Tuesday, March 28, 2006
|
aku terpanggil utk kembali menulis.sblm ke sini bnyk sungguh rasanya yg ingin aku perkatakan.ttg isu semasa..kisah peribadi..hal pejabat..teman sekerja..si dia.. argh! dipendekkan kata semuanya ingin aku war²kan (luahkan .. luahkan!).biar semua org tau apa yg terbuku dihati aku.atau lebih tepat utk kepuasan hati aku sdri.Ya kepuasan! itu sebenarnya yg aku inginkan.ada org yg bertanya "kenapa perlu ada blog? kenapa mesti luahkan dlm blog? kenapa tak cerita pada teman²? KENAPA .. KENAPA dan KENAPA??? bnyk benar rasanya soalan tu,lebih berat utk aku menjawabnya.SEBAB aku tak punya alasan lebih² lagi jawapan yg konkrit @ tepat utk semua soalan tu.ini bukan medan peperiksaan yg berkehendakkan jawapan objektif yg tepat.bukan aku tak percaya pada sang sahabat.bukan juga niat utk mencanang pada dunia ttg kisah hidup aku yg semestinya tak semenarik kisah Siti Nurhaliza dan gossip percintaannya .. kisah segelintir masyarakat pribumi di sekitar daerah Pahang yg semakin terhimpit dek kerakusan sesetengah golongan yg hanya mahu mencari untung.aku cuma manusia biasa yg tak punya apa² yg bisa membuatkan org sekeliling buka mata dan kenal siapa aku.cukup lah aku menjadi manusia yg 'biasa'.kehadiran aku menulis di sini sekadar utk meluah rasa.aku tak pernah mengharap kedatangan si pembaca² blog tegar yg bisa dtg berkunjung setiap pagi @ tghari atau tak mengira waktu melangut mencuri waktu bekerja semata² utk membaca kisah aku.bukan itu niat aku.mcm yg aku katakan tadi cuma utk kepuasan! aku puas bila dpt menulis. aku rasakan seolah² ada yg mendengar kisah suka duka kehidupan aku dgn setianya.biarpun kisah aku cuma terpapar di skrin pc tanpa ada tindak balas @ komunikasi yg berlangsung tapi aku rasa puas.entah! sukar utk aku ungkapkan mcm mana rasa puas itu tercetus.entah dari mana dtgnya .. entah siapa puncanya .. entah bagaimana ia terjadi .. entah lah!lalu aku tersedar bahawasanya segala²nya adalah ketentuan DIA yg Maha Esa.jika DIA berkehendakkan aku merasa gembira .. maka gembiralah aku ketika itu.sekiranya DIA ingin mengujiku dgn kesedihan .. maka itulah sedih yg aku rasa.segalanya kerana DIA .. hidup mati ku kerana DIA .. suka duka ku kerana DIA ..aku di sini pun dgn izin DIA .. DIA lah segala²nya ...* A E Y J A Y bisikan & nukilan isi hati seorang insan
12:38 PM