Thursday, November 10, 2005
|
sob .. sob .. sob .. airmata mengalir laju mengenangkan hari ni hari terakhir aku berada di office ni.sebak didada yg tak mampu aku tahan.titisan demi titisan airmata berjuraian membasahi pipi.aku menangis semahu²nya.pujukan dari boss,pakcik akaun dan Murni (budak praktikal yg gantikan aku utk sementara) tak berjaya menenangkan aku....:::intro versi memperdaya:::...korang jgn terpedaya pulak dgn ayat sedih kat atas tu.itu cuma intro jek.sesaje nak bg 'feel'.sebenarnya tak setitik pun airmata mengalir sebab keputusan aku utk berenti keje.nak kata tak sedih tu nampak sgt penipu.mmg la aku sedih.cuma airmata aku degil tak nak keluar.lagipun bukan nyer apa sgt.cuma berenti keje aje.aku sampai office 20 minit lebih awal hari ni.memula ingatkan nak sampai sejam lebih awal,tapi mata aku tak mengizinkan (kes terlambat bangun) setengah jam lepas tu Murni pulak sampai.aku terangkan kat dia apa yg patut dia buat sbg menggantikan tempat aku.tugas² aku yg perlu dia ambil alih.boss aku pulak lagaknya macam biasa aje.cuma yg aku perasan hari ni dia lebih senyum (entah kenapa aku tak tahu) mungkin sebab dia fikir lepas ni takkan dpt senyum depan aku lagi kot.kot je la!...:::farewell lunch:::...jam 11.30 pakcik akaun ajak kitorang keluar lunch.dia nak belanja sempena hari terakhir aku kat sini.boss aku dgn si Murni ikut sekali.dlm hati aku berkata "apsal pulak pakcik ni yg belanja? patutnya boss la kene keluar duit.bukannya dia" tapi semua persoalan tu aku simpan sdri dlm hati.punyalah payah nak cari tempat makan.memula ingatkan nak pegi restoran paling best (kata si pakcik akaun) kat Melaka ni.tapi hampeh.pengusaha & pekerja restoran tu masih dlm mood hari raya.maka kedai makan tu pun 'beraya' la jugak.akhirnya lepas puas meronda² kitorang singgah kat Restoran Lot 86 (nombor bertuah kot) makan nasi beriani.perut aku yg memang sedia kelaparan sbb tak breakfast terus menyuap tanpa segan silu versi control ayu.lepas sejam habiskan masa utk lunch,on the way back to office kitorang singgah kat Mydin.ntah apa angin pakcik akaun tu ajak pegi situ.kalau nak belanja pun best gak.hehehe .. amboi (dah bagi betis nak peha!) aku saja tengok² cuci mata dgn tidak mempunyai walau sekelumit pun niat utk membeli belah walhal kalau nak diikutkan ada la 2-3 benda yg menarik pada pandangan mata aku.bosan + sayu...:::beberapa jam lagi:::...aku kerling jam.3.45 p.m. maknanya ada 1 jam 15 minit lagi aku kat sini.aku teruskan dgn keje² yg dibagi dek bos aku (aku dah nak berenti bnyk pulak keje yg dia bagi) online YM.aku tunggu si dia,tapi tak muncul².aku sedih sesangat.aku teringin 'berbicara' dgn dia buat kali terakhir sebelum ntah bila aku boleh online lagi.aku terus berharap moga² dlm 1 jam terakhir ni dia muncul.AMIN ...tapi sekarang jarum jam dah tunjuk 4.30 p.m. aku dah berhenti berharap.kalau ader alhamdulillah.kalau takde .. redha je la.sayonara ...* A E Y J A Y bisikan & nukilan isi hati seorang insan
3:45 PM