Wednesday, February 22, 2006
|
Hari ini akhirnya aku beranikan diri utk menuntut hak aku.itupun bukan aku sendiri yg melakukannya,tetapi melalui bantuan si abah yg prihatin akan nasib yg menimpa anak gadisnya.aku harap segala²nya berjalan lancar tanpa sebarang aral melintang."Ya ALLAH Ya Tuhanku..KAU permudahkanlah segala urusanku" Amin!... tak sabar tunngu berita dari abah.gembira @ sebaliknya aku redha.harapanku cuma satu;moga abah khabarkan utusan ceria bukan yg bisa buat aku gundah gulana.Semalam surat maya singgah lagi dipeti masuk.aku teruja bila mendapat tahu peluang keje yg aku nantikan (selain dari apa yg ada skrg) masih bnyk kekosongan.tanpa ragu² aku terus menghubungi syarikat berkenaan.argh! tapi kehampaan jua yg kedengaran dicuping telingaku.akibat syarat² yg agak mustahil utk aku penuhi membuatkan peluang terlepas begitu sahaja.Ah!! alangkah ruginya..hati aku berbisik.kalaulah dari dulu aku sedari akan kepentingan ...... mungkin jawatan tu akan jadi milik aku.pasrah! dah bukan rezeki aku.tapi Alhamdulillah sekurang²nya aku masih mempunyai pekerjaan dan bukan lagi si 'penanam anggur terhormat'aku harus pergi ... si pendengki sudah kemari!!* A E Y J A Y bisikan & nukilan isi hati seorang insan
11:09 AM