Wednesday, May 17, 2006
|
ooppss .. terlupa pulak!16 Mei ~Hari Guru~itulah aku.asyik sangat fikirkan pasal si 'teman tapi mesra' sampaikan terlupa yg semalam adalah hari meraikan insan² yg dipanggil Cikgu,Teacher,Guru,Cikgu Besar,Pengetua dan apa² shj gelaran yg korang terpikirkan.rasanya aku tak pernah lupa nama² cikgu kelas aku dari darjah 1 sampailah tingkatan 5.aku senaraikan nama² cikgu peberet & cikgu yg ada kenangan tersendiri pada aku:-Cikgu Safilah PainoGuru kelas aku masa darjah 4.orangnya kecik molek aje.tak garang tapi tegas bila mengajar.dia mengajar subjek Muzik.yang paling buat aku tak boleh lupa tentang dia sebab dialah yg selalu bertanya pada aku bila aku nak pakai baju kurung & bertudung.sebabnya aku dulu dari darjah 1 sampailah darjah 4 aku pakai pinafore dan bukannya baju kurung seperti pelajar² Melayu yang lain.jangan tanya kenapa.sebab aku takkan beritau kenapa.Cikgu HamzahBeliau pulak merupakan guru kelas masa darjah 5.aku masih ingat waktu dia perang mulut dgn Cikgu Zulkifli gara² kami semua terlewat ke kelas Kemahiran Hidup cikgu Zulkifli.al kisahnya dia terlajak waktu mengajar sehingga ter'curi' masa Cikgu Zulkifli.entah angin ribut taufan mana agaknya yg masuk ke kepala Cikgu Zulkifli dia dgn muka garangnya marah² kami setibanya kami dihadapan bilik Kemahiran Hidup.masa tu jarak kelas aku dgn bengkel Kemahiran Hidup cuma beberapa meter shj.jalan 5-6 tapak dah sampai.oleh kerana masa tu Cikgu Hamzah masih ada dikelas,maka dia ternampak la kami semua kene 'bambu' dgn Cikgu Zulkifli pasal terlewat.dipendekkan cerita Cikgu Hamzah dtg dan menerangkan kenapa kami lewat.entah mcm mana Cikgu Zulkifli pulak naik angin maka berlakulah pertengkaran antara mereka.nasib baik tak sampai ke tahap bertumbuk.kalau tak mungkin sekolah aku time tu masuk paper pasal kes cikgu bergaduh pasal murid.hehehe..satu lagi yg takkan aku lupa pasal Cikgu Hamzah dia suka nyanyi lagu 'pukul 3 pagi' entah mcm mana liriknya aku tak ingat.yg aku ingat cuma bait 'pukul 3 pagi .........Cikgu R Kasinathan Ini cikgu matematik aku masa darjah 6.orangnya memang garang giler! orang giler pun tak garang mcm dia kot.kenangan manis dgn dia mmg takde langsung.yang ada cuma pahit.aku pernah kene pelempang dia sebab tak dpt jawab soalan matematik yg dia bagi.bukan aku sorang je pelajar perempuan yang kene.ramai lagi.dia ni tak kira student lelaki @ perempuan.asal tak dpt jawab salan dia maka pelempang akan singgah dimuka.hampir separuh drp rakan sekelas aku pernah merasa tapak tangan dia yg kasar tu.sakit beb! sebab tu setiapkali tiba time dia masuk mengajar semua kami semua jadi pelajar paling sopan.takde sorang pun yang berani main² bila dia tengah khusyuk mengajar.sampai sekarang aku masih ingat mcm mana dia menghayunkan tangan ke pipi aku.eee.. sakitnya!Cikgu Siti HawaDia ngajar Bahasa Malaysia masa aku darjah 6.orangnya lembut.tak suka marah².dia ada anak kembar yg satu sekolah dan sama baya cuma tak sekelas aje dgn aku.yg si abang nama Adi.yg si adik pulak Ami.diorang berdua tu boleh dikategorikan sbg pelajar idaman malaya kat sekolah.cewah! sekolah² lagi dah pandai ek! tapi aku takdelah termasuk dlm golongan pelajar² perempuan yg syokkan diorang tu.cuma suka je tengok diorang.eh ni nak citer pasal cikgu ke anak cikgu ni??? sorry termasuk simpang lain pulak.sebab Cikgu Siti Hawa ni lembut waktu mengajar maka Bahasa Malaysia jadi salah satu favourite subjek aku.dan mungkin sebab tu jugak aku score dgn cemerlang untuk subjek ni dalam UPSR.Alhamdulillah!Cikgu BaharomCikgu kelas masa aku form 1.dia jugak ngajar subjek Matematik.dalam ramai² cikgu yg pernah ngajar aku dia yg paling 'cool'.sebabnya dia tak pernah marah giler².marah pun jarang.tahap kesabaran dia mmg cukup tinggi.aku pun heran mcm mana da boleh bersabar dgn kerenah kawan² sekelas aku dulu yg mcm erks ....payah nak explain dgn kata² (aku tak termasuk sbb aku ni budak baik) time dia ngajar mesti aku ngantuk.dah la subjek matematik bukan subjek kegemaran aku.tambah² pulak aksi dia yg 'statik & cool' bila ngajar buat aku nak terlelap.Cikgu WongNgajar bahasa Malaysia masa aku form 3.kenapa tak percaya eh? mmg dia berketurunan Cina dan agak pelat bila bercakap Bahasa Melayu tapi entah kenapa dia pilih gak subjek ni aku pun tak tau.atau mungkin dia terpaksa ikut kata pengetua atau entah la.aku cukup kesian dgn cikgu Wong.selalu kene buli dgn student.mungkin sebab dia jenis yang terlalu berlembut dgn student sampaikan budak² naik tocang.setiapkali dia ngajar budak² lain buat tak reti aje.tak sampai separuh pun yg betul² tumpukan perhatian bila dia ngajar.kesian dia!urgh!! penatnya menaip.sebenarnya ada lagi beberapa org cikgu yg aku nak imbas kembali ingatan aku pada diorang.cuma masa tak mengizinkan.aku ada kerja lain yg perlu dibereskan.apa² pun pada semua yang bergelar Cikgu aku nak ucapkan Selamat Hari Guru buat kalian.terima kasih buat semua cikgu yg pernah mengajar dan mendidik aku.jasa Cikgu² semua takkan saya lupakan.TERIMA KASIH!* A E Y J A Y bisikan & nukilan isi hati seorang insan
1:21 PM