* A E Y J A Y ]

Monday, February 13, 2006



|
monday blues!
isnin oh isnin kenapa perlu ada hari yg bernama isnin? malas nak kerja tapi takde alasan munasabah utk ponteng.kerja lah jawabnya!

sunday is a holiday!
but i don't feel like a holiday.kenapa? jawapan yg aku sdri malas nak jawab sebab akan sama spt yg pernah aku jawab suatu masa dulu.mak & abah takde kat rumah.diorang pegi rumah Mak Uteh pasal ada majlis 'merisik' si Lin.sape² yg tak tau apa tu majlis merisik cuba²lah tanya org² tua sebab diorang mmg serba tau pasal menda ni.aku tak ikut.banyak lagi kerja rumah menanti utk aku bereskan (weekend is my turn).dan sebagaimana biasa aku akan ditanya soalan cepumas oleh mak & akak² aku."kau bila lagi dik?" (aku sgt menyampah dgn soalan ni! diulang aku sgt menyampah dgn soalan ni!!!) aku tak jawab.cuma buat dek aje.bagi aku biarlah si polan tu dah ada yg dtg merisik ke .. dah nak bertunang ke .. dah nak menikah ke .. aku peduli apa.janji dia bahagia.dah sampai seru diorang tu nak berumahtangga .. so aku cuma mampu mengAminkan!!! semoga kekal ke akhir hayat.insyaAllah!

bila azan Maghrib dah hampir nak berkumandang baru mak & abah tiba kat rumah.lepas maghrib sebagaimana biasa juga (takde yg luarbiasa setakat ni) mak bercerita ttg aturcara majlis merisik tadi kepada aku walaupun pada hakikatnya aku tak berapa minat nak tahu (mungkin selepas ditanya soalan cepumas pagi sebelumnya). secara kebetulan aku berada diruang tamu utk menonton Buletin Utama jadi nak tak nak dengar lah jugak.ikut cerita mak aku bulan Jun buat majlis 'hantar belanja' and end of this year they will get married.pergh! express giler (aku rasa la) tapi biarlah kalau dia dia nak kahwin minggu depan pun bukan ada kene mengena dgn aku.

bukan setakat cerita majlis tu saja yg mak aku sampaikan,juga beserta beberapa helai kertas A4 turut dihulur pada aku.(bukan borang kursus kahwin ok!) tapi borang JAWATAN KOSONG.aku rasa teruja masa baca & belek² borang tu.apatah lagi bila disogokkan cerita ttg mata gajinya oleh mak.nak kata jauh lebih besar berbanding keje aku skrg tak la jugak.tapi keje ni prospek nya lebih cerah.atau ikut kata mak aku lebih menjamin masa depan (apa dia ingat keje aku skrg ni tak menjamin masa depan ke?) apa² pun aku tetap isi dan insyaAllah lusa aku akan postkan.harap² dapatlah.kerana aku dah takde rasa lagi keje kat office skrg ni.tak happening.aku cuma kuatkan semangatkan keje kat sini utk menjalankan tanggungjawab aku sahaja.takde 'rasa' lain.cuma atas dasar tanggunjawab semata²!

kalau sudi tolong doakan aku supaya dpt keje tu ek! aku dah rasa 'statik' kat sini.itulah rasa yg aku benci.erm ... manusia! erm ... aku lah itu!


* A E Y J A Y bisikan & nukilan isi hati seorang insan 1:33 PM