* A E Y J A Y ]

Friday, February 03, 2006



|
hot! bukan hot.fm
cuaca panas terik kat luar.Alhamdulillah hujan rahmat belum membasahi bumi ALLAH.mungkin petang nanti hujan kot? macam semalam.uiks! sejak bila aku jadi peramal kaji cuaca? tapi bukan soal cuaca yg nak aku kisahkan hari ni,tapi sesuatu yg bakal berlaku hari ni dan beberapa hari lagi.tetiba teringat yg aku belum laksanakan sesuatu yg sejak seminggu yg lalu telah aku rancangkan cuma tertangguh atas sebab² tertentu.tinggal sehari aje lagi sebelum hari bahagia dia tiba (tak termasuk hari ni) aku harap agar dia benar² bahagia pada hari bahagia dia.bnyknya bahagia! kalau dia tak bahagia jugak tak tau nak kata apa.

hoorey! lunch time dah tiba
aku rasa teruja nak tunggu lunch time.tak sabar nak beli sesuatu utk dia.dan sebagaimana biasa MP jadi pilihan aku utk dapatkan sesuatu utk dia.on the way aku singgah kat ATM machine.sekadar nak tgk baki akaun (yg sebetulnya nak tgk cheque gaji dah clear @ tak) KECEWA! belum clear.mungkin petang kot.argh! takpelah lagipun dlm wallet masih ada saki baki gaji bulan lepas.cukup la kot utk seminggu dua lagi.lepas dihampakan dek mesin ATM karat tu, aku terus ke kedai buku Thai Kuang yg aku rasa² baru sehari dua dibuka cawangan di MP.kedai yg cukup luas dan selesa utk aku habiskan masa berjam² kat situ (kalau boleh la) tapi sayangnya lunch time aku cuma sejam.ditolak masa pergi balik ada tinggal lebih kurang 40minit je.

cari pilih dah jumpa
hampir 25 minit aku habiskan membelek² birthday card yg ada kat situ.hampir semua aku capai + baca sepantas kilat & ada sesetengah kata² lucu yg mampu buat aku tersenyum .aku dah tak peduli apa reaksi org lain bila tgk aku tersengih sensorang.janji aku tak kacau org sudah! bab pilih memilih mmg aku tak berapa suka.rambang mata bila tgk bnyk sgt kad yg berkenan dimata.tak tahu nak pilih mana satu.ada kad yg kategori jiwang karats,ada yg kategori formal giler,ada pulak yg humor habis.last sekali aku pilih kad berwarna kuning yg bagi aku simple yet nice.masa nak pi kaunter pulak mata tertengok mag Cleo favourite aku.headline yg cukup buat aku tak sabar² nak beli dan baca "CAN A BLOG GET YOU FIRED?" nak tergelak pun ader time baca title tu.ooppss! takkan pasal blog pun sampai boleh kene pecat? ni mesti kes keje tak siap tapi dok perabih masa bekerja kat blog.aku termasuk ke? mungkin tidak! coz i'll make sure all my job is done then only i'll spent few hours here (yelah tu!) apsal korang tak caya ke? tak caya sudah!

prepaid card
perut yg tadinya lapar giler tetiba bertukar jadi ala² tak lalu nak makan.sebab dlm kepala otak aku ni masih lagi terfikir mcm ada sesuatu yg tak lengkap.apa dia ek? hmm...PRESENT! what should i give to him? ni lah yg paling aku tak suka.tak tau nak beli apa.yg itu pandang rasa mcm tak sesuai .. yg ini tgk mcm tak best.semua serba tak kena.Idea!!! yes!!! Alhamdulillah akhirnya sesuatu yg mungkin tak pernah dibuat dek org lain terlintas pulak dlm kepala aku.PREPAID CARD (mungkin korang pun terkejut sbb layak ke menda tu dijadikan birthday gift?ada 'sentimental value' ke?) tapi bagi aku semua tu tak penting.janji ada kelainan dan maksud sebalik sekeping prepaid card.bukan bagi korang kot tapi utk aku ade cerita sebalik prepaid card.yg pasti bukan prepaid card yg tak valid ek! tapi yg belum bergores & semestinya ada nilai dari segi ringgit & sentimental value! (berapa? ader la!)

i'm running out of time
alamak! dah pukul 1.30 p.m.nampaknya hari ni lunch time terlajak sikit la.sorry boss ek! hari ni je saya lambat skit.lenkali tak buat lagi.sampai office 1.40 p.m. pergh! penat giler.tgk muka boss mcm ok.Alhamdulillah mmg ok sbb dia tak tanya apsal aku lambat.siap senyum lagi! TQ boss! tgh dok leka prepare invoice utk customer dia muncul belakang aku.ingatkan nak bagi aku keje lagi disebabkan kelewatan aku,rupa²nya nak bagi 'ang pow' sempena CNY.tersenyum lebar la jugak aku bila sampul merah bertukar tangan.masin jugak mulut mak yg kata InsyaAllah aku akan dpt.

apa nak tulis ni?
satu lagi bab yg aku tak berapa nak suka.mengarang ucapan sempena hari bahagia seseorg.nak jiwang sgt tak sesuai,nak formal rasa pelik la pulak.rasanya mungkin sepatah dua kata dah cukup kot.masih fikir .. fikir dan fikir .. yg pentingnya hari ni mesti pos.tak boleh lengah lagi.

back to work or u'll get fired! hehehehe .. (teruja nak baca artikel dlm mag Cleo pasal blog)

sekian sahaja cerita utk hari ni.mungkin esok masih ada cerita pasal dia @ mungkin cerita lain kot.depends! well see u 2morrow.insyaAllah.wassalam :)








* A E Y J A Y bisikan & nukilan isi hati seorang insan 3:16 PM