* A E Y J A Y ]

Wednesday, May 03, 2006



|
Selasa 02.05.2006
'teman tapi mesra' sms bertanya khabar.aku khabarkan pada dia yang aku sedang sedih kerana kehilangan dia.dia sepertimana biasa akan cuba menenangkan aku dan berharap supaya aku tak terlalu bersedih atas pemergian dia.Ah! senangnya menutur kata sabar sedangkan yang menanggung nya adalah aku.aku sayangkan dia! kalaulah ada kuasa yang boleh membawa dia kembali pada aku .. hmmm .. redha!

Isnin 01.05.2006
Badannya lemah.asyik tidur.tak bersuara.bila aku cuba belai badanya .. respons dari dia amat perlahan.dia semakin lemah .. lemah.aku rasa badannya.sejuk.kaku.Mati.ya dia dah mati.dia tinggalkan aku disaat² aku mula sayangkan dia sepenuh hati aku.usia dia baru 2 minggu lebih.belum sempat aku berikan nama untuk dia,dia terlebih dulu pergi untuk selamanya.pergi tinggalkan aku sendiri.ah! kenapa cepat benar kau pergi? tanpa aku sedari aku menangis kerana dia.

Ahad 30.04.2006
Dia masih sihat.dia sentiasa berada disisi ibunya.badanya yang comel buatkan aku sentiasa ingin membelai dirinya.malah aku sempat merakam gambarnya dalam hp buat kenangan.entah kenapa hati aku tergerak untuk merakam gambarnya biarpun sebelum ni aku tak berapa kisah dengan makhluk yang se spesies dengan dia.mungkin jua sebab aku teruja untuk tunjukkan pada si 'teman tapi mesra' betapa comelnya dia yang aku sayangi dan sering ceritakan pada dia.aku juga sempat katakan pada si 'teman tapi mesra' yang aku teringin nak beri nama si dia pada dia.tapi apakan daya..hajat aku tak kesampaian.


* A E Y J A Y bisikan & nukilan isi hati seorang insan 1:12 PM