* A E Y J A Y ]

Tuesday, November 08, 2005



|
"pada mereka yang tak mengerti menuduh dirimu .. dijurang kesalahan saja ku tak sampai hati biarkan engkau begini"

bait lagu Sanisah Huri yg aku suka tu ada kene mengena dgn cerita hari ni.sampai office awal hari ni.jarum jam tangan aku baru tunjuk angka baru 8.30 aku dah terpegun depan pc.tak baca e paper seperti hari² sebelumnya.tak send e mail semacam biasa.nawaitu aku masuk kerja awal semata² sebab nak update dunia blog alam maya aku.aku suka berada di sini.aku puas meluahkan apa yg aku rasa tanpa dibalas sebarang komen @ kritikan (semasa meluahkan yg terbuku didada).di sini aku bebas bercerita apa yg aku rasa.

...:::entah siapa dia:::...
bila aku online YM ader seseorang yg kurang aku kenali PM ajak sembang.sebetulnya aku pernah sembang dgn dia,cuma terlalu sedikit yg kami sembangkan waktu tu dan topiknya pun tak berapa menarik perhatian aku utk terus berbual.waktu itu semua pertanyaan dari dia aku rasakan stereotype mcm chatters² lain.tapi kali ni dia muncul dgn isu yg menarik dan buat aku berfikir.isu? (kalaulah boleh aku katakan ianya satu isu) dia tanpa segan silu menceritakan perihal peribadinya pada aku.ttg bagaimana dia mempunyai teman perempuan yg dia rindui,ttg bagaimana dia hampir² terjerat & bercinta dgn isteri org walhal dia sendiri sudah beristeri & mempunyai anak yg bakal berkahwin (korang mesti boleh agak umur dia) dan bagaimana dia cuba utk melupakan semua tu

bercerita dgn dia,aku boleh memberi pendapat dan dia boleh menerima.kami berdiskusi dan sepertimana biasa aku akan pertahankan pendirian aku yg aku rasakan benar (dan dalam hal ni mmg aku yg benar) kerana ternyata istilah open minded yg dia gunapakai dan dia aplikasikan dlm isu ni takkan dibolehkan dari segi moral & penerimaan ssorg yg bergelar insan yg bernama wanita.dah begini punya lama chat aku masih tak tau nama dia.so aku gelarkan dia 'pakcik isu' (tapi dia tak tau!)

...:::Si Lin punya cerita:::...
aku ingatkan lepas bercerita dgn 'pakcik isu' otak aku boleh la berehat dari memikirkan masalah org lain.rupanya tidak.sangkaan aku meleset sama sekali.lepas lunch hour si Lin pulak dtg mencurahkan isi hati @ lebih tepat dtg menceritkan pada aku pasal problem dgn bf dia.aku sebenarnya malas nak amik tau.bukan sekali dua aku dengar rintihan rasa dia.aku ni dah jadi macam kaunselor tak bergaji dia.soalnya skrg bukan hal aku jadi kaunselor tak bertauliah dia yg mengusutkan fikiran aku,tapi sikap dia yg tak nak berubah.dah tau bf tu jenis yg hampeh,tinggalkan aje la.jalan penyelesaian dah ader depan mata.dia sdri yg nak menyeksakan jiwa raga dia semata² kerana seorang lelaki yg bagi aku tak layak dibuat kawan sekalipun apatah lagi nak buat bakal suami

napa hari ni aku dgn sukarela jadi pendengar masalah org sedangkan masalah aku sdri belum selesai (atau aku pun mcm si Lin,jalan dah terbentang luas;cuma buat² tak nampak aje?)


* A E Y J A Y bisikan & nukilan isi hati seorang insan 4:59 PM