* A E Y J A Y ]

Saturday, March 11, 2006



|
hari pertama masuk Darjah 1
aku ingat betul apa yg berlaku pada hari pertama aku menjejakkan kaki ke sekolah.1 Mawar.itulah nama kelas aku.kelas yg taklah berada di 'kelas' yg pertama,tapi standard kelas ke dua.masa tu abah jadi peneman setia diluar kelas.dan aku masih ingat abah bekalkan 2 keping karipap pedas yg dibungkus dgn kertas suratkhabar (abah tau favourite aku!) aku duduk sebelah Serina Fauzi (aku tetap ingat nama dia smpi ke hari ni) sebab dialah rakan sekelas yg mula² menegur aku.bukan sebab aku sombong tak nak bertegur sapa dgn kengkawan lain, tapi dah memang jadi tabiat semulajadi aku yg pemalu dan tak reti nak mulakan langkah pertama! urgh!! smpi skrg pun rasanya aku belum mampu mengikis tabiat tu..

aku suka kawan dgn Serina Fauzi.dia baik.selalu tolong aku bila time belajar.dia anak kacukan.mak Cina dan bapak Melayu.org kata kalau kawin campur dpt anak bijak².ntah betul @ tidak teori tu aku sendiri kurang pasti.tapi mungkin ada kebenarannya.sebab si Serina Fauzi tu mmg ternyata lebih bijak dari aku dlm beberapa matapelajaran.cukuplah cerita pasal sekolah ...


next ...


hari pertama masuk Tingkatan 1
hari pertama yg kelam kabut.sebabnya sebelum aku masuk SKBB mak aku dah pilih utk masuk SMTM kat Batu Berendam.tapi sebabkan jauh makanya abah aku (abah jugak!) dgn segala susah payahnya turun naik tangga Jabatan Pendidikan minta supaya aku ditukarkan ke SKBB.Alhamdulillah!
yang tak best nya pada hari pertama aku masuk ke Sekolah Menengah macam² dugaan yg dtg.mula² kene bersoal jawab dgn Guru Penolong Kanan iaitu Cikgu Hussin.aku ingat betul insiden dia bertanya mcm² soalan sblm dia memutuskan utk menempatkan aku di kelas 1 Canggih.waktu tu semua pelajar freshie form 1 kene ambil 'test' sblm layak masuk ke kelas yg bijak bistari @ erks! .. yg corot sekali! nasib baik aku terlepas drp menduduki test tu.:)
insiden kedua pulak masa nak masuk kelas.lepas berjaya mengesan kedudukan kelas,aku dgn selambanya bagi salam dan meluru masuk.semua budak kelas tgk aku.apa diorang ingat aku salah kelas apa??? oh tidak! mmg aku masuk ke kelas yg betul.cuma yg tak berapa bestnya semua tempat duduk dah penuh.makanya terpaksalah aku buat muka kesian minta tolong kengkawan angkat meja & kerusi utk aku dari kelas sebelah.hampes betul!


hari pertama masuk ITTAR aka UNITAR
bukan kehendak aku juga nak belajar kat sini.semuanya sbb mak yg beria² nak aku sambung study.sblm ni aku ader jugak apply Maktab Perguruan (atas arahan mak jugak!) tapi malangnya nasib tak menyebelahi aku.Alhamdulillah sesangat! sbbnya mmg bukan minat aku utk jadi pendidik.hari pertama mendaftar kat ITTAR aku terlepas lagi.makanya sesi suai kenal @ sesi 'ragging aka buli' student baru mcm aku tak dpt aku rasa.ikut kata kawan² sekolej mmg teruk diorng kene ragging dgn senior².hahaha!! padan muka korang! aku jugak yg selamat sbb daftar lewat 2 minggu.
hari pertama masuk kuliah aku rasa sedikit kelam kabut & gugup.biasalah aku ni mmg susah kalau nak disuruh perkenalkan diri pd org lain.lebih² lagi kene ke depan ala² marketing executive kene buat presentation depan client.Mr Shazeel pensyarah utk subjek Front office time tu cukup sporting.kelas dia yg pertama aku hadir.masa sesi memperkenalkan diri aku jadi tak keruan.sifat pemalu yg mmg dah sebati dlm diri aku buatkan kehadiran aku dlm bilik kuliah tu mcm tak 'wujud'.aku tak kisah.sbb kalau takde yg perhatikan aku lagi aku suka.aman! selebihnya ... biar aku simpan dlm diari shj!


hari pertama bekerja
tempat keje pertama aku adalah disebuah kilang plastik.itulah pekerjaan pertama aku setelah 2 bulan mengaggur selepas tamat SPM.disitulah aku mula merasa nikmatnya mempunyai pendapatan sendiri.waktu tu aku mendapat lebih kurang RM600 sebulan.masa tu juga aku rasa jumlah sebanyak tu dah cukup utk cover semuanya (dulu tak guna hp,tak tau beli alat solek,tak reti nak melaram)dgn duit sesedikit (istilah utk masa skrg) itu aku rasa semuanya OK.tapi sekarang ... paham² sdri udah le!
tapi aku bersyukur sekurang²nya aku ada pendapatan sdri dan tak perlu harapkan duit dari mak & abah.aku pun tak malu utk mengaku pd org lain yg aku pernah jadi 'minah kilang' suatu masa dulu.kenangan yg paling aku takkan lupa masa berkhidmat kat kilang ni adalah bos aku.nama dia aku dah lupa lah pulak.tp yg bestnya masa kerja dgn dia siap boleh attend kelas komputer.masa kerja yg flexible.lunch time dia yg hantar & dia jugak yg ambil aku dari kelas.sbg ganti masa kerja dipanjangkan.
susah betul nak dpt bos mcm dia.mana ada bos yg sanggup hantar pekerja nya pegi class then masa keje pulak ikut jadual si pekerja.bertuah! aku keje kat situ tak sampai pun setahun sbb ada tawaran keje lain yg lebih menarik.mmg terasa sedih bila nak resign,tapi demi masa depan ... aku akhirnya resign.thanks utk dia.jasa dia takkan aku lupa!

argh! penat pulak tangan ni menaip.oopss .. 'masa dah time' kerja oh kerja!





* A E Y J A Y bisikan & nukilan isi hati seorang insan 11:36 AM