* A E Y J A Y ]

Wednesday, May 31, 2006



|
~dia~
ku harap panas hingga ke petang rupanya mmg panas terik pun smpi petang.uiks! apa punya peribahasa daaa .. jgn pulak kata aku ni perosak peribahasa Melayu.cuma sesekali nak menjadikan sesuatu yg 'tradisional' tu moden skit.apa ke hey nya citer bab panas? mana tak panas.pagi² lagi kesabaran aku dah diuji.fax machine buat hal.telefon yg asyik menjerit² mintak diangkat.boss pulak dtg keje ari ni.waaaaaa .. masak aku! baru 2 hari lepas aku rasa cukup seronok & teruja bila masuk office.hari ni semua kenikmatan tu dirampas dari aku.aku ingatkan boss cuti sampai 2hb.rupa²nya hari ni tgk² dia dah terjongol kat office.napa lah dia tak cuti sampai hujung minggu ni??? erks...

~insane guy~
entah dimana silapnya.entah siapa puncanya aku tak tahu.terima panggilan dari HQ pasal credit card yg masih undel.ikut kata si cardholder tu dia tak dpt² smpi skrg.tapi bila aku tgk dalam delivery route sheet ternyata gsa dah pun buat 1st delivery attempt.siap tinggalkan sorry note spt kelaziman bila customer takde kat rumah.dgn rasa penuh tanggungjawab aku ikut arahan dari HQ yg suruh aku follow up pasal kes ni.laju je tangan aku mendail nombor telefon dan tak sampai 5 kali deringan panggilan aku dijawab ssorg yg ternyata tuan yg empunya kad tersebut.malang sungguh nasib aku.pagi² lagi dah kene dgr dia berleter aka mengamuk.aku rasa cuping telinga aku makin lama makin menipis.darah pulak makin mendidih.hati makin membara.hampir² aku nak jeritkan kat dia yg aku berada dipihak yg benar.malangnya dia tak ingin langsung nak dgr penjelasan aku.dia kata sorry note copy mmg takde langsung dlm post box dia.mana lah aku tau kemana melayangnya sorry note copy utk dia.entah dah diterbangkan dek angin ke,entah ada manusia² yg tak bertanggungjawab dah buang ke,entah argh! mcm² kemungkinan boleh berlaku.tapi yg buat aku cukup bengang dan panas hati dia tak mahu terima explanation aku.dia aje yg betul.ckp dia aje yg aku kene dgr.pergh!!!!

~dtg office~
lepas sejam berlalu, customer yg sengal tu dtg ke office.tak lengah lepas dia masuk,mulut dia terus mengeluarkan kata² "this is very bad service!" aku cuma terkelu dan senyum.(dlm hati ALLAH aje yg tahu betapa marahnya aku) tapi aku tetap sabar! tak menjawab walau sepatah kata.karang kalau aku menjawab lebih² dikatanya aku ni kurang ajar & tak reti hormatkan customer.aku tak nak nnt kes ni dipanjangkan.dah cukup la masalah yg dia bagi kat aku pagi² ni."how come you said u already delivered to my house? i didn't received any sorry note ok.this is very bad service.i'm gonna complaint to **** bank" mangkuk ayun betul dia ni.sekali lagi dia ulang ayat yg cukup sakit telinga aku dgr.ggrrrr!!!! tangan aku dah menggigil.bukan sbb kesejukan aircond @ takutkan dgn 'ugutan' dia nak buat aduan ke bank.tapi gigil sbb menahan rasa marah yg teramat sgt.

~cool down bebeh~
tak habis lagi! sambil tangan dia menadatangan borang tanda terima sambil tu jugak la dia teruskan rungutan dia pasal bad service.siap dia mintak no telefon customer service bank dan buat aduan depan² aku.argh! bila dia nak blah ni.aku dah tak tahan dgr rungutan dan bebelan dia.AKU TAK SALAH! BUKAN SALAH AKU! kenapa aku yg kene??? last skli sblm dia get the h*** out dari office dia kata "i'm not scolding u.i know it's not your fault.but this kind of service is really bad u know" hek eleh! punyalah hampeh giler! abis tadi tu yg dia dok bebel² kat aku tu apa kes??? mcm ni punya org pun ada kat dunia.dlm hati aku berdoa supaya dia cepat² hilang dari pandangan mata aku sebelum kesabaran aku hilang.

~lunch time~
jarum pendek angka 1.jarum panjang angka 3.tapi boss aku tak balik² dari tadi.baik tak payah masuk office kalau setakat letak briefcase lepas tu blah.konon² ada appointment kat luar.aku lapar tapi nampaknya terpaksa 'puasa' utk beberapa jam lagi.erks!

hari yg penuh rasa marah + sedih + lapar = ??? (tak tau apa perkataan yg sesuai utk gambarkan apa yg aku rasa)


* A E Y J A Y bisikan & nukilan isi hati seorang insan 11:41 AM