* A E Y J A Y ]

Wednesday, July 12, 2006



|
ND: "hai cik ct.skrg ni hp dah kurang bunyi ek" (sambil senyum kambing)
Aku:"apa dia"? (tetap bertanya walaupun sebenarnya aku cukup jelas dgn soalan dia)
ND: "takde.saya kata skrg ni hp cik ct dah kurang bunyi ek.kalau dulu pagi² dah tetot..tetot bunyi msg" (ketawa)
Aku: "dah takde sapa nk msg saya.so takde la hp tu berbunyi" (nada sinis + kecewa)
ND: "hehehehe ... (ketawa miang!)
Aku: .......... (tak tau nak kata apa)

hidup aku hari ni dimulakan dgn lawak separa 'sengal' & separa sinis oleh kawan se office.benci betul aku bila dia sebut bab msg.kerana mmg sejak 2-3 hari lepas hp aku paling 'diam' antara kami semua.mungkin jugak menandakan aku la antara yg paling kurang peminat yg sanggup menghantar sistem pesanan ringkas se awal jam 8 pagi.eh aku ada peminat ke??? mana ada.perasan betul aku ni.ah! takpelah.sesekali berfantasi dlm realiti apa salahnya.

OH JANET
pelik sungguh aku rasa hari ni.tak semena² seorang collegue aku yg berbangsa Tionghua asyik sgt bergossip perihal artis.mula² dikhabarkan pada perihal putus tunang si Raja SMS.lepas tu pulak gossip cik Siti dgn DK.dan seterusnya melalut hingga ke subtopik pak² menteri yg beristerikan selebriti² wanita yg popula kat Malaya ni.aduhai! dia ni dah kene sampuk jin gossip ke??? seingat aku tak pernah dia begitu beria² bercerita ttg topik yg sebegini.selalunya perbualan aku dgn dia sekadar ttg isu² semasa & yg ada kaitan dgn kerja.apa kene dia ni??? ah! pedulikan lah dia.mungkin mood dia terlebih baik hari ni sampaikan bercerita sakan menda² yg offtopic! layan!!!

OH BOSS
busy sungguh hari ni.(tapi masih sempat singgah blog) busy ke namanya tu??? sebetulnya cuma 5 jam pertama selepas jam 8 sahaja yg aku betul² dilanda kesibukan tahap maksima.dengan panggilan masuk yg tak putus².e mail yg berduyun² menerjah masuk peti inbox buatkan aku hilang punca sekejap.tak tahu yg mana satu patut didulukan.semuanya kata URGENT! yg itu nak lekas.yg ini nak cepat.semuanya perlu aku selesaikan sepantas mungkin.si boss pulak tak habis² tanya itu dan ini.semuanya perlu aku jawab.yg dia mahu cuma jawapan pada setiap soalan dia.kesibukan aku dia tak nampak agaknya (ataupun dia saja² buat tak nampak) yg dia buat cuma bermalas²an di kerusi empuk sambil membelek² akhbar The Star (bestnya jadi boss)

OH AKU
sebab terlalu sibuk dgn kerja tak sedar lunch time dah terlajak 1/2 jam.aduh! laparnya.cuaca membahang.maka program utk keluar lunch terpaksa cancelled.tahan aje la rasa lapar tu.biskut kering & milo panas kat pantry room jadi mangsa.nikmat sungguh makan biskut kering cicah milo panas bila tengah lapar giler (aircond kat office aku baru diservis maka tahap kesejukannya agak melampau bagi aku.sebab tu lah aku rasa perut aku semakin senang lapar masa² sejuk melanda) soal sedap tak sedap belakang kira. yg penting perut tak berkeroncong.skrg dah jam 4.15 pm.kerja masih bersisa.tak sebanyak 5 jam selepas jam 8 tadi.dah makin kurang.Alhamdulillah lega.harap² takde insiden² yg akan membuat aku kembali sibuk.biarlah gini aje sehingga sekurang²nya lewat petang nnt kerana aku terlalu letih ........ bestnya kalau dpt zzzZZzzzZzZZzzzZZZzzz seketika

OH TEMAN TAPI MESRA
takkan la merajuk lagi kot? argghhh!!!! ....... damn it!


* A E Y J A Y bisikan & nukilan isi hati seorang insan 3:35 PM