan.tak jumpa pun.(hari² dok lalu situ pun still takleh cari.camni takde tokoh laa aku jd tour guide) call dia tp hampeh.ntah ceruk mana dia duduk aku pun tak tau.bising sgt.last² aku putuskan line.tunggu dia call.tak sampai seminit aku putuskan line,dia call balik.now aku dah nampak restoran yg dia maksudkan.tu dia! betapa beratnya kaki aku nak melangkah ke meja dia.dari jauh dia dah tersenyum.senyum yg aku tak pasti maksud nya.dan aku sendiri tak nak tafsirkan terlalu awal.tanpa dia pelawa aku terus duduk.mak aih! tak sopan nye aku.org belum invite dah in advance tarik kerusi & duduk berhadapan dgn dia.senyum blur aku dari aku utk dia.
jantung aku mcm nak tercabut bila dah berdepan dgn dia.tp seboleh²nya aku try control jgn bagi isyarat yg obvious kat dia bahwa aku tgh gelabah giler.aku & dia cuma duduk minum dan bercerita ttg ntah apa² aku pun tak sure.maybe sebab aku & dia masih malu².almaklum kali pertama bertentang mata.chewah! tapi bukan la bertentang mata all the time.kekadang tu aku kelu tak tau nak cakap apa.makanya mata aku ni meliar dok peratikan org yg lalu lalang tepi meja kitorang.tangan pulak dok belek² hp.(jgn dia ingat aku nak nunjuk² hp aku dah ler!) blank.
hampir sejam aku dgn dia dok berborak.lastly agaknya dia dah rasa bosan terus dia ajak aku jalan sekitar kawasan sentral.dari hujung ke pangkal.tak sampai pun 15 minit kitorang jalan² tak cari makan.dah pukul 2.55 ptg.aku cakap kat dia aku nak masuk keje balik.dia pun mengiakan saje.tu lah sape suruh dtg hari keje.hari senin pulak tu.oopss tp aku jugak pernah cakap kat dia kalau nak jumpa masa hari keje aje.so bukan la salah dia pun.maybe timing yg kureng betul kot.sampai kat office boss ader tercongok dlm bilik dia.aku buat muka selamba.dia pun tak tanya apa².so diam je la.takyah explain kalau dia pun dah buat tak reti je.(aku tau napa dia tak tanya!!)
maka dgn itu tamatlah cerita ttg pertemuan aku dan si dia.perjumpaan yg tak aku rancang.yg tak aku sangka.tp satu hal yg aku musykil,napa aku jumpa dia? bukan ke selama ni aku dah janji dgn diri aku sdri yg aku takkan semudah itu jumpa dgn dia.hmm.. menda dah berlalu pun.menyesal? tak aku tak nyesal sikit pun.cuma aku harap lepas ni aku akan lebih menepati janji yg aku sdri buat.lebih hormati kata² yg keluar dari mulut aku sdri.
* A E Y J A Y bisikan & nukilan isi hati seorang insan
4:30 PM