* A E Y J A Y ]

Thursday, April 13, 2006



|
dah lama aku tak jumpa si Lye..kak Lee..Felly..kak syira..mar.. bla bla bla.kalau nak di 'listing' kan nama² mereka memang ramai.semuanya rakan masa aku masih menuntut kat ITTAR dulu.kali terakhir aku jumpa si Lye masa aku settle kan masalah antara aku dan pihak bendahari kolej.(6 bulan lepas) itupun cuma sekejap.3 jam!.tak berbaloi rasanya duduk dalam bas 2 jam dari Melaka ke KL dan jumpa dia cuma 3 jam. lepas dia temankan ke kolej kami berpisah ikut haluan masing².dia terpaksa bekerja hari tu.ingatkan nak lepak² dengan dia sampai petang..rupa²nya hajat tak kesampaian.takkan aku nak suruh dia ponteng kerja pulak.kesian! jadi rancangan aku untuk bermalam di rumah sewa yang meninggalkan seribu satu kenangan pahit manis buat kami terpaksa aku batalkan. oh sedihnya!

yang paling lama tak ku dengar khabar beritanya adalah Kak Lee! entah apa yang dibuatnya sekarang.malam semalam aku belek² gambar lama masa kat Cherating.gambar Kak Lee & Fareed berposing sakan dengan patung kayu yang cukup antik & menarik.rindunya aku pada Kak Lee hanya DIA sahaja yang tahu.entah nombor apa yang perlu aku dail untuk bercakap dengan dia aku pun kurang pasti.entah alamat mana yang hendak aku tuliskan supaya dapat aku utuskan surat,aku sendiri tak tahu! mungkin ada yang akan kata "kawan apa namanya alamat pun takkan tak tahu?" itulah silapnya kami.mungkin tak terfikir yang salah seorang dari kami akan terputus hubungan tanpa dapat dihubungi.nah sekarang .. aku jugak yang menyesal!"Ya ALLAH Ya Tuhanku kau berkatilah kehidupan sahabat ku walau dimana mereka berada Ya ALLAH".Amin..

aku rindu korang!!!

mungkin aku patu buat rancangan Jejak Kasih supaya aku dipertemukan dengan mereka! mungkin ke?

P/S: untuk mendapatkan impak maksima ketika membaca posting ini sebaik²nya diiringi muzik latar lagu Teman Sejati - Brothers

'selama ini ku mencari² teman yang sejati
buat menemani perjuangan suci
bersyukur kini padamu Ilahi
teman yang dicari selama ini telah ku temui ...


* A E Y J A Y bisikan & nukilan isi hati seorang insan 3:35 PM