Thursday, February 02, 2006
|
rasa-rasaaku semakin kerap ke sini.sebab cuti CNY dan Awal Muharam maka boss aku turut cuti sakan.makanya akulah insan yg ber'maharanilela' di office ni.aku masih menanti balasan e mail dari dia.dah lebih seminggu tapi penantian aku masih hampa.entah² dia lupa password e mail dia kot? entah² dia dah ada e mail address baru kot? entah² mmg dia belum balik kot? entah² mmg dia sengaja tak nak balas e mail aku kot? terlalu banyak andaian yg entah betul @ tidak berlegar² di kotak fikiran aku.entah² semua andaian aku yg berasaskan perkataan entah salah belaka.entah la! (dlm nada yg berbaur rasa kecewa & putus asa)pada siapa?aku tak tahu kemana harus aku buangkan segala rasa yg terperuk & menjeruk dlm hati aku ni.semua yg aku lakukan semacam terasa ada yg tak kena.sebab apa? sebab dia? ye ke sebab dia? atau ada sebab² lain yg tak terjangkau dek pemikiran aku kerana terlalu asyik melayan perasaan terhadap dia? mungkin! sesekali terdengar bisikan² yg entah dari mana datangnya "buat apa la nak ingat kat org yg dah tak ingat kat kita!" ada betulnya.juga ada silapnya.aku tak sepatutnya menilai dan buat keputusan tanpa bukti dan alasan² kukuh.sedangkan hakim sdri takkan menjatuhkan hukuman sebelum meneliti segala fakta kes & bukti².inikan pula aku seorang insan biasa yg penuh dgn emosi sehingga pada satu ketika ke'rasional'an berfikir bagaikan dah tak wujud tatkala cuba menghuraikan sebab musabab segala yg berlaku.jangan pernah menyesalterkadang rasa menyesal kerana aku dipertemukan dgn dia.namun siapalah aku yg mampu menolak qada & qadar dari ALLAH yg Maha Esa.jikalau betul kesal yg aku rasa,samalah seperti aku menyalahkan DIA kerana mempertemukan kami.jadilah aku hambaNya yg tak tahu erti syukur.jadilah aku hambaNya yg jahil dlm menilai erti rahmat sebalik semua kejadian yg telah DIA tentukan utk aku."Ya ALLAH Ya Tuhanku KAU ampunkanlah segala dosaku! jadikanlah aku antara golongan hamba²MU yg tahu bersyukur dgn setiap kurniaanMU Ya ALLAH!" biarkan sajaaku takkan mengharap lagi.aku redha jika andaian² aku jadi nyata.aku pasrah jika ini ketentuanNya.sekadar yg termampu aku lakukan hanyalah berdoa semoga dipenghujung cerita takkan berakhir dgn episod sedih.moga² ada sedikit sinar keceriaan menanti.* A E Y J A Y bisikan & nukilan isi hati seorang insan
12:15 PM