* A E Y J A Y ]

Saturday, May 13, 2006



|
rumah
Sabtu dtg lagi!!....rasa malas sesangat nak pegi keje.tido lewat semalam gara² perang dingin dgn si 'teman tapi mesra'.dia sms tapi tak aku balas.kesian kat dia.tapi ego aku melebihi rasa kasihan.jam 1230 tgh mlm dia call.ingatkan aku nak matikan aje hp,tapi tak sampai hati pulak.mula² semuanya ok sehinggalah aku mintak dia tunaikan janji yg pernah dia ucapkan pada aku.janji apa??? aku takdelah mintak benda² yg mahal² atau yg pelik² cuma sesuatu yg tak perlukan modal langsung utk dia tunaikan janji.

tapi apa yg buatkan aku sakit hati @ 'bengkek' dia boleh kata yg dia tak pernah janji apa² pun dgn aku.argh!!! geram betul aku! kalau dia ada depan mata mau aje aku cilikan mulut dia yg pandai menabur janji tapi tak reti nak tunaikan.tapi sayangnya dia jauh dari mata aku.tangan aku pun tak terjangkau nak sumbatkan cili dalam mulut dia.last² sbb tak mahu tune suara aku semakin meninggi bila bercakap dgn dia,aku segera ucapkan bye bye dan terus tekan punat merah hp aku.lepas tu dia tak call lagi.mungkin dia bengang dgn aku.mungkin dia dah mula menyampah dgn aku.mungkin dia dah tertidur.mungkin dia .. argh! bnyk sgt kemungkinan yg aku fikirkan.lantak lah apa nak jadi pun.aku dah malas.aku betul² kecik ati dgn dia.

office
suasana kat office macam biasa.tak sesibuk hari² biasa.almaklum hari ni half day.cuma yg bezanya bila Sabtu menjelma walk in customer akan lebih ramai dari biasa.dalam ramai² customer yg dtg hari ni ada seorang akak yg cukup ramah dgn aku.mulanya aku ingatkan dia sekadar nak beramah mesra macam customer yg lain².rupanya ada udang sebalik mee.dia tanya berapa lama dah aku berkhidmat kat sini..seronok @ tak bekerja kat sini? teringin ke aku nak buat part time..part time??? pergh! pucuk dicita ulam mendatang.mmg aku tengah mencari peluang keje part time.aku tanyakan pada akak tu keje apa.nak tahu apa jawapan dia.MLM! ish..nilah satu²nya keje yg aku paling tak gemar.paling menyampah kot.sbb aku bukan jenis yg pandai approach & 'bercakap bhs business' dgn org lain.apatah lagi manusia² yg tak aku kenali.kekok.segan.tapi sebabkan aku tak mahu bicara kami jadi lebih panjang lebar aku tanpa banyak soal terus bg no hp bila diminta oleh akak tu.ish! nyesal pulak bila dah bagi.

panggilan
baru kejap tadi akak tu call aku.mak aih! cepatnya??? dia siap bertanya full name aku & tempat tinggal.kata dia mungkin husband dia kenal dgn abah @ ahli keluarga aku yg lain.aduh! masak aku! hangus! hancus! yg paling aku tak tahan bila dia kata "kalau senang malam nnt akak dtg umah la.kenal² dgn family adik!" oh tidak! bukan aku tak mahu menjalinkan silaturrahim sepertimana yang dianjurkan dlm Islam,tapi silaturrahim yg cuba akak tu jalinkan dgn aku lebih menjurus kepada soal business MLM dia.aku tak suka beb!!! nak kene pegi dgr ceramah² @ jamuan ala² parti tupperware.oh sungguh aku tak sanggup!!! dok rumah tolong mak aku lagi baik.

kemungkinan aku takkan jawab panggilan dari akak tu adalah amat besar sekali! ....






* A E Y J A Y bisikan & nukilan isi hati seorang insan 12:28 PM