Wednesday, June 21, 2006
|
NIPS punya pasaljam 12.20 tghari tadi aku pergi jalan² cari makan (sebetulnya tidak) jalan² tanpa tujuan agaknya.sebenarnya niat aku ke MP cuma nak beli coklat NIPS.kerja gila! nak beli sebungkus NIPS sampai ke MP? bukan ke coklat tu berlambak² (sebetulnya bungkusan coklat NIPS itu disusun rapi atas rak) kat kedai runcit, 7 Eleven bahkan dekat Guardian Pharmacy pun ada.tapi kenapa smpi ke MP? (mini market, 7 eleven & Guardian Pharmacy yg aku maksudkan lebih dekat dgn pejabat) kalau nak dibandingkan dgn MP yg jaraknya mmg lebih jauh dari tmpt² yg aku sebutkan tadi.kerana apa?mungkin kerana kecewa, sedih, marah, terkilan & bermacam² rasa yg bergelodak dlm jiwa & hati aku buatkan aku tak kisah mengharung panas mentari berjalan kaki dari office ke MP! (eh mcm pantun la pulak bunyinya) *sigh* perasan! teman tapi mesra merajuk lagi (aku agak la) dah seminggu dia menyepi.takde sistem pesanan ringkas yg bertalu² menerjah peti inbox hp aku seperti hari² seminggu yg lalu.sepertimana aku terpisah dgn teman tapi mesra seperti itu juga charger & hp aku terpisah.kalau seminggu yg lalu tak sempat 2 hari bateri aku mesti 'kong'.tapi masuk hari ni (5 hari) penunjuk aras bateri masih bersisa 2 bar.(magik bagi aku) hahaha ... nak shopping ke tak nak?perempuan kalau dah ke shopping mall mmg tak sah kalau tak membeli.niat awalnya yg cuma nak tengok² bertukar jadi beli².itu yg selalu terjadi pada aku.iman tak kuat.nafsu nak beli itu dan ini sentiasa membuak².tu pasal la kekadang aku lagi suka terperuk kat rumah (duit tak habis & hujung bulan pun buleh senyum sikit lagi) sebab duit poket masih berbaki & masih cukup pakai.jalan punya jalan kat MP tadi,mata aku tertancap pada 1 beg yg argh lawa giler wa cakap lu!not RM100 masih wangi dlm wallet aku.almaklum baru di'beranak'kan dari mesin ATM.nak beli ke tidak? hati:beli la skrg akal:tunggu duluhati:nak tunggu apa lagi.duit ada dlm tangan.beli je laakal:nanti! sabar dulu.budget dulu.esok² kalau ader emergency mcm mana?mcm gitulah sang hati dan si akal berlawan kata.akhirnya si akal yg menang.(buat pertama kali mungkin) dlm keadaan aku tak berapa 'waras' si akal berjaya mematahkan nafsu beli si hati.bravo! hahahaha ..aku benci World Cupsebab World Cup kwn² aku lebih cenderung mengadap tv tak kira malam pagi melihat aksi² Ronaldinho,David Beckham,Nakata bla bla bla .. (sekadar menyebut beberapa nama supaya aku tak dikatakan 'out').takde lagi masa berkualiti utk kami.semuanya dirampas bola.makan bola.tido bola.bola bola bola & bola (argh! bencinya!!!!) kdg² aku tertanya sdri apa syoknya tgk bola? jawab si teman tapi mesra "macam pompuan suka pakai mekap macam tu jugak la kaki² bola ni suka tgk bola"! erks! apa kene mengena mekap dgn bola? dia ingat ni mcm filem Gol & Gincu ke??? argh lantak dia la nak kata apa sahaja.tapi aku tetap aku.apa yg aku tak suka aku tetap kata tak suka.(iya ke?) bila World Cup nak habis??? akulah manusia yg paling gembira dimuka bumi ni andai World Cup berlangsung selang 40 tahun sekali (bukan 4 tahun sekali spt skrg) hahahaha ...streamyx down!streamyx down.no e mail.hahahahahahahahahahahahahaha......(gelak jahat ditujukan khas utk boss aku)* A E Y J A Y bisikan & nukilan isi hati seorang insan
5:31 PM