Wednesday, June 14, 2006
|
hrrrmm...apa sudah jadi dgn hidup aku semenjak dua menjak ni? semuanya serba kelam kabut & penuh dgn cerita yg tak enak telinga mendengar.mmg la telinga mendengar.takkan pulak tangan yg mendengar kan! dah 13 hari aku tak meluah rasa kat blog.semalam tgh syok² menaip tiba² pulak dikejutkan dgn bunyi sepatu boss aku.panik sekejap! nasib baik tak kantoi.kalau tidak mmg sah aku kene lecture @ paling teruk mungkin dibagi surat amaran.surat amaran??? ye ke boss aku nak buat mcm tu? selama ni dia cool aje.ntah! jadi kesudahannya semalam draft cerita aku tak sempat nak 'diselamatkan'.semua hilang mcm angin lalu......hari ni aku mula kan penceritaan yg tak kesampaian semalam.10 Junketerlaluan ke kalau aku katakan yg tarikh kat atas tu merupakan tarikh paling malang dlm hidup aku? mungkin sesetengah org akan berkata takde yg malang @ s**l dgn sesuatu tarikh.cuma kebetulan perkara² buruk nak terjadi maka jadilah ia.iyakan ajelah! dimarah .. dimarah ..dimarah & dimarah lagi.aduh tension betul! kdg² aku tak faham dgn sikap org yg hanya suka memarahi tanpa memikirkan impak pada si polan yg kene marah.hrmm..'customer is always right' boleh blah!!! betul mendanya klu sesuka hati jerit² kat org sambil memaki hamun.ini ke pelanggan yg selalu betul? yg sebetul nya mereka² inilah yg termasuk dlm golongan manusia² yg tak bertamadun.argh! tak mahu lagi aku ingatkan peristiwa hari ni.tapi mmg takkan boleh aku lupakan sepanjang hayat aku.pada yg memarahi aku tanpa belas ehsan walaupun dia tahu kesilapan tu bukan dtg dari aku terima kasih banyak².sepanjang hari bersms dgn si teman tapi mesra.pada dia aku ceritakan segala²nya.terima kasih utk dia yg selalu ada bila aku memerlukan.ur so sweet! :) 11 Junmemerap kat rumah sepanjang hari.takde aktiviti menarik yg boleh aku buat melainkan dgr cd Transkripsi yg mmg setiap hari minggu jadi cd wajib putar.dari Siti Situ Sana Sini sampailah ke Bisakah.dok ulang² dgr lagu Bisakah yg terasa sungguh menyentuh hati aku.argh! minah jiwang btul (pinjam kata² si teman tapi mesra) nasib baik cd original.kalau yg pirate mmg dah lama suara ct yg merdu tu tersangkut² mcm bunyi enjin lori rosak.hahaha..(bagi aku peluang utk buat lawak & gelak sdri lepas cerita yg tak syok td) tapi dlm 13 buah lagu Hidup Penuh Bicara tak pernah aku dgr sampai habis.entah kenapa bg aku lagu ni terlalu kelam kabut.mungkin sbb arrangement music dia terlalu world.apetah lagi lagu ni ciptaan Yasin.world music? bukan taste aku!12 Jundah pasang niat nak ponteng keje.sms pun dah siap didraft utk bos.tinggal tekan button send aje.tgh bersiap² nak ke office tiba² teringatkan peristiwa 10 Jun.sebak bila teringat maki hamun yg terpaksa aku dgr.tak semena² airmata aku mengalir.argh! sensitif sungguh aku ni.dua tiga kali aku bukak pakai tudung kepala.nak keje ke tak nak??? bila ingatkan balik kata² mak mlm tadi hati jadi sejuk sikit.mak kata 'jangan ponteng.tak baik susahkan org lain dgn masalah kita sdri' ada betulnya.tapi suara mak berselang seli dgn suara customer yg maki hamun aku secukup rasa tu.nangis lagi! cengeng!!! lepas bersusah payah melawan kata hati akhirnya ........... keje jugak! tapi aku sampai lewat 15 minit dari biasa.bukan tak sengaja.tapi kali ni mmg aku sengajakan.boss pulak bila aku masuk office dah tercongok dlm bilik dia.diam.hari ni aku cuma bercakap bila perlu.dan boss & collegue yg tahu apa jadi minggu lepas pun cuma bercakap dgn aku bila perlu aje.Monday Blues dari pagi smpi ke petang ... blues oh blues !!!! ...* A E Y J A Y bisikan & nukilan isi hati seorang insan
10:51 AM